And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 31 December 2012

last entry for the year of 2012.

sabtu lepas balik rumah mak, selepas tak semena2 mak cakap rindu. agak pelik juga sebab sepanjang bertahun2 sy hidup kat sini, mak tak pernah macam tu. sampai katanya kalau sy tak boleh nak balik, dia nak datang sini, jumpa sekejap pun takpe. bila kat rumah mak, along pun ada sekali. beriya2 mak tanya bila sy nak berdua. sampai la ke pagi tadi dia tanya juga. memang pelik, sebab selama ni mak tak pernah bother pasal benda ni. lagipun apa dia nak kejarkan dengan sy, dia dah ada menantu perempuan, menantu lelaki dan cucu2 yang ramai dan comel.

bila dah nak bergerak tengahari tadi, sempat la sembang lagi dengan mak. setelah jenuh sy fikir, barulah faham. rupa2nya semua benda2 pelik yang dia buat tu, sebab sy tak sihat minggu lepas. demam, batuk dekat seminggu. dia risau. sebab selama ni dia tahu sy dengan sara, jadi ada la orang jaga sy. tapi sekarang, sy tak pernah mention sara depan dia, dan rasanya dia pun lupa sy ada housemate. dia risau tiada siapa jaga sakit pening, makan minum sy. comel betul la mak ni.

jadi kekasih, bila u balik sini tahun depan, kita berdua kena spend masa dengan mak ye, supaya dia lega dan tahu i bersama someone.

anyway, kekasih pergi travel dari khamis minggu lepas. jadi memang terhad la nak sembang ataupun nak berwebcam. petang tadi, baru dia balik rumah semula, dan 2 jam lebih dia sampai, sy pun sampai rumah. terus berwebcam melepas rindu. walaupun kekasih dah memang jauh kat sana, bila dia pergi travel, sy rasa dia makin jauh pula. tadi masa sy drive balik kl, bila dia text cakap dia dah sampai rumah, automatik je sy rasa macam dia dekat semula dengan sy.

seperti biasa, ada sesi show and tell. kekasih tunjuk la barang2 yang dia beli sepanjang trip dia. sy cuma mampu kerut kening. dia beli penanda buku, pembaris, poskad etc. benda2 tu unik la, boleh dapat kat sana je. tapi kekasih awal2 lagi dah cakap sebelum dia tunjuk benda tu, katanya, tapi, sayang....benda ni tak praktikal pun. sy cuma mampu senyum aje. lepas sesi dia, sesi sy pula tunjuk barang2 yang sy beli sepanjang beberapa hari tak berwebcam. dan turn kekasih pula kerut kening. kami ni memang kelakar, memang berbeza sangat bila hal2 macam ni. sy beli la perfume, blusher, body butter, tunic top etc. ye, kekasih memang tak faham kenapa perlu beli sebab dah ada pun semua tu, dan ye, seperti mana sy tak faham dia beli pembaris tu. tapi takpe, kami tetap cinta satu sama lain. owh, ada satu lagi benda kekasih beli. dia beli photo album, cantik sangat. bila dia tunjuk, terus dia cakap, "ni untuk wedding album kita." sy cuma mampu senyum bahagia.

kurang sejam lagi, tahun baru dah. tadi sempat webcam dengan kekasih sampai new year kat tempat dia. gigih dia nak tunggu new year kat sini juga. tapi jelas sangat muka dia letih. jadi sy suruh dia tidur je dulu dan wish sy new year esok pagi je.

tahun baru ni, sy harapkan semua orang dapat yang terbaik, dan hidup dengan lebih baik. semoga semua urusan dipermudahkan untuk kita semua, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dipanjangkan umur.

tahun 2012, has been great and amazing, all the ups and downs, semoga kita belajar sesuatu untuk menjadi insan yang lebih baik.

untuk kekasih hati, semoga tahun depan ni berjalan lancar dan tercapai hendaknya apa yang kita cakap tadi. dan ya, terima kasih kerana masih bersama, semoga kita masih bersama esok, tahun depan, dan bertahun2 lagi. semoga kita sentiasa 'bias' sesama kita untuk selama2nya. selamat tahun baru, sayang. love u so much!!

Wednesday, 26 December 2012

4 tahun.

rasa kosong yang masih lagi terasa kosong, belum terisi. masih rindu, masih dengar suaranya, masih nampak kelibatnya, masih lihat nombor telefonnya, masih ingat senyum tawanya, masih mahu dia ada disisi.

hari ini, 4 tahun lepas, separuh nyawa cuba lepaskan dengan redha. senang cakap, senang je mulut untuk cakap. sedangkan hati masih tersedu bila sebut namanya. 


Wednesday, 19 December 2012

semalam tak sihat, tapi gigih juga bekerja dan berada di ofis sampai ke petang walaupun kekasih seharian memujuk sy untuk balik rumah dan rehat. dan hari ni memang sy tak ke ofis dan berehat di rumah saje. kekasih meneman sepanjang hari. seharian berwebcam dengan kekasih, seperti biasa masa berlalu sangat cepat. rasa baru je berborak, tiba2 dah berjam2 rupanya.

kekasih memang sepanjang masa selalu pesan macam2 dengan sy. maklumlah, sy ni memang sentiasa lupa segala benda. semalam pun dia buatkan list apa yang perlu sy beli di farmasi, semuanya lah. dari cool fever, vicks, ubat selsema, ubat batuk, panadol etc etc. dan siang tadi sebelum sy keluar nak lunch, kekasih buatkan list lagi untuk sy ke pasar sebab sy kata nak masak sup. kekasih kata, nanti dia akan buatkan list dan lekat kat meja mekap sy supaya tak lupa. termasuklah list untuk pastikan dalam wallet ada cash.

sebelum kekasih tidur tadi, seperti biasa la pesanan2 penaja dia, untuk pastikan sy makan ubat, kunci pintu rumah, tutup semua suis, pakai baju, jangan on air cond malam ni, minum air masak banyak2, etc etc. dan dia even set twitter dia untuk tweet sy on time untuk sy makan ubat waktu dia tengah tido. sweet la u, sayang.

pagi tadi, seperti biasa kekasih akan text sy untuk kejut sy bangun tido pergi kerja. selalunya bila sy tak balas lama, dia akan call dan tanya kenapa. kekasih selalu pesan, suruh sy jaga diri baik2 sepanjang dia takde ni, dan nanti dia balik dia akan jaga sy sebaik2 nya, semampu dia. i agreed dan cakap nanti dia balik sy tak nak jaga diri sendiri, biar dia jaga kan. hahaha...tapi kekasih tak nak kalah, katanya, sy jaga dia lah. ciss baby ni..bagi la chance i sikit.

so far, semuanya smooth aje hubungan ni. tak pernah gaduh atau terasa hati. dan ada juga ketikanya sy terdetik, not bad juga LDR ni. ok je semuanya, walaupun ada ketika sy nak sangat kehadiran kekasih. tapi kena jadi dewasa, bertahan lah untuk 3 tahun ini untuk bertahun2 lagi bersama. kekasih selalu ada, selalu available, cuma takde secara fizikal. dan sy tahu dia rindu sy sepertimana sy rindu dia. dia cinta sy sepertimana sy cinta dia. sy pernah cakap dengan kekasih, ada pasangan yang lagi teruk keadaannya dari kami, seperti satu pihak aje yang rindu setengah mati atau pun satu pihak je yang sangat cinta.

setiap kali pandang wajah kekasih, sy tahu, we'll be just fine. i will be just fine. semoga esok sy sembuh sepenuhnya. kekasih, i nak mandi, makan ubat dan tido. dah tutup semua suis dan dah kunci semua pintu. ye, i akan pakai baju tido, ye, i tak on air cond malam ni. jumpa esok ye sayang. love u sooooooo much!

Monday, 17 December 2012

baru lepas dinner. of course, masih di ofis. dengan hutang dengan bos untuk siapkan draft audit opinion. seharian buat research pasal nak draft opinion dengan emphasis of matters. aiiiii...tadi petang bila dah stress2, bebudak ni duk la melepak tempat sy sambil borak2 kosong. dan sorang ni Chen Mun, cakap la pasal bunga atas meja sy. sy kata ni bunga ketiga or keempat kekasih bagi sepanjang kami kenal beberapa bulan ni. tiba2 chen mun tak puas hati. katanya dia dah bersama BF nya for 5 years dan cuma dapat sekali sahaja. dia ni memang kelakar dan sangat straight forward. katanya, masa awal2 kenal bf nya, dia cuba la menunjukkan ciri2 yang menawan hati, dan dia kata yang dia prefer bunga itu berada dalam soil, bertanam, kerana bunga yang dipetik akan mati. maka tak lama tu, bf bagi dia bunga dalam pasu. maka geramlah chen mun kerana kelurusan bfnya. tapi kami yang lain cakap la yang itu lah sepatutnya bf dia faham.

bila dia nampak cincin di jari sy, lagi la dia macam bising. sy cakap, minta la bf dia belikan. katanya pasti akan ambil masa dan lambat untuk keputusan itu, dia kata better dia turun bawah sekarang dan beli sebentuk cincin untuk dirinya sendiri. sy cuma mampu gelak jela.

owh..sy ade sorang associate yang sy ambil dan tag bawah sy. lets name her as KMF. kmf ni boleh tahan juga, mixed. tapi sy ambil dia bukan sebab rupa, ya. over the years in this line, i learnt that rupa tidak membawa apa2 makna kerana sy akan end up re-do balik keje2 diorang jika hampeh. so far kmf's work boleh tahan, dan dia menunjukkan ciri2 yang senang untuk bekerjasama dengan sy. actually sy ade sorang lagi associate, lelaki, vincent namanya. selepas seminggu lebih, sy simpulkan sy tak suka dia, dan sy release dia pada orang lain. hari ni ade sorang lagi baru masuk, perempuan, boleh tahan juga. so far mendengar kata dan buat apa yang disuruh. dan tetiba petang tadi, Ivan bising nak orang tolong dia dan cakap sy boleh bagi Vincent. then ivan kata sy sexist sebab sy ambil semua perempuan dan bagi dia lelaki pula. cissss...tak guna.

okay, cerita pasal si kmf ni. dia suka juga berkepit dengan sy. selalu cari masa untuk berborak dengan sy. bila sy smoke kat bawah bila2 kami semua balik lunch/dinner dia mesti nak teman kan sy sambil borak2. oh well, maybe sebab dia tahu dia akan kerja bawah sy sampai hujung januari depan. actually, it's the best move to build relationship with someone yang akan review performance dia. so sy anggap dia macam tu ajela.

sayang, i rindu u. tak sabar nak webcam dengan u nanti. nak tengok rambut u puas2. tengok leher u dalam video tadi tu buat i rasa nak jadi vampire sekarang juga. tidur lena ya, kekasih. love u!!!

Sunday, 16 December 2012

semalam, genap kami bersama untuk 3 bulan. setiap kali terlintas hal kekasih, memang mampu buat sy tersenyum bahagia. hari rabu lepas, agak stress dengan kerja yang sangat banyak. balik lewat malam juga. hari khamis pagi tu, sy ke ofis agak lewat, sebab tak larat nak bangun dan sampai ofis pukul 10 lebih. berjalan sampai ke work station sy, dan nampak ini atas meja:

dalam kad itu kekasih tulis, it's been 3 months already.

sy mampu senyum meleret2. bila berbual dengan kekasih, katanya nak bagi on our monthsary, tapi 15hb tu jatuh hari Sabtu, so dia bagi awal. satu hari tu sy senyum bahagia. terima kasih sayang.

rindu pada kekasih. sangat banyak. dulu masa kekasih baru pergi ke sana, cadangannya kami akan berjumpa setahun lagi, which is end of next year (2013). tapi sy rasa itu sangat menyeksakan, sangat lama dan sangat tidak masuk akal. jadi sy arrange dengan boss supaya release sy pertengahan tahun depan dan sy mahu ke sana berjumpa kekasih hati sy. semoga semuanya berjalan lancar.

sy rasa kekasih tengah tidur ni. senyap aje dia. takpe sayang. tidur lena ya. i tak sempat la nak good night wish u, so i wish kat sini je:

"sayang, good nite, sleep tite, wake up in the morning bright..."

i ada je ni ya... :)

Friday, 14 December 2012

it's friday!!!!

selamba lah, kerja bertimbun2 tapi dah rasa penat sangat nak buat. tadi kekasih cakap, esok dia nak pergi kedai jual benda2 untuk mengait. nak kaitkan sy mitten. dia suggest kaler red possum untuk sy dan dark blue untuk dia. tak sabar nak tengok hasil kerja kekasih hati sy tu. kekasih cakap kaler red possum tu kat sini kadangkala orang panggil merah pulasan. dan bermula la kisah pasal buah pulasan.

sy memang suka makan buah pulasan. sangat suka. tapi susah nak jumpa dan lagi susah nak jumpa yang sedap. tapi kat belakang rumah mak, ade pokok pulasan yang sangat besar dan sedap buahnya. dulu kecik2 selalu panjat pokok tu dan makan atas pokok. bila makin besar, pokok tu makin tinggi, abah pula akan kaitkan guna galah dan bekalkan sy sebakul besar buah tu setiap kali sy nak balik KL semula. sedapnya buah pulasan!!!

kecik2 dulu sy memang budak kampung. curi2 pergi mandi paya, pergi mancing ikan, redah selut, panjat pokok la, main tarik upih, banyak lagi la. kat belakang rumah mak dulu memang banyak pokok buah2an. upih tu pun dari pokok pinang belakang rumah je. seingat sy ade pokok kelapa, nangka, cempedak, kedondong, pinang, buah keras, durian, pulasan, rambutan, manggis, markisah, langsat, etc etc. selain pokok buah, ade juga pokok2 untuk bahan masak macam lengkuas, kunyit, cili, bawang, limau purut, limau kasturi, dan macam2 lagi lah..dulu kecik2 juga suka sangat main kat dalam kebun tu. sampai pernah la 2 kali kena serang penyengat dan berbengkak2 satu badan kena sengat, pernah juga kena ulat bulu sampai bengkak peha. setakat calar balar tu biasa sangat la.

bila balik kampung rumah atuk kat muar, arwah atuk dulu nelayan, so rumah tu walking distance aje la nak ke laut. dan kat situ ada muara yang tak berapa besar sangat. bila2 bulan penuh, sy, adik beradik, sepupu2 dan bapak sedara sumer pergi ke situ tangkap belangkas. selalu dapat memang banyak. bawak balik sama ada rebus macam tu aje, ataupun goreng berempah/bercili. sedap!!!

tapi ni dulu la. tak tau sekarang benda2 tu ada lagi ke tak.

tapi kekasih lain. dia budak skema. dari kecil dia cuma membaca, makan dan tengok tv. tak mencabar langsung. tapi macam mana sekalipun, both of us turned up well aje dah besar panjang ni.

ermmm...rindu nak jadi budak2 semula. tak payah fikir banyak2. tak payah fikir pasal tanggungjawab. dan yang paling penting, ketika itu, abah ada lagi. abah, akak nak makan pulasan......

Wednesday, 12 December 2012

kepala dah hang. kerja banyak tak siap lagi dan makin bertambah2. boss, sy cuma ada dua tangan yang kecil untuk siapkan semua ni. tapi rasanya satu team memang tengah bermotivasi rendah untuk bekerja. sebab selalunya bulan December tak sesibuk ini, tak banyak kerja, cuma ada kerja2 top-up atau cleaning up the files aje. semua sebab hal2 tahun depan, so semua nak buat bulan ni juga sebelum start tahun 2013. one of my colleague cakap, this is the worst december in his career. dramatik, tapi itulah hakikatnya.

semalam dengan mata separuh terbuka, pukul 11 lebih baru gerak dari ofis. sangat letih selepas hari sebelumnya pukul 2 lebih pagi baru sampai rumah. sampai parking, lupa kereta park kat mana walaupun bertahun2 park kat tempat sama. berpusing2 sampai rasa panik, baru jumpa. dengan mata separuh terbuka juga drive balik ke rumah. pagi tadi, memang rasa tak boleh bergerak langsung badan bila bangun tido. dah la malam tu pun mimpi kena marah dengan boss sebab kerja tak siap. sighhhh....

owh, dua tiga hari ni sy suka layan lagu ni:


tapi seperti biasala, sy suka juga cover dari brandi:



ok, nak sambung kerja.

Monday, 10 December 2012

so stressed up with work stuff. macam dah naik giler. baru berapa hari ni. and i know it will never get better. while briefing the whole team, my every sentence mesti ada perkataan "fuck", "shit", "crap", "hell", "bloody" etc etc tanpa sedar. dan setiap kali tersedar la minta maaf. tapi diorang gelak aje.

dah few days working on bloody impairment testing. rasanya siap aje testing ni, i will be impaired, and kena disposed off aje. sighhh...another late night. sorang ni si izhar ni, balik awal pula, just because wife nya in town. i was like, so??? got wife no need to work ah? hate!! tapi boleh cakap dalam hati je dan senyum.

tapi bila terdengar associate sorang ni yang ni first day dia, cakap kat telefon, "Grandpa, i'm not coming home for dinner." ok, hati jadi sedih pula. dan ternampak pula sorang lagi texting on her phone dengan muka macam nak nangis, juga buat sy rasa sedih. aiiiii....

rindu kekasih. hari ni sempat sembang kejap je. kekasih pun tertidur awal. i rindu u sayang. i wish i balik rumah, u ada.

Saturday, 8 December 2012

owh sayang...

i was watching korean movie while having my dinner. ni  nak cakap dengan u ni. i nak piggy back nanti. lama2 dan jauh2 dan naik tangga. kat citer ni hero tu dukung pompuan nih naik tangga. sangat sweet. so i nak juga. nanti i claim bila jumpa u. so u ada masa untuk memperkasakan diri. i juga akan cuba untuk tidak menambah berat badan.

ok sayang, love u...nanti bila ada apa2 lagi kat cerita ni, i btau request i lagi ye.
kekasih adalah comel. menterjermah buku cerita yang dia sedang baca untuk sy. tapi sayang, i nak u bacakan untuk i, sampai i tertidur.

ok, hari ni adalah sangat lemau dan tidak produktif. rasa geram dengan diri sendiri juga sebab di kala kerja berlambak2 tapi masih lagi bersweet time dengan diri sendiri hari ni. cadangnya hari ni nak ke ofis untuk buat kerja, tapi masalah2 teknikal pasal tag tak setel lagi membuatkan sy malas nak bergerak. seharian ada atas katil je. pepagi lagi dah gigih basuh kain, tapi end up pukul 5 petang baru sidai. bangun tido dan tertido semula sambil berwebcam dengan kekasih. seharian di rumah hari ni, dia jela meneman. seminggu ni, ni la dapat betul2 bercakap dan berwebcam dengan selesa  dengan dia. kekasih cakap, walaupun dalam minggu ni, memang hari2 call, tapi dia macam takut ganggu sy kerja. macam i cakap sayang, kalau i busy, i akan cakap. kalau kita bercakap kat telefon tu, maksudnya ketika itu memang i peruntukkan masa untuk u sahaja. so no worries, ok.

minggu depan, memang akan sangat busy. bila khamis lepas kami semua brainstorm to come up with planning and staffing, baru masing2 tersedar yang kami tak cukup orang untuk setelkan semuanya by end of this month. bila betul2 disenaraikan, rupa2nya kami ada 7 project on-going concurrently. dan kebanyakan core team members memang on leave. hujung2 tahun ni memang selalunya tak busy dan semua orang akan bercuti. tapi entah mana silapnya planning tahun ni boleh screwed macam ni. terus call staff coordinator dari ofis dan mintak lagi associates or sape2 je available untuk masuk team. sedihnya cuma ada interns dan tu pun dapat 2 orang aje yang akan masuk 17 Dec ni. hampeh betul.

jumaat lepas, sy lepaskan la team semua balik awal dan remind them to be prepared for next week. masing2 pagi2 lagi dah jumpa sy dan cakap ade dinner date la, ade party la, ada family matters la. sy iya kan sahaja. dan sentap juga bila diorang tanya sy plan sy malam tu. kerja la ngek. tercongok la sy kat ofis jumaat malam tu, nasib baik 2 orang lagi team members ada, boleh teman. dan malam tu pukul 10pm baru kami gerak dari ofis. memang lalok betul dah sebab khamis tu dekat pukul 12 mlm baru gerak dari ofis, dan sampai rumah sambung kerja sampai pukul 2 lebih.

januari ni, seperti biasa team akan hantar 2 orang pergi ke india untuk audit. team akan pergi ke sana every quarter. dan april nanti lagi sekali pergi. januari ni sy terlepas la dari pergi ke sana. nasib baik juga sebab januari musim sejuk. katanya memang sangat sejuk, tapi tak lah sampai bersalji. tapi sy macam dapat rasa april nanti sy pula kena pergi. tengoklah nanti.

owh sayang, tadi i pergi pasar malam. i berjaya beli nasi ambang, murtabak tempat biasa tu, rangka ayam, keropok lekor, dan buah. tapi buah pear yang i nak tu takde, so i beli buah limau dan durian. hahaha...i tak beli pun barang basah. i cuci mata je. memang bernafsu betul rasa nak masak macam2, tapi i rasa esok i nak pergi buat kerja, cuma tak tau lagi nak buat kat mana, sama ada kat ofis atau tempat client atau kat coffee shop. tadi kat pasar, ade ketam sangat fresh, i dah terbayang goreng bercili atau pun lemak cili padi. pastu ade juga ikan duri, terbayang dah masak asam pedas, tengok ayam segar2, i terbayang goreng kunyit letak kacang panjang, nampak sotong cantik2 terbayang sambal tumis sotong, daging2 pun sangat menggoda, i terbayang masak kicap ke. pastu kan yang, ade kat kedai jual ikan yang hujung sekali tu, ade ikan yu. seriously diorang jual menatang tu. tapi ade sekor ajela. ngeri betul nelayan sekarang ni.

sayur2 pun best2. tapi takde pun asparagus.  aishhh...sedapnya sayur goreng. macam sayur goreng kat sakura kristal yang kita makan tu yang. ermmm...macam nak drooling dah ni.

oleh kerana hari ni i dah berehat secara terlampau dan rasa bersalah tak buat kerja ofis, maka malam ni i akan stay back buat kerja sampai lebam. dah bangun tido kang sayang tweet je kat i, kot la i tak tido lagi. again, terima kasih sayang untuk cerita putera kecil tu. sangat sweet. tapi nanti i nak u ceritakan juga sambil i baring kat bahu u. kiss kat dahi i tu, i nak claim juga nanti. sayang tido lena ya. miss u soooooo much!!!

Friday, 7 December 2012

haihhhh...tak habis dengan drama.

so cik ida, finally i dapat tau juga nama u even u tak nak bgtau waktu partner i call u dan waktu i call u juga. no such thing as i bangga di stalk oleh partner u, or whatever it is la u nak namakan tindakan partner u buat kat i. i totally understand your position as a partner there to stand by her sebab u kata u dah lama dengan dia kan. kalau u nak deny tindakan partner u call dan text i non stop even tengah malam, tunggu depan rumah i for hours sampai i keluar rumah hanya semata2 nak bagi i dress yang dia belikan, katanya teringat kat i ketika dia jalan2 kat shopping complex, tiba2 hantar hamster ke rumah i sebab entry i sebelum ni (owh, no..this is yang u kata partner u just nak provoke i kan. bila i tanya motif nak provoke, u pun tak boleh nak jawab), or bila partner u call i dan bagitau dia broke up dengan u sehari lepas dia jumpa i, or bila partner u insist nak follow kereta i dari belakang bila i nak balik kampung, or bila dia text i dan kata dia tetap nak tunggu i walaupun 60 tahun lagi, atau bila dia text i bagitau dia nak sangat jumpa i sebab dah banyak malam dia mimpi i dan tak boleh buat kerja lain? seriously u nak i senaraikan apa lagi yang dia buat? u nak i print screen dan forward kat u semua text dan email dia kat i ke? nasib baik i baru tau ade function untuk block sms juga, kalau tak i tak tau apa lagi dia nak text i.

semua ni jadi even selepas i dan partner i dah tegur dia yang i memang tak selesa dia buat macam tu dan minta dengan baik untuk dia stop buat macam tu. hai, lah cik ida. tak ingatkah u juga suruh i maki dia sebab u kata dia cuma faham i tak suka jika i maki. dan partner u juga minta i maki dia supaya dia sedar i tak suka dia. come on la. u all ni memang hidup berlandaskan caci maki ke baru nak faham? my partner and i dah cukup menyusun kata baik2 supaya u all stop buat benda2 ni.

i tak pasti u ni in denial ataupun terlalu mentah untuk menilai bila u kata semua yang partner u buat tu sebab niat dia nak berkawan dengan i. dan i ni salah sebab tak appreciate effort dia. u kata dia buat semua ni sebab dia sunyi u jauh dari dia jadi dia cuba mencari hiburan. so, i ni hiburan dia ke? i cuma mampu geleng kepala aje.

ye, memang la dia akan stop dah. sebab i dah cakap cukup jelas kelmarin waktu i call u kan. sekali lagi, dia datang rumah, atau text i atau call i atau apa2 jelah, i akan report polis. partner u tak perasan ke masa dia tinggalkan hamster tu kat guard house rumah i, plate number kereta dia terpampang kat guard house tu dan dah di banned masuk kawasan rumah i? tentula dia akan stop kalau tak memang plate number tu ada kat balai polis pula la kot.

siapa kata i perbesarkan benda ni. dia harass i dah lama, pernah i mention apa2? pernah i cakap apa2 kat sini? pernah i call u? cuma partner i je pernah call u, tu pun selepas i bengang partner u call i pagi2 buta for no reason. i tak pick up pun.

so, i hope this is the end. i tau u baca, i tau partner u baca juga. hai tort, or whatever your name is. so, this entry memang solely for you and cik ida. i hope it clarifies enough. maybe this is what u are looking for all this while, for me to write something about u. u tak puas hati kan i tak pernah balas text u or jawab call u kan. so ni i dah cakap panjang2. i think u have mistaken me as a sweet nice girl sebab selama ni i diam, dan cuma partner i je yang contact u asked u to stop this madness. now am taking my own action. this is just a baby step to clarify. don't ask me to curse you as you're not even worth for it. leave me alone, i have nothing to do with your life.


Wednesday, 5 December 2012

sayang i dah sampai rumah.

tak plan pun nak balik awal. tadi mengamuk juga la i. pukul 7 lebih tadi, i nak re-park kereta nak park kat dalam office building sebab niat di hati nak stay back. associates i yang kat tempat client pun dah balik ke ofis, so i nak discuss few things juga dengan diorang. untuk park kat dalam ofis, just kena guna tag ofis ni je dan cuma boleh tag in after office hour. gigih i alihkan kereta, sekalinya tak boleh tag in sebab tak activate lagi. pergi ke management office, orang in charge tu kat building lain dan suruh i datang esok pagi je untuk activate benda tu. fuuuhhh...mengamuk i. cuak2 terpaksa juga park tepi jalan, naik atas lari2 pack lappy semua dan balik sebab takde parking tempat lain dah. parking tepi jalan kat ofis ni memang glamer kena tow sepantas kilat. geram betul.

then otw balik rumah i isi minyak kereta. nak tutup tangki minyak tu, jari i slipped dan kuku i tersangkut dan terlipat. ye, kan kuku i panjang. punya la sakit, i rasa macam nak pitam. bertenang sekejap tepi kereta. bila dah hilang sikit sakit, i tengok ada satu line putih melintang kat kuku i. fuuuhhh.... i tau sayang, esok u akan cakap, sila potong kuku. tapi u tau kan kenapa i biar kuku i panjang? sebab u selalu bahan kuku i comel. tapi comel u tu bermaksud lain. comel sebab kecik2 dan u selalu cakap kalau buat manicure pun dapat free aje sebab kecik sangat. see...ni semua sebab u. cepat izinkan i pergi tengok GDA tu.

owh sayang...ni lagu yang i nyanyikan untuk u petang tadi.

baby tidur lena ya. miss you banyakkkk!!!!!!!! *hebat tak?*
pagi tadi tersedar dari mimpi kekasih. sedih sangat2 mimpi tu sampaikan bila tersedar memang tengah mengalir air mata dan teresak2. tengok jam, pukul 6am. terus text kekasih, tanya dia ok ke tak. mimpi tu terasa sangat real. kekasih pun macam pelik awal sangat sy bangun, selalu tunggu kekasih text baru sy bangun. tak puas hati, sy terus call kekasih. bila dengar suara dia, terus menangis lagi. macam budak kecik kene cubit dah gamaknya. kekasih pujuk, lepas sy ok sikit, dia suruh sy bangun dan bersiap pergi kerja. tapi lepas letak fon, sy sambung nangis lagi. sedih benar rasanya mimpi tu.

anyway, so hari ni habis la sudah training. esok akan start ke battle field, perjuangan sebenar baru nak bermula. ok, ini drama. petang tadi, kekasih cakap dia rasa sejuk lain macam. selalunya bila dia rasa something macam tu, memang sy pun tengah sejuk. kadang2 tu rasa ajaib, sebab bila sy rasa something yang sangat kuat kat sini, macam sejuk, lapar, teringin something, sedih, marah etc, kekasih memang akan terasa juga. petang tadi memang kat training room tu sejuk, tangan sy la yang rasa sejuk sangat. tiba2 cakap pasal mitten sebab tangan sy sejuk. then tetiba sy cakap:

sy: sayang kena kaitkan i mitten
kekasih: kait? beli je boleh tak. i tak minat
sy: kalau i request?
kekasih: boleh request benda lain tak? sayang tau i sayang u sangat kan. susah tak nak mengait?
sy: kalau i die die nak u kaitkan, would u do it for me? *mata kelip2*
kekasih: yes i will tapi lambat la sebab nak kena belajar. don't die please
sy: ni yang i sayang u banyak nih
kekasih: i sayang u juga. nak mitten kaler apa? just ibu jari dan 4 jari rapat, kan? kiss dahi dan jari sayang
sy: saya sangat terharu...
kekasih: i sangat sayang u ok. i just tak tau macam mana nak say no. selagi mampu dan tak bahayakan u, i cuba.

kekasih, u sangat sweet. i tunggu mitten u.

sy cakap dengan kekasih, carmen tu my other half sy, career wise. then kekasih tanya what about her. and i said:

YOU ARE MY OTHER HALF OF EVERYTHING. YOU ARE MY EVERYTHING UNDER THE SUN AND THE MOON.

I cintakan u, sayang. sungguh!



p/s: whoever it is yang hantar delivery hamster ke rumah sy lepas entry hamster sy sebelum ni, don't bother la nak hantar mitten. unless, u can deliver scirocco beserta geran atas nama sy depan rumah.

Monday, 3 December 2012

Kekasih ade post satu entry cerita pasal dia reject proposal sy untuk bela hamster. Banyak la hujah2 dia kenapa sy tak boleh bela hamster. Geram, sy cakap sy nak bela iguana. Then bila sembang dengan kekasih, dia cakap: "eleeehhh yang...u tu berani ke nak bela iguana? Dengan burung kakak tua pun u takut, sorok belakang i, ni pula iguana."

Kekasih ni memang tak sayang mulut kan. Siap la u yang. U tengok la i bela apa pula nanti. Susah2, i bela gadis je. I tak takut dengan gadis.

Anyway, i rindu u. Banyak macam selalu. Ni quote untuk hari ni:

"U ayam percik i, i ayam golek u. We're musang for each other".

Macam mana swiper cakap, yang?

*love u much!!*

posted from Bloggeroid

Phewww...done with my first day. Esok another training, tapi tak la training mana pun. Esok would be more on administrative stuff macam dapat laptop, set up bebenda server etc etc. Hari ni cuma macam introduction to the firm policy, culture dan sedikit brainwash untuk jati diri yang jitu.

Intake Dec kali ni agak ramai, about 90 people. Few experienced hire macam sy, banyak juga associates baru, tapi majoriti adalah interns. Biasalah, semuanya macam semangat waja, dan bersungguh2 cuba participate dan ada imej yang bagus. Dan sy tahu mereka ada rasa bangga to be part of the firm dari cara diorang bercakap. Sy pula, main henfon dan bertwitter aje. Tak masuk campur langsung.

Kebetulan carmen ada kat ofis juga untuk buat clearance last day dia, so sy ponteng la training dan melepak dengan dia aje sambil bergosip sakan. Tapi clearance dia tak berjaya juga sebab dia lupa bawa few things untuk dipulangkan. Esok pagi dia kena datang lagi kejap.

Rasa pelik dan lain macam pula bila seharian tak dapat berwebcam dengan kekasih. Rasa macam ada yang tak kena pula. Selalu lepas lunch memang akan web cam dan sembang sampai ke petang. Tapi tadi lewat petang dapat juga slot in bersembang dengan kekasih bila dia call. Rindu kekasih sy. Setiap kali terlintas dalam fikiran tentang kekasih, sy selalu membayangkan sy sedang berbaring di bahunya. Terbayang duduk sebelah dia, merengek2 dengan dia... ahhhh...rindunya i pada u, sayang...

posted from Bloggeroid

Sunday, 2 December 2012

Ok sayang. Pukul 10.15pm. I dah atas katil dan dah tutup lampu. Baju dan skirt dah siap iron. I gosok 2 helai kemeja. Satu putih, satu pink. Tengok la esok mood nak pakai mana. Dokumen untuk esok semua dah siap. I dah minum air kosong juga (sape kata i lupa minum air? Gossip je kan u ni).

Best case scenario esok:
Sampai car park pukul 7.45am, shuttle van dah ada, sampai lobi ofis pukul 8am.

Worse case scenario:
Keluar rumah, jalan jem, sampai car park pukul 830am, shuttle van takde, lupa bawak kasut flats, terpaksa berjalan in heels for 15 minutes to office, dekat pukul 9am baru sampai lobi ofis. Lepas tu baru teringat dokumen tertinggal dalam kereta, patah balik jalan kaki ke car park ambil dokumen dan jalan semula ke ofis.

Worst case scenario:
Terlajak tido sampai pukul 2 petang.

Harapan:
Semoga esok smooth je. Dan semoga diorang bagi I gf baru berketurunan lenovo ataupun hp. I tak memilih, tapi itu penting demi menjamin kesejahteraan hubungan kami nanti.

I nervous ni sayang. 1st day kan. Hahaha..rasa macam fresh grad aje ni. Maybe nervous or maybe sebab i menyampah sebab kena bangun awal esok. Ermmmmm....

I rindu sayang....

posted from Bloggeroid

Dah masuk bulan Disember dah. Sy ingat hari ni 1hb sebab jam tangan salah pula. Patutla tadi borak dengan kekasih, dia cakap hari ni genap 5 bulan kami kenal, sy blur kejap. Hehehe...


Start hari khamis lepas memang sangat busy. Buat last clearance tempat kerja lama. Took longer than expected pula sebab setiap person in charge sy jumpa ajak borak. Petang tu selesai semuanya, dah nak sampai rumah, team mate tempat kerja lama/baru call cakap ade farewell carmen pula malam tu. Sampai rumah, rehat, borak dengan kekasih, terus gerak ke kl semula. Dinner dengan team sy ni memang la sampai akan lewat malam, yang biasanya penutup dengan minum2. Sy minum coffee jela.

Then jumaat pagi2 lagi kekasih dah kejut, pergi appointment doctor kat ppukm, menunggu punya la lama, tghari baru setel. Terus pergi servis kereta sampai ke petang. Memang hari menunggu sedunia. Malam tu sampai rumah, dinner, then slay datang sebab nak pass barang kekasih. Lepak dan berborak dengan dia sampai lewat malam.

Sabtu pagi2 lagi sy dah bangun, seperti biasa, kekasih kejut dan webcam dengan dia dulu. Bersiap, then gra datang terus ke melawati jumpa mama dan asu. Breakfast nasik lemak, then pergi zoo. Ya, kami semua 27 tahun dan ini girls day out kami. Kul 1 lebih keluar zoo, berpeluh2 dah pergi ke ampang, lunch korean food. Then ke mines, sebab nak cari pendant. Drama mengamuk dan misi cari pendant tak berjaya. Terus shopping mekap, beli sehelai jaket dan berkaraoke.

Pukul 7 lebih keluar mines dan kami ke danau kota, ritual biasa makan nasik lemak lagi. Balik, singgah beli movie hantu, sampai rumah, mandi, dan beramai2 menjerit2 tengok cerita hantu tgh2 malam.

Pagi tadi, celik mata, masing2 merengek nak makan nasik lemak lagi. Keluar la sy dan mama cari nasik lemak. Lepas breakfast, masing2 bergolek2 kejap dan diorang semua gerak balik. Tinggal lah sy sorang2 kat rumah.

Webcam dengan kekasih, siapkan dokumen untuk esok, keluar buat gambar pasport, cuci kereta dan balik rumah. Penat. Letih. Tapi seronok.

Sebenarnya sy nervous nak masuk kerja semula. Sangat. Tak tahu macam mana nak expect. Yang paling sy takut kalau sy tak cukup bijak nak catch up semua benda. Tak cukup pantas berfikir. Ermmmmmm.....

posted from Bloggeroid