And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 8 March 2016

Tak tahu la kenapa ofis ni sejuk macam freezer gamaknya. Level lain ok je, level ni..mak oooii…berbungkus sampai dua shawl pun sejuk jugak.

Tak banyak kerja pun, basically memang hari2 pun tak banyak kerja..haha..bosan juga, mungkin sebab hati dah kat sana. Badan je kat sini.

Siang tadi dapat message kat LinkedIn dari head hunter, tanya nak kerja kat Spore/Hong Kong tak. Tak balas lagi pun message dia. Kadang2 bila sembang dengan kekasih, dia suka tanya what would I do or be kalau kami tak bersama.

Well, sama ada sy end up dengan entah siapa2 ataupun sy focus dengan kerja siang malam dan kumpul harta. Bila dapat message pagi tadi tu, sy fikir most likely sy akan pergi Spore kot. Sebab ramai sangat colleague yang lari kerja kat sana for few years hanya semata2 nak kumpul duit je. Satunya, gaji kat sana memang banyak dan plus dengan elaun lagi. Pastu convert la..dengan conversion SGD skang dah nak dekat RM3. Fuhh….

Tapi kalau tu jalan hidupnya, mungkin sy makin bitter.Bitter dengan semua benda dan semua orang. Garang tu jangan cakap la. Even sekarang sy dah tone down BANYAK, sy still dapat feedback yang diorang takut. Aii… face problem…I do have that…”resting bitch face”.

Seingat sy dulu, sy tak pernah apologise dengan sesiapa yang lagi junior. Pernah sekali sy marah sorang ni sebab dia highlight excel paper work guna kaler yang paling terang walaupun sy dah pesan guna warna2 pastel. Marah kaw kaw. Lepas mengamuk tu, sorang buda yang senior sikit dari budak tu bagitau yang budak tu colour blind, dia tak nampak warna pastel. Ok, sy tak rasa bersalah pun dan cuma jawab, how would I know, he should’ve told me.

Ahhh…those days….

Sekarang I learned that I won’t die by apologizing. Telan je pride and ego sikit. Tak mati pun.

Anyway, I am happy where I am now. Cukup makan pakai, cukup masa untuk family, kawan2 dan kekasih. Tak pe lah tak kaya macam ade sorang colleague ni mintak tolong sign kan barang dia order dari UK yang sampai kat ofis sebab dia outstation. Bila tengok receipt (ye, saya kepochi), selai baju macam polo shirt, harga few hundred pounds. SELAI je kau…

Ok tu je. Baru pukul 2.30pm. Lama lagi nak balik…ugugugugugu…..Rindu kekasih..tak sabar lah!

Thursday, 25 February 2016

Tadi dinner dengan rizal. Kononnya nak makan kat kedai faveret kat datuk keramat. Sekalinya tutup pula. Pergi la ke kampung baru sebab nak jugak makan bubur berlauk. Sy sampai dulu, konon nak cari seat dulu la sambil tunggu rizal.

Orang punya la ramai, abang kedai tu tak endahkan sy pun pastu orang asyik pandang2 je macam tak penah tengok orang je. Hampir setengah jam menunggu, dapat juga tempat duduk. Tak lama lepas tu rizal sampai.

Macam biasa la kami mengupdate each other berjam2,sampai 4 gelas air habis tapi tak habis sembang lagi. Ramai la yang tunggu meja. Pastu sy perasan la ade sorang perempuan ni, sy assumed dia dgn gf dia. Tengok2 meja kami. Bila sy ternampak, sy senyum je la.

Tak lama tu dia nak blah, tak nak tunggu dah. Dan sambil dia lalu sebelah meja kami, dia boleh sound pulak kami tak nak bangun2. Tapi dia chicken la, cakap sambil jalan. Belum sempat sy nak respon dia dah terlepas.

Mungkin nasib dia baik sebab rizal tak dengar dia cakap tu, dan sy pulak respon slow. Dia tak tahu ke bila rizal dan sy bergabung, kami boleh jadi ultimate bitch? Kami berdua berpengalaman buat staff2 menangis hanya dengan menggunakan kata2. Rizal mungkin dengan ayat standard dia, "hellooo.. Kau dah kenapa? Pergi la mati." Dan sy akan tambah, "Yeah, go fuck yourself la. Boohooo tak dapat seat."

To be fair, we ordered quite a lot of food and drinks. And... I also waited about half an hour to get that seat. Dia tunggu tak sampai 10 minit kot. Pegi la mati sana.

Bila nak bayar, tengok total bill, kami setuju, itulah harga yang berpatutan dengan layanan, persekitaran dan orang2 yang ada di kedai tu. Sebelum balik, kami berjanji jika bukan kedai di datuk keramat, kita makan di restoran yang proper saja.

Sunday, 7 February 2016

Hi sayang..
Kali ni drive paling mencabar i rasa. 7 jam dan banyak kali i rasa macam nak give up drive sebab letih sangat. I keluar tol kulai pukul 7.30pm..hari dah nak gelap. Sebenarnya dari melaka i nak g toilet sebab minum kopi banyak sangat. Dan lapar juga. Tapi setiap hentian semua penuh orang dan kereta park sampai ke susur keluar dari hentian tu. Jalan jam sampai ke johor. Kejap2 je jalan clear sikit tapi tu pun tak sampai 10 minit, jam semula.

Keluar tol hari dah gelap. I macam dah cuak nak drive. Tapi sebab takde pilihan kan, i drive juga. Malam ni gelap gelita. Then hujan selebat2nya. I lupa bawak cermin mata i, so i tak nampak sangat pun sebab mata i silau. I agak2 je elak kereta yang selisih dari depan. Rasa berdebar tu jangan cakap la, sebab bila i ke kiri elak kereta dari depan, i lalu air bertakung atas jalan pula. Dengan lopak2 pula. Jalan tak elok.

Rasa macam nak nangis sambil bawak kete, tapi nanti lagi la tak nampak jalan. Nak stop, kiri kanan hutan, lampu jalan takde. Huhuhu...

Tapi selamat juga sampai. Syukur sangat2. Tapi seriously i takut betul drive tadi. Tak nak dah buat camtu lagi. Better i stop je kat kluang lepas ni.

Ok tu je laporan. Esok mami ajak pegi rumah along dan nak belikan dia magic mop tu juga. Ok yang.. Love u so much tahu!

Sunday, 31 January 2016

Tiga tahun lepas, sejak kekasih pergi ke NZ sana, dia kata kat sini, takde pest. Semut takde, lipas takde, lelabah takde, cicak takde, semua menatang yang biasa ada kat rumah kat Malaysia ni semua takde. Dan sungguh2 la saya percaya dan setiap kali sy ada kat sana, memang tak pernah jumpa pun semua tu. Ada la sekor dua lalat. Tapi lalat kat sana macam bodoh2 dan malas. Nak terbang pun malas.

Dengan kepercayaan itu, sy dengan konfiden nya la cerita the same dengan kawan2 kat sini bila diorang tanya keadaan kat sana.

Sampai la...

Bulan Disember lepas, ada kawan kekasih dari sana singgah bermalam kat rumah. Sembang2, dia cakap, masa dia tengah buat kerja tiba2 ada labah2 yang sangat besar lalu sebelah dia. Dan dengan konfidennya juga lah sy cakap yang kat sana mana ada bebenda tu. Dia juga cakap kat rumah dia ada juga cicak. Berkerut kening juga la nak proses benda tu. Sy kata lagi. Eh, tak lahhh....kekasih kata kat sana takde bebenda tu. Dan dia pun menafikan lagi. Kena la percaya apa dia cakap tu sebab dia lagi lama tinggal kat NZ tu berbanding kekasih. Tapi, sy malas nak argue sebab nak tanya kekasih dulu.

Bila tanya kat kekasih, dia buat muka. Lepas tu sengih2 dan mengaku dia tipu je selama ni sebab tak nak sy rasa takut bila ada kat sana, terutamanya bila dia pergi sekolah. Dia kata, "I dah pastikan rumah semua clear dengan semua binatang tu sebelum u datang. Setiap hari masa u ada, I cek rumah dan pastikan semuanya ok." Kekasih sambung sengih lagi.

Kekasih kena jeling dengan sy.

Masalahnya, 3 tahun lebih la si kekasih ni tipu, dan maknanya sy tipu kawan2 juga la yang kat sana takde pest tu semua. Isk budak ni kan...........