Tiga tahun lepas, sejak kekasih pergi ke NZ sana, dia kata kat sini, takde pest. Semut takde, lipas takde, lelabah takde, cicak takde, semua menatang yang biasa ada kat rumah kat Malaysia ni semua takde. Dan sungguh2 la saya percaya dan setiap kali sy ada kat sana, memang tak pernah jumpa pun semua tu. Ada la sekor dua lalat. Tapi lalat kat sana macam bodoh2 dan malas. Nak terbang pun malas.
Dengan kepercayaan itu, sy dengan konfiden nya la cerita the same dengan kawan2 kat sini bila diorang tanya keadaan kat sana.
Sampai la...
Bulan Disember lepas, ada kawan kekasih dari sana singgah bermalam kat rumah. Sembang2, dia cakap, masa dia tengah buat kerja tiba2 ada labah2 yang sangat besar lalu sebelah dia. Dan dengan konfidennya juga lah sy cakap yang kat sana mana ada bebenda tu. Dia juga cakap kat rumah dia ada juga cicak. Berkerut kening juga la nak proses benda tu. Sy kata lagi. Eh, tak lahhh....kekasih kata kat sana takde bebenda tu. Dan dia pun menafikan lagi. Kena la percaya apa dia cakap tu sebab dia lagi lama tinggal kat NZ tu berbanding kekasih. Tapi, sy malas nak argue sebab nak tanya kekasih dulu.
Bila tanya kat kekasih, dia buat muka. Lepas tu sengih2 dan mengaku dia tipu je selama ni sebab tak nak sy rasa takut bila ada kat sana, terutamanya bila dia pergi sekolah. Dia kata, "I dah pastikan rumah semua clear dengan semua binatang tu sebelum u datang. Setiap hari masa u ada, I cek rumah dan pastikan semuanya ok." Kekasih sambung sengih lagi.
Kekasih kena jeling dengan sy.
Masalahnya, 3 tahun lebih la si kekasih ni tipu, dan maknanya sy tipu kawan2 juga la yang kat sana takde pest tu semua. Isk budak ni kan...........
