And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 18 November 2012

owh...dah pukul 12 lebih dah.. tak sedar. ni i update untuk sayang, yang sibuk suruh i update. ye, love... i pun rindu sayang...

tadi lepak dengan ren. dia pun baru juga balik ke setiawangsa. dia dah siap2 nak keluar, tiba2 nampak i baru nak masak, dia pun stay tunggu sebab nak makan sama. katanya dah lama tak makan i masak. maybe sebab sebelum i start masak tu, sembang dengan u, asyik cakap pasal u suka makan pedas, tak pasal2 sayur kacang i sangat pedas. i dah nak siap masak tu, baru perasan cili kering i dalam kabinet bawah dapur tu. cisss...benci betul ada yang mengalih2kan barang2 dapur ni. before this i letak kat rak barang2 dapur dalam kitchen room tu. tapi takpela, sedap juga walaupun kepedasan. esok i akan tunaikan tanggungjawab i untuk jeleskan u dengan whatsapp u gambar2 makanan tadi. tapi sayang, i akan masakkan semua ni untuk u nanti.

makan sambil sembang2 dengan ren, banyak juga dia makan. dan i pun tak pasal2 makan nasi juga malam tadi. ai ai ai ai..there goes potongan badan yang ideal. memang ke laut la sayang. then kami lepak kat sofa pula berborak lagi. yela, nama je duduk serumah tapi i dah tak ingat bila last i jumpa ren.

tengah borak2 tu, tiba2 dengar suara menjerit2 dan barang2 dicampak2. ok, ada drama kat bilik atas. lama juga la. i dan ren jadi excited, terus pergi masuk bilik kita sebab nak pasang telinga...hahaha...tapi i tak dengar sangat pun apa yang diorang gaduhkan. i gelak2 aje la dengan ren. sambil lepak2 dalam bilik, i setel dah isi dan sign semua borang2 insurans. lega sikit i rasa. esok i akan call PPUKM untuk amik report i yang dulu i tak amik sebab missed appointment dengan doctor. alaa...parking PPUKM tu ha sikit sangat, terpusing2 cari parking sampai terlepas waktu appointment.

ren ada cerita, kawan dia, V, (i kenal budak ni, kawan2 juga. nanti i citer dengan u pasal V) tanya pasal i. dan ren pun cakap la i dengan u. selepas brief description dari ren tentang u kepada V, V cakap, ada tak another u untuk pass kat dia. i gelak aje. wahhh...sherin pun nak u, V pun nak u. ai ai ai ai..femes betul u ni sayang. so sayang, kalau u ada klon, or ada stock yang macam u, sila la bagitau i ye..boleh i kenakan service charge kat diorang ni. hahaha...

ok sayang. ngantuk dah ni. jumpa esok. jangan lupa sarapan, dan kalau sayang bangun awal dan tak letih, exercise la. kalau tak hujan, pergi jalan2 ke, or just melompat2 dalam bilik je, aktiviti kegemaran u kan. i dah bangun nanti i text u ya sayang. love u soooooooo much. to the moon and back. rindu juga. selamat malam kekasih pujaan hati beta.. :)

No comments: