And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 8 November 2012

bangun pagi tadi sungguh la cranky sebab tak cukup tido. malam tadi sampai rumah dari ofis dekat pukul 9, dinner then layan korea, tengok TOP dalam Family Outing, berangan sambil tersengeh. tak sedar dah pukul 12 lebih. baru terkedek2 nak cuci mekap dan mandi walaupun hati meronta2 nak tengok TOP lagi. paksa juga diri untuk tido.

pukul 4.46am, sharp kekasih text kejut bangun untuk bootcamp. tapi baru terasa mengantuk ya amat dan letih juga. penat drive kelmarin tak hilang lagi. sempat baca dan terlelap terus. lantak lah boot camp tu. pukul 7am, alarm bunyi bersama text dari kekasih lagi. celik mata dengan rasa yang sangat marah dan rasa nak berguling2 bengang dengan diri sendiri yang tak cukup tido. jadah melayan TOP sampai tak cukup tido. kekasih text lagi, sy baca dan tak reply. bangun dan mandi. drive ke ofis, masih lagi cranky. sampai ofis terus buat coffee, sweet, creamy and strong. lepas beberapa sip, terus mood okay. ajaib bukan..hahaha..

terus text kekasih. kekasih cakap dia tahu sy cranky, dan dia cakap, dalam tempoh 3 bulan bersama, tidur bersama, dia dah tak terkira berapa kali sy merengek2 bangun tido. tak kira la malam ke, pagi ke, petang ke...sy cuma mampu gelak aje. dulu masa kekasih ada, dia memang rajin melayan dan memujuk bila sy bangun tido. hehehe, i mengada2 dengan u aje sayang....sebab u aje la yang larat melayan i.

then chat dengan orked, dan berangan pasal wedding dress. ye, sy ni suka macam2 dan bukan2. dulu pernah orang tanya sy, tak teringin ke nak kahwin. i said, of course. part yang paling sy suka adalah the preparation of the wedding, cari wedding dress, wedding cake, katering, pelamin, menu makan kenduri, decoration, card, dan yang paling penting reception. jemput kawan2 dan sedara mara makan2. and that's all about it. itu sahaja yang sy nak. bukan kehidupan selepas kahwin ke, suami ke, ape ke. hehehe...pendek kata, sy suka shopping dan makan2, itu je.

so nanti bila2 senang, nak pergi usha dan test wedding dress dengan orked. sy cakap dengan orked, kita kena buat muka confident dan muka macam we are getting married for real. keh keh keh...

Wednesday, 7 November 2012

Alhamdulillah...semuanya ok. Along takde cedera yang serius, cuma berjahit kat dahi dan lutut dia. dia sedar tapi tak boleh bercakap sangat dan mata pun tak boleh buka sangat sebab muka dia bengkak. dan kadang2 sakit dada bila tarik nafas, mungkin terhentak.

masa tunggu waktu melawat, lepak kat lobi dengan mak dan angah. sy tahu mereka semua agak risau dan susah hati. tapi masing2 hanya gelak2 dengan lawak2 entah apa2 masing2. bila jumpa along, rasa cuma mampu telan air liur bila rasa semuanya tersekat kat dada. tapi semuanya ok, abang dan kakak mak juga datang sekali. pukul 2, habis waktu melawat, terus drive balik, singgah kluang hantar angah. sepanjang perjalanan dengan angah, sy cuba menceriakan dia. bercerita la, menyanyi la, buat lawak la. tapi sampai kluang, ade eksiden motor pula kat traffic light kat bandar. lepas aje eksiden tu, angah cakap, "sedangkan tengok orang lain eksiden pun macam remuk hati, ni pula abang sendiri". sy terdiam, tak tau dah nak cakap apa. sampai rumah dia, rehat kejap, then terus drive balik KL.

letihnya memang tak terkata. letih yang sampai rasa nak menangis, tapi sy tahu itu bukan pilihan sebab bila menangis, bukan menyelesaikan masalah letih tu dan juga hanya akan jadi lagi letih.

kelmarin, bila sy dapat khabar along tu, Fan tanya sama ada sy ok, sy senyum dan cakap sy ok. fan cuma angguk2 sahaja. then Fan cakap, perlukan kekasih kan di saat2 macam ni? sy senyum dan tanya, untuk apa? "untuk at least pegang tangan u?" sy senyum lagi dan jawab, takpe fan, i boleh pegang tangan i sendiri.

kedengaran angkuh kan, seperti takde hati perasaan. but hey, sy seboleh2nya dan sedaya upaya sentiasa mengingatkan diri untuk berpijak pada dunia yang nyata. kekasih memang takde di sisi, mengapa perlu wujudkan khayalan ataupun impian yang dia ada secara fizikalnya? benda yang dah memang nyata, so deal with it.

semalam bila sy bagitau kekasih yang sy sangat letih untuk drive semula ke KL, and she said sorry.

hey sayang......

ini adalah keputusan kita bersama. i rasa kita tak decide benda ni dalam satu hari kan. kita dah figure out semua kemungkinan yang akan berlaku, dan kita juga patut dah ready dengan ketiadaan satu sama lain secara fizikal dalam apa jua hal. bila u say sorry tu, i rasa macam u tak menerima situasi kita sekarang ni. adakah kerana u rasa bersalah atau u menyesal dengan situasi ni? u rasa hopeless? atau apa2 jualah.

sayang, ini keadaan kita sekarang, bercinta dan berjauhan. tiada siapa pun yang salah, so jangan rasa bersalah, jangan sekali2 rasa itu jika u tak boleh pegang tangan i atau bahu u tiada ketika i menangis. kita dah settle dah hal ni, sebelum kita decide untuk bersama. percaya dengan i, i boleh jaga diri i dengan baik. dan i juga percaya u akan jaga diri u baik2 kan.

janji kita, untuk tidak risau akan each other so much kan....dan juga akan bgtau walau apa pun. I okay, sayang...u pun kena okay juga. kalau i tak okay, u pun jangan la tak okay sebab i tak okay, okay? hahhaah...faham ke tak ni sayang?

love you sayang. bertabahlah dengan semua ni, sebab i pun sedang bertabah... sayang, aja!!!!! *ye, i akan bertabah untuk tiff setting i*

Tuesday, 6 November 2012

Semalam macam2 jadi. Pagi tu dapat khabar dari mak, adik bungsu suspek kena batuk kering, terus call kakak, dia ada kat hospital, husbandnya masuk wad sebab crack disc. Adik sebenarnya tengah belajar kat semenyih, dan rupa2nya dah dekat seminggu dia balik rumah mak sebab demam dan batuk tak kebah2. Sy tak tau dan tidak diberitahu. Mungkin sebab apa yang sy cakap pada adik waktu sy hantar dia pulang ke asramanya raya haji lepas. Ye, waktu tu dia cakap dan buat something yang buat sy sangat marah. Sangat. Dan sy cakap something yang agak harsh kat dia ketika itu. Mungkin sebab itu.

Bila dengar apa mak cakap, tiba2 rasa sangat bersalah dan automatik teringat pesan abah supaya jaga busu. Terus rasa loya, sick dengan perbuatan sendiri, lari ke toilet dan muntah.

Tak rasa lega pun. Cuba bertenang dan distract dengan berborak la, main game la etc. Menjelang petang, sy rasa ok semula.

Pukul 7 lebih, sy dah nak pack untuk pulang, sherin dan fan ajak smoke kejap. Waktu smoking, adik call dan bgtau abang sy accident. Balik kerja, naik motor dan kena langgar lori. Terus call kakak, tak berani nak call mak, kakak kata dia dah tau dan dah call kakak ipar, diorang semua otw ke hospital. Kakak ipar kata mak cuma tahu along eksiden, pasal lori tu memang tak nak bgtau mak dulu.

Luluh jantung dengar. Terus pack dan balik rumah. Badan tiba2 rasa seram sejuk. Otw balik rumah, tiba2 ade lori kontena kat depan laju betul dan tiba2 brek mengejut. Seriously terkejut dan tiba2 menangis pula..aiii cengeng betul sy.

Sampai rumah, terus pack baju dan mandi. Hati tetap tak tenang. Then i put on make up. Distraction. Makan sikit, dan terus drive. Waktu drive kakak call katanya dia call henfon along dan polis yang angkat, katanya masih dalam ambulans, cedera kat kepala dan kaki. Kemudian dia call lagi katanya kakak ipar dapat tengok kejap kat emergency, katanya darah keluar dari mulut dan hidung. Tarik nafas dalam2 dan cuba bertenang.

Malam tadi pukul 10.30pm baru gerak dari rumah. Malam gelap gelita. Dan sampai area johor tak ada kereta pun. Yang banyak cuma lori2 besar sahaja. Kalau pandang rear atau side mirror memang tak nampak apa2. Ye, pertama kali sy rasa takut. Rasa sangat penat dan letih juga. Sampai satu tahap rasa nak give up drive. Tapi apalah pilihan ketika tu, takkan nak stop tepi jalan dan tidur? Gile? Cakap dengan diri sendiri, don't be a baby la..jangan nak mengada2 sangat. Kene tabah. So drive sampai ke rumah kakak kat kluang non stop.

Asalnya plan untuk singgah ambil kakak dan terus ke hospital di jb, tapi ketika tu pukul 1 pagi, dan along pun dah transfer ke wad. Esok aje katanya pergi ke hospital.

Pagi tadi, pagi2 lagi kakak dah keluar ke hospital kluang untuk uruskan husband dia, dan sy bangun awal juga siapkan anak2 nya ke sekolah. Siap hantar budak2 ke sekolah, kakak tiba rumah, siap dan terus drive ke jb.

Sekarang kat lobi hospital, tunggu waktu melawat pukul 12 nanti ni.

posted from Bloggeroid

Friday, 2 November 2012

mungkin sy cuma tak cukup rehat dan overrun badan sy. dan tidak cukup tidur juga. tak boleh berfikir dengan sempurna apatah lagi membuat keputusan. esok pagi another boot camp session. sy cuma perlu tidur awal dan berehat weekend ni, dan maybe semuanya akan jadi ok. bertabahlah, isma!!

owh..hari ni, genap 4 bulan dari first "hello" sy pada kekasih. :)
A very quick one. Sayang, i dah sampai rumah. I nak minta maaf dengan u pasal petang tadi. I macam emo. Sorry kalau buat u rasa tak best atau apa2 saja lah. I cuma rindu u je. No, i belum penat untuk rasa rindu kat u neither untuk give up. Maaf ye sayang. I dah ok, dan tak perlukan laut dah. Semoga u dah sihat esok/hari ni bila u bangun tido. Semoga meeting u dengan advisor u juga smooth nanti. Bila free kita borak pasal karaoke i tadi ye. Sayang u. Gud nite love.

posted from Bloggeroid

Thursday, 1 November 2012

sy rasa sy perlukan laut dalam masa terdekat ni. hari ni tak mungkin lah. sabtu mungkin?

Wednesday, 31 October 2012

full impact bootcamp semalam baru terasa bila bangun tido pagi tadi. rasa macam cramp satu badan dan macam tak boleh bergerak. alarm bunyi bersama text dari sayang kejut sy bangun, tapi macam tak boleh bergerak pun. sambung tido another 10 minutes then paksa diri bangun juga untuk mandi dan bersiap.

semalam pagi dah bootcamp, then sangkut jem kat jalan tun razak, dekat 2 jam baru sampai ofis then malamnya duk menjerit2 jadi pom pom girl team futsal department sy pula. balik semalam memang flat habis. hari ni, upper abs cramp habis, tak boleh gelak ataupun batuk. sangat sakit. tapi kekasih ni.....setiap text dari dia mesti buat sy gelak. walaupun dia berusaha untuk jadi serius...ellleeeehhhh...ye ke u berusaha, sayang?

btw, semalam browse fb sy dan jumpa satu notes yg sy tulis somewhere back in February 2010. masa tu rasanya sy tengah sangat sibuk dengan audit. tajuknya, 6 principles of life, sy rasa sy baca somewhere, then sy share dengan kawan2 auditor sy yang bekerja siang malam membanting mata, otak dan jari:


1. No point using limited life to chase unlimited money
2. No point earning so much money you cannot live to spend it.
3. Money is not yours until you spend it.
4. When you are young, you use your health to chase your wealth;when you are old, you use your wealth to buy back your health. Difference is that, it is too late.
5. How happy a man is, is not how much he has but how little he needs.
6. No point working so hard to provide for the people you have no time to spend with.

waktu ni rasanya sy dah berminggu tak bercakap dengan Sara walaupun kami duduk bersama, tidur sekatil. sebab sy terlalu sibuk. dan juga ketika itu sy kecewa dengan diri sendiri sebab sy terlupa kenduri kahwin kawan baik sy sendiri yang rumahnya kurang 10 minit dari rumah sy. well, sampai sekarang sy rasa bersalah pada dia. rasanya kenduri dia hari ahad. pagi ahad tu seperti biasa sy bersiap2 dan pergi ofis tapi terasa macam ada yang tak kena. sampai ofis, buat kerja, then pukul 8 lebih malam tu baru sy teringat kenduri tu. shit..masa tu sy kat ofis lagi. nak text kawan sy tu terasa macam malu sendiri. esoknya baru sy berani call dia dan minta maaf. dan few months later, sy ambil career break 4 bulan untuk spend masa dengan Sara dan catch up balik dengan kawan2 dan family.

sy selalu percaya semua yang berlaku pasti ada sebab. dan sy jarang sekali menyesal atas apa sahaja perbuatan dan keputusan sy. sebab bila2 sy nak buat sesuatu keputusan yang besar, sy sentiasa cakap dengan diri sendiri, "this is what i want, what ever happen, jangan menyesal". macam2 jadi bila sy ada banyak masa. sy jumpa orang baru, sy break up dengan sara. sy juga berjaya pindah kerja untuk try something else selain audit.

dan sekarang, sy nak kembali semula menjadi auditor selepas setahun tinggalkan kerja tu. batchmates sy rata2 sekarang ni dah jadi Asst. Manager, by right, sy patutnya seiring dengan diorang. tapi sebab sy tinggalkan kerja tu setahun dah, dan kerja sy selama setahun ni tak relevan dengan audit, maka sy kembali dengan position lama sy. tapi bosses dan HR baik, revised gaji. so sy ok.

bila sy cakap dengan kekasih pasal hal ni, sayang cakap jangan mengeluh. setahun sy tak buat audit, sy ada banyak masa update blog dan baca blog orang lain, termasuklah blog kekasih. and that's how i met her. that's how sy kenal cinta hati hidup sy. itu adalah priceless. pay cut, position dan apa2 sahaja lah, is nothing compared to apa yang sy ada dalam hidup dan hati sy sekarang. jadi sy tidak menyesal.

pagi tadi masa buat coffee, borak2 dengan colleague, tse khim, dan dia tanya. so what u want to do after audit? terdiam sy sekejap nak menjawab soalan tu. entah la..sy tak tau. takde perancangan apakah kerja sy nak buat selepas tu. tengok lah...akan datang.