And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 17 December 2012

baru lepas dinner. of course, masih di ofis. dengan hutang dengan bos untuk siapkan draft audit opinion. seharian buat research pasal nak draft opinion dengan emphasis of matters. aiiiii...tadi petang bila dah stress2, bebudak ni duk la melepak tempat sy sambil borak2 kosong. dan sorang ni Chen Mun, cakap la pasal bunga atas meja sy. sy kata ni bunga ketiga or keempat kekasih bagi sepanjang kami kenal beberapa bulan ni. tiba2 chen mun tak puas hati. katanya dia dah bersama BF nya for 5 years dan cuma dapat sekali sahaja. dia ni memang kelakar dan sangat straight forward. katanya, masa awal2 kenal bf nya, dia cuba la menunjukkan ciri2 yang menawan hati, dan dia kata yang dia prefer bunga itu berada dalam soil, bertanam, kerana bunga yang dipetik akan mati. maka tak lama tu, bf bagi dia bunga dalam pasu. maka geramlah chen mun kerana kelurusan bfnya. tapi kami yang lain cakap la yang itu lah sepatutnya bf dia faham.

bila dia nampak cincin di jari sy, lagi la dia macam bising. sy cakap, minta la bf dia belikan. katanya pasti akan ambil masa dan lambat untuk keputusan itu, dia kata better dia turun bawah sekarang dan beli sebentuk cincin untuk dirinya sendiri. sy cuma mampu gelak jela.

owh..sy ade sorang associate yang sy ambil dan tag bawah sy. lets name her as KMF. kmf ni boleh tahan juga, mixed. tapi sy ambil dia bukan sebab rupa, ya. over the years in this line, i learnt that rupa tidak membawa apa2 makna kerana sy akan end up re-do balik keje2 diorang jika hampeh. so far kmf's work boleh tahan, dan dia menunjukkan ciri2 yang senang untuk bekerjasama dengan sy. actually sy ade sorang lagi associate, lelaki, vincent namanya. selepas seminggu lebih, sy simpulkan sy tak suka dia, dan sy release dia pada orang lain. hari ni ade sorang lagi baru masuk, perempuan, boleh tahan juga. so far mendengar kata dan buat apa yang disuruh. dan tetiba petang tadi, Ivan bising nak orang tolong dia dan cakap sy boleh bagi Vincent. then ivan kata sy sexist sebab sy ambil semua perempuan dan bagi dia lelaki pula. cissss...tak guna.

okay, cerita pasal si kmf ni. dia suka juga berkepit dengan sy. selalu cari masa untuk berborak dengan sy. bila sy smoke kat bawah bila2 kami semua balik lunch/dinner dia mesti nak teman kan sy sambil borak2. oh well, maybe sebab dia tahu dia akan kerja bawah sy sampai hujung januari depan. actually, it's the best move to build relationship with someone yang akan review performance dia. so sy anggap dia macam tu ajela.

sayang, i rindu u. tak sabar nak webcam dengan u nanti. nak tengok rambut u puas2. tengok leher u dalam video tadi tu buat i rasa nak jadi vampire sekarang juga. tidur lena ya, kekasih. love u!!!

No comments: