And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 19 August 2015

Bila penat mengadap buku, sekali sekala sy buka blog kekasih dan baca post2 lama dia. Dia ni memang lucu betul. Dan sy faham la kenapa ada yang suka kat dia semata2 dengan baca blog dia saja. Dulu kekasih kata, sy yang pertama setuju untuk kenal dan jumpa dia tanpa baca blog dia. Yelah, sy memang malas membaca orangnya. Dan rasanya sampai sekarang, ada lagi post2 lama dia yang sy belum baca.

Semalam waktu sembang dengan kekasih, dia mengadu experiment dia ada hal pula. Then dia cakap, betul la cakap u yang, walaupun dah plan teliti macam mana sekalipun mesti ada yang tertinggal. (Ini merujuk hal kawan baik sy yang baru dapat anak tapi terlupa beli breast pump).

Kekasih cakap juga, biasanya kalau dia buat kerja smooth sangat awal2 tu, mesti ada benda yang tertinggal atau terlupa. Terus dia kaitkan dengan sy pula. Katanya, I risau, relationship kita ni smooth sangat, hopefully takde apa la nanti. Kekasih ni kan lucu. Tengah buat kerja pun boleh kaitkan hal ni pula.

Takpe yang, nanti apa2 pun kita bincang ye. Ok, I nak g smoke kejap dan lepas tu nak sambung study. Dinner kenyang2 manje, minum air panas, makan ubat kalau rasa tak selesa, keep warm (ni macam yang u suka bebel I kan). Nanti I dah kat kete, I call okay. Love u yang..sooooo much!

Tuesday, 18 August 2015

Semalam, celik je mata tiba2 terbayang waffle dengan topping satu scoop ice cream dan juga drizzled with chocolate syrup. Sampai office, macam biasa terus cakap dengan kekasih yang sy teringin benda tu, kekasih iyakan sahaja. Seharian mencari dekat area office, tapi paling dekat pun kat bangsar, dip n dip tu. Tapi tengok menu dia online, takde pun exactly yang saya bayangkan, seperti gambar ni.


Dah ke petang, rasa craving tu lagi la melampau2. Merengek sepanjang hari dengan kekasih. Punya la nak benda tu, nak nak sekarang tu juga. Sampai terus rasa sayu yang amat dalam hati. Pukul 4 lebih tu, kekasih baru sampai rumah dari sekolah. Rupa2nya dia terus mencari waffle yang sy nak. Sampai dia dapat dip n dip tu untuk deliver terus ke rumah saya sebab saya dah nak balik office. Tapi katanya, delivery charge RM22, dan waffle tu bukannya exactly yang sy nak pun. Tak kuasa nak bayar RM22 tu. Sy reject cadangan kekasih.

Akhirnya sy pasrah tak dapat waffle tu semalam. Kasihan kekasih, dia balik sekolah dah la dah malam, dia selalunya lapar dan terus dinner, tapi terpaksa dia mencari dan cadangkan mana2 tempat yang jual waffle. Tapi sy nak yang exactly macam gambar tu juga.

Hari ni bangun tidur, langsung dah tak teringat pasal waffle tu. Tapi masa tunggu lif office, scroll2 instagram dan nampak ni pula.


Ni Har Gow (prawn dumpling). Sy masih ingat betapa sedapnya benda ni masa makan kat Hong Kong masa kenduri Carmen tahun lepas.Maka, teruslah macam nak itu pula hari ni. Tapi craving tu tak la teruk macam nak waffle semalam. Petang tadi masa sembang dengan kekasih dia kata, “I nampak u liked gambar tu. U nak tu pula ye hari ni?” Sy cuma gelakkan kekasih je. Dia memang stalker nombor satu saya! Tahu sahaja apa yang sy like kat instagram.

Takpe sayang, craving ni tak teruk macam waffle tu. Ni I dah okay dah. ehehhehe...love u tau yang... ni untuk baby pula