And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 5 March 2013

she's busy and tired, and i'm adapting to it.

I tengah adjust semula mind set dan expectation i. I tau u busy, tak cukup masa dan penat setiap hari bila balik rumah. I cuma tak biasa dengan keadaan tu sebab selama ni u selalu ada bila2 masa je i perlukan. selalu bersiap sedia melayan karenah i yang macam2. i know i don't have that privilege anymore at this point of time. it's okay, i will adjust and adapt. I tahu u rindu i, dan bila u call, u just nak dengar suara i walaupun u tak banyak cakap dan suara u kedengaran sangat letih. I'm sorry i was selfish. I'm sorry lullaby hari ini tidak seikhlas selalu, I'm sorry i was not bubbly as i used to, I'm sorry for being angry with u.

Tido lena ya pujaan hati. I promise i will be better.


Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku

Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku


Monday, 4 March 2013

Pheewwww..tamat juga hari yang sangat mencabar hari ini. Semua gara2 mood swing yang agak terlampau. Pagi tadi pergi kerja jalan sangatlah jam tanpa sebab. Berpusing2 cari jalan yang tak jam tapi hampeh je.

Bila sampai ofis, tengok orang lalu lalang rasa nak lempang aje sorang2 tanpa sebab. Chen mun pula tengah sangat busy siapkan akaun dia yang due esok. So banyak la bebenda dia nak tanya dan rujuk sy. Tapi, memang mood rasa nak jawab dengan soalan balik dan bila dia tanya makin banyak, dalam hati macam nak cakap, why so stupid oneeeee....tapi berjaya menahan diri.

Dah nak sampai tengahari tu mood terkawal sikit, chen mun pun joke la, i asked u question only, why u seem like killing me... sy gelak aje la. Chen mun dengan pantas acknowledged mood swing sy, dan setiap kali team member lain buat lawak bodo, dia cepat2 warning. Hahaha..thanks chen mun.

Kebetulan hari ni kekasih sibuk. Takde siapa la memujuk dan melayan grumpy sy. Dia sempat call sekejap je, tu pun masa lunch hour sy dan sy tengah bengang makanan sy lambat siap. Sikit lagi nak maki cashier tu. Lepas kekasih balik rumah, rasanya dia terus tertido, letih sangat katanya. Memula rasa nak bengang dengan kekasih juga, tapi bila dia senyap lama betul tak balas2 text sy, tetiba jadi risau pula. Terus call dia, rupa2nya dia tido dah. Lega rasa, tak jadi pun bengang dengan dia. Kasihan sayang sy letih.

Dah lewat petang barulah mood beransur pulih. Barulah boleh guide dan coach chen mun dengan akaun dia. Hari ni balik awal sikit. Pukul 10pm dah ada kat rumah. Letih juga seharian menahan marah yang ntah apa2 ni. Semoga esok mood sangat fantastik!

posted from Bloggeroid

Sunday, 3 March 2013

when the time comes, take my hand, sing me this song.


She woke from a dream
Her head was on fire
Why was he so nervous?

He took her to the park
She crossed her arms
And lowered her eyelids

Some day somebody's gonna ask you
A question that you should say yes to
Once in your life
Maybe tonight I've got a question for you

She'd had no idea
Started to cry
She said in a good way

He took her by the hand
Walked her back home
They took the long way

Some day somebody's gonna ask you
A question that you should say yes to
Once in your life
Maybe tonight I've got a question for you
I've got a question for you

love you sayang.

happy birthday, kekasih!

so, hari ni birthday kekasih. her very first birthday since we're together. tak dapat celebrate bersama, dan maybe the next 3 years pun tak dapat bersama. takpelah, once kita jumpa nanti, kita celebrate for every single thing. kira accumulated, accrued celebration for birthdays, anniversary, valentine and for all no-other-reason.

malam tadi tido tak lena sangat, maybe letih. so pepagi lagi dah tersedar dan tak sabar2 nak cari kekasih. as agreed she bought a slice of cake, so did i. sebab kami sama2 bukan fancy cake eater, satu slice pun ok lah. sambil berwebcam, sama2 makan kek sambil dia buka kad dan birthday present dia. at first i was bit worried la kot dia tak prefer hadiah tu. tapi dia suka aje. hehehe...i suka u suka pilihan i.

lepas makan kek, borak kejap then kekasih mengantuk pula, so dia nap sejam lebih, bangun dan buat kerja. sekarang ni kiranya turn kekasih pula busy. as my accounts have been signed, kira sekarang boleh slow down sikit kerja. so sayang, sila berusaha!!! takpe, tak sempat borak lama2 dengan i. i tau u sayang i, banyak!

anyway, HAPPY BIRTHDAY, SAYANG!!! semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. dan semoga semuanya baik2 sahaja. love u!

*80 days and counting....weeeeeeee..... :)

Thursday, 28 February 2013

ok lah..mari update blog...kekasih dah lama sangat tertunggu2 sy update. banyak kali dah dia hint suruh sy update, tapi dia tak push pun sebab dia tahu sy tengah sangat sibuk.

well, alhamdulillah....final audit 2012 akhirnya habis juga. akaun signed on 26 Feb 2013. tarikh keramat nih, i mean untuk tahun ni la. alhamdulillah, berjaya juga lalui the worst peak in my whole career, so far lah. sebab selalunya final audit adalah dalam masa 4 bulan, ni kena squeeze jadi 2 bulan dengan amount of work yang sama. i survived!

special thanks untuk these people:
My boss, choon ling, untuk tunjuk ajar dan paling penting tidak snap atau naik gila setiap kali sy screwed up.
My wing man, yee jun, thanks man!!your extra hand to me, really appreciate it.
My console buddy, chen mun, untuk sentiasa mendengar keluh kesah serta sumpah seranah sy.
My wikipedia and walking dictionary, guan lee, u are memang awesome beyond words!
My referral people, yee san and kok shin, untuk sama2 rasa the pain and the hard time. yee san, u don't know how much i am so proud of you. masih ingat masa dia baru join, sangat pure dan naif. saban hari kena marah dengan sy. hey, look the person u became now.
My point of laughter, hui qi and kwee huey, thanks! hui qi, i really would like to keep u in the team. kwee, u really can look forward on your promotion this upcoming review.
My last minute savior, ivan, thanks man...for helping me on the last few minutes before the signing.

untuk team members lain yang mengelat, curi tulang, banyak excuse, asyik nak balik awal je, you all can just eat shit and die.

untuk kekasih hati, terima kasih sebab sentiasa menadah telinga mendengar bergunung2 komplen sy walaupun dia tak faham pun. terima kasih sebab sentiasa sabar memujuk setiap kali sy cranky, tak cukup tido, tak sihat atau apa2 jelah.

so that's the end of final audit. hari ni saja malas nak pergi ofis, bagi diri bertenang semula. kekasih tanya bila sy akan mula busy semula, frankly speaking, esok sayang. i still ada annual report, bursa announcement, another MCMC reporting, subsidiaries dan juga another group reporting untuk march ni. dan bulan 4 dah start quarter pula. tapi i really look forward for this weekend, sebab weekend ni would be the first weekend in 2013, kami satu team akan officially off from work dan tidak akan bekerja. sabtu ni kita date bila i bangun tido ya, dan petang tu i kena pergi rumah partner sebab ada makan2 chinese new year yang tertunda. kalau sayang ada, memang u kena angkut sekali pergi sana. team member i dari aritu tanya pasal u, bila i cakap maybe u akan balik hujung tahun ni, pantas diorang book suruh i bawa u waktu makan2 krimas team nanti. diorang pula yang tak sabar nak tengok the real person behind those lilies... and also the person behind my smile. dan ahad ni, hehehhe...can't wait!!!

oh sayang, tadi Ivan baru call i update pasal kerja. hurrmmm...baru sehari i tak masuk ofis, macam2 dah jadi. esok Aruna punya last day dalam team, dia akan pergi team lain. boss i release dia awal. dan tadi ivan cakap, aruna ada banyak lagi outstanding items dan dia patutnya kena handle ada 2 engagement ni. since dia dah takde nanti, ivan cakap most likely ivan dan i la yang kena take up semua tu. dan ivan cakap lagi, dia akan start cuti awal, i mean bulan 4 nanti. so memang cerah la masa depan i untuk kena assign semua tu. aiiiii....like that lorrr....

ok sayang...i'm off to bed. terima kasih teman i tadi. i rasa macam dapat bonus bila dapat web cam dengan u before weekend. hehe...love u sayang!

Friday, 22 February 2013

I rindu sayang....

Tak lama je lagi. Kadang2 bila sibuk dengan kerja, tak terasa pun masa berlalu. Tapi bila2 dapat release kerja awal, macam malam ni, boleh bertenang sekejap tanpa fikir hal kerja, teringin sangat nak sayang ada. Sebelah i, atas katil sekarang ni. Berbual, ketawa, cuddle atau tak buat apa2 pun, cuma pandang each other.

Dan bila free sikit macam ni, nak ajak sayang makan cucuk2 tu yang kat econsave tu. Sedapnya....lepak, tak buat apa2 dan cuma menikmati masa bersama. Atau maybe cuma drive tanpa hala tuju sambil pegang tangan sayang.

Atau mungkin juga kita just tengok tv sambil sayang baring atas riba i dan i usap rambut sayang. Mungkin juga tengah plan nak masak apa esok untuk breakfast dan lunch kita. Maybe breakfast sayang keluar belikan nasi lemak kat depan klinik al-zahra tu dan i masakkan nasi ayam untuk lunch.

Mungkin juga esok kita pergi makan kat sweetree, makan dubboki. Dan terus drive ke bagan lalang lepas makan untuk tengok sunset. Atau mungkin juga kita tiba2 plan untuk weekend getaway, ke PD mungkin. Dan pantas i akan call kawan2 chinese i kot2 diorang ade lebih stok mercun raya cina lepas. Dan kita main bunga api tepi pantai. Tak pun, mungkin kita ke melaka pergi zoo dan beli belacan.

Mungkin juga esok kita just pergi window shopping tengok perabot rumah, mungkin beli rak buku untuk buku2 sayang. Mungkin ke ikea makan meatball sekali. Dan lepak kat coffee shop lepas penat round satu ikea.

Mungkin juga tiba2 kita drive ke lumut dan beli ikan bilis mata biru dan i masakkan sayang sambal ikan bilis letak kentang goreng yang dihiris nipis. Buat kering2 dan boleh tahan lama. Bila2 sayang nak makan, ada je stok kat peti ais. Mungkin juga kita akan terlajak ke taiping untuk makan mee udang dan juga pergi night zoo kat taiping. Makan laksa kat kuala kangsar, dengan cendol. Kat kedai2 tepi sungai tu.

Atau mungkin juga esok kita tak buat apa2 pun. Duduk rumah. Berehat dan menikmati masa yang ada bersama.

I sayang u. Sungguh. Sepenuh hati. I rindu semuanya tentang kita. Dari sebesar2 hal sampailah sekecil2 perkara. Senyum sayang, ketawa sayang, sakat sayang, bau sayang.....semuanya...i rindu ada sayang sebelah kiri i.

Takpe, i percaya apa yang kita ada. I percaya pada perancangan kita, i percaya semua ni akan berbaloi, i percaya jika semua ini tidak begini jalannya, maka tidaklah kita bersama. Tidaklah i rasa bahagia sebegini. Terima kasih bertahan dengan perangai macam2 i, dengan rajuk i, dengan cranky i, dengan ngada2 i. Terima kasih...sebab hadir dalam hidup i.

"Untuk rasa yang melebihi kata2, untuk hati yang penuh terisi, untuk pandangan yang penuh harapan, untuk keyakinan yang tak pernah goyah, untuk kekuatan yang buat i teguh berdiri, untuk semangat demi hubungan ini, untuk kesetiaan tak berbelah bahagi, untuk kasih sayang dan rindu yang melimpah ruah... terima kasih, cinta"

posted from Bloggeroid

Tuesday, 19 February 2013

Ya Tuhan....rindu sangat ni.....

Hari ni sangat busy, dan ada beberapa kali moment down sangat. sebab terkejar2, tak sempat nak berbual dengan sayang. I nak minta maaf. I rasa macam abaikan sayang. I tak sempat nak tanya sayang makan apa hari ni, sayang sihat ke tidak, how's ur day, sayang dah mandi belum, hari ni sayang penat tidak...i tak sempat buat semua tu. Kadang2 I rasa macam i sangat selfish, sebab setiap kali sempat berbual, semua cerita pasal I, pasal keje i, apa i makan, siapa buat i marah...semua tentang i...

selalu waktu office hour sangat busy. time i free sikit would be around 11pm..tu pun kadang2 je dapat free. tapi waktu tu sayang dah tido. bila waktu2 sekarang ni, i rasa rindu sangat kat sayang. I harap sangat sayang terjaga awal, sempat bual dengan I sekejap pun jadilah. rindu sangat ni.....

I masih buat kerja lagi. Sambil tengah discuss dengan team mate i, sambil tulis ni. rasa nak pecah dada rindu kat sayang ni....i harap esok i dapat curi masa panjang sikit untuk berbual dengan sayang......

i rindu....sungguh!