And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 8 September 2015

Ahhh…lagi sebulan nak exam. Kali ni paper paling susah sekali (personally la). Ada 7 modul, baru nak habis study modul keempat. Ada lagi 3 modul. Modul 4 ni kisah pasal tax. Entah kenapa dari dulu memang sangat tak suka tax. Tak faham2 secara menyeluruh walaupun entah dah berapa banyak kali prepare dan audit tax. Tapi secara teori dan foundationnya memang ke laut la.

Dah masuk minggu ketiga hadap modul tax ni, still tak habis2 dan tak berapa faham pun. Entah sapa la yang cipta benda deferred2 tax ni la, cgt la…aduuuiii….stress mak lah!

Semalam discuss dengan boss pasal KPI dan development plan untuk the next one year. Boss sekali lagi ingatkan (lebih kepada arahan la) untuk habiskan semua paper next year. Kalau pass paper yang ni, ada tiga lagi paper kena hadap tahun depan. Susah betul la study ni. Entah camne la kekasih buat benda ni bertahun2.

Dah makin ramai bising sy tak habis2 study lagi. Student tertinggal ketapi dah ni. Tapi ni stress study ni cemana?  Firm bagi 2 kali attempt aje setiap paper, kali kedua re-sit (kalau fail), kena bayar sendiri. Tu memang boleh garu kepala la nak cari duit bayar yuran. Haha…setiap kali pun bila nak ambil exam, sy akan cakap dengan kekasih, u sayang je I tau kalau I failed paper ni.
Well, my boss ada point la bila dia push untuk habiskan semua paper secepat mungkin. Sebab katanya, bila makin meningkat umur, memang akan makin malas nak study. Macam sekarang. I am 3 years behind time. 3 years tahu! Eeuuurrggghhhh!!

Stress lah! Takde ke study group? Free tuisyen ke untuk ajar pasal tax ni? Yang boleh explain guna bahasa senang paham? Contohnya, soalan 4.7 tu, kenapa kena recognized DTA dan DTL on the same amount. Sy paham la kena recognize DTL tu, tapi kenapa DTA sekali?
Buduh la tax ni. Isk!

Dah la orang stress dgn tax ni, ada budak duduk depan ni sembang kat phone kuat2 pula. Sampai tembus kat through earphone. Lempang kang!

Monday, 7 September 2015

Beberapa bulan lepas, masa kat tempat kekasih, sempat juga la pergi sekolah dia dan tolong dia timbang benda eksperimen dia. Tapi penimbang yang dia guna tu selalu sangat keluar error dan kena buat 2,3 kali untuk dapat berat yang betul. Saya pun komplen la, “yang, satu uni u yang besar ni, timbang ni je yang u ada? Tak efisien langsung.” Kekasih macam biasa gelak jela, dan bagitau tu la penimbang yang paling accurate dan tahan lasak.

Cakap pasal efisien ni, sy memang kurang sikit nak tolerate dengan benda yang could be better tapi tak boleh sebab bebenda ntah pape. Sy kurang sabar, banyak la kurangnya. Nasib baik kekasih sabar banyak. Nak buat macam mana, sy dilatih untuk macam tu.

Dulu masa kat audit, semua benda kena efisien, kena well planned. Sebab “time is money” gitu. Yela, kami charge client based on hour dan ada bajet yang sangat ciput berbanding workload. Jadi semua benda kena efisien untuk pastikan bajet tak overrun. Contohnya, kenapa tidak lunch sambil baca accounting standard ataupun review kerja team? Ataupun cut down minum air supaya tak perlu spend masa pergi toilet banyak kali. Dalam 90% kerja2 audit semua didokumen dalam excel worksheet, jadi untuk lebih efisien, kena mahir guna short cut. Pernah sorang associate kena marah dengan big boss sebab taip (=,shift, +) untuk totalkan satu column of numbers instead of guna (Alt,+). Tak efisien katanya. Kat sini juga kalau masih guna mouse untuk right click, copy, right click lagi untuk paste, mesti kena judge dengan siapa2 yang nampak. Mesti kena guna (Ctrl,c,Ctrl,v) ataupaun (Ctrl,c,ctrl,e,s) untuk paste special. Itu yang paling basic la kena tahu.

Minggu lepas, sy dan Chen Mun pergi dinner. Masa nak keluar parking tu, orang yang jaga parking spent a bit too long untuk detached stapler kat parking tiket tu untuk dia susun tiket tu kat box depan dia barulah dia tekan button untuk buka palang parking. Dua proses tu tak berkaitan pun antara satu sama lain. Chen Mun dah naik angin dan bebel2 lepas keluar dari parking tu. Katanya, so slow, jangan jaga parking kalau tak boleh buat benda tu dengan cepat.

Haha..auditor could be an asshole kadang2. Sebab tu kami tak ramai kawan selain colleague masing2.

Takde apa motif pun post kali ni. Rindu kekasih, dan teringat masa pergi glasshouse dia kat sana.

Baby, I miss u tau. Ni I dah update. Hehehe…love u!