And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 20 November 2013

Wednesday, 13 November 2013

oh..busynya kekasih saya.

Kasihan dia, sangat busy siapkan report dia. Macam biasa sy cuma boleh dengar dan angguk2 kepala bila dia bercerita. Mungkin dia pun sedar yang sy tak tahu mende pun, jadi dia jarang cerita pasal hal study dia. Kami ni datang dari dunia yang sangat berbeza, i mean bidang study dan kerja. Lain sesangat la....

Sekarang ni, seperti baton di passed, kerja sy dah mula reda. Ada jela kerja nya, tapi tak la sampai tertonggeng2 tak tido malam buat kerja. Team mate pun dah ramai yang start cuti panjang. Bila dah free macam ni, dan bila lepak kat balkoni rumah tengok construction site tak jauh dari rumah dan orang2 tu masih bekerja sampai lewat malam even weekend, terasa macam pendapat kekasih salah; yang pernah kata saya kerja lagi teruk dari bangla.

Sy cuma ada masa sebulan ajela ni untuk bernafas, next month, around this time sy dah sangat busy. Buat hardclose untuk year end final audit. Timeline untuk year end audit selalunya 4 bulan, and that was the practice sejak sy mula kerja. Tapi tahun lepas katanya nak buat improvement dan audit siap dalam masa 2 bulan. Dan kali ni, nak squeeze lagi jadi sebulan. Dan sebagai cacai sahaja, yes boss aje laaaaaa.... Semoga sepanjang peak period kali ni sy sihat2 sahaja, tak patah semangat dan berhati kering.

Sy nak cari kerja lain....... sebab big boss sy confirm akan kena rotate dengan another big boss yang diketahui maha kejam. Stupid ruling la all these partner rotation for listed companies. Jadi, sy betul2 tak tahu apa yang akan jadi nanti. Mengikut trend dan sejarahnya, semua auditor yang kerja bawah big boss tu semua dah resign. Setakat kena tengking dan maki secara daily basis itu, biasa. Sebab sy pernah tolong team dia buat satu project, dan sempat la terlibat secara tak langsung. Dan setakat printed report yang kena slash sebesar2 alam itu juga biasa. Dan dia ni perangainya suka hati akan tanya soalan teknikal on the spot. Tak dapat jawab, boleh la fikir kat tempat mana nak nangis. Few times, my colleague just nangis je depan dia sambil kena tengking. Dan colleague tu pun dah resign.

Sighhhhh....Sy tak tahu.......seram pun ada, ngeri lagi la...tapi sekarang ni malas nak fikir sebab sibuk tengok drama aje.

Bila nak cari kerja lain, mula la fikir nak kerja apa. Bidang accounting ni tak la semestinya jadi akauntan aje. Errmmm...mungkin tak nak kot. Boring koooottt kerja akauntan tu. Atau mungkin sy perlu lompat2 kerja je sementara muda ni (tak la sangat pun) untuk bid gaji. Tapi.....sy tak abis belajar lagi.....aiii...ni pun satu hal lagi. Ikut plannya, sy perlu stay sini, sambung belajar part time, kalau semuanya lancar maybe 3 tahun je. Then kekasih balik, then boleh la fikir nak cari kerja lain. Bila habis belajar maybe boleh la demand gaji. Malasnya laaaaaaa... Malas nak belajar. Tak sukanya amik exam oooiii...

Macam mana la kekasih tu boleh tekun je study sampai sekarang ni. Ermmm...different people, different potential. Tapi sy takde potensi apa pun, kerja malas, belajar malas, bercinta aje yang rajin...teeheehee...owh, makan dan tidur pun rajin juga...

Sebenarnya kekasih busy sangat. Walaupun sempat curi2 masa sembang dan webcam, tapi maybe sy rasa sunyi dan lain macam sangat sebab dah few weeks tak dapat bedtime stories. Ni dah macam addict, tak tahu nak buat apa, rasa missing something.....

Yang...I rindu la yang. Tapi I tau u busy. Now I know apa u rasa bila I busy. Baru I tau rasanya nak u cakap u sayang I juga walaupun I memang tau dah. Tapi I ok je tau yang. Tapi I nak bedtime stories weekend ni ye, yang... Nak 2 tau yang, cerita red panda tau yang. Maybe sabtu nanti I nak pergi pasar pagi tu beli brokoli lagi, dengan udang, mushroom..owh..nak masak tumis air letak soo-on dengan tauhu kering tu. Pastu buat sambal tumis udang, ikan goreng sikit..ayam goreng ke. Owh..ayam goreng rempah...sedapnyaaa...ok, cun lah..itu menu sabtu nanti. Sambal tumis udang, ayam goreng rempah, tumis air soo-on, tauhu kering, kentang dan sayur2 lain.

Sayang, balik makan tengahari ok?

Love u, yang...to the moon and beyond.


Wednesday, 6 November 2013

Oh sayang....

Sungguh rindu. Thanks bersengkang mata sembang entah apa2 dengan i. Tapi makin lama spend masa sama, makin rindu. Tapi bila lama tak spend masa sama pun rindu juga. Aihhh...macam2 betul kita ni kan yang.

I can't wait. Tunggu sayang balik. Tak sabar nak kembali dalam pelukan sayang. I tau sayang banyak kerja. Semuanya kena siap sebelum kita dapat jumpa semula. Takpe yang, kalau bedtime stories i tertangguh banyak kali. Jangan risau, nanti sayang balik, i tuntut siap dengan interest. Dan semuanya sayang kena bayar cash.

Sayang jaga diri. Walaupun sibuk, jaga makan n kesihatan. Takpe kalau makan banyak, i tetap sayang u. Kita membesar dengan sihat sama2 ye. Oh, sila mandi kalau kena hujan tau.

I love you, baby....to the moon and beyond.

posted from Bloggeroid

Sunday, 3 November 2013

Friday, 1 November 2013

kerja punya la banyak berderet2, tapi tahap malas mengatasi segala2nya. mungkin rindu sangat, mungkin letih sangat, mungkin dah terbayang nak makan apa malam ni dinner dengan besties, atau mungkin sahaja cuma MALAS.

lama tak update blog. kerja yang terlalu banyak. cuma sehari dua ni dapat bernafas sikit. tu pun sebab push semua deadlines kerja dan pura2 tak tahu. oh well, tunggu jela kena tibai dengan boss. sebulan dua lepas, punya la berkobar2 nak cari kerja lain. semangat update resume, tapi cuma sempat update kat jobstreet dan hantar kat satu company je. pastu tu stuck dengan kerja tanpa henti. dan sekarang, bila dah reda sikit, reda jugalah keinginan yang berkobar2 nak tukar kerja tu. haiihhh..entahlah...

kekasih pun tengah busy sekarang. balik sekolah pun lewat je, weekend pun kena pergi sekolah juga. ah, sama lah kita yang.... tapi setiap hari pun cuba juga untuk curi masa walau sekejap untuk update each other dan sembang kosong. long distance ain't easy. perlu ada a lot of effort. tapi bila effort yang sangat banyak dicurahkan dan terasa semuanya effortless je pun, well, it must be love... rindulah yang oooiii....

itu jelah..u busy, i busy...aaaaaiiiiii.............. tapi i sayang u tau!