Dinner tu okay lagi, sebab cuma perlu mingle dengan colleagues sahaja. Tapi Ahad pagi tu bila jadi bridesmaid, kena la behave dan senyum sepanjang hari dan dikelilingi oleh orang2 yang tak dikenali. Maka, balik dari aktiviti sosial tu, terus tido sampai malam. Dan sampai ke hari ni masih rasa letih sangat dan rasa malas untuk bercakap atau ada apa2 interaksi dengan orang lain.
Tapi hari ni my kids start kerja lepas berminggu study leave. Sy excited, tapi dalam masa yang sama, sy tak nak bercakap dengan orang. Tapi sebab diorang dah lama tak jumpa sy, maka terpaksa juga la layan diorang bersembang. Maka, macam dah overused semua benda dalam diri.
Dalam masa yang sama, Along mengadu hal. Panjang sungguh text2 dia, tapi satu apa pun sy tak balas. Maka dia pun merajuk juga sebab katanya sy ignore dia dan seolah2 sy tak setuju dengan apa dia kata.
Ada juga la hal2 keluarga yang sy dah malas nak ambil peduli, dan seperti biasa sy dilabel ignorant. Hey, sometime ignorance is a bliss. Dulik ah!
Ni boss ajak join birthday celebration ada orang HR esok. Yela, patutnya sy kena join. Untuk networking. Tapi.....tapi.....I just don't feel like putting on another "professional" smile right now.
Sighhhhhh....
Jadi dewasa ni susah betul.

No comments:
Post a Comment