And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 19 May 2015

Hari ni malas nak siap pergi ofis, jadi kita work from home. Maka ada la free time untuk tulis something. Nak cerita pasal "should we stay friends after break up?"

Situasi ni boleh kata, been there, done that. Happened to my close friends as well. I can't justify much for other people, but personally I feel that this is selfish. Terutamanya bila satu pihak yang ditinggalkan tu masih lagi cinta sepenuh hati. This happened to me with my first ex. Dan terlalu banyak komen on how stupid I was that time. 

I met my first ex when I was 16. She was 11 years older than me. Dan ye, she was my teacher (red flag!). We were happy until I finished my SPM dan masuk matrikulasi. Ini kali pertama kami berjauhan. Tak la jauh mana pun. Tak sampai semester kedua, dia ada affair dengan orang lain. She admitted dan bermula la kebodohan saya yang melampau. Bermula dari itu, dia nak stay bersama saya sebagai KAWAN BAIK. Katanya, dia dah tak cintakan saya, tapi sayang itu ada. So I stayed. Walaupun dengan tiket kawan, dia tetap expect sy layan sebagai partner. Kena layan tantrum dia, layan semua kehendak dia, sampai la memberi nasihat untuk kisah cinta dia dengan affair dia tu. Bodoh much?

This kind of relationship went on for like the next 4 years sampai sy habis degree dan we moved in together. Along the way, sy baik dengan keluarga dia. Atas dasar itu, kami tinggal bersama. Still tiada cinta, cuma sayang. Tapi, sy sungguh, cintakan dia walaupun pada dia itu takde makna pun. Katanya, hubungan yang ada cinta tu salah. OK, fine. Nak berkawan katanya. Sy ni "keluarga" dia katanya.

We stayed together for the next few years. Dan sepanjang masa itu, basically semua duit sy dia yang pegang. I owned nothing. Sebab cinta kan. Dia agak demanding in terms of kebendaan sampai la satu tahap, dia nak rumah. Ok, sy beli rumah. Walaupun loan nama sy, tapi sebab katanya dia nak, maka letak la nama dia kat tittle rumah. Cinta buta kan. 

Bertahun macam tu, sampai la satu masa, I said enough is enough. So I left her for good. 

The same thing happened to my closed friend. Tiba2 partner dia kata nak berubah tapi nak stay as best friend. Sebab cinta dan sayang, she said yes. Yela, tiba2 je partner tu cakap macam tu without notice pula. Lepas so-called breakup tu, my friend still teman pergi lunch almost everyday, still bawa dia pergi ke mana2 dia nak pergi, still around bila ada family function, etc. Basically my friend sentiasa ada untuk ex dia tu. Best friend la katakan. Tapi setiap kali pun dia telan sendiri. Nak kata menangis tu, jangan cerita la. Hidup dia tunggang langgang. Tapi semua kena telan sendiri terutamanya bila ex tu kata, kenapa nak menentang, this is for a greater good. Kita patut bersyukur sebab kita dah berada di jalan yang benar dan kita masih boleh jadi kawan baik. 

Amboi sedap mulut cik kak tu. 

Sy cuma boleh dengar dan pujuk jela dia setiap kali dia mengadu. Kasihan tu jangan cerita la. Dah la bila dia decided utk bersama dengan partner dia tu (years ago), dia memang kena buang dengan kawan2 dia yang lain (long story). Maksudnya memang susah masa diorang nak bersama dulu. Lepas tu sekelip mata jadi macam ni. 

But luckily, the ex kena transfer kerja kat New York. Maka semuanya terputus kat situ. Tapi kadang2 bila my friend ada kerja area US, sanggup dia naik flight pergi ke NY untuk jumpa ex dia. "as a friend". Nasib baik la jauh ke US, kalau ex dia masih kat Malaysia, tak tau la macam mana. So my friend is recovering well. Kerja dia getting better, hidup dia pun happier now. Dulu, sejak ex dia minta putus dan stay as friend, hampir setahun lebih hidup dia merana. 

For me, personally, bila someone tu minta breakup, atas sebab apa sekalipun (untuk yang lebih baik atau pun tidak), dia tidak ada hak untuk minta apa2 yang lainnya. Minta stay as friend ke, minta jangan lost contact ke, minta supaya yang ditinggalkan itu hidup dengan baik ke, minta jangan marah dia ke, minta jangan buang dia dari hidup dia ke, atau minta apa2 sahaja, walau sekecil mana pun. You have no right at all. Tapi yang ditinggalkan tu takde la hak untuk buat apa2 yang melanggar undang2 pula, macam upah orang untuk stalk dan cederakan ex tu ke. 

Maksudnya, dah la minta breakup, lepas tu minta orang tu jangan marah pula. Amboi, banyak cantik. Dah awak tinggalkan dia, suka hati dia la nak marah ke, nak delete your phone number ke, nak bakar semua surat cinta awak dulu2 tu ke. 

Orang2 yang meninggalkan dan meminta semua ni bagi sy adalah orang yang paling selfish sekali. Fikir hal dia je. Buat alasan, for a greater good, lepas tu anggap diri tu betul saja. Isk!

Ok tu je. Emosi kita dibuatnya tau! Jahat ni orang2 yang macam ni. Nak breakup, you just walk away for good.

Monday, 9 March 2015

pumpkin, i miss you so much.

Tapi I kasihan u, sepanjang minggu lepas u selalu tidur lambat sebab tunggu I balik kerja dan layan I mengaruk walaupun u busy. Dan minggu ni, I busy pula dan u pun sambung busy.

Tapi I rindu u banyak ni. haihhhhh...

Sunday, 22 February 2015

you were right sayang. I dah siap buat kerja, dah mandi etc. pastu ni rindu u ni cemana ni? ni dah 4 hari bercinta dengan u, then esok nak kerja ni cemana ni?

ok, i nak meratap rindukan u atas katil pula. semua ni salah u kan.

Thursday, 19 February 2015

hahaha...i baru baca blog u...ingat tak petang tadi i ternyanyi salah lirik. lagu yang betulnya tajuk honey bee..sama dengan tajuk lagu kat blog u...ni video nya:

funny...yea, we both are funny...we are so different, yet so similar... :)


Tuesday, 20 January 2015

Sunday, 4 January 2015

Sy ada adik lelaki, beza 9 tahun. Masa kecik2 dulu, bila malam abah dan mak kerja, sy selalu tidurkan adik awal sebab malas nak layan dia main. Jadi setiap malam juga sy kena bacakan bedtime stories. Selalunya reka sendiri je.

Sekarang ni, hampir setiap weekend kekasih akan bacakam bedtime stories waktu nap sy. Hari ni kekasih pergi mandi laut. Awal dia mengantuk. Sebab dia kelindan juga dan tak nak off skype, dia suruh sy bacakan bedtime stories. Satu cerita pun tak ingat dalam kepala. Cuma ada satu cerita je, kisah monyet yang tidak baik, kura2 dan pokok pisang. Kekasih dah pejam mata, tapi bila habis je cerita tu, kekasih macam belum lena sangat. Jadi sy pun try la bersungguh reka satu cerita lagi;

"Pada suatu hari, ada seekor semut. Dia jalan, jalan, jalan, terserempak dengan seekor tenggiling. Lepas tu tenggiling tu makan semut tu."

Sampai situ je mampu reka cerita tu. Kekasih tiba2 celik mata dan sama2 la gelak sungguh2.

Akhirnya kekasih tidur juga. Tapi kelakar betul. Skill reka cerita memang dah tak ada.

Btw, genap 7 bulan yang lepas, waktu ni sy dalam flight balik malaysia. Lamanya tak jumoa kekasih. Kali ni akan jadi yang paling lama, mungkin hampir setahun baru jumpa kekasih semula. Dan tahun 2015 ni akan jadi tahun ketiga kami ldr. Aiiiii....lamanya...

posted from Bloggeroid

Wednesday, 31 December 2014

Last working day for 2014.

Hari hujan. Lebat pula tu. Malam ni mesti bunga api basah semuanya. Hahaha...nak gelakkan sebab diri sendiri tak dapat tengok bunga api malam ni, kalau ada. Jeles tahu.

Another year passed by. Cukup semua rasa untuk tahun ini. Paling gembira dan bahagia, juga ada paling sedih dan kecewa. Harapannya tahun depan lebih baik dan baik2 sahaja. Tapi yang pasti we're a year closer to end this LDR for good.