cuma kadangkala.
kadang2 bila terlalu letih dan tertekan dengan kerja, terlintas, cuma mahu bersandar di bahu dia untuk melepas lelah. sebentar sahaja.
kadang2 bila pulang dari ofis, terlintas, cuma mahu lihat wajahnya sekilas bila tiba di rumah. atau lihat dia tunggu di porch rumah.
kadang2 masih juga memanggil namanya bila di rumah. bila sedang memasak tapi terlupa satu bahan, masih panggil namanya minta ke kedai. tapi tiada yang menyahut. tahu benar dalam hati dia tiada, cuma mahu melepaskan rasa ingin menyebut namanya.
kadang2 bila sedang lena, tersedar dan masih meraba2 dalam gelap cari dia. cuma boleh tersenyum bila cuma ada ruang kosong di sebelah.
kadang2 bila ada sesuatu, terlintas, kalau dia ada, pasti dia buat begini, pasti dia cakap begitu.
kadang2 rasa sebak di dada, bila lihat pakaiannya terlipat kemas dalam almari.
tapi cuma kadangkala sahaja. selebihnya, saya okay.

No comments:
Post a Comment