And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 15 May 2013

happy 8th monthsary sayang...

I love you to the moon and back...

I'll see you soon.. :)


Friday, 10 May 2013

Petang tadi u tanya, bila ada anak, then anak comes first? then i said, no, u still come first.

after that, i feel that's not right. the correct answer is; "our family comes first".

I love you, baby...i'll see you next week.

Thursday, 2 May 2013

Hai sayang..ye nak tido dah ni...

Puas i fikir kenapa i rasa sangat melodramatik sehari dua ni. Memang la rindu u macam selalu, tapi kenapa makin teruk.

Bila i dah habis fikir dan siasat, now i know. It's because of u rupa2nya. I terpengaruh dengan u yang tiba2 rindu i macam tak tertahan2..hahaha...cuba u tengok pattern kita dah lain sekarang. Selalunya, u just akan text i ucap good morning setiap pagi dan i akan text u bila i sampai ofis, kita akan borak dalam pukul 5 lebih, once a day. Dan itu rutin kita selama ni.

Tapi sekarang, u call i every morning kejut i bangun tidur, dan sometime i call u bila i sampai ofis. Petang, most of the days, kita akan sembang 2 kali. Around 4pm and late evening before u go to bed. In between, sometime kita webcam, even tak bual apa. And u selalu hantar gambar gerak2 u.

Well, the more i see/hear u (virtually) the more i want u to be around, physically. I rasa u yang rindu i banyak2 ni sayang. Dan buat i rasa yang sama. Cuma i agak drama sikit dalam hal ni. U, macam biasa la...lebih kacak, so tak drama macam i.

Ok, itu lah kesimpulan i. I suka je u rindu i..cuma sekarang, i rasa it makes sense la apa yang i rasa. No sayang, i dah tak nangis dah. Aritu je..drama, pms. Tapi i sayang u tau..... banyak!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 30 April 2013

Friday, 26 April 2013

owh...sudah lama tidak merepek di sini. masih lagi di ofis, tapi dah tak larat mengadap kerja. it's been few weeks non-stop with the long nights. dan harapannya weekend ni would be the last working weekend for this quarter. tapi lepas ni sepatutnya start dengan satu lagi akaun yang lain, tapi dunno lah. let's not worry about that first.

semuanya baik2 sahaja. sy dan kekasih sekarang ni pun sama2 busy. tapi masih lagi sempat untuk curi masa at least setengah jam setiap hari untuk bertanya khabar dan bergossip. sebab sekarang ni terlalu swamped dengan kerja, maka takde cerita lain lah dalam hidup sy sekarang selain dari kerja dan kekasih.

cuma tinggal 3 kali weekend je lagi untuk kembali dalam pelukan kekasih. kadang2 rasa macam lama sangat bila difikirkan, tapi sebenarnya sekejap je pun. minggu ni pun terasa sangat cepat habis. tak sedar pun esok dah hari jumaat. haiiihhhh...kerja bertimbun lagi. tadi tengah tekun buat kerja, tiba2 boss bagi satu set akaun lagi dan dia senyum je. ok, sy faham...........tapi malas dah nak tengok malam ni. esok je la fresh start.

hari ni rasa sangat crap. maybe sebab sangat letih, penat dan tak cukup tido. kekasih cuti hari ni, ada cuti apa entah kat sana. so pagi tadi bersiap pergi kerja dia teman la. tengah bersiap, dan capai baju kurung, kekasih tegur...yang sy memang akan pakai baju kurung bila sy sangat penat dan tak cukup tido. bila dia cakap, baru lah sy perasan. memang itu yang selalu jadi.

sebab sangat penat, hari ni memang bercita2 nak balik awal. awal as if tak la sampai 12 pagi. tapi tadi dinner, tetiba kwee huey ajak beli sundae mcD. lepas dapat tu, terus automatik rasa happy macam nak melompat2. maka berjaya lah stay back bekerja malam ni, sampai lah boss hulur akaun baru tadi, terus kacau speed buat kerja. so sekarang, dah letih, mengantuk dan penat. tengah tunggu team mate lain siap untuk balik sama2. dah lewat, nak jalan ke car park sorang2 agak scary lah jugak.

cepat la weyyy...penat dah ni...


Sunday, 21 April 2013

I ada banyak sangat kerja. semua kena siapkan asap. I ingat nak start buat lepas u tido tadi. but i just can't help it but missing you so much. so just sit on my bed in the dark, cry and cry and cry. wishing you're here.

baca balik text2 u, dengar balik voice messages u, tengok balik video2 u. tapi buat i menangis lagi kuat. don't know why. i just missed you so bad.

I tau, tak lama je lagi. tapi i dah lama tunggu.

kenapa sayang i banyak sangat?
kenapa layan i terlalu sempurna?
kenapa buat i rasa bahagia sangat?
kenapa tak pernah kata tidak untuk apa pun i minta?
kenapa selalu ada bila i cari?
kenapa selalu layan i dengan baik?

kenapa buat i rindu u sebegini sekali?

Sunday, 7 April 2013

kekasih bukan cinta yang pertama. dulu jatuh cinta, about 10 tahun yang lepas. dan dipenuhi dengan drama, suka duka. 10 tahun lepas tu, masih sangat2 muda. belasan tahun. berpegang pada hubungan yang memang retak selama bertahun2, kerana janji pada diri sendiri untuk kekal setia. masa tu, mungkin kerana usia dan pengalaman yang tak semana, rasa kerana dia jelah yang ada, dia lah intan, dia lah permata. sanggup ketepikan semua dalam hidup untuk dia. dalam hati rela dengan seikhlasnya untuk lupakan study dan walau apapun, jika dia minta, jika itu meletakkan hubungan itu dalam keadaan yang tidak selamat. tapi semuanya berakhir juga.

dan sy jumpa kekasih. ketika itu, memang sy rasa, i'm done with relationship. done with women, yang tak habis2 drama. mahu fokus pada diri sendiri, pada famili dan kerjaya. ikhlas bila pertama kali tegur kekasih, tiada niat apa2 pun. cuma mahu kenal. ketika pertama kali jumpa juga, sy ikhlas. cuma mahu cari kawan, mahu cari perspektif baru dalam hidup.

dari awal memang tahu kekasih akan pergi jauh. kerana sama2 selesa, kami bersama bersyarat. kukuh hati berpegang dengan syarat itu. tidak mahu ambil risiko lagi. kami kenal dan bersama cuma 2,3 bulan sebelum dia pergi. tapi bila kadang2 kenang balik, memang dah macam2 kami buat bersama. entah macam mana semuanya macam kena pada tempat dan waktunya. terlalu smooth.

bila kawan2 rapat bertanya tentang kekasih pada waktu itu, memang "syarat" itu sy tekan kan pada mereka. mereka semua cuma senyum, mengiyakan. bila mereka dapat tahu sy dan kekasih finally decided untuk bersama, mereka semua cakap, "i knew it. it's just when." mereka kata, bila lihat cara kami pandang each other, dan cara kami bercakap, diorang dah tahu kami akan bersama juga eventually. sekarang, bila berbual dengan kekasih, tentang masa itu, kekasih selalu cakap, orang lain memang dah lama nampak, kita je yang tak nampak. oh...terasa agak silly.

kali ni rasanya lain. rasa lebih dewasa dan bertanggungjawab. keputusan yang diambil, bukan dibuat dalam sehari dua. banyak benda yang diambil kira, dan dibincangkan. pelbagai situasi diambil kira. kali ni lain. sebab rasanya, sy takkan buang semua hidup sy sekarang ini untuk hubungan ini. tapi sy akan seupaya mungkin untuk pertahankan dan juggle semua benda. might not be perfect, tapi semampu mungkin.

kali ini rasa lebih selesa. tidak sempurna, tapi cukup untuk buat bahagia. setiap hari pun, tak terkira kata rindu dan cinta diucap. tapi masih rasa tidak mencukupi. bukan mudah untuk berjauhan. banyak benda rasa tak lengkap. tapi setiap kali pandang wajah kekasih, dalam hati memang yakin, semua ini akan berbaloi.

kami cuba merancang untuk yang terbaik akan datang. sedaya mungkin untuk berpijak pada bumi nyata dan realistik dalam perancangan. macam kekasih selalu kata, siapalah tahu masa depan. takpe, yang penting adalah buat yang terbaik. dan sy tahu sy akan buat yang terbaik untuk hubungan ni.

kekasih, i rindu sayang macam biasa. banyak! minggu depan ni i tau kita akan sama2 busy. tapi i akan curi masa juga untuk u walaupun sekejap. tidur lena ya sayang. love you so much!