And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 December 2014

Last working day for 2014.

Hari hujan. Lebat pula tu. Malam ni mesti bunga api basah semuanya. Hahaha...nak gelakkan sebab diri sendiri tak dapat tengok bunga api malam ni, kalau ada. Jeles tahu.

Another year passed by. Cukup semua rasa untuk tahun ini. Paling gembira dan bahagia, juga ada paling sedih dan kecewa. Harapannya tahun depan lebih baik dan baik2 sahaja. Tapi yang pasti we're a year closer to end this LDR for good. 




Friday, 26 December 2014

Tuesday, 9 December 2014

Baby tahu tak kenapa I dah lama tak update blog walaupun kat ofis I selalu je free sekarang. Sebab kat ofis kan, bila I buat allocation kerja budak2 I tu, I kena guna google spreadsheet. So masa nak buat tu, I create la akaun gmail baru. So sepanjang kat ofis, kena guna akaun tu, so tak boleh la I nak update apa2 kat blog ni.

Pastu kan, bila dah balik rumah, I busy pulak main game dan makan. Pastu kan yang, game bubble witch tu kan, kalau bukak kat laptop kan yang, dah tukar theme Christmas. Ada snow2 semua. Pastu bubble dia pun dah tukar bentuk2 dia. Comel giler. Ok, I kena basuh baju ni. Dah pukul 9.30 pulak. Bye sayang. Love u!
Pumpkin, ni la lagunya... so beautiful. I dah ada lama dalam playlist spotify I, baru hari ni cari video dia pula.


Love u budak busy I. Miss u too...

Sunday, 16 November 2014

Siang tadi beli barang2 rumah then beli pewangi bilik sama macam yang sy pakai masa duduk kat Bangi dulu. To be exact, masa tinggal dengan kekasih sebelum dia pergi NZ. Lepas kekasih pergi, dan sy pindah rumah, sy pakai pewangi lain, dan baru hari ni la beli balik yang dulu tu.

Dan sekarang bilik bau macam bilik dulu. Dan terasa2 kekasih ada bersama. Mula la hati rasa pedih.

It's been more than 2 years. Yeah, LDR sucks! Tahu apa yang buat LDR lagi sucks? Time difference. :(

Thursday, 13 November 2014

Dua minggu lepas, my boss, Elaine buat course pasal managing diversity in workplace, and to be specific, in my team. Jadi dalam course tu Elaine asked us to take a temperament test. Result daripada test tu ada 4 karakter yang menggunakan nama2 burung (Peacock, Eagle, Owl and Dove). Secara ringkasnya, Peacock - Talker, Eagle - Do-er, Owl - Thinker dan Dove - Follower. Dan biasanya evaluation tu akan guna 1st dan 2nd temperament, which in my case, Eagle as my 1st and Owl as my second. Based on feedback dari team, semuanya setuju dengan hasil test mereka.

Hasilnya:

Eagle & Owl


The choleric/melancholy is an extremely industrious and capable person. The optimism and practicality of the choleric overcome the tendency toward moodiness of the melancholy, making the ChlorMel both goal-oriented and detailed. Such a person usually does well in school, possesses a quick, analytical mind, and yet is decisive. He develops into a thorough leader, the kind whom one can always count on to do an extraordinary job. Never take him on in a debate unless you are assured of your facts, for he will make mincemeat of you, combining verbal aggressiveness and attention to detail. This man is extremely competitive and forceful in all that he does. He is a dogged researcher and is usually successful, no matter what kind of business he pursues. This temperament probably makes the best natural leader. General George S. Patton, the great commander of the U.S. Third Army in World War II who drove the German forces back to Berlin, was probably a ChlorMel.
Equally as great as his strengths, are his weaknesses. He is apt to be autocratic, a dictator type who inspires admiration and hate simultaneously. He is usually a quick-witted talker whose sarcasm can devastate others. He is a natural-born crusader whose work habits are irregular and long. A ChlorMel harbors considerable hostility and resentment, and unless he enjoys a good love relationship with his parents, he will find interpersonal relationships difficult, particularly with his family. No man is more apt to be an overly strict disciplinarian than the ChlorMel father. He combines the hard-to-please tendency of the choleric and the perfectionism of the melancholy

Elaine kata, orang2 Eagle/Owl ni boleh jadi neurotic, sebab Owl banyak fikir dan kadang2 terlebih fikir dan Eagle pulak perfectionist. Hence, in order to achieve the perfection, I tend to think a lot. Bila nak buat something, mesti kena ada plan. Dan mesti ada at least 2 back up plans yang lain. Mesti consider risk dan reward, dan mesti juga consider worst case scenario. Mesti boleh set expectation dan mind set yang betul sebelum buat sesuatu.

I've been thinking a lot lately. Pasal semua benda. Dan akhirnya buat sy jadi annoyed dengan semua benda, dan semua orang. Mungkin patut pergi duduk dalam gua jela....

Btw, sy dah bagi satu copy test tu kat kekasih untuk dia jawab. Tapi dia sekarang busy terlampau (Bangla pun tak busy macam dia). Tengok lah nanti bila dia free. I bet she's totally the opposite of me. Mungkin dia Owl, tapi rasanya dia takde Eagle kot. Dia baik. Mungkin ada Dove juga kat dia. Dunno lah..we'll see.

Tuesday, 11 November 2014

Siang tadi boss I panggil dan nak tanya something. Rupa2nya dia nak tanya pasal nak beli kain untuk buat baju kurung. Dan semua pasal tailor made baju kurung, lace, design, kaler etc. Kawan dia nak kahwin Mac tahun depan tapi cemas betul dia nak mencari baju bagai.

Then I cakap la, "alaaa..it's only attending the wedding, no need so ma fan to find the perfect dress."

Boss I jawab, "hey, I will also gonna find a good dress to attend your wedding okay."

Boss I menjemput diri dia sendiri untuk wedding kita. Well sayang, our guest list akan jadi makin panjang laaaaaaa....

posted from Bloggeroid

Sunday, 19 October 2014


Yes, I do, I believe
That one day I will be where I was
Right there, right next to you
And it's hard, the days just seem so dark
The moon, the stars are nothing without you

Your touch, your skin,
Where do I begin?
No words can explain the way I’m missing you
Deny this emptiness, this hole that I’m inside
These tears, they tell their own story

You told me not to cry when you were gone
But the feeling’s overwhelming, it's much too strong

Can I lay by your side, next to you, you
And make sure you’re alright?
I’ll take care of you,
And I don’t want to be here if I can’t be with you tonight

I’m reaching out to you
Can you hear my call? (who's to say you won't hear me?)
This hurt that I’ve been through
I’m missing you, missing you like crazy

You told me not to cry when you were gone
But the feeling’s overwhelming, it's much too strong

Can I lay by your side, next to you, you
And make sure you’re alright?
I’ll take care of you
And I don’t wanna be here if I can’t be with you tonight

Lay me down tonight, lay me by your side
Lay me down tonight, lay me by your side

Can I lay by your side, next to you, you
And make sure you’re alright?
I’ll take care of you
And I don’t wanna be here if I can’t be with you tonight



I tak tahu sama ada I stress dengan study I ataupun I memang terlalu rindukan u.

Sighhhh.....

Saturday, 18 October 2014



Someone like you wasn't meant to be defined
Or confined or even met eye to eye
Just there to be explored and then all the while adored
Someone like you, someone like you
Someone like you, is so beautifully designed
From the hands, all the way to the mind
Just there to be explored, and then all the while adored
Someone like you, someone like you
La la la la lalalalala


I dah penat study. Cukuplah untuk hari ni. I dah nak habis Modul 4. Ada few pages je lagi. Esok I sambung. I rindu u. Sangat. Setiap kali pun bila u sabar je dengan ngaruk I, dengan macam2 I, dengan banyak hal nya I ni, dengan entah apa2 je I ni, I selalu cakap dengan diri sendiri, I made the right choice.

Banyak benda yang buat I sangat suka dengan u. U adalah segala2nya yang I mahukan dan semua yang I tak tahu pun I nak sebelum ni. 

I sangat suka bila kita boleh agree to disagree bila kita tak boleh resolve certain things and we respect each other for that. I sangat suka bila I boleh bagitau u semua benda. Semua benda yang buat I risau, semua benda yang buat I rasa takut, semua benda yang I rasa insecure.

I sangat suka bila I tak perlu jadi "strong independent woman" bila I bersama u. I suka I boleh jadi your overly attached GF tapi dalam masa yang sama u percaya I masih boleh hidup dengan baik kat sini tanpa u buat masa sekarang. I sangat suka bila u tak pernah judge I untuk apa2 yang kurang pada I. 

I made the right choice. 

U buat I rasa I am enough for u.

Oh I miss you so much, love....

Ok, I nak tidur. Good night my love.

Friday, 17 October 2014

Sembang dengan kekasih pasal breakfast dan minum kopi waktu pagi. Sebab sy memang tak breakfast so kekasih suggest sy minum secawan kopi dulu sebelum pergi ofis. Tapi sy kata sy kena minum kopi slow2, morning coffee sy selalu akan cuma habis (secawan) by lunch time. Kalau sy minum laju2 dan terus habis secawan, sy akan rasa mual.

Kekasih senyum, dan cakap, u ni macam2 kan sayang.

Sy cuma sengih aje la.

Tapi semua ni sebab situasi kerja sy dari dulu lagi. Sy takde masa untuk breakfast. Consistently sy akan sampai rumah dari ofis dalam pukul 3 pagi. Dan sy kena masuk ofis semula sebelum pukul 9 pagi, paling lewat pun dapat buffer sampai pukul 9.15. Jadi daripada sy bangun awal untuk sarapan, tentu lah sy prefer untuk lebih masa tidur.

Dan bila sampai ofis dengan tidur cuma 3-4 jam setiap hari, sy takde masa untuk spend 10-15 minit untuk sarapan atau minum kopi. Terus sibuk dengan kerja, maka morning coffee cuma boleh minum sambil2 buat kerja dan akan habis by lunch time.

Bila semua ni jadi untuk beberapa tahun, jadi lah satu habit.

Sy suka stability. Benda yang sy familiar. Sesuatu yang sama dan sy buat over and over. Walaupun benda kecil2, semua ni buat sy rasa sy berada dalam comfort zone.

Tapi tak tahulah nanti bila kekasih dah ada. Kekasih wajib sarapan setiap hari. Tapi dia tak cerewet. Dia boleh uruskan diri dia sendiri untuk breakfast. Masa sy kat sana pun, dia yang bangun siapkan sarapan dia sendiri dan buatkan morning coffee sy sebelum dia pergi sekolah. Dan sy masih berselubung selimut lagi masa tu. Hehehehe...dasar pemalas kannn...

Maybe lepas dia balik nanti sy akan menjadi rajin bangun untuk teman dia breakfast. Moreover, sy dah bekerja office hour seperti orang lain sekarang ni. Well....mana la tauuuu...Isma take breakfast lepas ni.. :)

Ok sayang, I sambung study ni.


Monday, 29 September 2014

Hai lah buah hati pengarang jantung....budak paling manje I ni....

Kekasih ada satu habit. Bila dia rindu banyak, dia mula sakat sy tanpa henti. Dia memang suka sakat sy, tapi bila rindu banyak, dia akan buat tanpa henti. Semalam dia non-stop buat. Bila dah malam, makin galak la dia sampai sy sangat geram. Jadinya, sebagai denda, dia tak dapat la lullaby dia malam semalam. Hari ni pula kebetulan sy sibuk sikit. Pagi dengan meetingnya, petang tu terus ke Kota Damansara untuk support staff yang main futsal untuk firm. Jadi tak dapat la nak sembang/text macam selalu.

Bila semua dah setel semua, otw balik rumah sy call dia. Dia mengadu dia macam kurang kasih sayang. Sebab sy tak cakap yang sy sayang dia sebanyak macam selalu. Sy cuma gelakkan aje la dia sebab pagi tadi sy dah ok dah. Dia la tu yang terasa lebih. Tu la..buat sy lagi. Daripada siang tadi la dia terasa banyak, dengan kebetulan sy busy pula. Mesti dia rasa macam kena dera. Budak manje...

Sebagai denda, kekasih belikan dress baru. Ok, ni sebenarnya sy yang beli dan terus cakap dengan dia yang ini dia bayar. Sebab dia buat salah kan, dia iya kan aje. Dan for the future, sy cakap kalau dia sakat sy lebih2, akan masuklah buku hutang dia yang dia akan kena cubit (kekasih paling takut kena cubit). Tapi sebelum ni tak pernah la dia kena cubit dengan sy. Terus dia janji sungguh2 yang dia takkan buat lagi. Sy tahu dia memang akan sentiasa sakat/mock sy. Cuma dia kena kawal sikit la especially bila dia rindu sy banyak.

Sayang, I sayang baby tahu. Banyak tahu. I tak marah dah sebab tadi dress I cantik, so tenkiu baby. Lepas ni kita kena adjust semula timing kita sebab dah jadi 5 hours time difference ni. I pun kena adjust expectation I. Tak boleh dah nak expect setiap hari dapat webcam dengan u. Tapi I sayaaaaaanng je u tahu. I marah atau merajuk macam mana pun, I sayaaaaannnggg je baby tahu. Nanti esok atau lusa, I bagi extra lullaby. Btw, esok Tasha nak belanje lunch. Then sepatutnya takde apa la, cuma ada few meeting/discussion dengan Elaine pasal kerja. Then lusa I kena pergi ada satu kolej ni tau (I lupa kolej apa) untuk promote department I. Then Jumaat I pergi support staff I lagi untuk futsal. Nanti I update sayang semula. Baby jangan sedih dah tahu. Budak paling manje I ni. I sayang baby tahu. Tidur lena ya sayang. I rindu baby juga tau. Takpe sayang, last sprint sebelum semua LDR ni over, for good. Tempoh ni macam "bitter pill" untuk semua rasa tak best sebab berjauhan ni to be over. Kita bertabah dan bertahan ye sayang. Love u so much!

Sunday, 21 September 2014

Chen mun bebel lagi, sebab i tanya sape fetch dia kat airport. Dia kata husband dia.

"My husband too sentimental. He insist to fetch me because he didnt get the chance to send me to the airport. U know, last time my husband cried when i left to malaysia 2 months earlier, leaving him in UK. Then i laughed at him."

Pastu dengan pantas i cakap dia terrible. Dia jawab lagi.

"He's so sentimental. Sentimental is so ma fan. Like u laaa...go toilet also want to keep talking to ur gf. Ma fannn.. u so shit la too sentimental, cannot even stop talking for 10 minutes. Now, phone spoiled. Padan muka."

Chen mun jahat! Dia tidak mengerti dalam hati ada taman, kan yang....

posted from Bloggeroid

Chen mun tengah pack barang. I ngadu dengan dia yang tadi phone i kena air dan speakernya rosak. Pastu kan yang, dia kata; "i only want to say 2 words, padan muka!"

Lepas tu kan yang, dia terus bebel kat i.

"Yesterday when i saw u bring ur phone to bathroom to chit chat with ur partner, i already wanna scold u. Why u just cant stop talking for 10-15 minutes and continue later? U'd die ah? U so terrible, taking shower also want to talk on phone. Take shit also like that ah? U terrible. So padan muka ur phone spoiled."

I dah tak terkira dia cakap i terrible bape kali sepanjang trip ni. Btw, tadi masa i dinner i rs sangat mengantuk. So i makan separuh pastu i tapau. Sampai bilik, i terus mcm tertidur. Then tak lama tu diorng balik. Balik, letak barang pastu keluar balik sambung shopping. Giler betul diorg ni. Pukul 10 lebih tu i terjaga. I rasa macam mabuk pulak. I rasa i cemas esok nak naik flight. Hahaha...maybe sebab i tak suka kot.

Yang, i tak start packing lagi. Malasnya ooooiiii...baby tolong la pack kannnn...

posted from Bloggeroid

Wednesday, 17 September 2014

Dia buat sy sentiasa rasa yang semuanya akan ok. Semuanya akan baik2 sahaja. Dia buat sy rasa, it's okay to fly high and she will catch me if  I fall. Dia buat sy rasa, I can be anything I want to be dan dia akan sentiasa sokong dan terima sy seadanya. Dia buat sy rasa, it's okay to make mistake dan dia akan sentiasa ada untuk guide. Dia buat sy rasa it's okay untuk tidak sempurna sebab bagi dia sy cukup untuk dia. Dia buat sy rasa it's okay untuk menangis atau crash dan dia sentiasa ada bahu untuk sy. Dia buat sy rasa it's okay untuk tidak dapat apa yang sy mahukan sekarang, sebab katanya semua yang jadi adalah untuk yang terbaik. Dan dia sentiasa cakap, kita sendiri takkan tahu apa yang kita mahu itu adalah yang terbaik untuk kita. Dia buat sy rasa it's okay untuk rasa down sebab that's life. Dia buat sy rasa it's okay untuk mengaruk sepanjang hari bila sy sangat rindukan dia, dan dia akan sabar melayan. Dia buat sy rasa it's okay untuk tidak tahu banyak benda, dan dia akan find out those things dan ajar sy. Dia buat sy rasa dimiliki dan memiliki.

She makes me feel alright.

I miss her. So much, it hurts.....

Monday, 8 September 2014

Bila tak sihat, mestilah lagi mudah kalau ada kekasih. Ada dia untuk jaga makan minum, ada dia untuk drive kan ke klinik, ada dia untuk sediakan/paksa makan ubat. Ada dia untuk pastikan semuanya ok.

Tapi kita memang takkan selalu dapat apa yang kita nak. Sebagai seorang yang sangat praktikal, jadi kena la buat semua tu sendiri. Dah kekasih memang takde kat sini, nak mengeluh apa lagi. Bukannya mengeluh tu boleh selesaikan apa2.

Sy harap esok sihatlah semula. Kekasih dah mula risau banyak. I faham sayang. I pun rasa yang sama bila u tak sihat. Tapi takpe, I jaga diri kat sini. I makan ubat semua (walaupun I skip semua ubat yang tak sedap). Tapi kalau I masih tak sihat, I pasrah la makan je ubat tak sedap tu. Baby jangan risau tahu.

Takpe, sepanjang u takde kat sini, semuanya akan masuk buku tau. So sebab I tak sihat, I nak sup ayam. Dengan sambal kicap. Nak bihun sekali lah. Pastu sup tu mesti ada daun sup sekali tau.

Hari ni I cuti, baru perasan yang hari ni hari Isnin. Tak dapat la I makan karipap uncle tu. Kari...kariiiiii....pap pap pap.... takpe, Khamis nanti uncle tu ada lagi. I nak 3 tau, yang ada telur. Satu RM1.30. Yang ni baby belanje tau. Masuk buku tau.

Ok, I nak tido dah. Tadi I dah mandi lagi. Pastu I dah pakai baju tutup dada, dah makan ubat (panadol dan ubat batuk) dan pakai cool fever juga. I monitor suhu I, so far consistent je 37C. Cuma I rasa letih dan sakit2 badan sikit. Tapi baby jangan risau tahu. Esok nanti I report lagi.

Love u sayang. To the moon and back.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 2 September 2014

Setiap kali jumpa dan spend masa sama2, mesti ada beberapa lagu yang selalu kami dengar kat radio atau tv. Sebab selalu sangat dengar, selalu sangat humming lagu2 ni.

 Masa jumpa kekasih yang terbaru ni, ni lagu yang selalu kami dengar kat tv, Iklan ais krim magnum. Walaupun cuma faham dua tiga patah perkataan, kekasih gelak je setiap kali sy cuba nyanyi.


Dan bila dengar radio dalam kereta, setiap kali kekasih drive, mesti ada lagu ni. Sy tak cam sangat tajuknya, dan susah sangat nak ingat. Tapi kekasih suka ikut nyanyi sekali bila keluar lagu ni, jadi sebab susah sangat nak ingat tajuknya, sy selalu kata ni lagu Asifai...hahhaha.. I see fire la yanngggg... (kekasih akan betulkan setiap kali sambil dia gelak).


Lagu ni pun selalu ada. Kekasih kata ni lagu one night stand. Tapi dia selalu layan je bila saya nyanyi chorus dia. "Won't you staaaaayyy with me. 'Cause you're all I need." Ok, tu je yang sy tahu setiap kali pun.




Bila buat road trip, lagu ni selalu ada kat radio. Kekasih cuma senyum je bila sy ikut lirik lagu ni.



Hey, I miss you sayang. So much. I tau u busy dan sangat letih. Takpe, I faham. I ok je tau. Baby kalau penat dan nak tidur awal pun I ok je tau. I sayaaaannng je baby. I ada je untuk u, bila2 pun u nak I ada, ok.

Dah 2 tahun u sentiasa standby untuk support I bila I down dengan kerja I. Sekarang, I dah tukar kerja, so I akan ada je untuk u. I tau u ok je, dan u tak cerita apa2 pun hal kerja u. Tapi I nak u tau, I ok je mana2 tau. Dan I tak ngaruk2 dah tau, kecuali bila I rindu u banyak sangat. Tapi I akan cuba lebih berdikari bila rindu u. Macam sekarang ni, I tulis something kat sini. Sebab I rindu u banyak.

Baby jaga diri tau, jaga makan, tidur lena....Jangan mimpi yang bukan2 dah tau. (kekasih dua tiga malam ni asyik la mimpi dia kat sekolah menengah dan nak ambil exam tapi tak habis study lagi. Ok, ini definisi mimpi ngeri kekasih).

Love u sayang I, to the moon and back...

Monday, 1 September 2014

Friday, 15 August 2014

Hey love...

It's our 23rd months.

It's such a wow. Dekat 2 tahun dah yang oooiii...kadang2 rasa macam baru 2 tahun. Tak lama pun dengan u. Tapi most of the time, i rasa i dah bersama u since forever. Dan few days lagi, genap 3 bulan we've been married. It's so wow!

I still sayang dan cinta u macam dulu, errmmm..maybe lebih dari dulu.

I love u tau yang.

Sooo...i dah update blog dah ni. Pastu i lupa nak sapu ubat kat tangan i. Pastu i dah atas katil dan tutup lampu. Pastu ubat atas meja, tak sampai nak amik. Tapi i dah update blog ni tau. So baby tak boleh marah tau.

Heheh...love u to the moon and back, my love...

posted from Bloggeroid

Tuesday, 12 August 2014

Semalam kekasih bersemangat konon2nya nak buatkan kad raya. Bila skype, dia buat muka cemas dan cakap, "alaa yang....I takde pensel. I cuma ada pen merah je. Esok la, I ambil pensel kat sekolah." Hari ni tetiba dia cakap pula, "Pensel ni takde mata. Tak asah lagi. Tapi ni pun I minta labmate I. I takde pensel."

Kekasih ni kan....

Nantilah...parcel u nanti I akan kirim sekali pensel kayu 2B tu. I akan bagi crayon sekali untuk u melukis. Kasihan lah kekasih I ni. Pergi sekolah takde pensel.

Btw, sekarang ni sy dah bekerja seperti orang lain. Balik ofis boleh nampak matahari lagi (sebab tukar department dah). Maka, setiap petang la bila sampai rumah boleh skype dengan kekasih sejam dua sebelum dia tidur. Dan ada gym nak buka dekat dengan ofis, dan sy boleh subscribe dengan corporate rate. So boleh la consider pergi gym balik ofis. Sebab semalam sy tak sihat. Sy ni family history penuh dengan darah tinggi dan diabetes. Tapi sy terbalik, tekanan darah sy rendah laaa manjang, dan gula dalam darah pun manjaaaaannng la asyik rendah. Jadi semalam doktor advise sy exercise untuk kuatkan jantung pam darah. Hehehe...bukan the first person la advise benda tu. Sebelum ni ada alasan la sebab kerja dari pagi hingga pagi, so sekarang boleh la consider pergi gym.

Bila bagitau kekasih plan nak pergi gym tu, kekasih terus la panik. Sebab kembar dia Slay dah kurus. Sy pulak nak start gym, dia pulak makin berpinggan2 makan nasik. Hahahaha...ok, bab makan nasik tu sy tak salahkan kekasih. Sebab sy sedih kalau kekasih makan sikit. Even dia makan sandwich untuk lunch pun sy sedih. Makan tu macam sumber bahagia dan motivasi diri. Kalau dia dah lunch sandwich, kekasih kena makan nasik untuk dinner. Kalau tak, sy akan rasa sedih. Ok, ni sy la yang bersalah, walaupun kekasih ok je sebenarnya.

Tapi kekasih ni lebih suka tidur. Tak pun kelindan tengok cerita kartun daripada exercise. Tapi sayang, asalkan u sihat, I tak kisah macam mana pun. I tetap sayaaaannnggg je u.

Owh, u tau tak selain daripada I kena practice datang ofis awal sekarang ni, I juga kena practice untuk tidak guna any curse word. I dah tak boleh cursing dah yang. I kena menjadi teladan yang baik (HAHAHHAHAHAHA)....dah la I kena instruct course pasal professional verbal communication. Kang tetiba I TERcurse....fuuuhhh...ngeri...

Ok dah. Tu je.

Love u baby. To the moon and back.

Monday, 21 July 2014

Menganggur aje la sekarang ni. Cuma ada kerja sikit2 tolong boss sana sini. Tapi kebanyakan masa cuma buat elearn je. Transfer date ke department baru tak finalise lagi. Kalau semuanya dipermudahkan, paling lewat bulan 10 nanti, sy tak la bergelar auditor lagi. Well, hari tu masa uruskan pasal transfer department ni macam excited sangat sebab sangat kecewa dengan auditing. Tapi dua tiga hari ni, terasa macam rindu pula. Rindu dengan hectic life, rindu dengan deadline, rindu dengan adrenaline rush bila kejar masa sampai tak sempat nak makan or tido. Rindu nak kena marah dengan boss sebab lepas tu boleh marah staff pulak. Tapi paling rindu dengan team.

One man show adalah tak seronok. Maybe sebab sy dah terbiasa dengan team yang besar dan bengong2 semuanya. Where we work very hard and play even harder. Tapi sy tahu, team dah berpecah. Separuh dah resigned. Ada yang dah totally released dari team dan join team lain permanently. Hmmmm...semua orang dah move on. Sy masih rindu team sy yang dulu. Ada Carmen, Yu Yee, Ivan, Muk, Aruna, Kok Shin, Yee San, Kwee, Choon Ling, Gowri, Pauline.....tapi semua tu dah takde dah. Pauline no longer boss team tu. Haihhh...apa lagi la yang tinggal.

Dua tiga minggu lepas masa sembang dengan Choon Ling, dia tanya, kenapa sy balik semula ke firm? Sebenarnya the main reason memang sebab sy rindu team sy. Tapi tu la...realiti tak semestinya best.

Baru tak sampai sebulan tak buat kerja audit, sy dah mula rindu. Damn la... sy nak kerja apa ni? Benci betul.

Btw kekasih, i miss you lah...

I sangat rindu u. Minggu depan nak raya dah, so sayang, kad raya i dah siap belum? I nak u lukis ada bulan, ada masjid dan ada tulisan "Selamat Hari Raya Aidilfitri". Yang tulisan dia macam kat kad raya tu...u tahu kan? I nak duit raya sekali. Tapi in RM ye...NZD tak kira. Takpe kalau takde sekarang, boleh masuk buku bersama2 hutang nasik lemak, hutang tutup lampu, hutang teman makan cucuk2, hutang road trip dengan i, hutang ais krim paddle pop dll. ok?

love u sayang.....to the moon and back..


Wednesday, 2 July 2014

owh, btw..hari ini, 2 tahun lepas. it was the first time i said hello to kekasih.

still the BEST "hello" in my life.

Thank you my love. for your love, support and understanding. love u to the moon and back.
my big boss pauline.

tengahari tadi jumpa dia, untuk inform my further plan. sekarang ni kerjaya sy tunggang langgang dah. sy tahu semua orang disekeliling sy cuba bantu. kekasih, my team mate, bosses, carmen, diane, chen mun, besties...semuanya lah. referral, recommendation, semua nya siap sedia je. tapi setiap kali pun diorang tanya, "what do u want. what do u wanna do?" biasanya sy jawab sy tak tahu. tapi recently sy tahu apa sy mahu. sy mahu ada dekat dengan kekasih. gila betul rasa cinta ni.

well, progress yang bagus, i'd say. i mean first step adalah untuk tahu apa yang sy mahukan. so next step, is what am i gonna to do about that. untuk kekasih balik tanpa habiskan study dia, bukan pilihan. so, sy kena pergi sana. dan sy perlu ada kerja bila kat sana.

setelah semua research, sy cuma boleh kerja "odd job". kerja kat pasaraya ke, kerja kat restoran ke, etc. tapi semua orang macam tak setuju, even kekasih pun. walaupun sy ok dengan kerja tu. jadi, 2,3 hari lepas sy applied a position kat firm yang sama tapi kat nz. due to formality and clearance semua, sy kena la mengadap pauline.

sy malu sebenarnya. banyak dah pauline buat untuk sy. she's so high above, sy cuma pekerja yang hina. so low rank. hampir 5 tahun lepas sy jumpa dia, sy kata nak resign. sebab utama adalah nak set up some business with a friend. tapi tak la sy bagitau dia. then pauline cakap, don't resign. take few months off. doesnt matter berapa lama pun. then after that, u just think about it. if u still wanna leave, i'll let u go. no string attached, no hidden agenda.

and she was right. the business tak jadi. so i came back to work for her. about setahun lepas tu, i got other job offer, tanpa diduga pun. sy jumpa dia lagi. dia tanya, betul ke ni yang sy nak. sy cakap sy tak tau, tapi bagi peluang sy cuba. pauline lepaskan sy. setahun kerja tempat tu, i didnt like it. sy jumpa dia lagi bagitau yang sy nak balik semula. dia tanya, nak dia contactkan HR? I said yes. dengan satu email, i skipped a lot of formality procedure dan kembali kerja kat firm.

Then i met kekasih. got married, and i want nothing but to be with her. sy jumpa pauline lagi. sy cakap sy nak lepaskan semuanya dan pergi pada kekasih. dia tanya lagi. is this what u want to do? sy cakap sy tak pasti dengan banyak benda, tapi sy tahu sy nak dekat dengan kekasih. dia kata, tunggu sebulan dua lagi, until i made up my mind. yeah, this was few months ago.

siang tadi, sy mengadap dia lagi.

dia tanya, are u still with your plan to move to nz? i said yes. dan bagitau dia yang sy apply firm kat nz. dan dia kata susah nak dapat high position. dan bila sy cakap, sy applied for a lower position muka dia macam kecewa sikit. then dia tanya, kalau tak dapat kerja tu, apa sy nak buat? sy kata maybe nak cari kerja lain kat malaysia je. then she offers another thing. katanya, kalau sy dah tak nak buat audit, dia boleh uruskan untuk sy transfer ke department lain. sy cuma senyum dan ucap terima kasih.

pasal mohon kerja kat firm nz tu sebenarnya, chances sangatlah tinggi kalau sy mintak pauline write them a recommendation. tapi.....she has given me more than enough for all these years. sy malu nak mintak lebih lagi.

sekarang ni, cuma buat yang terbaik je dan harap semuanya dipermudahkan. lately banyak benda jadi yang tak favourable pada sy. sy cuba untuk positive dengan semua benda. hidden blessing kata semua orang. which, i have yet to see/find the blessing.

life is hard.

Nobody said it was easy
Oh, it's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be so hard

bila jatuh tersungkur, sebenarnya kita sendiri je. we're all on our own all the way. bila rasa crashed, dan rasa tak boleh angkat muka langsung untuk pandang muka orang lain, itu kita tanggung sendiri. rasa dalam hati tu..itu yang kita tanggung sendiri.

ye sayang, i tau u ada. i tau u sentiasa sayang dan support i, dan i sangat appreciate tu semua. tapi i tau, semua ni memang i sendiri yang kena bangun sendiri. things are just too hard right now.

Thursday, 19 June 2014

oh sayang,

so btw,

i dah update blog.

so...

ehem...ehemmmmm...

anda...

bila lagi?

ekekekekekkeke...
                                                                 "A Sky Full Of Stars"

'Cause you're a sky, 'cause you're a sky full of stars
I'm gonna give you my heart
'Cause you're a sky, 'cause you're a sky full of stars
'Cause you light up the path

I don't care, go on and tear me apart
I don't care if you do, ooh
'Cause in a sky, 'cause in a sky full of stars
I think I saw you

'Cause you're a sky, 'cause you're a sky full of stars
I wanna die in your arms
'Cause you get lighter the more it gets dark
I'm gonna give you my heart

I don't care, go on and tear me apart
I don't care if you do, ooh
'Cause in a sky, 'cause in a sky full of stars
I think I see you
I think I see you

You're a sky, you're a sky full of stars
Such a heavenly view
You're such a heavenly view



Hey pumpkin...

I miss you. So much. Dah lama kan tak tulis apa2 kat blog untuk each other. Takpe, I busy, u busy.

Tapi lagu ni untuk sayang. 

Btw, I makan sangat banyak tadi ni. Hahahaha....tadi kan, masa I drive balik, client I called. Pukul 8 lebih kot tadi tu. Pastu dia kata dia dah email I, then nak discuss time tu jugak. Bila I cakap I tengah drive, dia macam kecewa. Ciss..dia ingat I ni standby 24 jam untuk dia? Sakit jiwa I. Pastu cadangnya tadi, I nak protes tak nak buat kerja, tapi I siap makan pukul 9 lebih, macam awal lagi nak tido, so I pun buat la kerja. Pastu nak dengar something, pastu kan yang, dengar la lagu ni. I dah dengar lama lagu ni, dah lama nak bagi kat baby tapi ni la baru sempatnya.

Pastu client I kata, esok pagi2 call dia. I tau la dia masuk kerja pukul 7am, sebab dia balik kerja pukul 4. Pastu mampus la nak expect I call dia pukul 8pg. Lantak la dia. Kerja ni boss I dah tak sempat nak peduli. Dia macam suruh I handle 100%. Tadi pun I dah siap tulis satu report ni, I bagi dia tengok. Dia sengih pastu dia kata, I tak sempat la nak tengok, anggap betul aje la....

Btw, perut I besar...(macam biasa). Sebab I makan banyak, pastu I beli teh ais sekali. So I rasa macam postur lari, tapi I buat kerja sambil baring jugak. Hahahaha...entah bila la I nak kurus ni yang oooiiii....

Ok, I kena sambung review file ni. Love you manje. 


Monday, 28 April 2014

Hey love...
I love you so much. Thanks sebab susah payah untuk exam I. Now, it's over, I will focus on you 100%. And we can start planning for our next stage.

I just love u so much. Tahu ke ni? I minta maaf...atas semua yang I pernah atau akan buat u terasa. Tapi ingat dalam hati, I sentiasa sayang u.

Now I never meant,
To do you wrong,
That's what I came here to say.

But if I was wrong,
Then I'm sorry,
I don't let it stand in our way.

As my head just aches,
When I think of,
The things that I shouldn't have done.

But, life is for living,
We all know,
And I don't wanna live it alone.


Love u sayang. To the moon and beyond.... :)

Monday, 14 April 2014

Sunday, 13 April 2014

few more days to go....

untuk kembali dalam pelukannya. untuk kembali rasa selesa dan selamat. untuk rasa semua ni worth it. another pit stop for this long distance. rasa ajaib....bila tiba2 rasa semua worries just fade away bila dia ada depan mata.

semalam kekasih macam merengek2. mula2 dia kata mengantuk, disuruh tidur dia tak nak. disuruh mandi pun tak nak juga. mengaruk2 macam selalunya saya. oh, saya memang tidak sabar orangnya, terus saya tanya, habis tu nak apa? kekasih tengok saya, dan cakap, nak menguji kesabaran u. terus dia gelak besar sambil melompat2...

ok, itu baru kekasih pura2 mengaruk2 tak sampai 15 minit. ada ketikanya, which is banyak kali pun, saya mengaruk seharian. dari start celik mata pagi, sampai la ke malamnya. kekasih sabaaaarrr je melayan. takde pun dia rasa annoyed, marah atau apa pun. setiap kali saya tanya dia tak rasa rimas ke dengan saya yang macam tu, dia kata, u memang macam tu. i tak rasa susah atau apa pun. u yang i kenal, memang macam tu dari dulu lagi.

luggage tak pack lagi. hari ni kena keluar dan beli another few stuffs untuk dia. rindu. rasa nervous dan berdebar juga. setiap kali pun macam ni. bukan kali pertama jumpa semula selepas beberapa bulan berjauhan. tapi setiap kali pun rasa rama2 berterbangan dalam perut. rasa excited sebab jumpa dia semula, rasa risau kalau dia pandangan dia lain, rasa sayu, rasa bahagia...semuanya. dan yang pasti, saya akan sedar semula, suara u lain rupa2nya in real life. dan owh, sayang rupa2 nya tinggi ni.

rindu tahu. sangat.


p/s: btw, sila maklum bahawa i gained few kilos since the last time we met. sila sayang i je ye. love u darling, to the moon and back.

Sunday, 16 March 2014

ldr sucks!

rasa sangat tak best sebab kekasih tak sihat dan saya cuma boleh tengok dari webcam aje. sangat membencikan. tapi kekasih cuma senyum je bila saya cakap macam tu. hmmm....

sayang cepat sembuh ya.

i love u.

Monday, 3 March 2014

It's your birthday my sweet pumpkin!

I love u so much!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 25 February 2014

I tau u sangat sayang i. I tau u sangat overprotective dengan i. I tak pernah rasa rimas atau bosan pun bila setiap hari u pesan benda yang sama. Setiap kali u cemas dan suruh i makan/sapu ubat ulang2 kali bila i tak sihat atau cedera, i rasa u sangat sayang i. Dan i tau u ada rasa tak best sebab u takde dengan i untuk jaga i betul2.

Thanks sayang... banyak u susah untuk i. Most of the time sebab i selalu degil cakap u. Tapi u tak pernah marah i.

I sangat sayang u. U tau ke?

posted from Bloggeroid

Sunday, 23 February 2014

Gra: Isma, apa benda yang kau nak bagitau kitorang?
Tetiba rasa nasik lemak yang tengah dalam mulut rasa macam nak tercekik. Lama saya diam. Asu, Mama dan Wan dah push2. Saya diam lagi, cuba nak susun ayat.

Saya: ermmm....Nanti bulan 4 ni kan aku ada exam, so aku amik exam tu kat NZ.
Asu: Itu je ke nak bagi tau?

Saya diam lagi.

Saya: Ermmm...lepas exam tu, bulan 5 tu, aku dan A**** nak buat something. 

Briefly sy explain nak buat apa. Diorang confuse2 lagi pasal hal tu. 
Asu: Itu je?
Saya: Ermmm....lepas tu aku nak apply visa.

Muka Asu tiba2 berubah. Dia berhenti makan. Tapi dia tak toleh dan pandang muka saya pun. 

Asu: Ini ke berita tak best nya? ke ada yang lagi teruk daripada ni?
Saya: Kalau dapat visa tu, aku nak kerja sana, so aku move ke sana.......
Asu: Bila?? 

Suara Asu makin dingin. Saya pulak dah mula berpeluh2. Rasa nak telan air liur, tapi tersekat entah mana. Yang lain2 cuma diam, muka dah berubah semuanya. Gra macam biasa terus selera suap nasik lemak. Cuma slow sikit. Mama yang dah tau plan ni for quite some time, cuma senyum tengok saya terkulat2.

Asu: Bila???
Suara Asu makin keras. Makin dingin.

Saya: Ermmmm...aaaaa....kalau semuanya lancar maybe bulan 9 ni.

Asu campak tisu yang dia pegang ke pinggan dia. Dia masih tak pandang muka saya. 

Asu: Ini yang kau nak bagitau? Kau tau kan apa ada bulan 10 tu? Dah berapa lama aku bagitau yang aku nak kawen. Sampai hati kau takde masa tu? Sampai hati? Dah tak sayang aku dah?

Saya cuma tunduk je. Saya rasa mata mula bergenang2. Yang lain2 cuma diam aje. Gra masih lagi makan.

Asu: Kenapa tak nak cakap masa kat rumah Ana tadi? Biar Ana tahu pasal benda ni. Aku pun nak dengar jugak apa Ana akan cakap. Kau nak jadi macam "kawan baik" kita tu ke? Nak kena buang?

Saya rasa macam dada ni nak pecah. Saya tarik Asu dan peluk dia. Tapi dia keras je. Sayunya rasa hati ni. 

Saya diam je, semua pun diam je. Walaupun kat Mali's tu punya la ramai orang, punya la crowded dan bising, tapi saya rasa sunyi sepi. Diam nya Asu macam sangat membunuh.

Lepas tu saya pujuk la diorang, try explain. Try cakap yang semua ni cuma perancangan je lagi. Dan saya takde apa2 tarikh yang fixed lagi pun. Saya nampak Wan pun buat muka. 

Wan: Habis tu kau tak balik terus? Nanti A**** habis study, kalau dia dapat kerja sana, kau dengan dia forever kat sana? Kitorang macam mana?

Baru saya dapat tangkap yang Wan risau sy terus selama2nya kat sana. Sy explain dan explain. Asu masih diam dan diam.

Lama saya pujuk Asu. Pujuk dan pujuk. Last2 saya cakap, mungkin saya akan postpone la pergi sana sampai wedding dia. Sebab semua ni planning lagi, tak pasti pun visa tu lepas etc etc.

Asu: Kalau kau rasa susah, kau pergi jela. Aku tak nak kau susah. Takpela wedding aku, kau takde. Kau pergi la. Nak kitorang anta ke airport ke tak?

Saya dah mati akal dah nak jawab macam mana. Banyak diam aje semuanya. Akhirnya, cuba la alih topik cerita pasal wedding Wanee bulan depan. Hal nak beli baju etc. Sembang la juga semuanya. Tapi Asu dah tak excited macam sebelum sy bagitau hal ni.

Akhirnya, masa masing2 nak balik, Asu peluk saya lama2. Dia cakap; "Ni baru nak pisah balik rumah masing2, yang akan jumpa lagi seminggu dua, aku dah rasa sedih. Nanti kalau kau pergi, bertahun baru dapat jumpa balik, aku tak tau la macam mana aku nak terima benda tu." Saya peluk Asu makin kuat. 

Saya tak tahu...... :'(




Friday, 7 February 2014

Weekend datang lagi. Cuma membawa makna yang sy boleh datang ofis pakai selipar. Itu je. Esok dan lusa masih kena kerja keras. Hopefully account dapat sign on Tuesday tu. Tapi hakikatnya, tunggang terbalik macam mana pun, akaun tetap akan sign on time. Cuma kami satu team la yang macam nak pitam dah masing2.

Kebetulan, kat ig ada la few people pergi bercuti. Esok mesti kekasih akan cakap, "nanti kita pergi jalan ye sayang. Sayang sabar ye. Sayang sabar dengan I. Nanti I bawak u pergi mana je u nak pergi. Buat sementara waktu ni, sayang sabar dan sayang je I." Kekasih ni budak baik. Dah few times dia cakap macam tu walaupun sy takde pun mengeluh atau cemburu dengan bebenda tu. Kalau kekasih ada, memang la nak buat bebenda tu. Ni dah memang dia jauh, nak meroyan pekenama pulak.

Tapi buat masa sekarang, kalau boleh sy cuma nak tidur je. Penatnya bekerja berbelas jam sehari. Siang tadi, seperti biasa kena marah dengan client, kena marah dengan boss. Aihhh... nasib lah. Client marah on the phone je la. Dia punya tengking tu rasa nak pecah speaker phone tu. Tapi macam tu la. Biasa sangat dah tu. Masing2 stress, tapi client ada pilihan untuk maki auditor, kami ni cuma boleh senyuuuuuummmm je sambil tahan diri nak naik kaki kat muka dia. Ok, drama.

Kekasih tengah sibuk mengemas rumah. Dia pindah rumah baru2 ni. Masih dalam proses lagi. Katanya, sayang tak boleh datang selagi takde bunga calla lilies dalam rumah ni. Kekasih ni sangat baik. Seminggu ni dia sangat sibuk. Dengan kerja dia, dengan nak pindah rumahnya. Ada satu hari tu, macam biasa sy akan call dia setiap petang untuk mengadu domba kehidupan seharian. Suara kekasih sangat letih. Dan dia macam tak melantun2 macam biasa. Selalunya kalau sy bergosip, memang dia memang galak melayan sy mengomel. Tapi hari tu dia tak cakap banyak pun. Esoknya, waktu call lagi, dia bertukar la jadi diri dia yang hyper melayan sy bercerita. Dan dia minta maaf pasal semalam tu. Kekasih ni sangat baik. Sy ok je pasal semalam tu, sebab kadang2 tu bila sy stress, memang sy tak cakap banyak pun dengan dia.

Kekasih ni budak baik. Dia memang pervert. Tapi dia memang baik. Dia sangat susah nak marah, sangat la sabar, tak pernah tinggi suara, tak curse. Walaupun muka dia sangat garang, macam kaki pukul je gamaknya, tapi dia sangat sopan dan lembut je orangnya.

Tula..nak bandingkan dengan sy. Macam langit dan bumi koooottt...sebab tu kekasih selalu kata, sebab tu i jumpa u dan u jumpa i. Kita boleh balance kan each other.

Ok, sebenarnya sy rindu kekasih. Dan sy sangat stress dengan kerja. Menggunung tinggi kerja semua tu. Ni pun baru balik ofis, dan rasa penat pula nak sambung kerja sebab esok pun kena g ofis lagi. Weekend ni kekasih sibuk pindah. So bermakna weekend ni takde la kami berdating kat skype dari celik mata sampai ucap good night. Takpe sayang. Sikiiiiiiiittttt je lagi, i sampai ye. Nanti i boleh tebar roti canai kat table top kitchen tu. Btw, i sangat suka kitchen rumah tu. Tak sabar nak mencemar duli.

Kalau boleh, seribu kali i lebih rela tolong u kemas rumah tu dari mengadap kerja, boss dan client i ni yang. Yela, sayang tak marah i, tak tengking2 i. I muak dah asyik kena marah. Associate i buat salah, i kena marah. Senior2 tak nak take action, i jugak kena marah. Penat la kan. I macam dah numb dengan benda ni. Bila bad day macam ni, how i wish i boleh menyorok dalam pelukan u walaupun sekejap. Tapi takpe, i akan alami bad day ni sampai sign akaun ni. Paling teruk pun sampai i cuti april nanti.

I sangat rindu u. I tau u sangat letih. Takpe kalau u tak sempat sembang dengan i lama2. Takpe kalau suara u letih. Takpe kalau u letih nak cakap apa2 dengan i. Asalkan u sayaaaaaaannnggg je i. Tahu?

Ok, i nak tido dah. Plannya esok, bangun secelik mata, golek2 kejap, call u kejap, siap2 mandi, tapau ayam bakar wong solo, then g ofis.

I sayang u tau yang. I tak sabar nak rasmikan rumah baru u tu. I tau u banyak susah untuk rumah tu sebab i nak datang. I sangat appreciate it tau. Sangat tau! Nanti i upah homemade roti canai, asam pedas, nasik lemak, kacang goreng hati dan apa2 saje u order. Ok?

Nite2 baby kesayangan i. Love u to the moon and back...

posted from Bloggeroid

Thursday, 30 January 2014

24 hari.

Genap 24 hari kekasih pergi lagi. Dah beberapa kali lalui benda yang sama. Tapi masih lagi rasa hati hancur luluh. Tak tau macam mana nak pujuk hati. Setiap kali tu rasa, susahnya jadi orang dewasa ni. Kena bertanggungjawab, kena fikir panjang, kena fikir komitmen, career, masa depan etc etc. Ikut hati memang nak pack aje kain baju dan ikut kekasih. Tapi tu lah....sy nak bersama kekasih lama lagi. Semuanya kena perancangan dan kena usaha dan kena buat yang terbaik. Memang lah boleh tibai aje semuanya kalau ikutkan sangat hati, but then nanti apa?

Takpelah...kena sabar banyak2. Sy percaya semua ni worth it. Untuk someone sesempurna kekasih, anything would be worth it. Dia mungkin la tak sempurna untuk orang lain, tapi she's everything i need and i want. Yelah, siapa jela yang sanggup layan karenah sy yang suka mengaruk2. Tak sekali pun kekasih pernah hilang sabar. Untuk itu, sy sungguh bersyukur.

Sebulan lebih kekasih kat sini. Sebaik mungkin kami cuba spend masa yang terasa sangat limited tu. Dan sebagai pasangan yang hobinya makan, sy sampai buat list makanan dan jadual untuk pastikan sempat makan semuanya. Dan berjaya juga habiskan dalam 90% list tu. Seperti yang dijanjikan, kami pergi ke JB dengan tujuan untuk...makan la..apa lagi. Bermalam satu malam kat sana, makan seafood kat senibong, lepak2 kat danga bay, makan mee rebus tulang, minum kopi dan roti bakar kluang railway station. Kekasih sangat happy. Dia sangat suka makan kat senibong tu. Our fav: siput gonggong steam limau. Kekasih cakap, this should be our annual event. I setuju!

Sy cakap dengan kekasih, yang kami ni tak pernah pergi dating macam orang lain. So one day kami pergi la ke midvalley, konon2nya nak rasa jalan2, window shopping macam berdating la. Tapi tak sampai sejam, sy tanya kekasih, kita ni buat apa kat sini? Macam takde arah tujuan je. Kekasih gelak je. Dan kami balik rumah. Jadi, kami ni sememangnya insan2 yang membosankan. Prefer duduk rumah, makan, berpeluk and doing absolutely nothing.

Tapi sempat juga kami ke bagan lalang. Dulu sy selalu ke sana untuk tengok laut dan sunset. Dulu, pernah pergi sekali dengan kekasih. Tapi hari tu lepas sampai, hujan lebat pula. Tapi sekejap jela. Lepas tu sempat lepak tepi pantai sekejap sebelum gerak balik.

Hmmm...rasanya banyak benda buat dengan kekasih. Tapi rasa macam cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je tengok kekasih kat airport masa ambil dia, ni dia dah beribu batu jauhnya.

Kebetulan lepas kekasih balik, sy jadi busy dengan kerja. Busy yang melampau, setiap hari balik keje 12-1 pagi. Tak sempat nak meratap kekasih dah jauh kat sana. Tapi, setiap kali bila dapat balik keje awal sikit, terdetik kat hati, bestnya kalau ada kekasih tunggu dekat rumah. Boleh ajak dia pergi nice dinner. Boleh mengadu hal kerja, boleh rasa lemah dalam pelukan dia, boleh rasa selamat tanpa perlu fikir apa2, boleh untuk seketika rasa semuanya akan baik2 sahaja, boleh rasa bersemangat semula, boleh rasa bahagia tanpa syarat, boleh rasa "hidup" semula.

Rindu.

Mungkin kali ni tak seteruk waktu sy balik dari tempat kekasih dulu. Malam nak balik tu nangis, kat airport tempat kekasih nangis, dalam domestic flight nangis, naik flight dari auckland nangis, touch down kat klia nangis, sampai rumah nangis, kekasih call tanya dah sampai, nangis..menaaaangiss je la sehari dua tu. Nasib baik kena pergi trip dengan besties. Terpaksala tak nangis. Tak kacak la nangis depan orang lain. Kekasih je boleh.

Mungkin sebab sy sangat sibuk dengan kerja. Tapi, sy tahu. Ada satu portion dalam hati ni hancur luluh. Bila dicari bahagian tu dalam hati, rasanya sy akan immediately crashed. Tapi tula kan. Dewasa sangat kan. Kena tabah sebab kerja sy perlu sy tabah fizikal, mental dan emosi. Lipat elok2 bahagian hati tu dan sorok jauh2. Jangan buka kalau tak bersedia. Biarlah dia terbuka bila jumpa kekasih lagi nanti.

LDR ni sungguh menyeksakan. Tapi untuk apa yang sy ada dalam hati ni, sentiasa buat sy tersenyum. Hey, kami dah berjaya lalui setahun lebih. Tanpa ada walau sedikit pun rasa letih, berubah hati atau apa2pun. Setiap hari pun rasa semakin attached dengan each other. Bayangkan lah, kekasih masuk toilet pun sy tak bagi dia hang up phone. Ok, sesungguhnya sy adalah overly attached gf dia. Tapi peduli apa, dia sy punya. Seluruhnya.

Rindu kekasih. Sangat banyak.

Love u sayang...to the moon and beyond....

posted from Bloggeroid