And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 16 February 2013

siang tadi macam ada benda nak tulis untuk sayang, tapi ni dah lupa pula. dah lama tak betul2 menulis kat sini. sangat sibuk dengan kerja. tadi bila kekasih cakap, dia akan buka blog ni setiap hari walau pun dia tahu sy tak update apa2, buat sy rasa, sy perlu tulis sesuatu. eh sayang, u tau tak i buka blog u entah berapa kali dalam sehari?

sekarang terlalu sibuk. tapi malam ni dah rasa sangat letih. tengah basuh kain, sambil tunggu kain siap, marilah tulis sesuatu. ahad minggu lepas, terbanglah ke Delhi. one of my worst flight. duduk sebelah lelaki yang agak berusia dan minum tanpa henti. lepas tu dia macam mabuk sikit dan mula macam nak tersentuh2 sy. flight petang, sampai Delhi pukul 10pm local time, around 12 lebih kat sini. tengah penghujung musim sejuk kat sana, so suhu around 14-15..kebas2 juga la tangan kesejukan.

kat sana, kerja non-stop juga seperti kat sini. sebab susah nak dapat makanan halal, so all the time makan veggie ataupun seafood. yucks!! i mean for the veggie. tapi tak sempat ke mana2 atau buat apa2 pun selain kerja. lunch pun selalu pack aje sandwich atau pizza kat kiosk bawah ofis dan makan depan laptop. dinner pula, panggil room service je hantar makanan kat bilik dan makan sambil buat kerja juga. flight balik malaysia, on the 14th night. flight tengah malam, so berdoa lah sy supaya dapat tido dalam flight. punah harapan nak tido sebab ade budak kecik menangis sepanjang perjalanan.

sampai klia, pukul 7 lebih, amik cab terus balik rumah. tak sempat duduk pun, terus mandi, siap2 dan pergi ofis. kerja macam nak gila. dan malam tu balik dari ofis dekat pukul 11, and it's not over yet. balik rumah, mandi dan terus buat kerja sampai pukul 4 pagi. fuhhhhhh....lepas 44 jam baru boleh tido semula.

pagi tadi, bangun pukul 10 lebih. terus cari kekasih. dia dah ready dengan stock bed time stories dia. tapi tak sempat bual lama, sebab sy kena rush pergi ofis semula. tapi dia sempat ceritakan satu yang paling pendek. thanks sayang...hilang semua lelah dapat dengar bed time stories u. so, pergi ofis, kerja, dan balik sampai rumah pukul 8 lebih tadi. berbual dengan kekasih, bercinta sekejap, dan ni lah baru dapat masa nak menulis something else other than work related. penat dah..letih....

Wednesday, 13 February 2013

dia cakap;
"Kalau ada sesiapa cakap anak kita mata sepet, I marah dia sebab kutuk gf I.
Kalau dia puji lesung pipit anak kita, I marah juga dia sebab ngurat gf I."

dia tak sedar, tadi dia cerita, dia jumpa baby, chubby, tapi katanya muka baby tu leper. (-.-")


Monday, 11 February 2013

i don't want to be here!

jauh dari semua benda yang keep me comfort. jauh dari besties. jauh dari semua yang familiar. ye, baru sehari. tapi sy dah tak suka! makan tak sedap! tapi maybe sebab hal kerja. banyak sangat nak kena siapkan dalam masa sehari dua. KL cuti, make it worse sebab takde siapa in the team kerja untuk hantar dokumen, check facts, semua la. terkapai2 semuanya kat sini. helpless... :(

Sunday, 3 February 2013

hari ni protes tak nak masuk ofis, setelah pergi ofis setiap hari for weeks. tapi masih kena bekerja dari rumah. sekarang terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sangat ridiculous. kalau betul boleh siap, memang boleh rasa diri adalah super human. tapi sy tahu semua ni akan siap on time juga, macam mana? sy tak tahu.

sebab kena bekerja dari rumah dan akan duduk mengadap kerja for hours, tadi keluar lunch dan terus membeli sebuah kerusi untuk bekerja. selalunya kalau work from home, secara free style je, atas sofa, atas lantai, juga sambil tergolek2 atas katil..boleh je bekerja. tapi sekarang keadaan adalah serius, dan perlu dapat mood dan suasana bekerja seperti dalam ofis supaya rasa getar stress tu selari. jadi perlu kerusi yang macam kerusi kat ofis, ada arm rest, adjustable, boleh incline, dan cukup besar untuk free style bersila atas kerusi seperti di ofis juga. quite pricey juga, tapi takpe, investment. maka bulan ni tertangguh la plan nak beli polaroid camera. *ni camera menggedik aje*

minggu depan, dapat arahan dari boss kena ke Delhi lagi, seminggu. kerja kat sini berlambak2 tak siap2 lagi, dah kena lari ke sana buat kerja kat sana pula. sebab raya cina kan, dan team pula majority chinese, so mengalah la supaya mereka dapat beraya dengan tenang. tiket flight dah ada, tinggal tunggu visa siap aje. aiiii...seminggu kat sana memang makan semua berempah dan berkari la, confirm touch down kat KL balik terus cari nasik lemak. tapi rindu juga nak makan roti puree yang sangat sedap kat sana. semoga tercapai hasrat.

Alhamdulillah sepanjang busy ni, walaupun setiap hari balik kerja 1-2 pagi, kesihatan semuanya ok je. cuma sekarang cuaca panas, so kering sikit la. sy dan kekasih juga ok, dia pun sihat je. cuma dia busy sikit dua tiga hari ni, dan akan terus busy hari2 seterusnya. takpe sayang, kita berusaha sama2 ya. kekasih tadi text, katanya nak nap sekejap. tapi dah lama benar ni napnya. esok dia kena pergi ofis awal, ada kelas katanya pagi esok. tapi ni dah nap lama, kang malam nanti tak boleh tidur, esok kang bangun lambat. haih la pujaan hati sy tu.......

owh, sayang...tadi i pergi kedai runcit u tu. buah pear takde juga. so i beli pisang. pepetang nanti i nak buat banana pancake. atau nama lainnya, lempeng pisang...hehehe...sayang, bangun la...lama dah i terbiar sendiri ni...bangun nanti, cari i ya...love u!

*110 days and counting...




Tuesday, 29 January 2013

that feeling...

so fucked up! consolidating account which not a single shit has been done in each subsi. and so it's boss's call.. to sacrifice me rather than pushing the whole team to finish their shit. got me to the deepest shithole to make other people's work easier. to push me right to the edge.

that feeling...that this shouldnt be this hard. but it has became really hard, unimaginable. hopeless, helpless.

Monday, 28 January 2013

kekasih tercinta...

dah kat rumah. feel much better lepas shopping tadi. hehehe..tapi i takde la beli entah apa2. semua according to the list. i beli sehelai dress hitam, bunga2 kecil warna pink lembut. beli krim rambut, dah naik harga lagi. mencik betul. dulu rasanya dalam RM25-27 je. sekarang dah jadi RM40. tak guneee...i sampai kat kedai tu, auntie tu terus tibai cakap cina dengan i. tengok i terkulat2, baru dia tanya sama ada i chinese or malay. aiii...obvious kot warna kulit i kulit melayu. lepas tu, seperti biasa dia menggoda i jadi member. katanya, lepas ni boleh beli krim tu dengan harga RM30 aje. tapi membership tu kene bayar one time RM18. ok, i tergoda sebab katanya sanggul rambut i cantik..hehehe...

owh, then i beli luggage bag, yang cabin size. motif? sebab i takde luggage bag cabin size..hehe..valid? lepas tu hantar semua masuk kete dulu, then sambung. i berjaya beli moisturizer and cleanser i, akhirnya.  i beli udang dan leeks kat supermarket, kekonon nak menumis kejap ni. tengok lah mood. buah pear takde. entah apa2 la, buah pear pun takde. mencik! i dinner kat situ je, mee goreng n teh ais. sedap...dinner i ditemani dengan panggilan telefon dari yee san, discuss pasal impairment testing. aaaiii...

then i terus balik rumah, sambung keje, dan ni berehat sebentar. ok sayang, itu sahaja laporan i. esok nak pakai dress baru sebab nak kena amik gambar untuk visa i. hehe..alasan kan....nanti i hantar gambar i pakai dress baru kat u.

semoga sayang tido lena malam ni dan berjaya bangun awal esok pagi. takpe kalau sayang busy esok. buat lah kerja dan apa2 yang patut, kalau free kita gossip macam biasa, kalau tak free, nanti2 pun boleh. I faham, rutin kita akan berubah nanti, tapi takpe, kita adjust sama2 ye. love you sayang....



100+ days to go...

Saturday, 26 January 2013

cuma kadangkala.

kadang2 bila terlalu letih dan tertekan dengan kerja, terlintas, cuma mahu bersandar di bahu dia untuk melepas lelah. sebentar sahaja.

kadang2 bila pulang dari ofis, terlintas, cuma mahu lihat wajahnya sekilas bila tiba di rumah. atau lihat dia tunggu di porch rumah.

kadang2 masih juga memanggil namanya bila di rumah. bila sedang memasak tapi terlupa satu bahan, masih panggil namanya minta ke kedai. tapi tiada yang menyahut. tahu benar dalam hati dia tiada, cuma mahu melepaskan rasa ingin menyebut namanya.

kadang2 bila sedang lena, tersedar dan masih meraba2 dalam gelap cari dia. cuma boleh tersenyum bila cuma ada ruang kosong di sebelah.

kadang2 bila ada sesuatu, terlintas, kalau dia ada, pasti dia buat begini, pasti dia cakap begitu.

kadang2 rasa sebak di dada, bila lihat pakaiannya terlipat kemas dalam almari.

tapi cuma kadangkala sahaja. selebihnya, saya okay.