last entry for the year of 2012.
sabtu lepas balik rumah mak, selepas tak semena2 mak cakap rindu. agak pelik juga sebab sepanjang bertahun2 sy hidup kat sini, mak tak pernah macam tu. sampai katanya kalau sy tak boleh nak balik, dia nak datang sini, jumpa sekejap pun takpe. bila kat rumah mak, along pun ada sekali. beriya2 mak tanya bila sy nak berdua. sampai la ke pagi tadi dia tanya juga. memang pelik, sebab selama ni mak tak pernah bother pasal benda ni. lagipun apa dia nak kejarkan dengan sy, dia dah ada menantu perempuan, menantu lelaki dan cucu2 yang ramai dan comel.
bila dah nak bergerak tengahari tadi, sempat la sembang lagi dengan mak. setelah jenuh sy fikir, barulah faham. rupa2nya semua benda2 pelik yang dia buat tu, sebab sy tak sihat minggu lepas. demam, batuk dekat seminggu. dia risau. sebab selama ni dia tahu sy dengan sara, jadi ada la orang jaga sy. tapi sekarang, sy tak pernah mention sara depan dia, dan rasanya dia pun lupa sy ada housemate. dia risau tiada siapa jaga sakit pening, makan minum sy. comel betul la mak ni.
jadi kekasih, bila u balik sini tahun depan, kita berdua kena spend masa dengan mak ye, supaya dia lega dan tahu i bersama someone.
anyway, kekasih pergi travel dari khamis minggu lepas. jadi memang terhad la nak sembang ataupun nak berwebcam. petang tadi, baru dia balik rumah semula, dan 2 jam lebih dia sampai, sy pun sampai rumah. terus berwebcam melepas rindu. walaupun kekasih dah memang jauh kat sana, bila dia pergi travel, sy rasa dia makin jauh pula. tadi masa sy drive balik kl, bila dia text cakap dia dah sampai rumah, automatik je sy rasa macam dia dekat semula dengan sy.
seperti biasa, ada sesi show and tell. kekasih tunjuk la barang2 yang dia beli sepanjang trip dia. sy cuma mampu kerut kening. dia beli penanda buku, pembaris, poskad etc. benda2 tu unik la, boleh dapat kat sana je. tapi kekasih awal2 lagi dah cakap sebelum dia tunjuk benda tu, katanya, tapi, sayang....benda ni tak praktikal pun. sy cuma mampu senyum aje. lepas sesi dia, sesi sy pula tunjuk barang2 yang sy beli sepanjang beberapa hari tak berwebcam. dan turn kekasih pula kerut kening. kami ni memang kelakar, memang berbeza sangat bila hal2 macam ni. sy beli la perfume, blusher, body butter, tunic top etc. ye, kekasih memang tak faham kenapa perlu beli sebab dah ada pun semua tu, dan ye, seperti mana sy tak faham dia beli pembaris tu. tapi takpe, kami tetap cinta satu sama lain. owh, ada satu lagi benda kekasih beli. dia beli photo album, cantik sangat. bila dia tunjuk, terus dia cakap, "ni untuk wedding album kita." sy cuma mampu senyum bahagia.
kurang sejam lagi, tahun baru dah. tadi sempat webcam dengan kekasih sampai new year kat tempat dia. gigih dia nak tunggu new year kat sini juga. tapi jelas sangat muka dia letih. jadi sy suruh dia tidur je dulu dan wish sy new year esok pagi je.
tahun baru ni, sy harapkan semua orang dapat yang terbaik, dan hidup dengan lebih baik. semoga semua urusan dipermudahkan untuk kita semua, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dipanjangkan umur.
tahun 2012, has been great and amazing, all the ups and downs, semoga kita belajar sesuatu untuk menjadi insan yang lebih baik.
untuk kekasih hati, semoga tahun depan ni berjalan lancar dan tercapai hendaknya apa yang kita cakap tadi. dan ya, terima kasih kerana masih bersama, semoga kita masih bersama esok, tahun depan, dan bertahun2 lagi. semoga kita sentiasa 'bias' sesama kita untuk selama2nya. selamat tahun baru, sayang. love u so much!!

No comments:
Post a Comment