And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 28 August 2013

Hai kekasih sayang. Lama i tak tulis untuk u kat sini kan. Oleh kerana hari ni i dah ada selera nak makan semula, baru rasa bubbly sikit untuk menulis.

Owh, i just nak cakap thanks. Thanks untuk semuanya. Banyak sangat benda yang dah tak terkira i nak ucap terima kasih. Yang pasti, terutamanya untuk selalu cuba yang terbaik untuk selalu ada untuk i. Situasi kita yang berjauhan ni memang tak sempurna, tapi i tau kita dah buat yang terbaik untuk buat benda ni bukan the only thing in our relationship.

Thanks untuk sentiasa buat i tersenyum bila i stress dengan kerja i. Thanks untuk semua bedtime stories every weekend. Thanks untuk sentiasa layan i membebel pasal kerja i walaupun u tak faham. Thanks untuk spend hours depan lap top teman i every weekend. Thanks untuk sentiasa ada bila i call. Thanks untuk kejut i bangun tidur setiap pagi. Thanks untuk bagi i dengar suara u the first thing every morning. Thanks untuk bunga yang u petik tu. Thanks untuk origami naga dan rama2 tu. Thanks untuk sentiasa bagi pesanan penaja tanpa henti. Thanks sebab minta lullaby setiap hari. Thanks sebab sentiasa buatkan i to-do list. Thanks sebab bagi gambar u setiap hari. Thanks sebab selalu kata ya untuk i. Thanks untuk tidak pernah marah i. Thanks untuk duit belanje i. Thanks sebab u jaga diri u baik2. Thanks sebab sekarang u makan dengan bergaya. Thanks untuk sentiasa support kerja i. Thanks sebab sentiasa fikir pasal i. Thanks sebab sentiasa rindu i. Dan thanks...sebab sayang dan cinta i.

Sayang jaga diri baik2. I tau i bz sangat sekarang ni dan i asyik cerita dan komplen pasal kerja je. Tapi i sayang u tau. I tau u nak buat macam2 untuk i, tapi semuanya macam terbatas sebab kita jauh. I pun sama. I nak buat roti canai lagi untuk u dan buat u jatuh cinta kat i lagi. Yeah...we're romantic like that. Nite baby kesayangan i. Love u...to the moon and back.

posted from Bloggeroid

Monday, 29 July 2013

If we were reckless and selfish, we would be in each others' arms next week.

If we were reckless and selfish, i would have left everything here and be with her there.

But...

If we were reckless and selfish, we would not be together at first place and fall in love.

And for that...

I am thankful that we are not reckless and selfish.

posted from Bloggeroid

Sy bukan jenis yang suka tidur siang. Tapi lepas kekasih pergi, sy suka untuk nap sekejap bila weekend. Setiap weekend juga kekasih akan bacakan bedtime stories sampai sy tertidur dan tunggu je kat webcam sampai sy bangun. Dan bila2 sy terjaga sebelum cukup waktu nap, kekasih akan pujuk untuk sy tidur semula.

Something yang sy perlu. With a lot of things going on dalam hidup sy dalam waktu yang sama, bukan mudah untuk bertabah dan gigih. Hal kerja pun bukan suatu yang mudah. Kena push secara berterusan. Sy rasa pernah tulis dulu yg sy sangat perlu untuk tidur dengan rasa selesa dan selamat. Untuk tidur for a moment tanpa perlu fikir apa2 dan rasa someone will take care of the world for me.

Itu yang sy rasa setiap kali sy nap dan sy rasa kekasih ada untuk menjaga. Walaupun dari jauh, itu cukup.

Lewat petang td, sy missed waktu nap dan dah sangat lewat. Kekasih beriya tak bagi sy tidur, tapi akhirnya sy terlelap juga. Terjaga pukul 8.30pm. Celik mata kekasih ada lagi setia menunggu padahal dah sgt lewat malam kat sana. I really thot dia dah tidur. Kekasih kata, dia memang nak tunggu sy bangun dulu baru dia tidur walaupun dh lewat. Dia kata, takpe sayang. I tunggu u.

Thanks kekasih. I jatuh cinta lagi. Untuk u yang melayan i mengaruk satu hari ni dan tetap sabar layan i. Aaahhh...i kadang2 rasa i sangat spoiled dah ni yang. Tapi, buat masa sekarang sampai i betul2 settle down kat rumah baru tu nanti, i rasa i akan berterusan mengaruk macam tadi. It's really not an easy thing for me. Rasa macam bermula semula, rasa macam baru nak mula. I know it's for a better good. Sila bertabah ye sayang dengan i, sebab i kena lagi bertabah dan gigih untuk semua ni.

Thanks sayang. Sebab ada. Sebab sentiasa cuba untuk ada. I tahu tak mudah untuk u. Jauh daripada i sedangkan u nak ada bersama2 i lalui semua ni. I pun nak u ada. It's sure gonna be much easier bila u ada. Tapi u takde. And i have to live with it. Tapi, thanks..sebab selalu teman i...dari jauh...

Love u sayang. To the moon and back.

posted from Bloggeroid

Saturday, 20 July 2013

Hey my love...

Semua moody dan merajuk tu, sebenarnya ada benda lain.

I'm scared. I'm worried actually. This whole pindah thing sometime freak me out. Banyak sangat "what if" questions. Uncertainties. I hate that. I rasa macam tak bergerak. Statik dalam satu position. I can't move because so many things that I tak pasti.

What if I don't like the house, what if I don't feel comfortable later, what if rumah tu tak selesa, what if I don't really need that 4 bedroom apartment, and a 1 bedroom studio apartment would do me just fine, what if I just need an unfurnished apartment because I can buy all the stuff later, what if I don't have time or money to buy the stuff, might as well I just get a fully furnished one. What if I just need a partially furnished? What if the bathroom is dirty and I don't like it?

What if I just get a decent cheaper apartment instead sebab it will be just a temporary, for 2-3 years maybe? But wouldn't I regret it as I can top up few hundreds to get a nicer one, and live there for a longer term? But what if I get more expensive one, but at the end I don't like it and I have to go another round of house hunting?

I wish you are here tomorrow. A nod from you, means a lot, for at least I tau itu keputusan betul. Doesn't really matter how it will turns to, tapi to decide stuffs with you, itu penting.

I tak tau. I risau.

Packing my stuffs again, is not a pleasant feeling. This is my house. You used to be here, we used to live here. I hate tinggal kat rumah ni, but for at least, this is where we spent our days together before you left. Well, I still kadang2 nampak you. :(

This is hard. Be here tomorrow, please? Pretty please?


Friday, 5 July 2013

Dia kekasih saya

Dia kekasih saya...
Yang suka buat kelakar, yang skema, yang nakal, yang pervert, yang suka tidur, yang kuat makan, yang suka berleter, yang suka bagi pesanan penaja, yang mudah cemas, yang macam budak2, yang macam2 lah...

Tapi dia juga kekasih saya...
Yang sentiasa pastikan saya cukup semuanya, yang suka buat saya gelak, yang sentiasa ada untuk saya, yang sentiasa melayan karenah saya, yang makan apa sahaja yang saya masak, yang tak pernah marah saya, yang sentiasa cari alasan untuk bagi bunga, yang cinta saya sepenuh hati, yang sentiasa cuba untuk buat apa sahaja untuk saya, yang sentiasa pastikan saya warm sentiasa, yang sentiasa tahu apa dalam fikiran saya, yang suka berlumba habiskan each other's sentences, yang sentiasa bacakan bedtime stories, yang sentiasa nyanyikan lagu, yang suaranya buat saya rasa damai, yang semuanya lah...

I love you, kekasih. To the moon and back. :)

Wednesday, 3 July 2013

kasut dan gemuk

Ada satu hari tu, heels sy rosak masa kat ofis, end up sy terpaksa beli kasut baru on the spot je. Sebab kerja sy ni sangat skema. Mesti pakai kasut dan bertutup. Bila kasut tu rosak dan terpaksa pakai selipar untuk few hours, sy terasa seperti macam naked je. Sangat skema yang mana colleague lelaki harus pakai tie dan tak boleh lipat lengan kemeja sepanjang ofis hour. Dan sy pun sangat suka menegur diorang yang pakai tie terpanjang or terpendek dan suruh diorang adjust ketika itu juga. Termasuk jugalah kalau tie diorang tak match dengan kemeja diorang. Sebab sy selalu berleter pasal benda tu, diorang simpan beberapa tie kat ofis dan share antara diorang in case I caught them pakai tie tak cantik. Ok, skema.

So pasal hal kasut, seperti biasala...kekasih melayan sy merengek pasal kena cari kasut baru. Time tak de nak beli kasut tu, tiap kali lalu kedai2 kasut kat mall sebelah ofis tu punya la banyak kasut yang cantik2. Time nak beli, takde satu pun berkenan. Punya la berpusing2 dua tiga kedai. Akhirnya sy mengalah beli flats kosong je warna hitam.

Kekasih tetiba cakap, nanti.... apa kata dia nak donate kasut2 sy yang sy tak pakai tu kat charity. Masa kerja sebelum ni, sy memang agak gila membeli heels. Pantang nampak heels cun, terus beli sesaja. Heels yang ada tu kadang2 cuma pernah pakai sekali dua je. Tapi bila masuk audit semula, malas pulak nak pakai heels sebab kena selalu bergerak dan berlari2. So flats la yang paling sesuai. Tapi salah satu sebab lagi adalah sebab sy dah gemuk. Badan berat kan... so kaki cepat sakit dan penat bila pakai heels.

Tapi sy cakap dengan kekasih, itu semua kasut sy. Sy sangat sayang. Mana boleh bagi orang. Kalau nak buat charity, kita beli lah yang baru bagi kat charity. Tak pun bagi duit je. Kekasih gelak je bila sy cakap macam ni.

Owh..bercakap pasal sy dah gemuk.

Dekat sebulan bersama kekasih, memang kami sama2 membesar dengan sihat. I mean, SIHAT. Sy la terutamanya...mana taknya, bila kekasih pergi sekolah, sy kat rumah cuma mengait, tengok drama korea, masak dan makan. Kekasih pulak memang manja kan melampaui batasan. Bila dia balik sekolah, semua benda dia buatkan. Ambilkan air la, sapukan losyen la, sikatkan rambut la, pakaikan stokin la, dukung pergi bilik air la. Memang menternak lemak la kan...

Kekasih cakap, dia pun terasa badan dia naik. Mana taknya, hampir setiap hari memang dia akan balik lunch, sy memang masak. Kalau dia tak balik lunch pun, memang sy akan bekalkan dia nasi dan lauk untuk dia makan kat sekolah. Lauk2 masak, memang macam nak buat kenduri walaupun makan berdua je. Sempat jugak tu buat roti canai, from scratch. Kekasih makan bersungguh setiap kali. Dan average setiap kali makan, memang dia bertambah nasi. Tapi sy happy...

So sebab kesedaran badan yang makin mengembang, janji masing2 pada diri sendiri adalah untuk diet semula. Kata kekasih, dia hope nanti bila jumpa lagi, perut dia dah kacak. hahahahaha.... Sy pun agak terpukul, bila rasa meremang bulu roma bila lihat gambar2 vacation, muka sy dah tahap macam dinner plate. Aritu pun boss tegur sy dah gemuk. cissss...

Ok sayang..mari kita berusaha mendapatkan berat badan dan potongan badan yang ideal. Tapi, walau apapun, I tetap cintakan u. Tak kisah lah macam mana pun. I tetap nak u cukup makan. Dan makan dengan bergaya. Owh..ingat, jangan makan salad tu dah. Buat mixed veggie macam I cakap petang tadi. Love u lah!

mooooooooodyyyy

mood tak okay. so siapa lagi yang jadi mangsa, kekasih la. Kerja tak start lagi even pagi tadi dah kick off meeting, so rightfully minggu depan baru start busy secara menggila. Dan sebab tak start kerja lagi, maka tiada lah associates2 dan junior2 untuk dibuli mahupun menjadi tempat melampiaskan kemarahan. kasihan kekasih terpaksa melayan sy petang tadi. Tapi, itu lah salah satu tanggungjawab dia. Kang tak pasal2 sy merengek dengan orang lain kang, peluh2 dia. ok sayang, I gurau.

Letih travel tanpa henti tak hilang lagi. Back to back. Rentetannya, 17 May naik flight dekat 11 jam untuk kembali dalam pelukan kekasih dan 13 Jun dah naik flight semula, kembali berjauhan. Sampai rumah tengah malam. 14 Jun pagi tu dah kena unpack luggage dan pack semula luggage. Tengah malam tu naik flight 6 jam pulak ke Korea untuk bercuti dengan besties. 21 May bertolak balik semula, sampai rumah tengah malam. Pagi2 esoknya dah bangun semula, unpack luggage, pack semula baju, terus keluar untuk team trip kat Cameron Highlands. Nasib baik jadi penumpang je. Malam tu, team ajak lepak dan sembang sampai pukul 4.30 pagi. Tido 2,3 jam, boss kejut bangun ajak teman pergi morning walk. Begitu lah selama 2 malam kat sana. Then 24 Jun balik rumah. 25 Jun masuk kerja, dan 30 Jun kembali pack baju semula untuk department trip ke Lumut. dan semalam dah masuk kerja semula.

Pengsan.....

Maka hari ni masuk meeting, tetiba my penultimate boss on leave. Maka ada satu section yang penting, yang selalunya dia yang present, sy kena present pula. Nasib baik la masa dalam kereta dari Lumut kelmarin, sempat diskas dengan dia pasal hal ni. Kalau tak memang cemas la sy dalam meeting tu.

Hari ni maybe terasa sangat letih. Maybe juga rindu yang amat pada kekasih. Selalunya bila rasa begini, sy cuma perlukan pelukan daripada kekasih. Tak perlu buat apa2, tak perlu kata apa2. Sy cuma rasa mahu bersembunyi dalam pelukan dia. Ajaib betul. Bila rasa resah, rasa lelah, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih, selalunya pelukan kekasih je ubat untuk semuanya. Tapi apakan daya....

Pagi tadi, sampai ofis agak awal untuk meeting tu. Baru siap buat morning coffee, tetiba ada orang call cakap ada delivery. Turun bawah ambil, well...seperti biasa...kekasih deliver bunga. Rasa nak melompat2 juga la. Tapi sebab pakai dress kerja yang pendek, batalkan sahaja niat tu. Bawak naik atas, letak kat meja, boss lalu. Terus boss cakap, kenapa sy selalu dapat bunga sedang kan husband dia cuma pernah bagi dia sekali je sepanjang diorang bersama. Sy sengeh jela. Kekasih cakap itu untuk promotion sy, untuk genap setahun kami kenal, dan juga untuk menggembirakan sy sebelum sy busy minggu depan. Kekasih sangat sweet.....

Sayang.....I rindu u lah. Sorry tadi I merengek banyak sangat. Tapi I sayang baby tau. Banyak!!!!