And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 28 August 2012

sara suka cakap sy takde hati perasaan. dia suka cakap sy keras hati, keras kepala, takde hati perut. benda tu memang akan keluar dari mulut dia macam makan nasik aje. sentap juga la bila selalu dia cakap mcm tu. memang sentap hati ni. what do u know about hati saya? what do u know about being strong for other people? what do u know sucking up everything sendiri utk orang lain? what do u know about me?

dia juga suka kata sy kuat, jadi apa2 hal pun dia boleh belakangkan hati dan perasaan sy dan jaga hati orang lain instead. sebab katanya, sy kuat, jadi walaupun sy sedih, sakit hati, terasa hati, crashed ke hape, sy boleh heal dgn sendiri. sy boleh pulih dgn cepat. jadi tak perlu dia hirau sgt pasal hati sy. die prefer utk hiraukan hati dan perasaan tasha yang terlalu rapuh dan akan naik gila kalau terlalu sedih. atau hati dia sendiri. ok, fine...

dia kata takpe dia buat semua benda kat sy.. takpe dia sakitkan hati saya..sebab katanye, walau apapun, sy dah mcm darah daging dia, dan dia takkan buang dan sentiasa kembali pada saya. oleh itu, dia bebas utk buat apa sahaja. nak kata apa saja, nak datang pada sy bila dia mahu, pergi bila mahu, cakap baik2 bila mahu, marah sy bila mahu..semua ikut cuaca dia la..

kelmarin, masa kemas rumah, ren balik. dan kami borak2, dan ren tanya pasal penglipurlara. dan sy cakap la penglipurlara akan pergi tak lama lagi. dan ren tanya, sy tak sedih ke? dan sy cakap sy ok. bila sara dengar, terus dia cakap. alaaa...is tu memang mcm tu, mana ada hati perasaan, mana pernah nak rasa sedih, hati kayu.

ok fine. what do u know about what i feel inside....

masa mengemas rumah juga, sy jumpa kad2 dan surat2 yang sy bagi sara dah dikoyak2kan. sentap hati sy. even kad2 dari ren dan pya juga dikoyakkan. sentap hati sy. bila sy tanya sara kenapa, sy cuba telan rasa sedih, tapi sy tau ada getar kat suara sy. sara terus menangis dan terus cakap yang bukan2. setiap kali pun macam ni. bila sy yang sepatutnya sedih, bila sy sepatutnya yang menangis, dia pula yang ambil peranan tu. utk elak sy blame dia. utk elak dia daripada rasa bersalah. maka sy senyum, cakap takpelah. benda dah jadi.  dan pujuk dia semula. hey, katalah sy hati kayu lagi...

sy dah muak dgn orang yang cakap sy takde hati perasaan. noy pun selalu cakap mcm tu. hey, kalau sy ni macam korang berdua, dah lama sy mati.
seriously??

banyak benda dah saya sabar dan bertolak ansur. semua yang b nak semua sy tunaikan, nak wallpaper baru, nak kitchen yang best, nak sofa baru, nak karpet baru, nak letak divider tiang baru..semuanyaaaaa!!nak aircond yang best kat hall, semua sy bagi..tapi ada je isu, ada je yang tak kene. salah ke sy minta b uruskan jumpa contractor utk fix kan design yang kita dah agreed. seharian b kat rumah, office contractor tu depan rumah aje. tu pun jadi isu bila sy suruh b pergi situ kejap. b tak bayar sesen pun bebenda ni. tp suruh mintak tolong camni tak boleh. tak sudah2 nak kemas rumah, rumah tak siap lagi, kitchen tak siap lagi, wardrobe tak siap lagi, asyik nak mengemas aje. sy pun reti penat dan letih la..takkan nak sy cakap yang rumah tu sbnrnya penuh dgn barang b and tasha?? bilik stor tu, memang penuh dgn barang b. mana sy  nak simpan barang2 sy? paling tak pun sy kene tunggu wardrobe sy siap. which is like seminggu lebih aje lagi. tak boleh ke biar dulu barang2 sy?..sy penat la, sy penat...dah la ofis b tu pun kat situ juga, tak perlu pun nak berada kat ofis. tak kesian ke sy ni. sy kene drive sejam lebih sehala utk ke ofis. kenapa nak pertikaikan sy tak boleh sampai rumah before 8pm. ofis sy jauh la bengong!!!!

bukan sy tak tau kenapa b jadi macam ni. sy dah hidup dgn b lama sgt dah. terlalu lama. terlalu lama sampai setiap hela nafas b, sy tau apa b fikir dan rasa.

kalau marah kan tasha, jgn tala marah tu kat sy. sy bukan siapa2 nak kene entertain b bila b gaduh dgn tasha. kenapa perlu sy nak spend masa dgn b? cukup la sy spent cuti raya sy melayan karenah b, cukup la penat lelah sy utk b. jgn nak kaitkan dgn isu lain. semuanya nak pusing balik and point sy..semuanya salah sy, semuanya yg sy buat tak betul...b jela yang betul semuanya. benci dah..penat dah berbuat baik dgn b ni..ni yang b balas kat saya.

Monday, 27 August 2012

sepatutnya penglipurlara akan datang jumpa saya hari ni..selepas habis cuti raya semuanya..tapi semalam dia dah muncul depan rumah. katanya tak sampai hati biar saya sorang2 lama2 especially bila saya penat. ye, memang sy sangat penat. non-stop long distance driving, then weekend lepas sangat sibuk uruskan hal2 rumah dengan S. semalam pun dari pagi sibuk mengemas rumah lagi, dan petang tu bila penglipurlara datang, dia pun tolong sekali mengubah2 perabot2 rumah. thank you sayang. die cuma senyum aje tengok sy dan sara argue mcm mana nak susun sofa, kabinet tv etc etc...thanks again sayang, you sangat sporting!!!

banyak benda nak cerita, tapi selalunya end up save dalam draft sahaja. harap2 post kali ni berjaya di publish kan..hehe...semalam lepas penglipurlara sampai, lepak2 dalam bilik dulu. then dia kata ada barang tertinggal dalam kereta, dia pun pergi ambil. then sy tak perasan pun apa barang tu. tengah baring2, dia kata, pergi la ambil barang tu atas meja. another gift from her...thank you, thank you, thank you.....i sangaaaaaaaaaaattt sukaaaaa...suka mcm nak melompat2..tapi sebab masa tu baring atas katil kan, so sy cuma boleh bergoyang2 sahaja.. :)

sepatutnya petang semalam ada kontraktor datang untuk buat kerja2 drilling kecil2, pasang frame la, medicine cabinet la, cermin la, railing la...patutnya janji kul 5, pastu bila saya call semula, die tak dapat datang pula. then die minta datang hari ni petang. sy macam cuba nego sebab sy selalu sampai rumah malam. masa bercakap tu, penglipurlara ada sebelah sy, then die terus buat signal yang dia boleh tunggu rumah untuk kontraktor tu hari ni. sy pun said ok. malam tu sy tanya S sama ada dia ada di rumah juga petang ni untuk kontraktor tu, sy kata, kalau dia takde penglipurlara ada. then S cakap, dia ada, tapi kalau penglipurlara ada juga, ok juga.. *somehow ada rasa gembira kat hati sy*

petang tu selesai mengemas rumah dgn penglipurlara dan S, kami bertiga lepak kat porch rumah sambil S pam tayar basikal..dan sy duduk atas riba penglipurlara yang tengah duduk atas kerusi dan berbual2 bertiga.  again, somehow sy rasa gembira dengan situasi dan keadaan itu.

seperti yang dijanjikan, kami berdua ke Mc D, makan my fav GCB..ohsssooommmeeee...thank you sayang, belanje i...and malam tadi dapat another gelas Mc D yang olimpik version tu...hehehe..so far we all dah collected 4..2 aje lagi tak dapat lagi.. mari kita berusaha lagi, sayang!!!!

ermm..thanks again, sayang...untuk gift itu, dan yang paling penting untuk berada dekat dgn i. juga utk bahu u. love you.... *kiss kiss*


Thursday, 23 August 2012

hey sayang....

It's not the end of the world,
It's not even over but it will be soon,
I never learn my lesson, I just change my tune
And no one seems to notice but you will, you will

It's no big deal
But the last thing I think of when I close my eyes 
And the first thing on my mind when I rise 
It is a day and you're not really in my life

You can try and you can't find it where you're looking
You can hold it 'till it's putty in your hands
And you can break a heart that wasn't even yours to break

You could never be there for me in the end
And I will do the right thing
I will, I will

You're not fooling me 
I'm not the sort of girl who can't see reason
But that's nothing that a little bit of time won't heal
I know it don't come easy but I love you, I do

Coming clean
Means never closing curtains I just change my scene
Oh, but you'll know what I mean and I will learn throughout my life
To never leave what will bend

I can try and I will find it where I'm looking 
I can hold it 'till it putty in my hands
You can't break a heart that wasn't even yours to break

You could never be there for me in the end
But I will do the right thing
I will, I will

I don't think you ever learned a thing from me
But I'm sure that you want me to learn from you
And you've drawn heavy handed lines around morality
About yourself and I don't share your point of view

It's been time to let you go a thousand times
You never know that it hurts to be the one that you'd regret
I have to say that I'm proud to know you

That I'll never be the same because we met
You might not miss this
But I will, I will, I will...

Tuesday, 21 August 2012

Selamat hari raya, abah...

Tadi akak pergi tempat abah..dengan angah, abg ngah dan momoy. Mula2 macam ada banyak benda akak nak cerita. Tapi bila sampai, akak cuma dapat cakap, abah, ni momoy. Kelmarin dia genap 3 tahun. Itu aje akak sempat cakap. Dan itu pun dalam hati je. Momoy nampak macam keliru aje, then angah bagitahu dia, ni kubur atuk aki. Momoy diam aje duduk kat pangku akak. Takpe abah, bila momoy dah besar sikit akak akan cerita dengan dia pasal abah.

Nak gerak balik, angah cakap, entah bila lagi la akak nak datang situ lagi. Bukan akak tak nak datang, abah. Akak tau nanti akak crash lagi macam sekarang ni. Bila akak macam ni, akak tak boleh hidup dengan baik. Abah pesan banyak kali kat akak supaya hidup dengan baik kan... Atau mungkin juga akak sentiasa rasa abah dekat dengan akak dan bila pergi tempat abah tu seolah2 menyedarkan akak yang abah memang dah takde..

Bohong la kalau akak tak ingat abah. Bohong la kalau akak tak rindu abah. Akak masih lagi nampak kelibat abah kat rumah. Masih lagi dengar suara abah. Banyak benda yang akak rindu. Macam gaduh dengan abah pagi raya siapa yang perlu mandi dulu, berlumba2 makan ketupat dengan sambal kacang, macam taking nap sebelah abah petang2, baring kat riba abah, mengutuk rancangan tv..

Pagi tadi mak masak mee goreng. Tapi sedap lagi mee hailam abah. The best mee hailam everrrr....raya tahun ni akak cakap dengan mak tak payah masak kari ayam. Sebab abah suka makan. Tapi akak tak cakap la kenapa tak payah. Akak tak tau kenapa.

Balik dari tempat abah tadi akak terus pergi tanjung balau. Tengok laut. Cuba nak buang semua sedih kat hati. Atau pun mungkin akak cuma nak jauh dengan semua orang supaya akak boleh menangis sebut nama abah. Balik dari situ akak drive lagi ke bandar. Tak tau nak buat apa, akak cuma nak drive je. Dan akak terasa abah ada kat sebelah. Walaupun dah dekat 4 tahun, akak masih rasa pelik bila dengar orang sebut "arwah" depan nama abah. Panggil jela abah, kan. Apa masalahnya.

Akak cuma rindukan abah. Selalu akak tengok number phone abah kat handphone akak dan tunggu abah call. Sampai ke hari ni. Owh, sebab tadi akak tak sempat nak borak dengan abah, jadi akka citer kat sini la.

Akak skang hidup dengan lebih baik. Akak dah tukar kerja, lebih masa untuk diri sendiri. Akak dah beli rumah, mak pun dah pernah datang. Akak nak bawak abah datang. InsyaAllah seminggu dua ni akak buat kenduri naik rumah. Abah datang ye. Akak masakkan sup ayam. Akak sihat je, dan akak akan jaga kesihatan elok2. Abah pun jaga diri baik2 ye..

Selamat hari raya, abah..akak minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.

posted from Bloggeroid

Monday, 13 August 2012

sibuk menulis proposal, tetiba dapat email from colleagues planning for our weekend outdoor activity..cadangan tarikh: 29 Sept 2012..and suddenly it strikes me. penglipurlara will no longer be here anymore...

hey penglipurlara..

terima kasih sebab sudi singgah dalam hidup sy..sy hargai setiap detik yang bersisa ni bersama


Friday, 10 August 2012

ok...sy tak sabar utk hari ni habis, pulang dan berada dlm pelukan penglipurlara...sy rindu...
just a quick one, before sy kene berhempas pulas meeting my dateline...hari ni am suppose to submit 2 proposals to my boss, attend meeting at 12pm yg akan habis entah kul bape, then with my new case..

semalam semuanya ok, went to hospital sebab sy takut sy black out again while driving..yela...rumah jauh beribu batu kan...semuanya ok, gula, blood pressure and blood test turn up normal..tapi kene masuk air sebotol sebab takut sy pitam lagi...
and the reason why i called penglipurlara and S semalam bukan sebab nak suruh diorang datang or do anything..sy cuma nak bercakap dgn someone and distract sy dari apa yg sy rasa ketika itu...well, sepanjang masuk air tu, penglipurlara meneman sy through the phone..dia nak datang, guling2 dia nak datang, but i said no..tak perlu la...gigih la pulak kan nak meredah jem masuk kl pepetang hari yang memang mcm haram..takpe sayang...i am okay...i okay kan.... :)

Thursday, 9 August 2012

just about half an hour selepas post tadi...ketika sy duduk at my desk, sy black out like few seconds..tersedar, terus cuba regain balik memory apa yg berlaku...takutnya..nasib baik sy bukan tengah berdiri..pantas sy pergi cari gula..sy tau, gula rendah kot...sebb it happened before..shaking, i called penglipurlara...she didnt pick up the phone..bz kot...then i called S..juga tak angkat..then it hit me...isma, u r on ur own...sy dah ok sikit...sedang cuba bertenang..tp masih rasa bibir sy sejuk dan pucat..harap2 takde pape nnti balik drive...
kosong.....

sy rasa itu lah yg sy rasa...

S and boo did a lot of things to me...but still, bila sy tau mereka dalam kesusahan, automatically hati ni jadi susah dan gundah...kenapalah sy rasa mcm ni...walaupun sekarang ni sy ada bahu utk sy bersandar dan ada juga tangan yg memeluk ketika tidur (walaupun sy tau semua tu sementara)...tp still...sy rasa kosong..tp tgn dan bahu tu memang pun not meant to penuhkan hati sy..it just meant to distract me..hakikat tetap sgt pedih utk dihadap walau begitu jauh sy lari dan alih perhatian..

pagi tadi ada KPI meeting dgn bosses..dan dia tegur my performance yang agak goyah...sy faham, dan sy recognise masalah itu..sy cuma hanya boleh minta maaf...

sy penat kot...jadi orang dewasa...bertanggungjawab atas segalanya, merancang utk orang lain, membuat pilihan dan mungkin sy dah penat menjaga diri sendiri...there were good old days,..bila sy still bersama S..bila tiba ketika sy rasa spt apa yg sy rasa sekarang ni, sy akan cakap, "b, sy letih buat keputusan, decide la utk sy"..and always her decision selalu betul..sy selalu tahu apa yg sy mahu..tp cuma kadang2 sy nak orang lain decide utk sy sebab sy dah letih membuat keputusan..contohnya, mcm membuat pilihan jalan mana yg perlu sy ambil ketika sangkut dalam jem balik kerja, perlu ke sy terus redah jem yang pasti atau buat u-turn dan ambil risiko jln yg lain tu jem atau tidak..atau pun ketika sy torn apart nak makan nasik ayam steam atau roasted, at the moment i feel like eating both..atau juga, perlu tak sy pakai dress atau kemeja hari ni...well, tak la sepanjang masa the same thing i asked her to decide..cuma bila tiba ketika sy penat utk jaga diri sendiri...

sy juga rindu rasa dijaga dgn baik..dipastikan sy cukup segalanya..walaupun ketika S buat semua tu, sy tak perasan pun yang sy perlu benda2 itu, bila difikir2 semula sekarang ni, sy rasa lengkap hidup sy dulu...sy masih lagi rindu die pack kan luggage sy bila sy kena pergi outstation..ataupun dia iron kan baju kerja sy, ataupun dia masakkan dinner, walaupun semua dari dalam packet2 sahaja. sebab dia tau sy tak sempat nak dinner kat ofis dan terlalu letih utk singgah beli makanan..sy rindu makan nasi berlaukkan scramble egg sahaja dgn dia... dan of course, sy rindu utk jadi yang pertama dalam segala hal..menjadi tempat dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat, bukannye jadi tempat dirujuk setelah shit happen spt sekarang ni...

sy rasa mcm....nak menangis di bahu dia dan cakap sy dah letih dgn semua ni...nak cakap yg ada byk benda yg sy kecil hati, tak lega dan tak lepas...bukan kerana sy menyesal atas keputusan sy berpisah dgn dia..cuma sy nak rasa lega..few months ago, sebelum sy ke lahad datu utk outstation dan sy bermalam dgn dia malam tu sebab she suppose to send me to the airport early in the morning..when i was sleeping, sy mcm terjaga..mimpi maybe..dia belum tidur..then she holds my hand..and she said, "tidurlah...sy ada ni..." ketika itu sy rasa tiba2 mcm air mata mengalir..tp sy alih muka dan sambung tidur..sy rindu rasa itu...rasa sy tak perlu risau, takut or bimbang tentang apa2 pun..dia ada utk uruskan semuanya..sy cuma perlu tidur sahaja...

penat rasa memikul tanggungjawab...even utk diri sendiri...

tapi..sy masih bersyukur dgn semua yg sy ada sekarang ni...sy cuba sebaik mungkin utk tidak mengeluh kesah atas semua susah dan duka..cuma sy masih lagi insan biasa, yg ada jatuh dan bangun...ada rasa marah, rindu, sedih, suka, etc etc..dan sekarang sy cuma rasa kosong...

to be fair, sy bukanlah orang yg sentiasa mengeluh jika berjumpa sy personally..di sini sahaja lah tempat sy utk jadi lemah dan down..sebab di dpn orang, sy tidak boleh sedih atau kelihatan lemah..kerana mereka2 disekeliling sy perlukan sy kelihatan kuat, utk mereka hidup dgn baik...

Wednesday, 8 August 2012

adalah kombinasi yang terbaik apabila ketika bergelumang dgn kerja yg mcm tiada kesudahan sambil di push  tanpa henti oleh bosses dan customer, revising paper work over and over again, ditambah dgn impression oleh kaum keluarga yang sy ni kerja cop duit dan bebila masa, sesuka hati boleh request as much as they want, juga ditambah dgn my ex yg mempunyai impression yang sama, dan sesuka hati bebila masa nak lepaskan marah pada sy selepas bergaduh dgn gf sendiri...

ini lah yang terbaik..kombinasi terbaik...sy rasa sgt hebat!!! *clap, clap, clap*

Tuesday, 7 August 2012

kebosanan sebab terlalu banyak kerja.....

take 5...

rasa tercungap2 dah buat kerja...sgt banyak..rasanye kalau sy sprint, tergolek dan tertonggeng pun belum tentu boleh siap hari ni juga...semalam sy amik cuti, uruskan hal2 lain..tp email2 kerja non-stop masuk. sy hanya mampu membaca aje la..pagi tadi masuk ofis, bos terus tanya, hah, dah siap dah semua? sy cuma senyum, dalam hati nak cakap "wak luuuuuuu"...ish ish ish...sungguh tidak sopan...

seriously kerja sgt banyak..kul 2 ni ade client nak datang hand over documents semua...shit sy baru process sikit aje document dia...damn la....rasa nak pengsan...

raya will be in another 2 weeks...and yes, tahun ni takde rasa apa2 pun...satu hape pun tak prepare lagi..duit tak tukar, baju raya tak beli, kuih raya pun tak beli...hebat betul terasa...entah kenapa..tahun ni malas nak rasa apa2..or maybe, tahun ni mencelebrate the very 1st year since 2001 sy berpuasa and akan beraya sebagai SINGLE!!..wow...dats i think super powerful!!..tak yah pening2 nak plan balik beraya, nak plan dgn sedara mara belah sana, pening nak cari baju raya utk dia, hadiah raya dia....so maksudnya..dah dekat 11 tahun dah...awesome juga perasaan single ni...am loving it!!!!

tema raya tahun ni:

sy single..pedulik hape sy nak buat apa, makan apa, pakai baju apa, balik raya mana!! wooohhooooo!!!!

Monday, 6 August 2012

sometimes, things are so simple, like:

u made me as ur second choice, i'll make u as my last choice... :)

life is way too short to be complicated..stay if you are happy, leave if you don't...i am okay either way...

Friday, 3 August 2012

faith

kecewa, kecewa dan kecewa dgn bank ni...so called la multinational bank, expert in islamic banking...tp haram la kau praktis benda tu...tak payah nak brag sgt benda tu kalau tak tau prinsip paling asas: menjaga kepentingan customer, tiada penindasan or whatsoever shit yg menidakkan hak..

haram betul..semuanya kau nak waive sebab dah signed? u expect me to read every single line in the term and condition ke? well, kalau itu sekarang boleh la sebab sy dah ada foundation in banking..dulu masa sign agreement, bodo2 jela sy sign sebab u said that everything will be fine..and u, promoting islamic banking, had convinced me enough that there will be no grey area..and now, tetiba kau punye customer service terkedu nak menjawab even the basic question about ur own policy..haloooo....come on laaaa...tutup aje bank tu and jual pisang goreng..bila jadi mcm ni, i wonder..berapa ramai orang yg guna khidmat bank really know what they are dealing with...tsk tsk tsk...

bebenda ni buat sy makin lama makin menyampah dgn bank ni...sy rasa diorang ni hanya akan tolong orng yg tak nak pun pertolongan..those yang dying and dah nyawa2 ikan, memang kirim salam la bebanyak..and this make me terfikir kerja sy skang...although am not dealing with individual customer, still the concept still the same..haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........rindu nak buat akaun....ok, mari update resume..

Thursday, 2 August 2012

well, hari ni dimulakan dgn drama oleh boo...punya la menyakitkan hati..kasihan handphone dan laptop sy kene hempas2...rasa mcm berapi2 telinga...

then lunch hour, i went out to settle few things, balik aje, saw a box on my desk...eagerly, i open the box and found this:


with a note:

u sungguh sweet sayang...tak sabar nak u bacakan malam ni.....oh, yg bedtime story malam hari tu pun tak habis lagi kan...tp i nak u baca yg ni dulu then only sambung yng hari tu, ok..

timing selalu kene saje...mesti dapat time sy down...

hari tu, waktu sy crashed,...esoknye tetiba my receptionist datang kat my workstation and passed this:

seingat sy, sy pernah cakap sekali aje..tu pun sekali lalu je masa awal2 kami kenal...waktu kami kenal tu time ade pesta flora kat putrajaya..and she asked la whether i suka bunga..i told her, i suka cuma bunga calla lilies and orchid shj..but its very rare nak jumpa kat kedai bunga..especially the calla lilies..and the flower came with a note:
oh my...what else i can say... (^_^)

Wednesday, 1 August 2012

i'll see u soon...


So you lost your trust
& you never should have
No you never should have
But don't break your back if you ever see this
But don't answer that
In a bullet-prove vest
With the windows all closed
I'll be doing my best
& I'll see you soon
In a telescope lens
& when all you want is friends
I'll see you soon

So they came for you
They come snapping at your heels
They come snapping at your heels
But don't break your back if you ever heard this
But don't answer that
Cause in a bullet-prove vest
With the windows all closed
I'll be doing my best
& I'll see you soon
In a telescope lens
& when all you want is friends
I'll see you soon

Noo you lost your trust
Noo you lost your trust
Noo don't lose your trust
Noo don't lose your trust