mata terkebil2 menahan ngantuk. perut pun kurang memberikan kerjasama. semalam asyik makan pedas aje. lunch dengan rizal, makan ayam penyet teteh (tapi sy suka sebut kedai tu ayam tetek..hahaha). then malam tu tetiba craving nak makan nasi goreng kampung, usha peti ais, cukup semua bahan, dan terus berperang kejap kat dapur. ye, pedas juga. makan sambil layan drama korea yang baru sy ikut. lebam mata bangun pagi tadi.
seperti biasa, alarm pukul 7am, kekasih text juga. cakap dengan kekasih, sy nak bangun siap, tetiba terus tertido semula dan tersedar pukul 8 lebih. melompat la bersiap, tapi still mood, ade aku kesah. bersiap dengan kadar biasa sahaja. turun bawah, ada nephews and niece sara. dah cuti sekolah kan, and parent diorang kerja hari ni. malam nanti baru nak hantar diorang ke kampung. duduk sembang dengan diorang, salam, cium dahi masing2 dan terus gerak pergi kerja. nasib baikla jalan tak jem hari ni.
sampai ofis, berborak dengan kekasih, dan seperti biasa dia dengan riang gembira membahan sy, typo pun nak bahan disertai dengan gelak keriangan dia. takpe sayang, u wait la...i kumpul setahun punya stok, u tengok la nasib u bila i jumpa u nanti. tak main la bahan2 online cenggini, i nak bahan u live. sampai menangis u nanti.
btw, sayang hantar gambar dia hari ni. rambut dia dah panjang. sy dah suruh potong, tapi tak potong2 juga. kalau i ade, dah i heret u pergi salon dah. messy dah i tengok rambut u tu yang. kekasih pun sibuk suruh sy update something kat sini. entah apa nak update, sebab semua benda kot u tau, kan sayang? i tunggu u update trip u, nak tengok gambar2 juga. tapi takpe, take ur time, i tau u busy.
so sebab i tak busy, biar i merapu kat sini.
semalam masa lunch dengan rizal, mak sms. ade la benda tak best sikit jadi yang buat mak sedih. ikut hati, sy nak aje call orang tu ataupun balik rumah mak dan marah orang tu secukup2nya. tapi sy cuma cakap dengan mak supaya tak fikir sangat, jaga kesihatan, jangan sedih. dan sy juga seperti biasa perlu la sertakan lawak untuk ceriakan mak. sy tulis lagi, kalau mak sedih lagi, pergi la karaoke lagu dangdut sambil goyang punggung. mak cuma balas dengan gelak aje.
semalam juga sy text sara lagi untuk mintak duit rumah yang dah dua bulan dia tak bayar. dan seperti yang sy jangkakan, jawapannya; "sy takde duit". dan sy balas la dengan ayat2 bernada marah lite2. kemudian sara terus tanya mana fail rumah (ni fail dokumen2 rasmi rumah). sy tahu sy ade rasa tak sedap hati dengan hal ni. tapi walau macam mana pun, sy rasa sy dah clear dengan hak2 dan sy tentang rumah, legally, as advised by lawyer sy dan juga kawan2. so walaupun hati tak sedap, sy cuma ambil pendirian tunggu dan lihat apa yang sara nak buat lepas ni. dalam masa yang sama, sy dah well prepared dengan apa sahaja kemungkinan.
dulu, sy rasa sangat lelah kerana nak menjaga begitu ramai pihak, termasuklah sara dan keluarganya. menjaga supaya jika apa2 jadi, terutamanya pada sara, sy ada untuk membantu, hal duit terutamanya. tapi setelah apa yang berlaku selama ni, dan sy re-evaluate semula priority sy. dan sekarang, sara dah terkeluar dari senarai sy. sy cuma nak jaga keluarga sy (sepertimana pesan abah), bila sebut benda ni, memang terasa hati. bertahun2 sy lebihkan sara dan keluarganya lebih dari family sendiri walaupun sy tak bersama dia lagi.
so sekarang, family dulu, then kekasih, then besties, then kawan2 yang lain.
owh btw, minggu lepas dapat email dari SPA. katanya, sy lulus exam akauntan negara dan invited untuk next level assessment kat klang. seingat nya, sy takde la pula attend any exam baru2 ni, yang ada pun 2,3 tahun lepas. exam tu sy lulus dan dipanggil untuk pergi ke assessment kat INTAN. tapi masa tu sy kerja audit, bila sy bagitau boss sy pasal hal ni, die buat muka skeptikal giler sambil angkat kening kat sy, katanya, are u sure this is what u wanna do? govt? seriously isma?. sy gelak aje, dan tak pergi pun assessment tu.
sy tanya juga pendapat besties pasal hal ni. should i go or shouldnt i. awal2 dah diorang kutuk, why in the world sy terlintas untuk fikir pasal ni. ye, sy tahu, dan semua orang tahu, sy memang tak boleh kerja govt. semua yang sy percaya dan prinsip kerja sy adalah bertentangan dengan gaya kerja govt. tambahan pula sy suka pakai dress dan fancy skirt ke office, so ade ke giler nak masuk bangunan putrajaya dress up camtu? even aritu sy nak naik bangunan DBKL sebelah ni pun tak boleh sebab katanya pakaian sy menjolok mata. memang hampeh..sy pakai dress keje je kot....ermmm..kalau sy kerja juga jadi akauntan negara, maybe sebulan lepas tu sy kene buang negeri kot..sebab melawan boss...hahahha..
kekasih cakap, sy tak payah la keje govt. memang tak kena langsung dengan sy. hehe..yes, mem!! i tau..cuma nak tanya u aje. tapi pelik betul la kan tetiba dapat email camtu.
ok sayang, sampai di sini saje. tak sabar nak tunggu gambar2 trip u, dan nak bahan u pula. rindu kat sayang...