home...tadi dinner dengan rizal kat melawati, our fav restaurant. punya la hujan lebat, sejam lebih baru sampai. dalam hati dah terbayang sayur goreng fav kami juga. sejam lebih drive. gila kan...sampai2 sekalinya ada wedding pula kat situ. tapi ade la few tables untuk walk in customer. belasah ajela..demi sayur goreng. bila waiter datang, katanya, cuma ada western food aje. kecewa, then cuma order lamb chop. kempunan nak makan sayur goreng :(
wedding tu sangat loud juga. dengan karaoke seisi keluarga, even the bride pun menyanyi. semua suara memang tahap karaoke keluarga lah. sakit telinga dan bersabar jela borak dengan rizal menjerit2. sampai sakit kepala dan terpaksa telan ponstan juga. tapi nasib baik juga tergerak ajak rizal dinner malam ni sebab minggu depan dia dah kena outstation ke Venezuela sebulan. ai ai ai...
seperti biasa, borak kosong, bergossip dan mengupdate kehidupan masing2 sambil mengumpat wedding yang tengah berlangsung. seriously, pakaian groom itu adalah major failure. seluar putih, kemeja long sleeve putih, vest hitam dan tie. sy cakap dengan rizal, kalau tie tu jadi bow tie, memang dah sebijik macam waiter hotel. oh well, takde pun rasa nak cerita pasal wedding tu kat sini, takde kene mengena dengan sy pun, cuma sy sangat annoyed dengan karaoke tu. geram pun ada. kalau betul nak buat wedding, book la the whole restaurant, dan buat sy takde pilihan untuk makan kat situ seterusnya memaksa sy cari restoran lain tadi.
kekasih pun tengah pergi jalan2 ni. apa entah nama tempat dia pergi tu. dia ada bagitau, tapi lupa pula. esok baru dia gerak balik tempat dia semula. esok maybe sy lepak dengan rizal lagi, sy tak bawa dia tengok rumah lagi. tapi tengok la camne. isnin nanti birthday dia, so esok nak belanje dia makan pula. tadi dinner dia belanja, untuk my long overdue birthday dinner. tapi still kecewa sebab tak dapat makan sayur goreng tu. mencik!!!!
rindu pada kekasih sayeeeee!!!!ermmm...baru genap sebulan dia pergi...baru genap sebulan kami officially thousand miles apart. I hope, by this time next year, sy ada di sisi kekasih kat sana, physically. takpe isma, setahun aje lagi..aja!!!!

No comments:
Post a Comment