And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 7 April 2013

kekasih bukan cinta yang pertama. dulu jatuh cinta, about 10 tahun yang lepas. dan dipenuhi dengan drama, suka duka. 10 tahun lepas tu, masih sangat2 muda. belasan tahun. berpegang pada hubungan yang memang retak selama bertahun2, kerana janji pada diri sendiri untuk kekal setia. masa tu, mungkin kerana usia dan pengalaman yang tak semana, rasa kerana dia jelah yang ada, dia lah intan, dia lah permata. sanggup ketepikan semua dalam hidup untuk dia. dalam hati rela dengan seikhlasnya untuk lupakan study dan walau apapun, jika dia minta, jika itu meletakkan hubungan itu dalam keadaan yang tidak selamat. tapi semuanya berakhir juga.

dan sy jumpa kekasih. ketika itu, memang sy rasa, i'm done with relationship. done with women, yang tak habis2 drama. mahu fokus pada diri sendiri, pada famili dan kerjaya. ikhlas bila pertama kali tegur kekasih, tiada niat apa2 pun. cuma mahu kenal. ketika pertama kali jumpa juga, sy ikhlas. cuma mahu cari kawan, mahu cari perspektif baru dalam hidup.

dari awal memang tahu kekasih akan pergi jauh. kerana sama2 selesa, kami bersama bersyarat. kukuh hati berpegang dengan syarat itu. tidak mahu ambil risiko lagi. kami kenal dan bersama cuma 2,3 bulan sebelum dia pergi. tapi bila kadang2 kenang balik, memang dah macam2 kami buat bersama. entah macam mana semuanya macam kena pada tempat dan waktunya. terlalu smooth.

bila kawan2 rapat bertanya tentang kekasih pada waktu itu, memang "syarat" itu sy tekan kan pada mereka. mereka semua cuma senyum, mengiyakan. bila mereka dapat tahu sy dan kekasih finally decided untuk bersama, mereka semua cakap, "i knew it. it's just when." mereka kata, bila lihat cara kami pandang each other, dan cara kami bercakap, diorang dah tahu kami akan bersama juga eventually. sekarang, bila berbual dengan kekasih, tentang masa itu, kekasih selalu cakap, orang lain memang dah lama nampak, kita je yang tak nampak. oh...terasa agak silly.

kali ni rasanya lain. rasa lebih dewasa dan bertanggungjawab. keputusan yang diambil, bukan dibuat dalam sehari dua. banyak benda yang diambil kira, dan dibincangkan. pelbagai situasi diambil kira. kali ni lain. sebab rasanya, sy takkan buang semua hidup sy sekarang ini untuk hubungan ini. tapi sy akan seupaya mungkin untuk pertahankan dan juggle semua benda. might not be perfect, tapi semampu mungkin.

kali ini rasa lebih selesa. tidak sempurna, tapi cukup untuk buat bahagia. setiap hari pun, tak terkira kata rindu dan cinta diucap. tapi masih rasa tidak mencukupi. bukan mudah untuk berjauhan. banyak benda rasa tak lengkap. tapi setiap kali pandang wajah kekasih, dalam hati memang yakin, semua ini akan berbaloi.

kami cuba merancang untuk yang terbaik akan datang. sedaya mungkin untuk berpijak pada bumi nyata dan realistik dalam perancangan. macam kekasih selalu kata, siapalah tahu masa depan. takpe, yang penting adalah buat yang terbaik. dan sy tahu sy akan buat yang terbaik untuk hubungan ni.

kekasih, i rindu sayang macam biasa. banyak! minggu depan ni i tau kita akan sama2 busy. tapi i akan curi masa juga untuk u walaupun sekejap. tidur lena ya sayang. love you so much!

No comments: