And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 August 2015

Semalam, celik je mata tiba2 terbayang waffle dengan topping satu scoop ice cream dan juga drizzled with chocolate syrup. Sampai office, macam biasa terus cakap dengan kekasih yang sy teringin benda tu, kekasih iyakan sahaja. Seharian mencari dekat area office, tapi paling dekat pun kat bangsar, dip n dip tu. Tapi tengok menu dia online, takde pun exactly yang saya bayangkan, seperti gambar ni.


Dah ke petang, rasa craving tu lagi la melampau2. Merengek sepanjang hari dengan kekasih. Punya la nak benda tu, nak nak sekarang tu juga. Sampai terus rasa sayu yang amat dalam hati. Pukul 4 lebih tu, kekasih baru sampai rumah dari sekolah. Rupa2nya dia terus mencari waffle yang sy nak. Sampai dia dapat dip n dip tu untuk deliver terus ke rumah saya sebab saya dah nak balik office. Tapi katanya, delivery charge RM22, dan waffle tu bukannya exactly yang sy nak pun. Tak kuasa nak bayar RM22 tu. Sy reject cadangan kekasih.

Akhirnya sy pasrah tak dapat waffle tu semalam. Kasihan kekasih, dia balik sekolah dah la dah malam, dia selalunya lapar dan terus dinner, tapi terpaksa dia mencari dan cadangkan mana2 tempat yang jual waffle. Tapi sy nak yang exactly macam gambar tu juga.

Hari ni bangun tidur, langsung dah tak teringat pasal waffle tu. Tapi masa tunggu lif office, scroll2 instagram dan nampak ni pula.


Ni Har Gow (prawn dumpling). Sy masih ingat betapa sedapnya benda ni masa makan kat Hong Kong masa kenduri Carmen tahun lepas.Maka, teruslah macam nak itu pula hari ni. Tapi craving tu tak la teruk macam nak waffle semalam. Petang tadi masa sembang dengan kekasih dia kata, “I nampak u liked gambar tu. U nak tu pula ye hari ni?” Sy cuma gelakkan kekasih je. Dia memang stalker nombor satu saya! Tahu sahaja apa yang sy like kat instagram.

Takpe sayang, craving ni tak teruk macam waffle tu. Ni I dah okay dah. ehehhehe...love u tau yang... ni untuk baby pula





No comments: