And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 28 April 2014

Hey love...
I love you so much. Thanks sebab susah payah untuk exam I. Now, it's over, I will focus on you 100%. And we can start planning for our next stage.

I just love u so much. Tahu ke ni? I minta maaf...atas semua yang I pernah atau akan buat u terasa. Tapi ingat dalam hati, I sentiasa sayang u.

Now I never meant,
To do you wrong,
That's what I came here to say.

But if I was wrong,
Then I'm sorry,
I don't let it stand in our way.

As my head just aches,
When I think of,
The things that I shouldn't have done.

But, life is for living,
We all know,
And I don't wanna live it alone.


Love u sayang. To the moon and beyond.... :)

Monday, 14 April 2014

Sunday, 13 April 2014

few more days to go....

untuk kembali dalam pelukannya. untuk kembali rasa selesa dan selamat. untuk rasa semua ni worth it. another pit stop for this long distance. rasa ajaib....bila tiba2 rasa semua worries just fade away bila dia ada depan mata.

semalam kekasih macam merengek2. mula2 dia kata mengantuk, disuruh tidur dia tak nak. disuruh mandi pun tak nak juga. mengaruk2 macam selalunya saya. oh, saya memang tidak sabar orangnya, terus saya tanya, habis tu nak apa? kekasih tengok saya, dan cakap, nak menguji kesabaran u. terus dia gelak besar sambil melompat2...

ok, itu baru kekasih pura2 mengaruk2 tak sampai 15 minit. ada ketikanya, which is banyak kali pun, saya mengaruk seharian. dari start celik mata pagi, sampai la ke malamnya. kekasih sabaaaarrr je melayan. takde pun dia rasa annoyed, marah atau apa pun. setiap kali saya tanya dia tak rasa rimas ke dengan saya yang macam tu, dia kata, u memang macam tu. i tak rasa susah atau apa pun. u yang i kenal, memang macam tu dari dulu lagi.

luggage tak pack lagi. hari ni kena keluar dan beli another few stuffs untuk dia. rindu. rasa nervous dan berdebar juga. setiap kali pun macam ni. bukan kali pertama jumpa semula selepas beberapa bulan berjauhan. tapi setiap kali pun rasa rama2 berterbangan dalam perut. rasa excited sebab jumpa dia semula, rasa risau kalau dia pandangan dia lain, rasa sayu, rasa bahagia...semuanya. dan yang pasti, saya akan sedar semula, suara u lain rupa2nya in real life. dan owh, sayang rupa2 nya tinggi ni.

rindu tahu. sangat.


p/s: btw, sila maklum bahawa i gained few kilos since the last time we met. sila sayang i je ye. love u darling, to the moon and back.

Sunday, 16 March 2014

ldr sucks!

rasa sangat tak best sebab kekasih tak sihat dan saya cuma boleh tengok dari webcam aje. sangat membencikan. tapi kekasih cuma senyum je bila saya cakap macam tu. hmmm....

sayang cepat sembuh ya.

i love u.

Monday, 3 March 2014

It's your birthday my sweet pumpkin!

I love u so much!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 25 February 2014

I tau u sangat sayang i. I tau u sangat overprotective dengan i. I tak pernah rasa rimas atau bosan pun bila setiap hari u pesan benda yang sama. Setiap kali u cemas dan suruh i makan/sapu ubat ulang2 kali bila i tak sihat atau cedera, i rasa u sangat sayang i. Dan i tau u ada rasa tak best sebab u takde dengan i untuk jaga i betul2.

Thanks sayang... banyak u susah untuk i. Most of the time sebab i selalu degil cakap u. Tapi u tak pernah marah i.

I sangat sayang u. U tau ke?

posted from Bloggeroid

Sunday, 23 February 2014

Gra: Isma, apa benda yang kau nak bagitau kitorang?
Tetiba rasa nasik lemak yang tengah dalam mulut rasa macam nak tercekik. Lama saya diam. Asu, Mama dan Wan dah push2. Saya diam lagi, cuba nak susun ayat.

Saya: ermmm....Nanti bulan 4 ni kan aku ada exam, so aku amik exam tu kat NZ.
Asu: Itu je ke nak bagi tau?

Saya diam lagi.

Saya: Ermmm...lepas exam tu, bulan 5 tu, aku dan A**** nak buat something. 

Briefly sy explain nak buat apa. Diorang confuse2 lagi pasal hal tu. 
Asu: Itu je?
Saya: Ermmm....lepas tu aku nak apply visa.

Muka Asu tiba2 berubah. Dia berhenti makan. Tapi dia tak toleh dan pandang muka saya pun. 

Asu: Ini ke berita tak best nya? ke ada yang lagi teruk daripada ni?
Saya: Kalau dapat visa tu, aku nak kerja sana, so aku move ke sana.......
Asu: Bila?? 

Suara Asu makin dingin. Saya pulak dah mula berpeluh2. Rasa nak telan air liur, tapi tersekat entah mana. Yang lain2 cuma diam, muka dah berubah semuanya. Gra macam biasa terus selera suap nasik lemak. Cuma slow sikit. Mama yang dah tau plan ni for quite some time, cuma senyum tengok saya terkulat2.

Asu: Bila???
Suara Asu makin keras. Makin dingin.

Saya: Ermmmm...aaaaa....kalau semuanya lancar maybe bulan 9 ni.

Asu campak tisu yang dia pegang ke pinggan dia. Dia masih tak pandang muka saya. 

Asu: Ini yang kau nak bagitau? Kau tau kan apa ada bulan 10 tu? Dah berapa lama aku bagitau yang aku nak kawen. Sampai hati kau takde masa tu? Sampai hati? Dah tak sayang aku dah?

Saya cuma tunduk je. Saya rasa mata mula bergenang2. Yang lain2 cuma diam aje. Gra masih lagi makan.

Asu: Kenapa tak nak cakap masa kat rumah Ana tadi? Biar Ana tahu pasal benda ni. Aku pun nak dengar jugak apa Ana akan cakap. Kau nak jadi macam "kawan baik" kita tu ke? Nak kena buang?

Saya rasa macam dada ni nak pecah. Saya tarik Asu dan peluk dia. Tapi dia keras je. Sayunya rasa hati ni. 

Saya diam je, semua pun diam je. Walaupun kat Mali's tu punya la ramai orang, punya la crowded dan bising, tapi saya rasa sunyi sepi. Diam nya Asu macam sangat membunuh.

Lepas tu saya pujuk la diorang, try explain. Try cakap yang semua ni cuma perancangan je lagi. Dan saya takde apa2 tarikh yang fixed lagi pun. Saya nampak Wan pun buat muka. 

Wan: Habis tu kau tak balik terus? Nanti A**** habis study, kalau dia dapat kerja sana, kau dengan dia forever kat sana? Kitorang macam mana?

Baru saya dapat tangkap yang Wan risau sy terus selama2nya kat sana. Sy explain dan explain. Asu masih diam dan diam.

Lama saya pujuk Asu. Pujuk dan pujuk. Last2 saya cakap, mungkin saya akan postpone la pergi sana sampai wedding dia. Sebab semua ni planning lagi, tak pasti pun visa tu lepas etc etc.

Asu: Kalau kau rasa susah, kau pergi jela. Aku tak nak kau susah. Takpela wedding aku, kau takde. Kau pergi la. Nak kitorang anta ke airport ke tak?

Saya dah mati akal dah nak jawab macam mana. Banyak diam aje semuanya. Akhirnya, cuba la alih topik cerita pasal wedding Wanee bulan depan. Hal nak beli baju etc. Sembang la juga semuanya. Tapi Asu dah tak excited macam sebelum sy bagitau hal ni.

Akhirnya, masa masing2 nak balik, Asu peluk saya lama2. Dia cakap; "Ni baru nak pisah balik rumah masing2, yang akan jumpa lagi seminggu dua, aku dah rasa sedih. Nanti kalau kau pergi, bertahun baru dapat jumpa balik, aku tak tau la macam mana aku nak terima benda tu." Saya peluk Asu makin kuat. 

Saya tak tahu...... :'(