ok, nak sambung cerita pasal besties. sebab sy masih rindukan mereka. sayang, i rindu u juga, bear with me jela ye.
malam tadi Mama datang, bermalam dengan sy. dia ada kelas malam tadi, so agak lewat baru dia sampai rumah. dia sampai, kami terus pergi late dinner. bila nampak kereta dia, sy rasa nak melompat2. masuk je kereta kami terus berpelukan macam dah bertahun tak jumpa. bergenang juga la air mata. terus Mama cakap, tak sabar nak to be married to each other. habis dinner, borak2 dalam bilik sebelum tidur. tiba2 Mama cakap, rindu lah kat Shelly. Shelly besties juga, dia dah kahwin awal tahun ni dan duduk kat JB. last jumpa dia masa wedding dia je. sy pun rindu Shelly. sepatutnya new year ni nak ke JB beramai2 melawat Shelly, tapi macam tak jadi sebab masing2 tak dapat cuti.
Ana pun dah kahwin dan duduk kat Gombak. dia ada anak seorang, Uzma, baru masuk setahun. aisshh...rindu juga pada Uzma. sayang, lepas i introduce u secara rasmi dengan besties lain, ultimately i akan introduce u dengan Ana. Kekasih tak pernah jumpa Ana lagi. Ana ni sangat baik, cakap pun sopan aje. Ana pernah cakap dengan sy; "Isma, memang impian Ana nak tengok Isma kahwin, ada suami, ada anak. tapi walau apapun, Ana hormati pendirian Isma, dan Ana selalu doakan yang terbaik dan kebahagiaan Isma." terharu sampai tak terkata2 bila Ana cakap macam ni. sy cuma mampu jawab dengan senyuman sahaja.
pagi ni semua besties dah sangat excited dengan wedding plan kami. Mama pun akan bersama sy sepanjang minggu ni, ada la banyak masa untuk discuss pasal preparation. hahaha...bersungguh kan kami? kami sangat committed to each other. dan we always come first, kadang2 lebih daripada bf/gf sendiri. itu yang kadang2 buat bf/gf masing2 agak pissed off kalau mereka tidak betul2 memahami hubungan kami. dan sebab yang sama juga la sorang besties tu membawa haluan sendiri sebab dia tak dapat nak komited dengan kami, dan bf nya juga tidak dapat faham mengapa kami selalu dilebihkan dalam segala hal. yela, would anyone could understand that it is a must for us to meet up and sleep together 2,3 times a month? dan kami akan terlalu rindu sampai rasa hidup terlalu kosong dan tak bermakna. seriously.
dua tahun lepas, Asu, kene buat minor surgery kat kaki dia. dan kena la bermalam semalam kat Ampang Puteri. malam tu, kami semua datang melawat, sy buatkan sandwich sardin feveret besties, dan Ana datang bawak KFC. dah macam berkenduri kami kat hospital. tapi sy datang bawak selimut dan comforter sekali, bersama bantal busuk. malam tu, sy dan Wanee bermalam di hospital jaga Asu walaupun rumah mak dia kat melawati je pun.
dulu masa kat matrik, bila kami dah lama tak balik ke kampung masing2, dan rindu keluarga, kami akan minta Ana suapkan makan. dan duduk lah kami berlapan menghadap Ana, menyuap makan. dan sekarang ni pun, kadang2 bila pergi kenduri beramai2, atau makan di mana2, selalu juga minta Ana suapkan makan. bahagia betul rasanya ketika itu.
rindu. rindu. rindu. malam ni Gra nak bermalam sama. tak sabar betul. rasa nak balik sekarang juga dan masak dinner untuk mereka.

2 comments:
hahaha. iye baby. Bguslah ada besties dengan sayang minggu ni :)bestnye sayang masak2. semua menu tu nnt masuk to do list ok. love u darl :)
nanti u request aje yang u nak makan ape, i menurut perintah aje... owh, i love u too :)
Post a Comment