And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 7 February 2016

Hi sayang..
Kali ni drive paling mencabar i rasa. 7 jam dan banyak kali i rasa macam nak give up drive sebab letih sangat. I keluar tol kulai pukul 7.30pm..hari dah nak gelap. Sebenarnya dari melaka i nak g toilet sebab minum kopi banyak sangat. Dan lapar juga. Tapi setiap hentian semua penuh orang dan kereta park sampai ke susur keluar dari hentian tu. Jalan jam sampai ke johor. Kejap2 je jalan clear sikit tapi tu pun tak sampai 10 minit, jam semula.

Keluar tol hari dah gelap. I macam dah cuak nak drive. Tapi sebab takde pilihan kan, i drive juga. Malam ni gelap gelita. Then hujan selebat2nya. I lupa bawak cermin mata i, so i tak nampak sangat pun sebab mata i silau. I agak2 je elak kereta yang selisih dari depan. Rasa berdebar tu jangan cakap la, sebab bila i ke kiri elak kereta dari depan, i lalu air bertakung atas jalan pula. Dengan lopak2 pula. Jalan tak elok.

Rasa macam nak nangis sambil bawak kete, tapi nanti lagi la tak nampak jalan. Nak stop, kiri kanan hutan, lampu jalan takde. Huhuhu...

Tapi selamat juga sampai. Syukur sangat2. Tapi seriously i takut betul drive tadi. Tak nak dah buat camtu lagi. Better i stop je kat kluang lepas ni.

Ok tu je laporan. Esok mami ajak pegi rumah along dan nak belikan dia magic mop tu juga. Ok yang.. Love u so much tahu!

Sunday, 31 January 2016

Tiga tahun lepas, sejak kekasih pergi ke NZ sana, dia kata kat sini, takde pest. Semut takde, lipas takde, lelabah takde, cicak takde, semua menatang yang biasa ada kat rumah kat Malaysia ni semua takde. Dan sungguh2 la saya percaya dan setiap kali sy ada kat sana, memang tak pernah jumpa pun semua tu. Ada la sekor dua lalat. Tapi lalat kat sana macam bodoh2 dan malas. Nak terbang pun malas.

Dengan kepercayaan itu, sy dengan konfiden nya la cerita the same dengan kawan2 kat sini bila diorang tanya keadaan kat sana.

Sampai la...

Bulan Disember lepas, ada kawan kekasih dari sana singgah bermalam kat rumah. Sembang2, dia cakap, masa dia tengah buat kerja tiba2 ada labah2 yang sangat besar lalu sebelah dia. Dan dengan konfidennya juga lah sy cakap yang kat sana mana ada bebenda tu. Dia juga cakap kat rumah dia ada juga cicak. Berkerut kening juga la nak proses benda tu. Sy kata lagi. Eh, tak lahhh....kekasih kata kat sana takde bebenda tu. Dan dia pun menafikan lagi. Kena la percaya apa dia cakap tu sebab dia lagi lama tinggal kat NZ tu berbanding kekasih. Tapi, sy malas nak argue sebab nak tanya kekasih dulu.

Bila tanya kat kekasih, dia buat muka. Lepas tu sengih2 dan mengaku dia tipu je selama ni sebab tak nak sy rasa takut bila ada kat sana, terutamanya bila dia pergi sekolah. Dia kata, "I dah pastikan rumah semua clear dengan semua binatang tu sebelum u datang. Setiap hari masa u ada, I cek rumah dan pastikan semuanya ok." Kekasih sambung sengih lagi.

Kekasih kena jeling dengan sy.

Masalahnya, 3 tahun lebih la si kekasih ni tipu, dan maknanya sy tipu kawan2 juga la yang kat sana takde pest tu semua. Isk budak ni kan...........

Saturday, 12 December 2015

Setakat hari ni, dah puas belajar bersabar menanti saat berjumpa kekasih semula. Tapi hari ni sy belajar bersabar satu benda baru. Rasanya macam sama je susah dengan rasa tak sabar jumpa kekasih semula. 

Penantian tu satu penyiksaan. Ye betul. Itu sangat betul. Dan sy masih menanti cheese cake "set" dalam peti ais. Masa buat tadi dah colet2 sikit. Sedapnya la yang layer ada nutella tu. Oh cheese cake. Rasanya tak lena tidur malam ni mengenangkanmu. Siap la kau esok. 


Saturday, 5 December 2015

Happy birthday, abah...

You are supposed to be 63 today...

But you are not...

I miss you...

Sunday, 15 November 2015

Baby...
I rasa u ada something to do dengan game yang I tengah main ni. Hari ni kan..macam susah giler nak lepas. I takde menang apa pun. Ke u buat something supaya game ni jadi susah sangat so I stop main?

Baik u ngaku yang...cepat..ngaku...

Monday, 5 October 2015

Baby, I tengah tengok citer ni, My Five Wives. Citer pasal ada omputih ni ada 5 wives, 24 children. I kan, terbayang kalau u ada 5 I. Hahahaha...Pastu cuba u bayangkan semua lima2 tu mengaruk serentak macam I selalu mengaruk..hahahahha...mesti u terus sembunyi dalam peti ais.

Btw, tadi Elaine cakap dia ada interview another 4 new TAs. Kalau accepted, I naik keje nanti I ada 5 orang "anak" baru, campur sorang yang baru masuk masa I start cuti aritu. Dunno lah..I hope semuanya tak la banyak hal. Tapi I dah dapat pendekatan yang betul dengan budak2 ni; jangan manjakan sangat, jangan layan sangat, jangan rapat sangat. Buat bodo je, dan kalau rasa nak marah diorang, whack aje terus.

I tak study pun malam ni. Macam letih sangat. Macam nak makan tomyam black canyon tu la yang, pastu macam nak minum kopi sedap. Tengok lah esok I rajin tak nak keluar. Nape entah I rasa letih sangat hari ni, tapi I dah pakai cool fever tau. Ok tu je laporan hari ni. Love u yang!
Hai baby...I dah habis module 6, pheeewwww...tinggal satu lagi module yang last, tapi module last tu simple sikit la (I hope) sebab tak tebal sangat..heheh...

Eh baby, ingat tak pagi tadi I cakap pasal I mimpi I kat HK nak attend wedding Carmen tapi I takde baju nak pakai. I know dah kenapa I mimpi tu. Semalam Yee Jun ada church wedding, so I baru teringat reception dia Sabtu ni, 10/10. Pastu I takde lagi baju nak pakai pastu I terfikir la nak cari baju. Yang masuk sekali si Carmen tu sebab Carmen ada cakap dengan I aritu yang dia akan balik Msia masa reception Yee Jun tu. Jadi I nak text dia, tapi tak text2 pula. Tu yang termimpi tu.

Pastu kan, pasal cherry blossom u tu kan, baby tahu tak lagu Paolo yang baru tu tajuknya Cherry Blossom. Bila u tunjuk gambar bunga tu, tiba2 je I terdengar Paolo nyanyi. Hahaha...

Btw, tadi malam dekat pukul 9 lebih I buat stir fried mixed veggie sebab tiba2 ada bau orang menumis macam sedappp aje. Jeles I. Oh, I juga berjaya tak makan asam tu hari ni. Tapi I tengooookkkk aje dia duduk sebelah I ni.

I takde apa nak cerita la yang...I takde life sekarang ni. Hahaha...

 Ok, tu je. Love u tau yang..miss u sooo much!