And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 2 April 2013

setelah bersabar dan bertahan entah berapa lama dah, finally i can say;

"sayang, i'll see you next month"

:)

Wednesday, 27 March 2013

I'm soooo tired....

16 set akaun with different nature of business and country to be done. Tapi sy dah sangat sangat sangat sangat letih. Mata sangat letih. Badan sangat letih. Semuanya lah...ambil masa nak adjust sebab bekerja di environment yang lain. Kalau boleh, sy nak angkut semua akaun ni dan client2 sekali duduk kat team sy. I miss my workstation, my comfort zone.

Rasanya kalau sy nak tukar kerjaya, mungkin sy suka untuk bagi short course on accounting. Basic accounting la. Jadi trainer. Atau mungkin sy nak jadi travel agent. Atau juga seorang barista dan belajar buat corak2 cute kat coffee. Sebab setiap kali sy dapat coffee sy dengan gambar2 cute, it made my day. Sy suka buat orang happy....

Tapi yang pastinya sy tidak mahu tidak bekerja. Walaupun ada yang menanggung. Rasa macam insan yang tidak berguna dan tiada masa depan je kalau tak kerja.

Owh sayang, bulan malam ni sangat lah cantik. Besar dan bulat. Mesti ketam gemuk2 kat pasar dan belangkas banyak kat muara tengah 'ehem ehem'. Semalam i cakap i akan busy and tak sempat nak update blog ni, tapi i rasa otak i dah tepu sangat dengan kerja. Sampai rasa numb. Owh satu lagi. Tadi kan i cakap i tak jumpa earphone i. I dah jumpa dah. Kat poket dalam handbag i. Cisss...pandai betul earphone tu menyorok. Rasa nak lempang je. Seharian i terpaksa dengar team tu kena bebel dengan boss diorg sebab takde earphone.

Ok baby..i nak bobok dah. Owh, i jatuh cinta juga kat sayang tadi..macam biasa.. :)

Selamat malam sayang. Sila bercinta dengan i sambil tengok bulan dan minum coffee bila kita jumpa nanti. Love u!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 26 March 2013

ok sayang...nak update sebab start esok, i kena kerja keras dan memang akan keras bertapa kat ofis tak reti nak balik rumah. tadi sebelum balik sempat discuss dengan Senior Manager job i skang ni, bincang pasal job scope and expectation dia pada i. seperti biasalah, expectation itu seumpamanya i adalah super human yang tak perlu tido dan makan. anyway, sebab katanya semalam i cuti, dia try nak nego dengan choon ling untuk i redeem balik satu hari tu dengan hari isnin depan. aiiii...seboleh2nya dia nak extend booking i kat job ni. well, looking at the bright side, client ni ada coffee machine yang awesome yang boleh menghasilkan kopi yang sedap. moreover, sebab this is just one man show job, dia cakap, i charge je hour i bape i nak charge (more comp time convertible to more CUTI)..hehehe..which means, more time i can spend with you.

I foresee, kalau choon ling terpaksa juga say yes, then weekend ni pun i kena kerja juga lah. takpe2....tengoklah dulu nanti macam mana.

anyway, thanks sayang untuk calla lilies ni. i dah brag dengan chen mun. dia tengah cuti, tapi bila i borak dengan dia on the phone, menjerit2 dia menyumpah i. hahahha...tadi masa i nak packing balik, dia call dan complain sejuta satu benda pasal Ivan. i cuma mampu mendengar jela sambil pack barang, jalan ke car park dan drive ke KLCC. melenting2 dia marah kat Ivan sebab akaun si chen mun akan sign esok, which happen ada part Ivan yang tak siap lagi dan dia kena buat.

sampai klcc, i terus la naik ofis nak pick up calla lilies tu. sampai audit room, i dah tersengeh2 tengok dia. sangat anggun. kebetulan hari ni sebenarnya ada meeting untuk satu team, untuk project quarter 1 minggu depan. i tak sempat nak attend. diorang cakap, semua orang duk keliling si calla tu. termasuklah big boss, Pauline. i dun mind pasal calla, tapi note tu...ermmmmm.....takpe yang. i love u still...thanks baby...btw baby, calla lilies ada macam macam macam macam macam macam warna lagi.. :)

owh, malam ni i dinner duck rice. macam chicken rice, tapi duck. team baru i la..diorang gigih jalan ke pavi untuk dinner. i pemalas la seperti biasa nak berjalan ni. so diorang suggest duck rice, belasah jela. sampai rumah dekat 10.30pm baru la makan. not bad...

bulan malam ni sangat cantik...i rindu u...


Sunday, 24 March 2013

habis dah weekend ni...rasa macam sekejap sangat. tak reda pun rasa rindu pada kekasih.

sabtu lepas, seperti biasa, sesi bedtime stories. and it was the best thus far. i mean cerita kekasih la. rupa2nya cerita2 tu dia reka sendiri je. hebat betul lah sayang i ni...

kenapa i tiba2 rasa sedih lepas tu? rindu tu tentulah..tapi kenapa sampai mengalir air mata...

I lupa...ada benda2 kecil that mean so much..I lupa...

I lupa degupan jantung sayang laju sikit daripada i. I lupa I memang tidur dengan pegang kolar baju u. I tak tau macam mana, tapi yang pastinya I terlupa sampai lah bila sayang cakap. and it hits me. apa lagi yang I lupa atau akan lupa?

adakah I akan lupa how perfect your hands fit mine, adakah I akan lupa how comfortable and safe it feels when I am in your arms, adakah I akan lupa apa yang u suka makan, how u like your foods, adakah I akan lupa apa ritual you bila bangun tido, adakah u akan terus bangun atau u akan terkebil2 atas katil dulu, adakah I akan lupa cara u berjalan, cara u sentuh I....

I tak tau...all the small little things that mean the whole world to me.

Mimpi semalam...

I selalu percaya, reaksi kita dalam mimpi adalah sejujur2nya apa yang kita rasa atau akan buat jika benda tu betul2 jadi. Ya sayang...if it happens, i think i'd just die..

I rindu sayang. tak tau dah macam mana lagi nak cakap. sangat!

Wednesday, 20 March 2013

mak aihhh mata....

rasa nak bergolek sakan atas katil je sekarang ni. walaupun katil cuma selangkah away, tetap perlu gagahkan hati untuk bekerja. i know, i've been slacking this week. kerja dengan boss yang tak ambil peduli. i hope by tomorrow semua ni setel dan sy boleh kembali ke team sy for good. malaih ah kerja dengan boss lain.

talking about bosses. sy tau sy selalu cakap team sy best. tapi memang best pun. takkan la boleh menang The Best Team award tahun lepas. semua bosses sy baik hati dan sangat considerate. semua benda boleh kawtim. dari hal kerja sampai lah hal personal. big boss, Pauline adalah partner paling baik dan awesome dalam firm sy.

nak di jadikan cerita....there's a regulation on rotation of signing partner after a certain period of time. setiap tahun partner akan sign statutory account client. dan tahun ni kalau tak salah dah tahun ke 7 Pauline jadi signing partner team sy. dengar ura2 dan khabar angin yang bertiup kencang, tahun depan dia tak boleh jadi boss kami dah, dan kena rotate dengan partner lain. dan khabar2nya, partner yang akan ganti dia tu.....one of the meanest partner in the firm. let's just named him as "T". masa sy baru join, back in 2008, Pauline baru je take over team sy dari T. banyak juga la cerita yang sy dengar pasal T ni. dalam firm ni, ape je benda yang tak tersebar luas?

jenis yang kalau sebut je nama T kat auditors lain, memang boleh rasa meremang bulu roma. bila team saya tahu pasal hal ni, masing2 dah merancang resignation by mid of next year, sampai habis term Pauline. aaahhh...there i am again...stuck lagi..mati la kalau team semua hilang...how can i survive.

takpelah, i still have about one year to think about it. see how first lah...

ok..perlu sambung kerja...

Saturday, 16 March 2013

It's our 6th months....

yeah, I still love you sayang. Thanks kerana masih bertahan dengan i. Sila bertahan dan stay dengan i untuk esok, lusa, and many many many many many more years to come!

Kita ada banyak sangat to-do-list untuk kita crossed-off sama2, jadi, sila bersama I sampai habis semuanya ya...oh ya, the list is non exhaustive.

Signing off on our 6th months,
Yours

Thursday, 14 March 2013

sejak semalam patutnya buat satu special project ni, tapi sebab client tak ready, then menganggur ajelah dulu. bila berada di ofis sendiri ni, berpeluang la jumpa para auditor sekalian dan juga batch mate yang tinggal berapa ketul aje. my batch was the biggest intake masa tu. ada around 100 lebih. dan yang masuk department sy ni pun agak ramai.

sekarang dalam department ni, cuma tinggal sy dan hui xian sahaja. kat department lain pun cuma sorang dua je tinggal. semalam lunch dengan hui xian, borak2 la pasal masa depan dan hal kerja juga. sorang batchmate, kenneth, baru je pindah department. he's no longer an auditor. sekarang ni department dia tu buat design2 untuk report yang akan di publishkan untuk public dan client. hurrmmm...dia memang suka pun design2 ni. but he was also such a damn good auditor.

then berbalik la kami bercerita apa sebenarnya yang kami nak jadi. sebab hui xian pun dah macam tak nak jadi auditor. sebenarnya auditing ni cuma stepping stone aje untuk semua orang. biasanya semua fresh grad cuma nak jadi auditor untuk dapatkan qualification aje. so far tak pernah la dengar new joiner yang baru jadi auditor cakap memang nak kerja ni sampai bersara, kecuali dia adalah sangat poyo. sy tanya hui xian, apa dia nak jadi. dia kata, dia nak mengajar. macam kat kolej ke kat uni ke. oh well, at least dia dah tahu apa dia nak buat.

sy.....ermmm...sy pun tak tau apa sy nak jadi. tapi i just can't imagine doing 9 to 5 job every single day dan buat closing account every month. i've tried to be a banker, and i dun like it. sekarang ni takde idea lagi nak jadi apa. jadi florist pun kedengaran macam best. tapi, terpaksa la buat reality check, dengan financial commitment yang banyak, mampu ke dengan kerja sebagai florist je?

then i asked my boss, dia tak nak kerja lain ke? then dia pun bagi jawapan yang sama. dia pun tak tau nak kerja apa dan nak jadi apa. sy pun pernah tanya boss paling besar, partner lah, dia pun bagi jawapan yang sama. dia kata, dia tak boleh imagine buat desk job, routine, dan bounded dengan banyak benda. then dia kata dia still happy dengan kerja dia, at least keep food on the table. bila kerja sangat busy dan teruk, kekasih selalu cakap, sy tak nak cari kerja lain ke? the thing is sayang, i tak tau i nak jadi apa. so until then, status quo jela.

so sayang, sila bagi i suggestion i nak jadi apa, selain jadi full time kekasih u la...