And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 28 October 2012

ok, semalam sayang tanya kenapa dah lama tak update, then sy suruh sayang update dia punya dulu. oleh kerana dia dah buat, so ni la update sy.

weekend yang busy dengann family matters. dah nama raya, kan. so pulang ke Johor beraya. memang kenyang perut, suka hati. tapi raya kali ni, tak pakai selai baju kurung pun. pergi beraya dengan jeans dan tshirt sahaja, iaitu salah besar. keluar rumah rasa jeans longgar, balik dari beraya macam tak takde ruang dah untuk perut. ai ai ai..patut pakai kain batik aje. senang. adjustable.

pagi tadi bertolak dari Johor. nasib baik awal, tak sempat nak  merempuh jem. tapi trafik memang heavy, dan sampai senawang terus jem melekat. sy terus keluar senawang dan lalu LEKAS. nasib baik...

sampai rumah dalam pukul 2 petang. terus on lap top dan ber webcam dengan kekasih. rasa lama betul tak nampak muka dia. sepanjang di Johor, cuma berbual di telefon sahaja. macam2 rasa nak cerita dengan dia. setiap kali pun, cuma mampu sentuh dan usap skrin seolah2 pegang wajah dia. huurrrmmm....bertabahlah...

then pukul 3 lebih sy keluar. nak pergi sesi mengada2. pergi salun dan buat rambut. pendekkan rambut, repair kaler rambut dan buat treatment. murah je. waktu tengah buat rambut, sorang besties ada kat mines. mula la kisah thefaceshop. kedai jual bebenda muka. sekarang ni diorang2 semua tengah gila shopping kat sini. sy kebetulan memang nak cari few things, then sy kata lepas buat rambut sy akan ke sana. then another besties pun kata nak join sekali. lebih kurang pukul 7 lebih, kami bertiga dah berada di mines, bersama seorang bf besties ni. maka 4 orang semua ke kedai tu. memang rambang mata. salesperson tu pula, asyik promo benda yang mahal2 aje kat sy, padahal ada yang murah.dah la sy ni bukan bermekap sangat. cuma perlu la tepek bebenda tu untuk ke ofis.

so sy beli blusher, lipstick dan face mask. face mask ni salesperson tu ha goda sy beli. so sambil menulis ni, muka bertepek dengan mask. kene pakai 20 minit katanya. agak mahal juga la. tapi kami bertiga combined semua purchase dan dapat free gift banyak. hehehe...dapat 2 set facial travel kit dan satu beg. so bahagi lah sama2 semuanya. then sy ke bodyshop kat sebelah tu untuk beli something, tu pun sebab sy ade baucer yang expired hari ni. dapat la lips scrub.

kemudian dinner kat sakae sushi. order makanan yang sama masa sy makan dengan kekasih. terbayang2 kekasih yang duduk di depan sy. kerana menu makanan yang sama juga, membuatkan bayangan kekasih makin jelas. masa di salun pun, sy duduk di tempat yang sama kekasih duduk masa sy temankan dia potong rambut. terbayang senyum dia, dan juga ketika dia curi2 ambil gambar sy ketika sy baca majalah. buat sy senyum sorang2 aje.

ermmm.....ok, dah cukup 20 minit pakai mask ni. perlu tanggalkan dah. it was a good long weekend. cuma akan lebih sempurna jika ada kekasih disisi. takpe, dia sentiasa ada dalam hati sy. :)

so ini sahaja sy mengupdate kali ni. sayang, i dah tunaikan janji i. so, bila u nak tunaikan janji u nak bawa i tengok konsert coldplay back in 2006 yang kat toronto tu? ni kalau u sayang i la....i mean, kalau u betul2 sayang la...

:P *walau apa pun, i will still love you to the moon and back*

1 comment:

Yours said...

hahaha, budak nakal ni. tak sbar nk tggu syg tunjuk rmbut baru. Btw, bahagia betul cerita syg shopping. I pun terasa2 happy u tu.

I miss u too darl. Nanti lah I pk kan mcm mana. Even mcm mustahil request syg tu. haha.