And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 14 March 2013

sejak semalam patutnya buat satu special project ni, tapi sebab client tak ready, then menganggur ajelah dulu. bila berada di ofis sendiri ni, berpeluang la jumpa para auditor sekalian dan juga batch mate yang tinggal berapa ketul aje. my batch was the biggest intake masa tu. ada around 100 lebih. dan yang masuk department sy ni pun agak ramai.

sekarang dalam department ni, cuma tinggal sy dan hui xian sahaja. kat department lain pun cuma sorang dua je tinggal. semalam lunch dengan hui xian, borak2 la pasal masa depan dan hal kerja juga. sorang batchmate, kenneth, baru je pindah department. he's no longer an auditor. sekarang ni department dia tu buat design2 untuk report yang akan di publishkan untuk public dan client. hurrmmm...dia memang suka pun design2 ni. but he was also such a damn good auditor.

then berbalik la kami bercerita apa sebenarnya yang kami nak jadi. sebab hui xian pun dah macam tak nak jadi auditor. sebenarnya auditing ni cuma stepping stone aje untuk semua orang. biasanya semua fresh grad cuma nak jadi auditor untuk dapatkan qualification aje. so far tak pernah la dengar new joiner yang baru jadi auditor cakap memang nak kerja ni sampai bersara, kecuali dia adalah sangat poyo. sy tanya hui xian, apa dia nak jadi. dia kata, dia nak mengajar. macam kat kolej ke kat uni ke. oh well, at least dia dah tahu apa dia nak buat.

sy.....ermmm...sy pun tak tau apa sy nak jadi. tapi i just can't imagine doing 9 to 5 job every single day dan buat closing account every month. i've tried to be a banker, and i dun like it. sekarang ni takde idea lagi nak jadi apa. jadi florist pun kedengaran macam best. tapi, terpaksa la buat reality check, dengan financial commitment yang banyak, mampu ke dengan kerja sebagai florist je?

then i asked my boss, dia tak nak kerja lain ke? then dia pun bagi jawapan yang sama. dia pun tak tau nak kerja apa dan nak jadi apa. sy pun pernah tanya boss paling besar, partner lah, dia pun bagi jawapan yang sama. dia kata, dia tak boleh imagine buat desk job, routine, dan bounded dengan banyak benda. then dia kata dia still happy dengan kerja dia, at least keep food on the table. bila kerja sangat busy dan teruk, kekasih selalu cakap, sy tak nak cari kerja lain ke? the thing is sayang, i tak tau i nak jadi apa. so until then, status quo jela.

so sayang, sila bagi i suggestion i nak jadi apa, selain jadi full time kekasih u la...


No comments: