And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 18 November 2012

sebenarnya sy dalam misi nak mencari buku skrap. sebagai adventure book sy dan kekasih. risik2 dari kawan2, yang confirm ada, dekat One Utama. macam jauh sangat nak pergi. sy cakap dengan kekasih, kalau dia ada, boleh pergi sama. in case sy mengamuk dalam perjalanan sebab jauh dan jem, atau mengamuk cari parking, atau terlupa parking kereta kat mana, atau sesat dalam shopping complex tu, atau orang ramai sangat dan crowded, atau apa2 sajalah, dan kehadiran kekasih ketika itu adalah sangat perlu untuk buat sy sentiasa waras. hahaha..ye, sy tak gemar pergi One Utama.

jadi, one of my besties, suggest pergi ada satu kedai buku, yang agak besar juga kat Kajang. maka semalam, selepas lunch kat Bangi, terus la ke Kajang. dah bertahun2 tak pergi ke Kajang tu. lalu pernah la, tapi untuk berada di tengah2 bandar Kajang tu tak. maka, terimbau la kenangan lalu. dulu masa kat uni, sy sebilik dengan Gra, besties juga. masa first year, takde kenderaan, maka selalu la naik bas dengan tambang RM1.00 dan sampai ke bandar Kajang. takde apa pun sebenarnya kat Kajang tu, tapi better la dari Bangi. pergi sebab takde sebab. saje mengjengkit berdua. drive lalu bus stop, lalu lorong2 yang sy dan gra dulu pernah lalu, memang sangat nostalgia. ya, sesungguhnya i'd do anything for her. 

anyway, kedai buku tu takde pun buku skrap tu. kecewa, tapi sy beli dah alat tulis untuk masuk kerja baru nanti. aiisshh...bercinta betul nak pergi OU tu la. tengok la nanti macam mana. balik dari Kajang, singgah kedai runcit feveret kekasih. dulu dia suka betul beli barang2 dapur kat situ. dan kekasih pun suka juga beli buah dekat situ. teringat kekasih suruh sy makan buah sebab dah lama sy tak makan benda berkhasiat, so sy pun buka la peti ais simpan buah2 tu. entah kenapa, tetiba rasa nafas tersekat, dan rasa sayu juga tengok buah2 tu. dulu peti ais rumah sentiasa ada buah yang kekasih beli. dan kekasih akan potong kan sy buah setiap kali dia makan. ok, sy tutup semula pintu peti ais kedai tu dan tak jadi beli.

dua tiga hari ni agak beremosi sikit la. aritu pun makan kat fav restaurant sy dan kekasih. dulu selalu sangat makan dan minum coffee kat situ. dan kami selalu duduk meja yang sama setiap kali. dan setiap kali itu juga, kekasih akan tarik kerusi dan duduk sebelah sy. kelmarin tu, first time sy makan kat situ semula sejak kekasih pergi. dan duduk di meja yang sama, dan sy duduk di kerusi yang sama. bila nampak kerusi depan sy tu kosong, waaaahhh...mula hati jadi sayu sesayu2nya. makanan yang sy order pun tak habis makan. cerita dengan kekasih, kekasih pun tak tau dah nak cakap macam mana. sy pun tak expect pun kekasih cakap apa2. sebab memang semua benda ni expected dah kan. cuma seperti janji kami berdua, apa2 pun mesti bgtau.

baru2 ni kawan2 kami ade pergi daki gunung kinabalu. kekasih tanya sama ada sy nak buat benda yang sama. berkerut kening sy bila dia tanya macam tu sebab kekasih bukannya so into physical activity macam tu. sy tanya dia semula whether dia nak buat dengan sy ke? kekasih cakap, kalau itu yang sy nak, dia akan temankan, apa saja untukmu la, gitu. pastu kekasih cakap, cuma dia tak sanggup dan sampai hati tengok sy penat, basah, kotor dan susah ketika mendaki tu. jadi katanya, biarlah kita pergi somewhere yang boleh drive, tak susah, dan sy tak letih. ok, sayang, i sangat tersentuh. jatuh cinta lagi bila u cakap macam tu.

sy cuma tengah gedik dan tak sabar nak masuk tempat kerja baru, dapatkan jadual kerja tahun depan, dan boleh terus book flight ke tempat kekasih. sangat tak sabar sampai rasa nak melompat2 sekarang juga. rindu pada kekasih yang kadang2 di luar batasan akal dan kata2. sayang, i sangat rindu u. setiap saat!!

5 comments:

Yours said...

Sayang buat I gelak :) I love u too darl. Satu brg je lg xcukup sebelum syg masuk keje kan.

fabulousasya said...

sy tak dpt bayangkn scarp book mcmana awk nak, tapi sy ada jumpa di kinokuniya, klcc kat bahagian stationary. ada byk size, ada juga yg hardcover. y not cuba tgk? :)

isma said...

sayang: ala..takyah susahkan slay lah...takpe, i akan tuntut dengan u nanti2 je...

fabulousasya: really? wow..memang nak cari yang hardcover. ok, nanti sy pergi. thanks, babe!!

Anonymous said...

Is, u blh try gak kat TYPO, byk buku scrap best2 kat situ.. Typo Pavilion..



-luqiee-

isma said...

luqiee: noted, thanks a lot!!!nanti i pergi survey situ juga