sara suka cakap sy takde hati perasaan. dia suka cakap sy keras hati, keras kepala, takde hati perut. benda tu memang akan keluar dari mulut dia macam makan nasik aje. sentap juga la bila selalu dia cakap mcm tu. memang sentap hati ni. what do u know about hati saya? what do u know about being strong for other people? what do u know sucking up everything sendiri utk orang lain? what do u know about me?
dia juga suka kata sy kuat, jadi apa2 hal pun dia boleh belakangkan hati dan perasaan sy dan jaga hati orang lain instead. sebab katanya, sy kuat, jadi walaupun sy sedih, sakit hati, terasa hati, crashed ke hape, sy boleh heal dgn sendiri. sy boleh pulih dgn cepat. jadi tak perlu dia hirau sgt pasal hati sy. die prefer utk hiraukan hati dan perasaan tasha yang terlalu rapuh dan akan naik gila kalau terlalu sedih. atau hati dia sendiri. ok, fine...
dia kata takpe dia buat semua benda kat sy.. takpe dia sakitkan hati saya..sebab katanye, walau apapun, sy dah mcm darah daging dia, dan dia takkan buang dan sentiasa kembali pada saya. oleh itu, dia bebas utk buat apa sahaja. nak kata apa saja, nak datang pada sy bila dia mahu, pergi bila mahu, cakap baik2 bila mahu, marah sy bila mahu..semua ikut cuaca dia la..
kelmarin, masa kemas rumah, ren balik. dan kami borak2, dan ren tanya pasal penglipurlara. dan sy cakap la penglipurlara akan pergi tak lama lagi. dan ren tanya, sy tak sedih ke? dan sy cakap sy ok. bila sara dengar, terus dia cakap. alaaa...is tu memang mcm tu, mana ada hati perasaan, mana pernah nak rasa sedih, hati kayu.
ok fine. what do u know about what i feel inside....
masa mengemas rumah juga, sy jumpa kad2 dan surat2 yang sy bagi sara dah dikoyak2kan. sentap hati sy. even kad2 dari ren dan pya juga dikoyakkan. sentap hati sy. bila sy tanya sara kenapa, sy cuba telan rasa sedih, tapi sy tau ada getar kat suara sy. sara terus menangis dan terus cakap yang bukan2. setiap kali pun macam ni. bila sy yang sepatutnya sedih, bila sy sepatutnya yang menangis, dia pula yang ambil peranan tu. utk elak sy blame dia. utk elak dia daripada rasa bersalah. maka sy senyum, cakap takpelah. benda dah jadi. dan pujuk dia semula. hey, katalah sy hati kayu lagi...
sy dah muak dgn orang yang cakap sy takde hati perasaan. noy pun selalu cakap mcm tu. hey, kalau sy ni macam korang berdua, dah lama sy mati.

No comments:
Post a Comment