sekarang rasa semakin ok dengan semua hal LDR ni. terasa semuanya dalam kawalan. memang rindu setengah mati, memang banyak moment rasa nak sangat kekasih ada di sisi, terutamanya untuk setiap hal2 yang kecil. seperti rindukan dia duduk di meja makan sambil sy masak, dan sekali sekala sy akan datang padanya untuk kucup dahinya, seperti minum coffee dan smoke di porch rumah sambil lihat bulan terang, seperti memegang tangannya ketika dalam kereta, seperti lihat senyumnya bila sy buat something silly, seperti berbaring di bahunya ketika sy lelah, seperti dia bacakan bedtime story dan nyanyikan lullaby sambil dia cium dahi sy dan membelai rambut sy. ya, memang rindu semua hal2 kecil itu.
tapi kekasih sentiasa cuba untuk selalu ada untuk sy. webcam, text, call. walaupun dia jauh secara fizikalnya, tapi sy sentiasa rasa dia ada dekat dalam hati sy.
dah lama tak rasa seperti ini. rasa sayang dan cinta sepenuh hati. rasa yakin dan tekad dalam hati yang sy mahu dan akan habiskan seluruh hidup sy bersama dia. rasa sangat pasti dia adalah pilihan yang betul, rasa sangat berpuas hati, rasa sangat selamat dan terjamin, rasa ingin merancang seluruh masa depan dengan ada dia bersama, rasa sungguh sempurna, rasa sungguh bertanggungjawab, sungguh dewasa. yes, I wanna grow old with her.
dalam satu entry dulu, sy pernah cakap, sy dah lama tak rasa tidur lena. tidur dengan rasa selamat dan tidak perlu takut dan risau apa2 pun. ya, sy rasa itu dengan kekasih. pertama kali sy rasa itu, ketika sy tertidur dalam pelukannya di tepi laut dulu. rasa selesa dan selamat. ketika itu sy percaya dia akan menjaga sy sebaiknya sepanjang lena sy. sy tak perlu risau dan takut sekiranya ada something berlaku ketika itu sy tahu kekasih akan uruskan dengan sebaiknya. hati sy tersenyum, dan berbisik ketika itu, sy mahu rasa ini kekal.
kadang2 bila berbual, termasuk juga hal2 masa depan. terasa seperti bual kosong sahaja, kerana kadang2 yang masa depan tu, bukanlah 5 tahun akan datang ataupun 10 tahun, tapi 20 tahun dan lebih dari itu. kadang2 bersungguh2 juga kami bercakap, tapi selalu diselangi gelak ketawa sahaja. ringan dan bersahaja, tapi jauh di sudut hati, sy tahu, itu yang sy mahukan. macam kekasih selalu cakap, siapalah tahu masa depan. tapi yang sy tahu, kami akan sama2 buat yang terbaik untuk hubungan ni.
kita bersabar dan bertabahlah dengan rasa rindu ni ya sayang. lagi banyak kita sabar, lagi besar rewardnya akan datang.
rindu dan sayang u selalu. bukan setakat sayang sahaja, cinta juga. there will be ups and downs, tapi kita berdua. whatever happens, as long as we are together, we will be just fine.

2 comments:
I nak komen kat semua post u, tp nnt semua komen tu ada ayat yg sama. Jadi kebanyakan masa, I cuma perhati je comment box ni dan senyum :) I tau u tau.
i know baby..u tak komen apa2 pun, i tau juga apa u rasa dan fikir. :)
Post a Comment