And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 8 December 2012

kekasih adalah comel. menterjermah buku cerita yang dia sedang baca untuk sy. tapi sayang, i nak u bacakan untuk i, sampai i tertidur.

ok, hari ni adalah sangat lemau dan tidak produktif. rasa geram dengan diri sendiri juga sebab di kala kerja berlambak2 tapi masih lagi bersweet time dengan diri sendiri hari ni. cadangnya hari ni nak ke ofis untuk buat kerja, tapi masalah2 teknikal pasal tag tak setel lagi membuatkan sy malas nak bergerak. seharian ada atas katil je. pepagi lagi dah gigih basuh kain, tapi end up pukul 5 petang baru sidai. bangun tido dan tertido semula sambil berwebcam dengan kekasih. seharian di rumah hari ni, dia jela meneman. seminggu ni, ni la dapat betul2 bercakap dan berwebcam dengan selesa  dengan dia. kekasih cakap, walaupun dalam minggu ni, memang hari2 call, tapi dia macam takut ganggu sy kerja. macam i cakap sayang, kalau i busy, i akan cakap. kalau kita bercakap kat telefon tu, maksudnya ketika itu memang i peruntukkan masa untuk u sahaja. so no worries, ok.

minggu depan, memang akan sangat busy. bila khamis lepas kami semua brainstorm to come up with planning and staffing, baru masing2 tersedar yang kami tak cukup orang untuk setelkan semuanya by end of this month. bila betul2 disenaraikan, rupa2nya kami ada 7 project on-going concurrently. dan kebanyakan core team members memang on leave. hujung2 tahun ni memang selalunya tak busy dan semua orang akan bercuti. tapi entah mana silapnya planning tahun ni boleh screwed macam ni. terus call staff coordinator dari ofis dan mintak lagi associates or sape2 je available untuk masuk team. sedihnya cuma ada interns dan tu pun dapat 2 orang aje yang akan masuk 17 Dec ni. hampeh betul.

jumaat lepas, sy lepaskan la team semua balik awal dan remind them to be prepared for next week. masing2 pagi2 lagi dah jumpa sy dan cakap ade dinner date la, ade party la, ada family matters la. sy iya kan sahaja. dan sentap juga bila diorang tanya sy plan sy malam tu. kerja la ngek. tercongok la sy kat ofis jumaat malam tu, nasib baik 2 orang lagi team members ada, boleh teman. dan malam tu pukul 10pm baru kami gerak dari ofis. memang lalok betul dah sebab khamis tu dekat pukul 12 mlm baru gerak dari ofis, dan sampai rumah sambung kerja sampai pukul 2 lebih.

januari ni, seperti biasa team akan hantar 2 orang pergi ke india untuk audit. team akan pergi ke sana every quarter. dan april nanti lagi sekali pergi. januari ni sy terlepas la dari pergi ke sana. nasib baik juga sebab januari musim sejuk. katanya memang sangat sejuk, tapi tak lah sampai bersalji. tapi sy macam dapat rasa april nanti sy pula kena pergi. tengoklah nanti.

owh sayang, tadi i pergi pasar malam. i berjaya beli nasi ambang, murtabak tempat biasa tu, rangka ayam, keropok lekor, dan buah. tapi buah pear yang i nak tu takde, so i beli buah limau dan durian. hahaha...i tak beli pun barang basah. i cuci mata je. memang bernafsu betul rasa nak masak macam2, tapi i rasa esok i nak pergi buat kerja, cuma tak tau lagi nak buat kat mana, sama ada kat ofis atau tempat client atau kat coffee shop. tadi kat pasar, ade ketam sangat fresh, i dah terbayang goreng bercili atau pun lemak cili padi. pastu ade juga ikan duri, terbayang dah masak asam pedas, tengok ayam segar2, i terbayang goreng kunyit letak kacang panjang, nampak sotong cantik2 terbayang sambal tumis sotong, daging2 pun sangat menggoda, i terbayang masak kicap ke. pastu kan yang, ade kat kedai jual ikan yang hujung sekali tu, ade ikan yu. seriously diorang jual menatang tu. tapi ade sekor ajela. ngeri betul nelayan sekarang ni.

sayur2 pun best2. tapi takde pun asparagus.  aishhh...sedapnya sayur goreng. macam sayur goreng kat sakura kristal yang kita makan tu yang. ermmm...macam nak drooling dah ni.

oleh kerana hari ni i dah berehat secara terlampau dan rasa bersalah tak buat kerja ofis, maka malam ni i akan stay back buat kerja sampai lebam. dah bangun tido kang sayang tweet je kat i, kot la i tak tido lagi. again, terima kasih sayang untuk cerita putera kecil tu. sangat sweet. tapi nanti i nak u ceritakan juga sambil i baring kat bahu u. kiss kat dahi i tu, i nak claim juga nanti. sayang tido lena ya. miss u soooooo much!!!

No comments: