tengahari tadi buat appointment dengan customer sebab nak run through sama2 terms and condition letter of offer diorang. selalunya sy fast forward aje dan cuma highlight dan explain dengan terperinci specific terms. general2 tu biasa2 saja, so sy skip selalunya. tapi customer ni nak juga baca every line and ever word. so lambat la sikit nak habiskan letter of offer tu yang ade 36 pages.
then masuk la satu annexure ni talking about murabahah transaction which involves commodity trading, which in term of crude palm oil. customer dah pening2 sebab sebelum ni facility dia dengan bank lain conventional, and this is their first islamic banking. dan dia tanya, ape kene mengena minyak kelapa sawit dengan loan dia? dia buat solar. sy pandang bos sy, bos sy pandang sy. dan kami senyum sambil explain further.
sy teringat, dulu masa sy ambil housing loan, islamic juga. dan masa akad (through phone saja), banker tu pun ada la cakap, dengan ini sy mewakilkan pihak bank untuk beli CPO dengan sekian2 harga, dan juga melantik pihak bank untuk menjual semula sekian sekian sekian...sy terus cakap, eh, sy beli rumah, bukan beli minyak kelapa sawit. sy boleh dengar banker tu macam gelak kecil dan dia terangkan pada sy konsepnya.
sama la situasi customer sy ni. sy senyum bila dia tanya sebab sy teringat kisah sy dulu. hahaha...lay man term nya, dalam islam tak boleh memberi hutang dan mengambil interest. jadi banking come up with this instrument, murabahah, using commodity as a tool. takde pun physical involvement. cuma customer akan melantik bank kiranya untuk membeli commodity itu (ini hutang/loan) dan kemudian menjual balik untuk mendapat untung (untung ini adalah interest). maka method ini mengeliminate elemen riba'.
ini lay man sahaja dan setakat pemahaman sy yang sangat cetek ini. tapi penerangan ini cukup la untuk buat customer sy faham. ok, sy perlu menyambung buat kerja2 administrative.

No comments:
Post a Comment