Dengan hela nafas yang sangat berat....
Kekasih tak nak sy hantar dia ke airport. Katanya rasa bersalah buat sy go through phase 'goodbye' banyak kali. I said ok. Petang tadi pukul 6 lebih sy dah keluar ofis. Terus drive ke klia. Jalan KL sangat jem, tambah pula hujan lebat. Tapi sy berjaya tiba di klia pukul 8pm. Park dan terus ke departure hall. Kekasih perlu masuk boarding gate paling lewat pukul 8.45pm. Takut2 juga sy sebab tak nak terserempak dengan dia. Sebab sy dah janji. Tapi sy nk tengok dia. Dari jauh pun sy ok. Sy duduk jauh berhadapan dengan boarding gate.
Sy text kekasih. Dia kata dia akan masuk boarding gate jam 8.40pm. Dia tanya sy kat mana. Dan dia saja tanya whether sy kat airport. Sy cuma gelak saje.
Lama sy tunngu. Hampir masanya sy bergerak dekat sikit. Tiba2 baru perasan yang ada 2 lagi boarding gate. Sy menggelabah. Sy decide untuk tunggu kat tengah2. Dan ketika itu sy cakap, jika benar chemistry kami kuat, sy akan nampak juga dia. Sy tunggu lagi. Dalam 10 minit tu sy nampak kelibat yang sy sangat kenal. Dia dah kat bawah, sy kat tingkat atas, macam ada jejantas. Dia menuju ke arah sy. Mata sy mula bergenang. Sy nak jerit nama dia. Tapi tersekat semua suara. Kemudian dia terus masuk ke imigresen. Sejurus dia hilang dari pandangan, air mata sy jatuh. Kaki rasa sangat goyah. Nafas mula pendek2. Sy perlu udara. Sy rasa sy berjalan seperti mengheret kaki. Hati sy menangis lagi. Punyalah ramai orang dalam airport tu, tapi sy rasa kosong sangat.
Tak lama tu kekasih call. Katanya tengah tunggu gate buka. Sy kumpul seluruh tenaga untuk kedengaran biasa dan cuba sedaya mungkin untuk gelak macam biasa. Kekasih tanya sy di mana. Sy cuba mengelak dari menjawab. Akhirnya sy mengalah, dan benarkan dia buka nota yang sy kirim untuk dia untuk dia baca dalam flight. Dalam nota tu sy tulis yang sy akan berada di airport malam ni.
Berbual sehingga gate buka. Dia kedengaran biasa. Dan sy yakin sy juga kedengaran biasa pada dia. Tapi sy juga yakin gelora dalam hati sy dan dia juga sama. Tak lama tu, gate buka. Dalam 10 minit kemudian dia call semula. Katanya dah dalam flight. And we said our final goodbye.
Petang tadi....
Berbual dengan kekasih. Katanya dia mahu bersama sy dalam flight 10 jam tu nanti. Dia mahu sy bersandar dan lena di bahunya. Tahun depan ya sayang. I akan datang tempat u dan kita balik malaysia sama2. I akan bersandar dan lena di bahu u. Dan i tau u akan usap rambut i dan cium dahi i.
I kirimkan separuh hati i untuk u. Jaga elok2. I okay u nak cuci mata dengan gurls lain, tapi since u just boleh cuci mata, webcam dengan i jela. I akan cuci mata u bersih2..hahaha...
Sayang...
Terima kasih untuk semuanya. Sepanjang kita bersama. Tiada cacat dan celanya. I nak bersama u selama mungkin. I akan stay dengan u. I akan tunggu u. Tapi i bagi masa 3 tahun je. Lebih dari tu benda ni akan expired and kene buat memo untuk extension period. So sayang, fokus dan study sungguh2. I akan sokong u sedaya i. Bagi i, 3 tahun tak lah lama. Cuma 3 kali final audit, 3 kali planning and interim audit, 12 kali quarter review, dan beberapa kali i akan ke india/indonesia. I tau u tak faham pun terms ni semua. Takpe..Dan insyaAllah at least 3 kali i ke tempat u.
Semoga u selamat sampai. I dah mula rindu u sangat. And i still sleep on my side of the bed. Cuma kadang2 bila sangat rindu i baring atas bantal u. I tak nak kerap sangat. Tak nak hilang bau u.
I tidur dula ya sayang. Selamat malam sayang. Selamat malam cinta hati.

posted from Bloggeroid

No comments:
Post a Comment