And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 13 March 2013

Sayang...

Tadi i dinner dengan besties, ada asu, mama, gra dan wan. Lepas sayang tido tu baru diorang ajak jumpa. Kat mines aje. Kali ni jumpa, touching sikit. Sebab ni la jumpa asu lepas dia balik umrah dan i kan tak sempat jumoa dia sebelum dia pergi aritu. Sempat la nangis2 sambil pelok2.

Makan kat the gardens. Not bad at all. Sedap, cappucino dia pun sedap. I makan lamb chop. Dapat juga makan lamb akhirnya. Dah dapat makanan semua, pastu pasta wan tak sampai2, i pun bagilah 'that look' kat manager dia. Tak lama tu dia datang bawak sepotong kek minta maaf lambat sebab dia tersalah masak. Hehehe...dapatlah free dessert tadi.

Owh, i sempat pergi faceshop beli bedak i, then ke sasa beli face mask bebanyak. Murah je yang, 5 set cuma RM11 je. Weekend ni boleh pakai. Owh, juga...masa lepas order makan, mak gra call suruh dia tapaukan kfc, dan i yang tengah lapar pesan dia belikan nugget (haloba di situ). Ni nugget tu ada dalam peti ais, esok nak makan masa drive g ofis.

Tadi lepas makan terus balik je. Dah mandi semua, tiba2 carmen text i. Dia bagitau, kereta chen mun kena curi tadi. Walaweehhh...kasihannya diaaaaaa....i text chen mun tapi dia tak reply lagi. Esok i call dia lah. I sangat terasa kot. Sebab pagi tadi sebelum i pergi ofis dia call i tanya i ke klcc atau ke sentral. Sebab hari ni team semua takde, so dia kata nak naik lrt je sebab takde sape nak teman dia ke car park kat avenue k nanti.

Petang tadi pun sebelum dia balik, i sempat borak dengan dia on the phone. Which happen, dia parked kat lrt bandar tun razak. Balik je, dah hilang kereta dia. Kasihannya dia, dah la aritu kereta dia eksiden. Aaaiiii.....

Macam2 betul benda jadi. Tapi carmen kata, nasib baik la cuma kereta dia je yang hilang, bukan si chen mun tu kena culik or apa2 jadi kat dia. Ermmm...bahayanyaaaa sekarang ni.

Ok sayang...nak main candy crush kejap, eh, i dah habis episode 7. Kene request ticket. Nanti bagi tau yang. Oklah, nak tido dah. Esok i ke sentral lagi. Rindu lah kat sayang!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 12 March 2013

Balik rumah dan tengok anak2 kucing yang matanya dah celik bulat memang boleh buat hati tenang dan mood yang sungguh baik.

Selain Tuhan, rasanya tiada apa yang adil dalam dunia ni. Tapi semampu mungkin, sebaik mungkin adalah buat apa bahagian kita. Sentiasa ingatkan diri supaya ikhlas bila berbuat sesuatu. Sy sentiasa percaya ikhlas itu bermaksud berbuat sesuatu tanpa mengharapkan apa2 balasan. Orang selalu cakap, buat baik berbalas baik. Tapi sy dah tak percaya benda tu semua, sebab kadang2 bila berbuat baik pun orang buat jahat pada kita. Dulu pernah juga percaya, berbuat baik, tak mengharap orang membalas yang sama, cuma cukuplah supaya orang lain tidak berbuat jahat pada kita.

Tapi hey, dunia ni tidak adil. Maka, sy percaya ikhlas itu, adalah tanpa mengharap apa2, sama ada baik atau buruk atau apa2 sahajalah. Biasanya apa yang membunuh adalah bukan result sesuatu perkara, tapi expectation kita pada sesuatu perkara yang telah dikerjakan.

Maka hari ini, sy tegur lah sara, walaupun cuma sekadar satu text di whatsapp. Cuma bertanya hal kucing. Hey, sy tidak mengharap dia akan berbuat baik pada sy, tidak akan mempergunakan dan membuli sy di masa di masa depan atau pun mungkin dia tidak akan menggelar sy dengan kata2 keji lagi. Itu dia. Biarlah dia. Sy buat bahagian sy. Itu cukup.

Sebolehnya sy nak yang terbaik untuk semua orang. Sy mahu semua orang hidup dengan baik. Tapi sy cuma manusia biasa, ada hati dan perasaan, ada maruah, dan sy juga tidak lari daripada membuat kesilapan.

Ok, hari ini sy adalah terlebih positif. Mungkin kerana makan sedap tadi, mee kari kat food court dan cham ais. Owh, thats the same food kekasih and i had on our very first movie date. Ice Age 4. I watched the same movie again in my flight to Delhi hari tu thinking about her.

Hey, kekasih. I rindu u. Tau ke?

Ingat tak i pernah bagitau yang i memang susah nak ingat muka orang? Ingat tak i pernah cakap masa kita baru kenal yang i nak jumpa u selalu sebab i tak ingat muka u? Leave it whether it's just an excuse to meet u more often. Then i took a moment, touching your face with my hands. Not to remember how u look like, but to remember how it feels. Sampai saat ini hati i masih ingat rasa tu.

Ingat tak i pernah cakap hati i macam diramas2 bila teringat tentang u? Dalam hati ni, masih rasa yang sama. Kadang2 ada rasa sakit dalam dada. Sayang kata i hebat sebab mampu bertahan berjauhan begini lama, i cuma senyum. I could never do this without u, sayang. Betapa sabarnya u melayan i, betapa komitednya u untuk sentiasa cuba ada untuk i, betapa usaha u untuk selalu buat i rasa that we're in this together.

Tiffany setting tu memang sangat cantik dan tempting, tapi i lebih suka cincin di jari i sekarang ni. Love u sayang. Ye, i u punya sorang...

posted from Bloggeroid

Rindunya dengan sayang....... i know i revert balik post semalam tu ke draft sebab i rasa cheesy sangat. Tapi actually i memang suka cheesy2 dengan u, yang. Dengan u jela tapinya.

Oh well, esok akan start buat audit untuk client lain. Agak nervous sebab i've doing the same client since 2009. So ni kira the first time ever since that i'm stepping out from my comfort zone, my sheltered team and boss to work with other team. Semoga semuanya ok. Sekejap jela pun, cuma sampai end of next week je. Kekasih, instead of bagi kata2 semangat, pesanan dia; jangan layan kalau orang ngorat tau. Hahaha..comel betul kekasih.

Sapela yang nak ngorat kekasih u yang semakin 'sehat' ni yang. Aiiii...esok dah start kena pergi kerja awal. Selalunya sesuka hati je nak masuk ofis pukul berapa. Aiii...ni masalah juga. Punyalah liat nak bangun awal pagi untuk pergi kerja. Tapi kalau weekend tu, belum terbit matahari dah bulat mata dan melompat2 cari kekasih untuk bersembang.

Hari ni cuma ada dua tiga orang je dalam team, sebab yang lain boss dah suruh cuti. Sy tak dapat la nak cuti sebab nak save untuk spend dengan kekasih nanti. So tadi balik pun sorang2 je jalan ke car park. Tiba2 masa lintas jalan, boleh pula dengan mengada2nye kaki nak cramp pulak. Traffic light pulak dah nak merah semula, ermmm....gagah kan jugak la berjalan. Dah la beg sekolah berat. Cissss....

Mmmmm...rindunya dengan kekasih........

posted from Bloggeroid

Tuesday, 5 March 2013

she's busy and tired, and i'm adapting to it.

I tengah adjust semula mind set dan expectation i. I tau u busy, tak cukup masa dan penat setiap hari bila balik rumah. I cuma tak biasa dengan keadaan tu sebab selama ni u selalu ada bila2 masa je i perlukan. selalu bersiap sedia melayan karenah i yang macam2. i know i don't have that privilege anymore at this point of time. it's okay, i will adjust and adapt. I tahu u rindu i, dan bila u call, u just nak dengar suara i walaupun u tak banyak cakap dan suara u kedengaran sangat letih. I'm sorry i was selfish. I'm sorry lullaby hari ini tidak seikhlas selalu, I'm sorry i was not bubbly as i used to, I'm sorry for being angry with u.

Tido lena ya pujaan hati. I promise i will be better.


Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku

Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku


Monday, 4 March 2013

Pheewwww..tamat juga hari yang sangat mencabar hari ini. Semua gara2 mood swing yang agak terlampau. Pagi tadi pergi kerja jalan sangatlah jam tanpa sebab. Berpusing2 cari jalan yang tak jam tapi hampeh je.

Bila sampai ofis, tengok orang lalu lalang rasa nak lempang aje sorang2 tanpa sebab. Chen mun pula tengah sangat busy siapkan akaun dia yang due esok. So banyak la bebenda dia nak tanya dan rujuk sy. Tapi, memang mood rasa nak jawab dengan soalan balik dan bila dia tanya makin banyak, dalam hati macam nak cakap, why so stupid oneeeee....tapi berjaya menahan diri.

Dah nak sampai tengahari tu mood terkawal sikit, chen mun pun joke la, i asked u question only, why u seem like killing me... sy gelak aje la. Chen mun dengan pantas acknowledged mood swing sy, dan setiap kali team member lain buat lawak bodo, dia cepat2 warning. Hahaha..thanks chen mun.

Kebetulan hari ni kekasih sibuk. Takde siapa la memujuk dan melayan grumpy sy. Dia sempat call sekejap je, tu pun masa lunch hour sy dan sy tengah bengang makanan sy lambat siap. Sikit lagi nak maki cashier tu. Lepas kekasih balik rumah, rasanya dia terus tertido, letih sangat katanya. Memula rasa nak bengang dengan kekasih juga, tapi bila dia senyap lama betul tak balas2 text sy, tetiba jadi risau pula. Terus call dia, rupa2nya dia tido dah. Lega rasa, tak jadi pun bengang dengan dia. Kasihan sayang sy letih.

Dah lewat petang barulah mood beransur pulih. Barulah boleh guide dan coach chen mun dengan akaun dia. Hari ni balik awal sikit. Pukul 10pm dah ada kat rumah. Letih juga seharian menahan marah yang ntah apa2 ni. Semoga esok mood sangat fantastik!

posted from Bloggeroid

Sunday, 3 March 2013

when the time comes, take my hand, sing me this song.


She woke from a dream
Her head was on fire
Why was he so nervous?

He took her to the park
She crossed her arms
And lowered her eyelids

Some day somebody's gonna ask you
A question that you should say yes to
Once in your life
Maybe tonight I've got a question for you

She'd had no idea
Started to cry
She said in a good way

He took her by the hand
Walked her back home
They took the long way

Some day somebody's gonna ask you
A question that you should say yes to
Once in your life
Maybe tonight I've got a question for you
I've got a question for you

love you sayang.

happy birthday, kekasih!

so, hari ni birthday kekasih. her very first birthday since we're together. tak dapat celebrate bersama, dan maybe the next 3 years pun tak dapat bersama. takpelah, once kita jumpa nanti, kita celebrate for every single thing. kira accumulated, accrued celebration for birthdays, anniversary, valentine and for all no-other-reason.

malam tadi tido tak lena sangat, maybe letih. so pepagi lagi dah tersedar dan tak sabar2 nak cari kekasih. as agreed she bought a slice of cake, so did i. sebab kami sama2 bukan fancy cake eater, satu slice pun ok lah. sambil berwebcam, sama2 makan kek sambil dia buka kad dan birthday present dia. at first i was bit worried la kot dia tak prefer hadiah tu. tapi dia suka aje. hehehe...i suka u suka pilihan i.

lepas makan kek, borak kejap then kekasih mengantuk pula, so dia nap sejam lebih, bangun dan buat kerja. sekarang ni kiranya turn kekasih pula busy. as my accounts have been signed, kira sekarang boleh slow down sikit kerja. so sayang, sila berusaha!!! takpe, tak sempat borak lama2 dengan i. i tau u sayang i, banyak!

anyway, HAPPY BIRTHDAY, SAYANG!!! semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. dan semoga semuanya baik2 sahaja. love u!

*80 days and counting....weeeeeeee..... :)