And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 6 November 2013

Oh sayang....

Sungguh rindu. Thanks bersengkang mata sembang entah apa2 dengan i. Tapi makin lama spend masa sama, makin rindu. Tapi bila lama tak spend masa sama pun rindu juga. Aihhh...macam2 betul kita ni kan yang.

I can't wait. Tunggu sayang balik. Tak sabar nak kembali dalam pelukan sayang. I tau sayang banyak kerja. Semuanya kena siap sebelum kita dapat jumpa semula. Takpe yang, kalau bedtime stories i tertangguh banyak kali. Jangan risau, nanti sayang balik, i tuntut siap dengan interest. Dan semuanya sayang kena bayar cash.

Sayang jaga diri. Walaupun sibuk, jaga makan n kesihatan. Takpe kalau makan banyak, i tetap sayang u. Kita membesar dengan sihat sama2 ye. Oh, sila mandi kalau kena hujan tau.

I love you, baby....to the moon and beyond.

posted from Bloggeroid

Sunday, 3 November 2013

Friday, 1 November 2013

kerja punya la banyak berderet2, tapi tahap malas mengatasi segala2nya. mungkin rindu sangat, mungkin letih sangat, mungkin dah terbayang nak makan apa malam ni dinner dengan besties, atau mungkin sahaja cuma MALAS.

lama tak update blog. kerja yang terlalu banyak. cuma sehari dua ni dapat bernafas sikit. tu pun sebab push semua deadlines kerja dan pura2 tak tahu. oh well, tunggu jela kena tibai dengan boss. sebulan dua lepas, punya la berkobar2 nak cari kerja lain. semangat update resume, tapi cuma sempat update kat jobstreet dan hantar kat satu company je. pastu tu stuck dengan kerja tanpa henti. dan sekarang, bila dah reda sikit, reda jugalah keinginan yang berkobar2 nak tukar kerja tu. haiihhh..entahlah...

kekasih pun tengah busy sekarang. balik sekolah pun lewat je, weekend pun kena pergi sekolah juga. ah, sama lah kita yang.... tapi setiap hari pun cuba juga untuk curi masa walau sekejap untuk update each other dan sembang kosong. long distance ain't easy. perlu ada a lot of effort. tapi bila effort yang sangat banyak dicurahkan dan terasa semuanya effortless je pun, well, it must be love... rindulah yang oooiii....

itu jelah..u busy, i busy...aaaaaiiiiii.............. tapi i sayang u tau!

Sunday, 6 October 2013

awak....saya rindu awak lah...

ok, i tak menaip ni sambil meniarap atas katil. so yang tadi tu tak valid. I rindu u lah sayang. malasnya la i nak baca learner material untuk role play esok ni. dan baru i teringat, tempat course tu pun i tak tau...keh keh keh..i dah text colleague i tu, tapi dia tak reply lagi pula. baru baca sikit bebenda ni, i dah mengantuk. nampak sangat la i memang tak suka membaca. ada la rasa sikit menyesal sebab take up benda ni sebab tetiba i baca semua email boss i, macam banyak pula kerja kena buat sebelum betul2 start quarter 3 i nanti.

I rindu u..sangat! aiii...dah habis dah weekend ni, dan tak tau la weekend bila kita boleh bercinta lagi. Takde apa pun...i rindu u tau...

Saturday, 21 September 2013

Mak called. Baru dapat khabar yang Paksu (adik ipar mak) baru je meninggal. Tapi tak tau lagi detail macam mana. Sebab paksu tinggal kat muar, maka esok mak dengan angah gerak ke sana. Mak anjang pun pergi esok pagi juga.

Saya?

Mungkin disini je. Tak la jauh nak drive dari sini. Maybe dalam 3 jam. But I can't handle funeral very good. Still can't. And to drive back to kl lepas tu, alone... I just can't.

Masa Pakngah meninggal pun, sy tak pergi. Walaupun sy niece dia yang paling rapat dan suka melekat dengan dia je bila balik kampung.

Lepas abah pergi... setiap funeral cuma kembalikan semua rasa tu.

posted from Bloggeroid

Sunday, 15 September 2013

Our 1st year...

It's our very first anniversary...

Happy anniversary sayang. Seperti biasa, kita boleh ucap dari jauh je. Dan maybe for the next 2 anniversaries, kita jauh juga lagi dan semua nya akan jadi celebration tertunda sampai kita jumpa lagi.

I rindu lah....

I masih sayang u macam dulu, mungkin dah makin banyak. Semoga hubungan ni baik2 sahaja. Semoga kita baik2 sahaja.

I love you sayang...to the moon and beyond...


Wednesday, 11 September 2013

Ni nak cakap ni yang. Walapun ada hari2 yang i sangat busy, sangat stress, tak sempat call atau sembang lama dengan u, atau bila berbual suara i kedengaran sangat letih, dan mungkin juga i lebih banyak membebel pasal kerja i daripada tanya how's your day, atau pun i curse tanpa henti pasal kerja....

I nak u tau..never for once, or even a split second in my day, i tak ingat kat u. Apatah lagi untuk kurang rasa sayang, cinta dan rindu pada u. Dan lagi lah absurd untuk i rasa tidak sayang pada u.

Setiap masa i selalu nak u ada. Setiap hari i nak u ada bila i balik rumah. Setiap malam i nak u ada tidurkan i and kiss me good night. Dan setiap kali i pejam mata, betapa i nak berada dalam pelukan u. Your side of the bed still empty...cuma ada sekotak tisu dan mekap i... :p

I love you baby.

I akan cuba buat apa yang u cakap tadi. Tapi i nak u tau juga apa yang i rasa. Tapi i guess u tau pun...

Love u to the moon and back. *3 days to our first year*

posted from Bloggeroid