And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 21 September 2014

Chen mun tengah pack barang. I ngadu dengan dia yang tadi phone i kena air dan speakernya rosak. Pastu kan yang, dia kata; "i only want to say 2 words, padan muka!"

Lepas tu kan yang, dia terus bebel kat i.

"Yesterday when i saw u bring ur phone to bathroom to chit chat with ur partner, i already wanna scold u. Why u just cant stop talking for 10-15 minutes and continue later? U'd die ah? U so terrible, taking shower also want to talk on phone. Take shit also like that ah? U terrible. So padan muka ur phone spoiled."

I dah tak terkira dia cakap i terrible bape kali sepanjang trip ni. Btw, tadi masa i dinner i rs sangat mengantuk. So i makan separuh pastu i tapau. Sampai bilik, i terus mcm tertidur. Then tak lama tu diorng balik. Balik, letak barang pastu keluar balik sambung shopping. Giler betul diorg ni. Pukul 10 lebih tu i terjaga. I rasa macam mabuk pulak. I rasa i cemas esok nak naik flight. Hahaha...maybe sebab i tak suka kot.

Yang, i tak start packing lagi. Malasnya ooooiiii...baby tolong la pack kannnn...

posted from Bloggeroid

Wednesday, 17 September 2014

Dia buat sy sentiasa rasa yang semuanya akan ok. Semuanya akan baik2 sahaja. Dia buat sy rasa, it's okay to fly high and she will catch me if  I fall. Dia buat sy rasa, I can be anything I want to be dan dia akan sentiasa sokong dan terima sy seadanya. Dia buat sy rasa, it's okay to make mistake dan dia akan sentiasa ada untuk guide. Dia buat sy rasa it's okay untuk tidak sempurna sebab bagi dia sy cukup untuk dia. Dia buat sy rasa it's okay untuk menangis atau crash dan dia sentiasa ada bahu untuk sy. Dia buat sy rasa it's okay untuk tidak dapat apa yang sy mahukan sekarang, sebab katanya semua yang jadi adalah untuk yang terbaik. Dan dia sentiasa cakap, kita sendiri takkan tahu apa yang kita mahu itu adalah yang terbaik untuk kita. Dia buat sy rasa it's okay untuk rasa down sebab that's life. Dia buat sy rasa it's okay untuk mengaruk sepanjang hari bila sy sangat rindukan dia, dan dia akan sabar melayan. Dia buat sy rasa it's okay untuk tidak tahu banyak benda, dan dia akan find out those things dan ajar sy. Dia buat sy rasa dimiliki dan memiliki.

She makes me feel alright.

I miss her. So much, it hurts.....

Monday, 8 September 2014

Bila tak sihat, mestilah lagi mudah kalau ada kekasih. Ada dia untuk jaga makan minum, ada dia untuk drive kan ke klinik, ada dia untuk sediakan/paksa makan ubat. Ada dia untuk pastikan semuanya ok.

Tapi kita memang takkan selalu dapat apa yang kita nak. Sebagai seorang yang sangat praktikal, jadi kena la buat semua tu sendiri. Dah kekasih memang takde kat sini, nak mengeluh apa lagi. Bukannya mengeluh tu boleh selesaikan apa2.

Sy harap esok sihatlah semula. Kekasih dah mula risau banyak. I faham sayang. I pun rasa yang sama bila u tak sihat. Tapi takpe, I jaga diri kat sini. I makan ubat semua (walaupun I skip semua ubat yang tak sedap). Tapi kalau I masih tak sihat, I pasrah la makan je ubat tak sedap tu. Baby jangan risau tahu.

Takpe, sepanjang u takde kat sini, semuanya akan masuk buku tau. So sebab I tak sihat, I nak sup ayam. Dengan sambal kicap. Nak bihun sekali lah. Pastu sup tu mesti ada daun sup sekali tau.

Hari ni I cuti, baru perasan yang hari ni hari Isnin. Tak dapat la I makan karipap uncle tu. Kari...kariiiiii....pap pap pap.... takpe, Khamis nanti uncle tu ada lagi. I nak 3 tau, yang ada telur. Satu RM1.30. Yang ni baby belanje tau. Masuk buku tau.

Ok, I nak tido dah. Tadi I dah mandi lagi. Pastu I dah pakai baju tutup dada, dah makan ubat (panadol dan ubat batuk) dan pakai cool fever juga. I monitor suhu I, so far consistent je 37C. Cuma I rasa letih dan sakit2 badan sikit. Tapi baby jangan risau tahu. Esok nanti I report lagi.

Love u sayang. To the moon and back.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 2 September 2014

Setiap kali jumpa dan spend masa sama2, mesti ada beberapa lagu yang selalu kami dengar kat radio atau tv. Sebab selalu sangat dengar, selalu sangat humming lagu2 ni.

 Masa jumpa kekasih yang terbaru ni, ni lagu yang selalu kami dengar kat tv, Iklan ais krim magnum. Walaupun cuma faham dua tiga patah perkataan, kekasih gelak je setiap kali sy cuba nyanyi.


Dan bila dengar radio dalam kereta, setiap kali kekasih drive, mesti ada lagu ni. Sy tak cam sangat tajuknya, dan susah sangat nak ingat. Tapi kekasih suka ikut nyanyi sekali bila keluar lagu ni, jadi sebab susah sangat nak ingat tajuknya, sy selalu kata ni lagu Asifai...hahhaha.. I see fire la yanngggg... (kekasih akan betulkan setiap kali sambil dia gelak).


Lagu ni pun selalu ada. Kekasih kata ni lagu one night stand. Tapi dia selalu layan je bila saya nyanyi chorus dia. "Won't you staaaaayyy with me. 'Cause you're all I need." Ok, tu je yang sy tahu setiap kali pun.




Bila buat road trip, lagu ni selalu ada kat radio. Kekasih cuma senyum je bila sy ikut lirik lagu ni.



Hey, I miss you sayang. So much. I tau u busy dan sangat letih. Takpe, I faham. I ok je tau. Baby kalau penat dan nak tidur awal pun I ok je tau. I sayaaaannng je baby. I ada je untuk u, bila2 pun u nak I ada, ok.

Dah 2 tahun u sentiasa standby untuk support I bila I down dengan kerja I. Sekarang, I dah tukar kerja, so I akan ada je untuk u. I tau u ok je, dan u tak cerita apa2 pun hal kerja u. Tapi I nak u tau, I ok je mana2 tau. Dan I tak ngaruk2 dah tau, kecuali bila I rindu u banyak sangat. Tapi I akan cuba lebih berdikari bila rindu u. Macam sekarang ni, I tulis something kat sini. Sebab I rindu u banyak.

Baby jaga diri tau, jaga makan, tidur lena....Jangan mimpi yang bukan2 dah tau. (kekasih dua tiga malam ni asyik la mimpi dia kat sekolah menengah dan nak ambil exam tapi tak habis study lagi. Ok, ini definisi mimpi ngeri kekasih).

Love u sayang I, to the moon and back...

Monday, 1 September 2014

Friday, 15 August 2014

Hey love...

It's our 23rd months.

It's such a wow. Dekat 2 tahun dah yang oooiii...kadang2 rasa macam baru 2 tahun. Tak lama pun dengan u. Tapi most of the time, i rasa i dah bersama u since forever. Dan few days lagi, genap 3 bulan we've been married. It's so wow!

I still sayang dan cinta u macam dulu, errmmm..maybe lebih dari dulu.

I love u tau yang.

Sooo...i dah update blog dah ni. Pastu i lupa nak sapu ubat kat tangan i. Pastu i dah atas katil dan tutup lampu. Pastu ubat atas meja, tak sampai nak amik. Tapi i dah update blog ni tau. So baby tak boleh marah tau.

Heheh...love u to the moon and back, my love...

posted from Bloggeroid

Tuesday, 12 August 2014

Semalam kekasih bersemangat konon2nya nak buatkan kad raya. Bila skype, dia buat muka cemas dan cakap, "alaa yang....I takde pensel. I cuma ada pen merah je. Esok la, I ambil pensel kat sekolah." Hari ni tetiba dia cakap pula, "Pensel ni takde mata. Tak asah lagi. Tapi ni pun I minta labmate I. I takde pensel."

Kekasih ni kan....

Nantilah...parcel u nanti I akan kirim sekali pensel kayu 2B tu. I akan bagi crayon sekali untuk u melukis. Kasihan lah kekasih I ni. Pergi sekolah takde pensel.

Btw, sekarang ni sy dah bekerja seperti orang lain. Balik ofis boleh nampak matahari lagi (sebab tukar department dah). Maka, setiap petang la bila sampai rumah boleh skype dengan kekasih sejam dua sebelum dia tidur. Dan ada gym nak buka dekat dengan ofis, dan sy boleh subscribe dengan corporate rate. So boleh la consider pergi gym balik ofis. Sebab semalam sy tak sihat. Sy ni family history penuh dengan darah tinggi dan diabetes. Tapi sy terbalik, tekanan darah sy rendah laaa manjang, dan gula dalam darah pun manjaaaaannng la asyik rendah. Jadi semalam doktor advise sy exercise untuk kuatkan jantung pam darah. Hehehe...bukan the first person la advise benda tu. Sebelum ni ada alasan la sebab kerja dari pagi hingga pagi, so sekarang boleh la consider pergi gym.

Bila bagitau kekasih plan nak pergi gym tu, kekasih terus la panik. Sebab kembar dia Slay dah kurus. Sy pulak nak start gym, dia pulak makin berpinggan2 makan nasik. Hahahaha...ok, bab makan nasik tu sy tak salahkan kekasih. Sebab sy sedih kalau kekasih makan sikit. Even dia makan sandwich untuk lunch pun sy sedih. Makan tu macam sumber bahagia dan motivasi diri. Kalau dia dah lunch sandwich, kekasih kena makan nasik untuk dinner. Kalau tak, sy akan rasa sedih. Ok, ni sy la yang bersalah, walaupun kekasih ok je sebenarnya.

Tapi kekasih ni lebih suka tidur. Tak pun kelindan tengok cerita kartun daripada exercise. Tapi sayang, asalkan u sihat, I tak kisah macam mana pun. I tetap sayaaaannnggg je u.

Owh, u tau tak selain daripada I kena practice datang ofis awal sekarang ni, I juga kena practice untuk tidak guna any curse word. I dah tak boleh cursing dah yang. I kena menjadi teladan yang baik (HAHAHHAHAHAHA)....dah la I kena instruct course pasal professional verbal communication. Kang tetiba I TERcurse....fuuuhhh...ngeri...

Ok dah. Tu je.

Love u baby. To the moon and back.