And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 January 2014

24 hari.

Genap 24 hari kekasih pergi lagi. Dah beberapa kali lalui benda yang sama. Tapi masih lagi rasa hati hancur luluh. Tak tau macam mana nak pujuk hati. Setiap kali tu rasa, susahnya jadi orang dewasa ni. Kena bertanggungjawab, kena fikir panjang, kena fikir komitmen, career, masa depan etc etc. Ikut hati memang nak pack aje kain baju dan ikut kekasih. Tapi tu lah....sy nak bersama kekasih lama lagi. Semuanya kena perancangan dan kena usaha dan kena buat yang terbaik. Memang lah boleh tibai aje semuanya kalau ikutkan sangat hati, but then nanti apa?

Takpelah...kena sabar banyak2. Sy percaya semua ni worth it. Untuk someone sesempurna kekasih, anything would be worth it. Dia mungkin la tak sempurna untuk orang lain, tapi she's everything i need and i want. Yelah, siapa jela yang sanggup layan karenah sy yang suka mengaruk2. Tak sekali pun kekasih pernah hilang sabar. Untuk itu, sy sungguh bersyukur.

Sebulan lebih kekasih kat sini. Sebaik mungkin kami cuba spend masa yang terasa sangat limited tu. Dan sebagai pasangan yang hobinya makan, sy sampai buat list makanan dan jadual untuk pastikan sempat makan semuanya. Dan berjaya juga habiskan dalam 90% list tu. Seperti yang dijanjikan, kami pergi ke JB dengan tujuan untuk...makan la..apa lagi. Bermalam satu malam kat sana, makan seafood kat senibong, lepak2 kat danga bay, makan mee rebus tulang, minum kopi dan roti bakar kluang railway station. Kekasih sangat happy. Dia sangat suka makan kat senibong tu. Our fav: siput gonggong steam limau. Kekasih cakap, this should be our annual event. I setuju!

Sy cakap dengan kekasih, yang kami ni tak pernah pergi dating macam orang lain. So one day kami pergi la ke midvalley, konon2nya nak rasa jalan2, window shopping macam berdating la. Tapi tak sampai sejam, sy tanya kekasih, kita ni buat apa kat sini? Macam takde arah tujuan je. Kekasih gelak je. Dan kami balik rumah. Jadi, kami ni sememangnya insan2 yang membosankan. Prefer duduk rumah, makan, berpeluk and doing absolutely nothing.

Tapi sempat juga kami ke bagan lalang. Dulu sy selalu ke sana untuk tengok laut dan sunset. Dulu, pernah pergi sekali dengan kekasih. Tapi hari tu lepas sampai, hujan lebat pula. Tapi sekejap jela. Lepas tu sempat lepak tepi pantai sekejap sebelum gerak balik.

Hmmm...rasanya banyak benda buat dengan kekasih. Tapi rasa macam cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je tengok kekasih kat airport masa ambil dia, ni dia dah beribu batu jauhnya.

Kebetulan lepas kekasih balik, sy jadi busy dengan kerja. Busy yang melampau, setiap hari balik keje 12-1 pagi. Tak sempat nak meratap kekasih dah jauh kat sana. Tapi, setiap kali bila dapat balik keje awal sikit, terdetik kat hati, bestnya kalau ada kekasih tunggu dekat rumah. Boleh ajak dia pergi nice dinner. Boleh mengadu hal kerja, boleh rasa lemah dalam pelukan dia, boleh rasa selamat tanpa perlu fikir apa2, boleh untuk seketika rasa semuanya akan baik2 sahaja, boleh rasa bersemangat semula, boleh rasa bahagia tanpa syarat, boleh rasa "hidup" semula.

Rindu.

Mungkin kali ni tak seteruk waktu sy balik dari tempat kekasih dulu. Malam nak balik tu nangis, kat airport tempat kekasih nangis, dalam domestic flight nangis, naik flight dari auckland nangis, touch down kat klia nangis, sampai rumah nangis, kekasih call tanya dah sampai, nangis..menaaaangiss je la sehari dua tu. Nasib baik kena pergi trip dengan besties. Terpaksala tak nangis. Tak kacak la nangis depan orang lain. Kekasih je boleh.

Mungkin sebab sy sangat sibuk dengan kerja. Tapi, sy tahu. Ada satu portion dalam hati ni hancur luluh. Bila dicari bahagian tu dalam hati, rasanya sy akan immediately crashed. Tapi tula kan. Dewasa sangat kan. Kena tabah sebab kerja sy perlu sy tabah fizikal, mental dan emosi. Lipat elok2 bahagian hati tu dan sorok jauh2. Jangan buka kalau tak bersedia. Biarlah dia terbuka bila jumpa kekasih lagi nanti.

LDR ni sungguh menyeksakan. Tapi untuk apa yang sy ada dalam hati ni, sentiasa buat sy tersenyum. Hey, kami dah berjaya lalui setahun lebih. Tanpa ada walau sedikit pun rasa letih, berubah hati atau apa2pun. Setiap hari pun rasa semakin attached dengan each other. Bayangkan lah, kekasih masuk toilet pun sy tak bagi dia hang up phone. Ok, sesungguhnya sy adalah overly attached gf dia. Tapi peduli apa, dia sy punya. Seluruhnya.

Rindu kekasih. Sangat banyak.

Love u sayang...to the moon and beyond....

posted from Bloggeroid