And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 3 April 2013

Program Perantis

Tak pernah tau menahu pun pasal program ni. Alkisahnya.....

masa tengah peak period aritu, team sy diassigned sorang associate baru, bernama Farah. so seperti biasa, orang ofis suka bagi number sy sebagai contact person dari team untuk semua new joiner. so sy contact la farah ni dan brief dia apa dia perlu buat sebelum masuk dalam team.

tapi dia telah screwed up from that moment. seboleh2nya sy memudahkan kerja dia, tapi dia screwed up dengan boss team sy, choon ling. first impression memang dah ke laut. sy cuba cover dia dan apologised kat choon ling on her behalf. i know how hard it is, fresh grad, baru start kerja, masuk team yang sangat team oriented.

first few days dia dalam team, dia memang screwed up habis. semudah2 kerja semua dia tak boleh buat, tak nak bertanya, tak nak hulur tangan tolong team, semua tak nak lah. sy makin bengang. selalunya new joiner akan di tag dengan sorang senior, macam buddy system la. so new joiner tu akan di guide and di coach dalam semua hal. mula2 team nak assign sy jadi buddy farah, tapi at that moment, sy memang dah banyak pissed off dengan dia, then i told choon ling, better bagi orang lain before i kill her, or she kill me. so choon ling agreed.

at the end, every senior in the team gave up on her. semua cuba nak tolong, tapi dia seperti tidak mahu berada di situ, even untuk kerja ni. sy pun dah cuba untuk bagi dia last chance, one night, i sat with her and go through one by one of her work and told her exactly what she needs to do. tapi ended up hampa juga. dia tak buat juga. another senior, buddy dia, kena re-do semua kerja2 dia. tak tahan, kami release dia dari team.

hujung bulan dua lepas, patutnya habis probation period dia. bila keluar confirmation list, nama dia takde. my team tak terkejut pun pasal hal ni. sebab sy memang terang2 dah cakap dengan choon ling not to conform her.

then masa makan2 kat rumah yee jun hari tu, keluar la hal farah ni. choon ling cakap farah still in the firm, cuma probation period kena extend. wahhhh...and i asked why, choon ling cakap pasal program perantis. dia pun tak familiar pasal tu, neither do i. so sampai situ saje.

so...

hari ni, sempat berbual dengan partner team sekarang ni. borak2 hal associate tak berkualiti. dan sy tanya pasal program ni. rupa2nya ni program kerajaan untuk unemployed graduates. eventho graduate tu tak reach the par pun, semua big companies kena ambil diorang dan kerajaan bagi allowance RM500-RM1000 sebulan. i was like...wow!!!

partner tu cuba la korek sape associate yang sy maksudkan, tapi sy tak cakap la nama dia. then partner tu cakap, u should be fair. she continues her services but she's just a burden to others, is it fair? sy senyum jela. pastu dia kata lagi, kalau sy dah ready, bagitau nama farah tu kat dia. dan dia akan pastikan farah tu berhenti dari firm.

pointnya kat sini....

si farah tu la....dah dibagi peluang, dah dibantu, masih tak menghargai. apa nak jadi? kadang2 malu juga la. melayu, dah ditolong bagai, masih hidup berangan2. come on la...malu juga sebab masa dia dalam team, interns sy buat kerja lagi bagus daripada dia. sampai satu tahap, team dah sangat2 hilang percaya pada dia, even nak buat kerja yang sangat senang pun diorang prefer suruh intern yang buat.

program ni bagus, tapi bagi orang2 yang perlukan pertolongan la. memang ada orang2 yang memang bagus, tapi takde rezeki untuk dapat kerja. graduan yang betul2 ready untuk bekerja. bukan yang macam si farah ni. sy pun tak tau la apa dia nak. seolah2 bila dia dapat bantuan ni, tapi dia tak menghargai, tak ke dia rasa dia menutup peluang orang lain yang betul2 nak kerja? tak ke dia rasa dia mengambil hak orang lain?

hmmmm......


2 comments:

Shizuma said...

Hmm.. Ni la hampir sama mcm cerita saya ttg tak menghargai kerja tu. sy pun tak tahu kenapa ada individu macam tu. buat kerja senang xtau buat, dah malas belajar pulak tu. sampai bila nak pandai. Dorang malas ke tak matang ke tak tau la.

Sy kerja gini kontrak jugak cuma beza saya under negeri yg mmg ada skim khas utk lepasan ijazah dan yg si farah ni mungkin skim SL1M kot. Yg menyedihkan bila ada individu kategori sama perangai mcm farah ni buat kami yg bermatian kerja bersungguh2 dan nakkan kerja dipandang negative oleh staff2 yg permanent.

Panjangnye komen.. Sorry. Hehe

isma said...

ermmm..itulah...kadang2 sebab few people yang macam ni, orang lain akan generalise kan untuk semua orang, especially stereotype thinking of "melayu adalah malas". sedih kadang2 tengok orang2 macam ni. lepas tu salah kan orang lain tak memberi peluang pula.