And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 8 November 2012

bangun pagi tadi sungguh la cranky sebab tak cukup tido. malam tadi sampai rumah dari ofis dekat pukul 9, dinner then layan korea, tengok TOP dalam Family Outing, berangan sambil tersengeh. tak sedar dah pukul 12 lebih. baru terkedek2 nak cuci mekap dan mandi walaupun hati meronta2 nak tengok TOP lagi. paksa juga diri untuk tido.

pukul 4.46am, sharp kekasih text kejut bangun untuk bootcamp. tapi baru terasa mengantuk ya amat dan letih juga. penat drive kelmarin tak hilang lagi. sempat baca dan terlelap terus. lantak lah boot camp tu. pukul 7am, alarm bunyi bersama text dari kekasih lagi. celik mata dengan rasa yang sangat marah dan rasa nak berguling2 bengang dengan diri sendiri yang tak cukup tido. jadah melayan TOP sampai tak cukup tido. kekasih text lagi, sy baca dan tak reply. bangun dan mandi. drive ke ofis, masih lagi cranky. sampai ofis terus buat coffee, sweet, creamy and strong. lepas beberapa sip, terus mood okay. ajaib bukan..hahaha..

terus text kekasih. kekasih cakap dia tahu sy cranky, dan dia cakap, dalam tempoh 3 bulan bersama, tidur bersama, dia dah tak terkira berapa kali sy merengek2 bangun tido. tak kira la malam ke, pagi ke, petang ke...sy cuma mampu gelak aje. dulu masa kekasih ada, dia memang rajin melayan dan memujuk bila sy bangun tido. hehehe, i mengada2 dengan u aje sayang....sebab u aje la yang larat melayan i.

then chat dengan orked, dan berangan pasal wedding dress. ye, sy ni suka macam2 dan bukan2. dulu pernah orang tanya sy, tak teringin ke nak kahwin. i said, of course. part yang paling sy suka adalah the preparation of the wedding, cari wedding dress, wedding cake, katering, pelamin, menu makan kenduri, decoration, card, dan yang paling penting reception. jemput kawan2 dan sedara mara makan2. and that's all about it. itu sahaja yang sy nak. bukan kehidupan selepas kahwin ke, suami ke, ape ke. hehehe...pendek kata, sy suka shopping dan makan2, itu je.

so nanti bila2 senang, nak pergi usha dan test wedding dress dengan orked. sy cakap dengan orked, kita kena buat muka confident dan muka macam we are getting married for real. keh keh keh...

No comments: