And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 October 2012

full impact bootcamp semalam baru terasa bila bangun tido pagi tadi. rasa macam cramp satu badan dan macam tak boleh bergerak. alarm bunyi bersama text dari sayang kejut sy bangun, tapi macam tak boleh bergerak pun. sambung tido another 10 minutes then paksa diri bangun juga untuk mandi dan bersiap.

semalam pagi dah bootcamp, then sangkut jem kat jalan tun razak, dekat 2 jam baru sampai ofis then malamnya duk menjerit2 jadi pom pom girl team futsal department sy pula. balik semalam memang flat habis. hari ni, upper abs cramp habis, tak boleh gelak ataupun batuk. sangat sakit. tapi kekasih ni.....setiap text dari dia mesti buat sy gelak. walaupun dia berusaha untuk jadi serius...ellleeeehhhh...ye ke u berusaha, sayang?

btw, semalam browse fb sy dan jumpa satu notes yg sy tulis somewhere back in February 2010. masa tu rasanya sy tengah sangat sibuk dengan audit. tajuknya, 6 principles of life, sy rasa sy baca somewhere, then sy share dengan kawan2 auditor sy yang bekerja siang malam membanting mata, otak dan jari:


1. No point using limited life to chase unlimited money
2. No point earning so much money you cannot live to spend it.
3. Money is not yours until you spend it.
4. When you are young, you use your health to chase your wealth;when you are old, you use your wealth to buy back your health. Difference is that, it is too late.
5. How happy a man is, is not how much he has but how little he needs.
6. No point working so hard to provide for the people you have no time to spend with.

waktu ni rasanya sy dah berminggu tak bercakap dengan Sara walaupun kami duduk bersama, tidur sekatil. sebab sy terlalu sibuk. dan juga ketika itu sy kecewa dengan diri sendiri sebab sy terlupa kenduri kahwin kawan baik sy sendiri yang rumahnya kurang 10 minit dari rumah sy. well, sampai sekarang sy rasa bersalah pada dia. rasanya kenduri dia hari ahad. pagi ahad tu seperti biasa sy bersiap2 dan pergi ofis tapi terasa macam ada yang tak kena. sampai ofis, buat kerja, then pukul 8 lebih malam tu baru sy teringat kenduri tu. shit..masa tu sy kat ofis lagi. nak text kawan sy tu terasa macam malu sendiri. esoknya baru sy berani call dia dan minta maaf. dan few months later, sy ambil career break 4 bulan untuk spend masa dengan Sara dan catch up balik dengan kawan2 dan family.

sy selalu percaya semua yang berlaku pasti ada sebab. dan sy jarang sekali menyesal atas apa sahaja perbuatan dan keputusan sy. sebab bila2 sy nak buat sesuatu keputusan yang besar, sy sentiasa cakap dengan diri sendiri, "this is what i want, what ever happen, jangan menyesal". macam2 jadi bila sy ada banyak masa. sy jumpa orang baru, sy break up dengan sara. sy juga berjaya pindah kerja untuk try something else selain audit.

dan sekarang, sy nak kembali semula menjadi auditor selepas setahun tinggalkan kerja tu. batchmates sy rata2 sekarang ni dah jadi Asst. Manager, by right, sy patutnya seiring dengan diorang. tapi sebab sy tinggalkan kerja tu setahun dah, dan kerja sy selama setahun ni tak relevan dengan audit, maka sy kembali dengan position lama sy. tapi bosses dan HR baik, revised gaji. so sy ok.

bila sy cakap dengan kekasih pasal hal ni, sayang cakap jangan mengeluh. setahun sy tak buat audit, sy ada banyak masa update blog dan baca blog orang lain, termasuklah blog kekasih. and that's how i met her. that's how sy kenal cinta hati hidup sy. itu adalah priceless. pay cut, position dan apa2 sahaja lah, is nothing compared to apa yang sy ada dalam hidup dan hati sy sekarang. jadi sy tidak menyesal.

pagi tadi masa buat coffee, borak2 dengan colleague, tse khim, dan dia tanya. so what u want to do after audit? terdiam sy sekejap nak menjawab soalan tu. entah la..sy tak tau. takde perancangan apakah kerja sy nak buat selepas tu. tengok lah...akan datang.



Tuesday, 30 October 2012

Sayang...

Finally i atas katil dan baru terasa sangat penat dan sakit2 badan semua. I sampai pukul 11 tadi, i terus mandi dan sapu deep heat kat kaki, lengan dan wrist i. I dah tutup lampu dan malam ni i tak buka laptop pun untuk layan korea mahupun TOP ataupun Daesung....

Tadi kat tempat tu dapat makan nasi lemak. So i dah dinner. Dan i minum air masak agak banyak hari ni.

Ok, itu sahaja laporan i untuk malam ni. Senakal2 dan sedegil2 i, i cuma tak dengar kata u bila u ada dengan i je. So bila
cranky ke, sakit2 badan ke, u ade untuk i merengek2 dan mengada2. Disebabkan u takde, i jaga diri elok2.

Ok, nak layan 9gag sampai tertido. Gudnite love. Sayang u.

posted from Bloggeroid


I, I want to wish you well
I didn't watch you go
Cause I suppose I don't know how
I, I will remember you
Not the way you left but how you lived
And what you knew

I, I want to feel your hands
I want to feel your fire burning
Right from where I stand

I'll find my way
Cause you showed me how

I, I want toknow it's you
When I hear your voice inside my head
Inside my room
I, want to touch the sky
I want to see the stars twinkle
Like they were your eyes

I'll find my way
You showed me
I'll find my way
Cause you showed me how

I, I want to smell your scent
I want to breathe the air I did before
Before you left

I, I want to wish you well
The only reason my heart beats
Is cause you showed it how

I'll find my way
Cause you showed me how

rindunya i dekat u, sayang. ikut hati memang i nak pergi tempat u june nanti. tapi tengok lah dulu plan ke korea tu macam mana dulu. maybe seminggu ke korea then 3 minggu kat tempat u. hehehehe...tunggu i masuk keje dulu ya.

i tengah tunggu hafizul habis meeting dan baru nak gerak ke ampang. nak jadi cheerlady... pagi tadi lari kat bootcamp, total 4 km, so i rasa dah cukup kuota i lari/jalan for the next 6 months. hahaha...takde apa pun nak cakap. i cuma rindu u. rindu sangat2...kadang2 i rasa macam ok, kadang2 i rasa i nak sangat u ada dekat i. huuurrrmmmmmmmm.....lamanyaaaaa....

Monday, 29 October 2012

ada banyak kerja yang kena rush, tapi sy nak menulis sekejap. kekasih tak sihat. dua tiga hari ni dia macam selsema. then hari ni makin teruk pula. tapi katanya tak demam lagi. dan sekarang kat sana dah pukul 8 malam, dan dia dah tidur. baguslah. rehat ye sayang.

nak ikutkan, i nak risau banyak2. tapi i ingat semula janji kita, yang u akan jaga diri baik2 dan kita takkan risau akan each other so much. i tau u akan jaga diri u baik2. yela, i risau banyak2 pun bukan boleh mengubah apa2. cuma i wish i sebelah u untuk tengok2 kan u, ambilkan u air bila u dahaga so that u tak perlu bangun dari katil, monitor temperature u make sure u tak demam...ermmmmm.....sayang cepat sembuh ya...

tadi berborak dengan Fan. dia tanya pasal rumah, pasal sara. then Fan suggest, why don't u just be with kekasih? your new firm pun ada kat sana juga kan, kenapa tak nak try apply dan pergi la kerja sana 2-3 tahun. u can be with your loved one dan boleh hidup dengan tenang tanpa drama dari sara.

berkerut kening sy dengar cadangan Fan. bukan senang nak dapat position kat sana. Fan sambung lagi, who knows, what i said now, might be your path in the future. so far mulut Fan masin pasal u dan kekasih kan? u'll never know if u never a try. give a shot first la.

sy sengeh. terus buka website firm tu kat tempat kekasih. dan sy sengeh2 lebar2...

Sunday, 28 October 2012

ok, semalam sayang tanya kenapa dah lama tak update, then sy suruh sayang update dia punya dulu. oleh kerana dia dah buat, so ni la update sy.

weekend yang busy dengann family matters. dah nama raya, kan. so pulang ke Johor beraya. memang kenyang perut, suka hati. tapi raya kali ni, tak pakai selai baju kurung pun. pergi beraya dengan jeans dan tshirt sahaja, iaitu salah besar. keluar rumah rasa jeans longgar, balik dari beraya macam tak takde ruang dah untuk perut. ai ai ai..patut pakai kain batik aje. senang. adjustable.

pagi tadi bertolak dari Johor. nasib baik awal, tak sempat nak  merempuh jem. tapi trafik memang heavy, dan sampai senawang terus jem melekat. sy terus keluar senawang dan lalu LEKAS. nasib baik...

sampai rumah dalam pukul 2 petang. terus on lap top dan ber webcam dengan kekasih. rasa lama betul tak nampak muka dia. sepanjang di Johor, cuma berbual di telefon sahaja. macam2 rasa nak cerita dengan dia. setiap kali pun, cuma mampu sentuh dan usap skrin seolah2 pegang wajah dia. huurrrmmm....bertabahlah...

then pukul 3 lebih sy keluar. nak pergi sesi mengada2. pergi salun dan buat rambut. pendekkan rambut, repair kaler rambut dan buat treatment. murah je. waktu tengah buat rambut, sorang besties ada kat mines. mula la kisah thefaceshop. kedai jual bebenda muka. sekarang ni diorang2 semua tengah gila shopping kat sini. sy kebetulan memang nak cari few things, then sy kata lepas buat rambut sy akan ke sana. then another besties pun kata nak join sekali. lebih kurang pukul 7 lebih, kami bertiga dah berada di mines, bersama seorang bf besties ni. maka 4 orang semua ke kedai tu. memang rambang mata. salesperson tu pula, asyik promo benda yang mahal2 aje kat sy, padahal ada yang murah.dah la sy ni bukan bermekap sangat. cuma perlu la tepek bebenda tu untuk ke ofis.

so sy beli blusher, lipstick dan face mask. face mask ni salesperson tu ha goda sy beli. so sambil menulis ni, muka bertepek dengan mask. kene pakai 20 minit katanya. agak mahal juga la. tapi kami bertiga combined semua purchase dan dapat free gift banyak. hehehe...dapat 2 set facial travel kit dan satu beg. so bahagi lah sama2 semuanya. then sy ke bodyshop kat sebelah tu untuk beli something, tu pun sebab sy ade baucer yang expired hari ni. dapat la lips scrub.

kemudian dinner kat sakae sushi. order makanan yang sama masa sy makan dengan kekasih. terbayang2 kekasih yang duduk di depan sy. kerana menu makanan yang sama juga, membuatkan bayangan kekasih makin jelas. masa di salun pun, sy duduk di tempat yang sama kekasih duduk masa sy temankan dia potong rambut. terbayang senyum dia, dan juga ketika dia curi2 ambil gambar sy ketika sy baca majalah. buat sy senyum sorang2 aje.

ermmm.....ok, dah cukup 20 minit pakai mask ni. perlu tanggalkan dah. it was a good long weekend. cuma akan lebih sempurna jika ada kekasih disisi. takpe, dia sentiasa ada dalam hati sy. :)

so ini sahaja sy mengupdate kali ni. sayang, i dah tunaikan janji i. so, bila u nak tunaikan janji u nak bawa i tengok konsert coldplay back in 2006 yang kat toronto tu? ni kalau u sayang i la....i mean, kalau u betul2 sayang la...

:P *walau apa pun, i will still love you to the moon and back*

Wednesday, 24 October 2012

kekasih dah tido, maaf, tadi i kena panggil masuk meeting tiba2. dan tiba2 juga i dapat task yang kena siapkan dalam masa seminggu. ai ai ai...

rindu pada u tak terkata dah. hari2 pun cakap, tapi sepanjang masa pun semakin rindu. setahun lagi untuk kita bersua kembali. malam tadi i mimpi u, terasa sangat benar. dan terubat sedikit rindu pada u. tapi seperti biasa terjaga dan mencari u, tapi cuma ruang kosong di sebelah i. kadang2 perasaan itu membunuh.

I suka u melayan karenah i yang macam2. dan i juga suka tease u untuk dapat apa i nak. hehehe...seperti nak dapatkan screenshot apa yang u tulis pasal i kat buku merah tu, atau juga untuk buat u menyanyi dan ad hoc bedtime story. thank you sayang. 

I sayang u. I tau apa i nak, I nak u. so don't worry about anything baby. I love you to the moon and back.



Monday, 22 October 2012

Tadi dinner merangkap catch up cum gossip session dengan nicholas, ex colleague tempat kerja lama. Lepak kat Dome, klcc. Sy makan big breakfast. Sangat bahagia...sy memang suka makan breakfast selain dari waktu pagi.

Somehow sy sangat kagum dengan nic. Dia batchmate sy, sama join the firm back in 2008. Sy resigned november last year dan dia pula december. Lepas resigned, dia tak tau apa passion dia. So dia ambil lesen agen insurans, jadi cikgu piano, freelance buat account dan kadang2 buat performance for event (piano+singing). Sebelum buat semua tu dia pergi travel few countries dengan gf dia. Dan katanya ada satu pagi tu tetiba dia rasa nak buat bungee jump, terus book flight pergi hongkong, naik feri ke macau dan buat kat sana. And the next day, balik malaysia semula.

Katanya selepas buat macam2 kerja, finally after almost one year, dia rasa accounting juga yang sesuai dengan jiwa dia *seriously kami gelak kuat*. So sekarang dia bergelar akauntan kat sebuah company, 9-4pm, 4 hari seminggu, with such a handsome pay. Dia jumpa bossnya through one of insurance customer dia. Rezeki dia. Am happy for him.

Then, dia bagitau something. Yang buat sy sangat terkejut dan tak sangka. Tentang sorang lagi batchmate kami, tay chuan. Kami panggil dia TC. Sebulan lepas, dia perasan macam ada lump kat bahu dia, seminggu kemudian ada satu lump lagi. Dia pergi check, which happen diagnosed as cancer. Kata doctor dah 3rd stage. Seminggu kemudian, terus operate untuk buang dan masa operate doctor dapat tahu dah final stage. Hari ni first chemo treatment dia. TC boleh kata sihat. Tak nampak sakit apa pun. Dia tak minum alkohol, coke pun tidak. Tidak makan luar, selalu homecooked aje. Tiada family history, nothing. Just happened je.

Sangat menakutkan. Sangat terkejut. Sy harapkan yang terbaik untuk dia dan semoga dia sembuh.

Dan sy juga briefly cerita kat nic pasal apa yang berlaku dalam hidup. Nic cakap tak sangka hidup sy macam roller coster. Bila sy cakap hidup sy screwed, nic cakap, mungkin tuhan tahu u kuat, so dia sudah prepare something for you. Dia tahu you boleh handle. Sy senyum saja. Berlainan agama, tapi apa nic kata memang la ada benarnya. Hey, seteruk mana pun, ada orang lagi susah. TC contohnya. Dan sy bersyukur atas apa yang sy ada sekarang. Sy akan cuba untuk tidak mengeluh. :)

posted from Bloggeroid

hari tu, duk selongkar2 kotak2 lama mencari financial calculator. tak jumpa pun. tapi biasa la, bukak kotak2 lama ni, macam2 jumpa. dan sy jumpa berkeping2 (betul ke ni?) surat2 dari kawan baik sy. sy panggil dia odeng. sebelum sy panggil dia nama tu, sy panggil dia "yang". kami kawan dah lama. sejak kami darjah satu, sampai la habis tingkatan 5. sama kelas dan duduk sebelah. sangat sayangkan dia, sampai sy pernah decide, sy tak kisah sy kerja apa, sambung belajar apa lepas SPM asalkan dapat bersama dia. sy akan pilih course yang sama dengan dia. dan dia adalah tangan yang sy sentiasa genggam dulu. sentiasa pastikan dia selamat, call dia hari2 walaupun sekolah sama. sampai la sy kenal sara, dan sy menjauh sikit dengan dia dan pilih jalan hidup sy sendiri. odeng ke upsi, sekarang jadi cikgu math. dia memang hebat matematik. di kala kawan2 baik sy yang lain blame pilihan jalan hidup sy bersama sara, odeng satu2nya yang sentiasa genggam tangan sy.

baru sy sedar, masa kami jauh di uni masing2, odeng rupa2 nya banyak bagi surat kat sy. dan saban tahun seperti sejak kami kat sekolah dia tak pernah missed birthday sy. baca semula surat2 dia, buat sy terasa sy bukan kawan yang baik. dan sebenarnya, sy tak pernah balas satu pun surat dia. :(

dan bila sy ingat2 semula, odeng beberapa kali datang ke uni sy untuk melawat sy, dan untuk melihat kehidupan sy. dan sy tak pernah jejak kaki ke upsi. dan waktu dia kahwin 2 tahun lepas, sy tak hadir pun. dan sekarang, anak dia, aisyah, dah dekat setahun. dan sy tak pernah datang tengok dia.

odeng tinggal tak jauh pun. kat shah alam, dia mengajar kat sekolah sana. beberapa kali dia ajak sy datang ke rumah, tengok aisyah. setiap kali pun sy cuma jawab, insyaAllah. sebenarnya, sy dan odeng sekampung. rumah mak sy dan rumah mak dia tak sampai 5 minit pun. setiap kali raya, dia selalu call sy dan tanya untuk berjumpa. tapi sy ni selalu sangat tak sabar2 nak balik ke KL. dan selalu end up tak dapat jumpa. but still, setiap tahun pun dia yang akan call sy dulu.

setiap kali pun dia tak pernah blame sy yang seolah2 melupakan dia. ermmm...baca semula surat2 dia, buat sy rasa sangat bersalah.

deng, nanti aku akan datang juga jumpa aisyah....

Saturday, 20 October 2012

sedang berehat2 di atas katil. bahagia betul. pagi tadi terbangun awal pula walaupun semalam tidur agak lewat menyiapkan bahan2 BBQ. tapi juga sebab berwebcam dengan kekasih sampai lewat2. pagi tadi bangun, kemas rumah, kemas dapur, buang sampah. setel dah semua. sementara menunggu besties sampai pukul 2 nanti, so sembang la kat sini.

jadi entry ini adalah sangat random sahaja.

tadi klik2 old entries kekasih. then ada satu entry tu dia bercerita tentang gadis idaman dia. yang sy ingat, antaranya dia nak gadis bertudung, tidak seksi dan tidak merokok. sy macam sengeh2 aje. semuanya tak kena pun dengan i, sayang. sy tak bertudung. baju kerja sy adalah skirt dan dress. dan kadang2 dress itu singkat juga. dan sy merokok. so how sayang?

sy pernah tanya kekasih, sy ni memenuhi apa kriteria dia ke? sebab dia sendiri memang mengaku yang dia bukanlah orang yang cerewet dalam banyak hal (ini sy setuju) tapi sangat particular tentang gadis menjadi teman hidup dia. so dan jawapan dia, dia sangat puas hati dengan apa yang dia dapat. sy senyum je. dan dia pun tanya soalan yang sama. susah betul sy nak jawab. tapi sebenarnya sy dah jawab. dalam hati. cuma tak tahu macam mana nak diceritakan dengan kata2. cuma sy boleh kata, hati sy yakin ini pilihan yang betul.

bekerja dengan private sector ni memang best. sy rasa sy tak perlu selindung status sy. soalan biasala bila mula masuk tempat kerja baru, so single/dah kawen? ada bf?. jawapan sy selalunya, owh, sy tiada bf, tapi sy sudah berpunya. yang cepat faham tu selalu akan senyum je, tapi yang tak faham atau buat2 tak faham atau nak further confirmation akan bertanya untuk penjelasan. dan jawapan sy, sy takde bf sebab sy ada gf.

sy selalu percaya tentang adil dan saksama. dan juga mengiktiraf pasangan hidup kita. sebab bila ada pengiktirafan tu, lebih mudah urusan rasmi. contohnya sy perlu ambil cuti untuk menjaga partner sy yang tidak sihat. boss sy akan faham itu. treatment yang sama pada team mates yang dah kahwin. kesaksamaan. dan sy akan fight untuk mendapat hak yang sama itu untuk partner sy. sy juga suka bawa partner sy ke event2 rasmi company macam dinner, trip, sukan dan lain2. dan sy juga suka nak introduce partner sy pada colleagues2 dan bosses. so that they know, inilah pasangan hidup sy and i am proud of her, i am proud to be with her. so sayang, this is what u can expect in the future. u kena ikut i attend event2 company i ye. don't worry, i will take a good care of you and i will hold your hand sampai event habis. :)


hari tu lepak2 smoking dengan one of my avp, Joe, dia tanya gurau2..."kenapa pilih jalan ni?". sy tarik nafas dalam2 dan jawab, "cinta itu buta kan? tak kenal siapa, tak kenal adat, latar belakang, dan juga jantina.." Joe sengeh aje dengar jawapan sy.

ah...sy rindu cinta hati sy....teringin sungguh nak bawa kekasih jumpa colleagues sy sebelum last day sy. sebab sy rapat dengan diorang dan sepanjang setahun sy kat sini, diorang banyak tahu kisah sy, kisah ex2 sy semua. dan sy nak diorang tahu, kekasih adalah pilihan yang betul.

Thursday, 18 October 2012

high on caffeine.

baru lepas lunch kat san fran coffee. had large extreme buzz coffee. jadi sekarang macam dah mabuk. kejap lagi mesti rasa macam nak melompat2 when the caffeine starts to take effect. tadi pergi dengan Tse Khim dan Hafizul. Hafizul cakap coffee is good sebab boleh reservex kan energy. lepas tu Tse Khim cakap, coffee juga boleh buat kita jadi horny. then suddenly dia tengok sy dan cakap, so isma, u had your morning coffee and now extreme buzz. u must be super horny later. sy cuma mampu gelak aje la. takde maknanye punnnnnn...

so, kira2 nya sy ada sebulan lebih sahaja untuk buat catch up session dengan semua kawan2 dan family sebelum sy masuk audit semula. once audit kick off, memang boleh ucap selamat tinggal untuk semua jenis social life. so plan dah tersusun. hujung minggu ni sy akan spend masa dengan besties. cadangnya nak buat BBQ kat Pengkalan Balak, Melaka dan bermalam di sana. weekend satu lagi dah Raya Haji. so family time. dan ade few friends sy kena/wajib meet up for the next few weekends selepas Raya Haji tu. macam dah tak terkejar dah. ai ai ai...sy masih mencari weekend yang betul2 free to enjoy my own sweet time. bangun lewat on the saturday, tak buat apa2..entah bila...nak potong rambut, nak buat facial, nak pergi massage, nak beli kasut baru etc etc...

colleagues dan kawan2 selalu tanya macam mana keadaan sy tanpa kekasih di sisi. well, so far semuanya ok.  terima kasih untuk semua teknologi yang ada. sy sentiasa rasa dia ada untuk sy. we still wish good morning and good night everyday. dan so far, dia tahu semua yang berlaku dalam hidup sy sehari2. janjinya adalah untuk menjaga diri masing2 baik2, not to worry about each other so much, dan yang paling penting, apa2 pun mesti bagitau. so hari ni genap seminggu kekasih kat sana. nak kata rindu, tentulah sepanjang masa rindu. kadang2 tu rindu sampai rasa sakit dada setiap kali tarik nafas. dan kadang2 sampai jatuh juga air mata. tapi hey...seteruk mana pun sy rasa kat sini, sy ada kawan2 dan famili. kekasih pula sorang2 je kat sana. so sy kena bertabah untuk kami sama2 bertabah.

semalam Ren ada juga cakap. how amazed dia dengan sy yang nak mencuba ldr ni. sebab dia tahu memang sejak azali nya memang sy tak boleh ldr. sy nak partner sy depan mata. tinggal bersama. sy cuma senyum dan cakap, mungkin yang ini lain. Ren senyum balik dan kata, dia pun selesa dengan kekasih. katanya she's worth to fight for. worth untuk ldr, worth untuk tunggu. sy senyum lagi.

bagi sy kalau semuanya according to plan, ok je. sy rasa sy ada cukup strong support kat sini. colleagues dan kawan2 yang sangat memahami. dan bila2 masa sy nak bercakap tentang kesangapan sy tanpa kekasih disisi, mereka selalu ada. dan plannya, sy ada sebulan lebih ni untuk catch up dengan friends and family, then masuk audit. super busy sampai pertengahan tahun depan, then June sy akan ke Seoul dan sambung cuti sebulan, dan kemudian sambung semula audit untuk beberapa bulan, super busy again, kemudian dah November 2013. dan sy akan pergi ke pangkuan kekasih. sy bercadang nak sambung paper professional sy. so nak ambil sitting Dec 2013. so December sibuk study, exam. the next January 2014, another cycle of audit.

i hope semuanya will in in place dan berjalan lancar. ok, sy dah mula rasa nak melompat2. caffeine oh caffeine..nak ambil nikotin pula...sihatnya gaya hidup sy..yeaayy!!
semalam sampai rumah Ren ada. *siapa baby? Ren. Cuba sebut. selepas beberapa kali u cuba sebut, i akan cakap, pandai....* lama betul tak jumpa dan borak dengan dia. berbual kosong, update pasal kehidupan masing2. update dia juga tentang kekasih. dan dia bgtau ade la gosip terkini kawan2 senget yang lain. mereka bergosip tentang sy dan ren. sy rasa dalam sebulan dua yang lalu, sy ada post gambar tangan sy dan tangan Fan (colleague sy) when we were driving untuk Iftar. bosan dalam kereta stuck jam. gambar tu tak la sy mention anything. so mereka2 yang lain assumed itu tangan sy dan Ren. dan kata mereka kami ada affair tambahan pula kami duduk serumah sekarang ni. tepuk dahi sy dibuatnya. hanya kerana mereka mengamalkan budaya "gf kau, gf ku juga", jangan lah assume orang lain buat benda yang sama. tapi bukan sy kesah pun apa diorang cakap dan gosipkan. cuma, aihhhh...macam2 diorang ni.

juga borak2 tentang investment dan insurance. Ren ni well versed la pasal insurance ni. then minta la professional advise dia. so kesimpulannya, memang sy ni tak fully secured dan covered. pilih protection plan yang paling sesuai, dan sy mula susun semula financial sy. just a baby step. tapi at least am taking a first step. few weeks ago, sy berjaya tukar penama EPF sy kepada kakak sy. sy letak 100% dan cakap dengan dia, if anything guna la untuk anak2 buah sy. sebelum ni penama sy 100% sara. benda2 yang lain seperti personal insurans, rumah, insurans company dan entah apa lagi yang sy tak ingat, semuanya masih lagi nama sara 100%. sy dalam proses nak tukar semua tu. weekend lepas, balik kampung, jumpa kakak sy. dan dia tanya, kenapa tiba2 nak uruskan dan tukar semuanya. sy senyum aje, dan jawab, in case anything.... dalam hati, sebenarnya sebab sy nak tukar semua nama sara tu. berdasarkan apa yang dia buat kat sy buat sy rasa sy dah tak percaya untuk dia uruskan semuanya bila sy takde nanti. dan dia juga doesnt deserve any single cents dari sy juga. dulu sy fikir macam sy nak tinggalkan rumah sy ni untuk dia kalau sy dah takde, tapi sy tak nak dah macam tu sekarang ni. biarlah tinggalkan untuk family sy sendiri.

ok. itu saje. hidup sy sekarang takde pape yang menarik pun. datang ofis, minum coffee, melangut sampai habis ofis hour. balik rumah, dinner dan layan korea sampai tertido. itu sahaje. :)

Tuesday, 16 October 2012

Thursday, 11 October 2012

Hey sayang...

I kat redbox celebrating sherin's bday. Sejuk betul kat sini. Am drinking hot white coffee tapi still i menggigil sejuk. Dan disaat ini i terbayang tangan u yang hangat genggam erat tangan i. Oh..i rindu rasa hangat badan u...

Ok itu saje.

posted from Bloggeroid

pagi2 tengah drive kekasih text. dia dah sampai Auckland. tengah tunggu domestic flight ke tempat dia. Alhamdulillah, syukur semuanya selamat. sampai ofis je, kekasih video call. terubat rasa rindu. tak bercakap banyak, cuma mahu lihat wajah masing2. sekarang ni kekasih dah board naik domestic flight.

teringat kejadian semalam. agak drama juga la. sy la...haha..thanks kepada semua yang bagi support. thanks orked and naz yang offer diri nak teman i ke airport. tapi takpela, biar sy uruskan sendiri. but seriously, thanks. juga kepada colleagues2 semua yang sangat supportive semalam. siap diorang offer nak ikut sekali dan baring kat landasan kapal terbang untuk halang kekasih pergi. ok, ini memang drama. juga kepada hafizul yang sentiasa mengingatkan sy supaya jangan berdrama korea masa sy kat airport. comel ye anda2 semua. thanks semua. :)
Dengan hela nafas yang sangat berat....

Kekasih tak nak sy hantar dia ke airport. Katanya rasa bersalah buat sy go through phase 'goodbye' banyak kali. I said ok. Petang tadi pukul 6 lebih sy dah keluar ofis. Terus drive ke klia. Jalan KL sangat jem, tambah pula hujan lebat. Tapi sy berjaya tiba di klia pukul 8pm. Park dan terus ke departure hall. Kekasih perlu masuk boarding gate paling lewat pukul 8.45pm. Takut2 juga sy sebab tak nak terserempak dengan dia. Sebab sy dah janji. Tapi sy nk tengok dia. Dari jauh pun sy ok. Sy duduk jauh berhadapan dengan boarding gate.

Sy text kekasih. Dia kata dia akan masuk boarding gate jam 8.40pm. Dia tanya sy kat mana. Dan dia saja tanya whether sy kat airport. Sy cuma gelak saje.

Lama sy tunngu. Hampir masanya sy bergerak dekat sikit. Tiba2 baru perasan yang ada 2 lagi boarding gate. Sy menggelabah. Sy decide untuk tunggu kat tengah2. Dan ketika itu sy cakap, jika benar chemistry kami kuat, sy akan nampak juga dia. Sy tunggu lagi. Dalam 10 minit tu sy nampak kelibat yang sy sangat kenal. Dia dah kat bawah, sy kat tingkat atas, macam ada jejantas. Dia menuju ke arah sy. Mata sy mula bergenang. Sy nak jerit nama dia. Tapi tersekat semua suara. Kemudian dia terus masuk ke imigresen. Sejurus dia hilang dari pandangan, air mata sy jatuh. Kaki rasa sangat goyah. Nafas mula pendek2. Sy perlu udara. Sy rasa sy berjalan seperti mengheret kaki. Hati sy menangis lagi. Punyalah ramai orang dalam airport tu, tapi sy rasa kosong sangat.

Tak lama tu kekasih call. Katanya tengah tunggu gate buka. Sy kumpul seluruh tenaga untuk kedengaran biasa dan cuba sedaya mungkin untuk gelak macam biasa. Kekasih tanya sy di mana. Sy cuba mengelak dari menjawab. Akhirnya sy mengalah, dan benarkan dia buka nota yang sy kirim untuk dia untuk dia baca dalam flight. Dalam nota tu sy tulis yang sy akan berada di airport malam ni.

Berbual sehingga gate buka. Dia kedengaran biasa. Dan sy yakin sy juga kedengaran biasa pada dia. Tapi sy juga yakin gelora dalam hati sy dan dia juga sama. Tak lama tu, gate buka. Dalam 10 minit kemudian dia call semula. Katanya dah dalam flight. And we said our final goodbye.

Petang tadi....

Berbual dengan kekasih. Katanya dia mahu bersama sy dalam flight 10 jam tu nanti. Dia mahu sy bersandar dan lena di bahunya. Tahun depan ya sayang. I akan datang tempat u dan kita balik malaysia sama2. I akan bersandar dan lena di bahu u. Dan i tau u akan usap rambut i dan cium dahi i.

I kirimkan separuh hati i untuk u. Jaga elok2. I okay u nak cuci mata dengan gurls lain, tapi since u just boleh cuci mata, webcam dengan i jela. I akan cuci mata u bersih2..hahaha...

Sayang...

Terima kasih untuk semuanya. Sepanjang kita bersama. Tiada cacat dan celanya. I nak bersama u selama mungkin. I akan stay dengan u. I akan tunggu u. Tapi i bagi masa 3 tahun je. Lebih dari tu benda ni akan expired and kene buat memo untuk extension period. So sayang, fokus dan study sungguh2. I akan sokong u sedaya i. Bagi i, 3 tahun tak lah lama. Cuma 3 kali final audit, 3 kali planning and interim audit, 12 kali quarter review, dan beberapa kali i akan ke india/indonesia. I tau u tak faham pun terms ni semua. Takpe..Dan insyaAllah at least 3 kali i ke tempat u.

Semoga u selamat sampai. I dah mula rindu u sangat. And i still sleep on my side of the bed. Cuma kadang2 bila sangat rindu i baring atas bantal u. I tak nak kerap sangat. Tak nak hilang bau u.

I tidur dula ya sayang. Selamat malam sayang. Selamat malam cinta hati.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 10 October 2012

akhirnya tiba lah juga hari ni. hari yang selama ni sy buat2 lupa dan kalau boleh tak nak ingat. ye, malam ni kekasih akan pergi. dan pagi tadi sara text sy, katanya tommie kene culik. minggu lepas sy dan kekasih hantar tommie ke rumah kakaknya sara. then pagi tadi dah hilang. bila diorang check cctv, malam tadi ada orang panjat pagar rumah dan kidnap tommie. petang ni diorang akan edar flyers semua untuk cari tommie.

bila2 ada benda yang sy rasa tak best dan tak suka, sy tak suka bercakap tentang itu dengan orang lain. kalau sy perlu bercakap juga, automatiknya sy ada split personality. umpama yang bercakap itu bukan diri sy sendiri. sy asingkan semua hati dan perasaan sy. dan jadi seorang yang heartless. jadi bila sy bercakap pasal tommie pagi tadi, sy bercakap dengan senyuman. walaupun hati sy menangis ketika suap makanan ke mulut. pernah tak rasa hati menangis tapi wajah penuh dengan senyuman? dan bila menarik dan menghela nafas rasa macam tersedu. itulah yang selalu terjadi.

malam kelmarin, sy mimpi abah. ok, itu je.

entahlah..sampai sekarang masih tak boleh sebut nama abah tanpa ada rasa getar kat hati. niat nak cerita pasal mimpi tu. tapi takpelah. nanti2 aje.

dan sy juga tak nak bercerita pasal kekasih. dah tu je.


Monday, 8 October 2012


I, I want to wish you well
I didn't watch you go
Cause I suppose I don't know how
I, I will remember you
Not the way you left but how you lived
And what you knew

I, I want to feel your hands
I want to feel your fire burning
Right where I stand

I'll find my way
Cause you showed me how

I, I want to know it's you
When I hear your voice inside my head
Inside my room
I, I want to touch the sky
I want to see the stars twinkle
Like they were your eyes

I, I want to smell your scent
I want to breathe the air I did before
Before you left

I, I want to wish you well
The only reason my heart beats
Is cause you showed it how

Sunday, 7 October 2012

Hari ahad last bersama kekasih. Kekasih lena tidur lagi sambil peluk sy. Semalam semuanya tak seperti yang dirancang sebab tiba2 sy tak sihat dan surprise untuk kekasih pun tak menjadi sebab barang tu satu malaysia habis stok. Kemudian sy cadang nak beli online je dan ship terus ke tempat kekasih nnti and still keep it as surprise. Tapi semuanya kantoi bila kekasih tekan buka google page kat phone sy. Lupa pula nak clear browse history. Kekasih cuma gelakkan sy je.

Petang semalam sy request nak tengok sunset sama2. Tp sebab gerak lambat dan jalan agak jem, tak sampai half way kami pusing semula. Sy pula makin rasa tak sihat. Sampai rumah, mandi, makan, makan ubat, terus tidur. Tp tak lena pun sebab sakit kepala tak kebah. Pukul 10 lebih sy ajak kekasih keluar makan, lepas makan kekasih terus bawa sy ke klinik amik shot.

Walaupun sakit dan tak sihat, sy rasa sangat bahagia pula. Sy suka bila kekasih take over semua decision making bila saja sy rasa terlalu letih. Dan selalunya keputusan kekasih selalu betul.

hey kekasih, i tak pernah risau atau doubt tentang kita. we'll make it through and it will be a glorious 3 years ahead. we will have so much fun. macam sayang cakap la, 3 tahun ni untuk kita prepare ourselves to settle down. i percaya u. dan i percaya kita.

Friday, 5 October 2012

ni tak tau la post ke berapa yang sy tulis untuk beberapa hari ni. semua post2 yang lain duk elok je simpan dalam draft. kekasih pernah minta untuk baca draft2 tu semua, tapi sy rasa biar sy simpan saje la. terlalu personal. sy memang suka menulis. sebab sy tak suka bagitau orang apa sebenarnya yang sy rasa. menyebabkan orang selalu cakap sy ni takde hati perasaan. dalam banyak situasi yang biasanya orang akan menangis atau marah, sy prefer diam saje. simpan elok2 dalam hati dan kemudian menulis.

sebelum ni, sebelum sy ada blog ni, sy ada buku sort of macam diari juga. sentiasa sy bawa ke mana2. bila tiba2 sy rasa sedih atau tak best, cepat2 sy cari tempat dan menulis. yela..itu zaman like 10 years ago.

sy tak suka keadaan sy sekarang. uncertainties...terlalu banyak. sy macam nak buat banyak benda. bukan setakat nak buat, perlu buat. tapi ada banyak benda yang buat sy tak selesa sekarang ni. sy rasa tak settle down. sy rasa tak fokus. rasa tak berpijak pada dunia sy sendiri. sy tau sy sedang rasa macam2. sy sedang rasa gembira, sedih, marah, benci, bahagia.. semuanya la..

owh..nak cerita sedikit pasal sara. well, banyak juga la drama. tapi sy dah tak larat sangat nak melayan dia. bila cakap pasal duit, well, since kami tinggal bersama (bilik lain2 ok) tapi sy dah malas nak pandang muka dia even nak bercakap pun sy tak nak. pasal duit je dia nak mengamuk dengan sy. yela, perjanjiannya dia perlu bayar sedikit portion rumah tu. tapi asyik mengelak dan tak nak bayar. selalu sangat alasan yang sama yang dia tak de duit. dan...tup tup...ade mini cooper kat rumah. okay, dia tukar kereta. gf dia tasha, pandang muka sy macam hina sangat la sy ni. hello cik adik, kalau sy ni tak menampung hidup sara tu, sy dah boleh pakai kapal layar pergi kerja, ok (ye, ini cuma exaggerate). tapi sy malas nak bising. malas nak gaduh. sy dah penat nak melayan semua ni.

nak kata takut, memang ada rasa takut tu. beberapa kali juga la sy pernah terbayang kalau sara mengamuk dengan sy bila tinggal berdua saja dan dia buat something bad kat sy. sy terfikir nak mintak tolong siapa. berdasarkan pengalaman, sara pernah kejar sy dengan bawak pisau kat tangan. dia pernah juga cekik leher sy sampai sy hilang nafas. itu ketika sy bersama dia. just imagine sekarang ni status yang dah takde pape. cuma boleh berharap dan berdoa semoga sy dilindungi.

memang ada terfikir untuk sy pindah keluar dari rumah tu. selain dari sebab kat atas ni, sebenarnya jauh juga sy berulang alik ke KL. tapi, apa mak dan family dia cakap nanti. mesti mak dia sedih. dulu masa kami gaduh dan sy pindah keluar, mak dia selalu call sy tanya khabar dan bila sy jumpa mak dia selepas beberapa bulan tu, menangis2 mak dia peluk sy. dan ketika itu juga sy berjanji sy takkan buat mak nangis lagi.

maka, di sini la sy. tersekat dan tersangkut.

Wednesday, 3 October 2012


Fly the ocean in a silver plane,
See the jungle when it's wet with rain,
Just remember till you're home again,
You belong to me.
tengahari tadi buat appointment dengan customer sebab nak run through sama2 terms and condition letter of offer diorang. selalunya sy fast forward aje dan cuma highlight dan explain dengan terperinci specific terms. general2 tu biasa2 saja, so sy skip selalunya. tapi customer ni nak juga baca every line and ever word. so lambat la sikit nak habiskan letter of offer tu yang ade 36 pages.

then masuk la satu annexure ni talking about murabahah transaction which involves commodity trading, which  in term of crude palm oil. customer dah pening2 sebab sebelum ni facility dia dengan bank lain conventional, and this is their first islamic banking. dan dia tanya, ape kene mengena minyak kelapa sawit dengan loan dia? dia buat solar. sy pandang bos sy, bos sy pandang sy. dan kami senyum sambil explain further.

sy teringat, dulu masa sy ambil housing loan, islamic juga. dan masa akad (through phone saja), banker tu pun ada la cakap, dengan ini sy mewakilkan pihak bank untuk beli CPO dengan sekian2 harga, dan juga melantik pihak bank untuk menjual semula sekian sekian sekian...sy terus cakap, eh, sy beli rumah, bukan beli minyak kelapa sawit. sy boleh dengar banker tu macam gelak kecil dan dia terangkan pada sy konsepnya.

sama la situasi customer sy ni. sy senyum bila dia tanya sebab sy teringat kisah sy dulu. hahaha...lay man term nya, dalam islam tak boleh memberi hutang dan mengambil interest. jadi banking come up with this instrument, murabahah, using commodity as a tool. takde pun physical involvement. cuma customer akan melantik bank kiranya untuk membeli commodity itu (ini hutang/loan) dan kemudian menjual balik untuk mendapat untung (untung ini adalah interest). maka method ini mengeliminate elemen riba'.

ini lay man sahaja dan setakat pemahaman sy yang sangat cetek ini. tapi penerangan ini cukup la untuk buat customer sy faham. ok, sy perlu menyambung buat kerja2 administrative.

Tuesday, 2 October 2012

Bila sy baru kenal kekasih, sy suka cakap pasal makan2. Places yang sy suka makan. So i made a list for her to try. Mula2 sy cakap pergi la makan dengan slay. Dan ambil gambar every places yang dia dah pergi dan i will crossed it off from the list. Tapi end up semua tempat tu kekasih pergi dengan sy. Dan malam semalam actually we made it to cross the last place from the list.
Sebelum tu kami berjaya beli cincin for ourselves.



Sy cakap dengan kekasih, sy nak hidup dengan dia. Kekasih cakap, dia nak bersama sy sampai sy dah tak pakai dress lagi. Katanya nak seperti ellie and carl dalam cerita Up tu. Tapi nak habis bersama2.

Setiap kali terpandang mummy's car, hal anak pasti muncul. Sy memang nak adopt. Bila sy dah stabil dan mampu dari segala hal. Awal2 dulu kekasih pernah cakap dia memang takde terlintas untuk hal ni. Tapi entah sekarang ni, bila hal ni timbul seolah2 ia satu topik yang sangat menyenangkan untuk berbincang.

Selepas sara, sy tak pernah terbayang atau terjangka nak merancang dan membina hidup dengan sesiapa pun. Not this soon. Tapi dengan kekasih, sy nak plan seribu satu benda dengan dia. Nak pergi banyak tempat dengan dia, makan2, jalan tepi laut, tengok sunset, beli barang dapur, pergi pasar...and the list just goes on and on...

Kekasih cakap dia nak sentiasa ada menenangkan sy ketika sy rasa nak marah waiter yg buat kerja tak betul, dan sy masih lagi nak buatkan coffee untuk kekasih. Nak buat sekecil2 benda bersama.

Well, sebenarnya 3 tahun tak lah lama. We will be okay. Sy akan fight untuk hubungan ni.