mood tak okay. so siapa lagi yang jadi mangsa, kekasih la. Kerja tak start lagi even pagi tadi dah kick off meeting, so rightfully minggu depan baru start busy secara menggila. Dan sebab tak start kerja lagi, maka tiada lah associates2 dan junior2 untuk dibuli mahupun menjadi tempat melampiaskan kemarahan. kasihan kekasih terpaksa melayan sy petang tadi. Tapi, itu lah salah satu tanggungjawab dia. Kang tak pasal2 sy merengek dengan orang lain kang, peluh2 dia. ok sayang, I gurau.
Letih travel tanpa henti tak hilang lagi. Back to back. Rentetannya, 17 May naik flight dekat 11 jam untuk kembali dalam pelukan kekasih dan 13 Jun dah naik flight semula, kembali berjauhan. Sampai rumah tengah malam. 14 Jun pagi tu dah kena unpack luggage dan pack semula luggage. Tengah malam tu naik flight 6 jam pulak ke Korea untuk bercuti dengan besties. 21 May bertolak balik semula, sampai rumah tengah malam. Pagi2 esoknya dah bangun semula, unpack luggage, pack semula baju, terus keluar untuk team trip kat Cameron Highlands. Nasib baik jadi penumpang je. Malam tu, team ajak lepak dan sembang sampai pukul 4.30 pagi. Tido 2,3 jam, boss kejut bangun ajak teman pergi morning walk. Begitu lah selama 2 malam kat sana. Then 24 Jun balik rumah. 25 Jun masuk kerja, dan 30 Jun kembali pack baju semula untuk department trip ke Lumut. dan semalam dah masuk kerja semula.
Pengsan.....
Maka hari ni masuk meeting, tetiba my penultimate boss on leave. Maka ada satu section yang penting, yang selalunya dia yang present, sy kena present pula. Nasib baik la masa dalam kereta dari Lumut kelmarin, sempat diskas dengan dia pasal hal ni. Kalau tak memang cemas la sy dalam meeting tu.
Hari ni maybe terasa sangat letih. Maybe juga rindu yang amat pada kekasih. Selalunya bila rasa begini, sy cuma perlukan pelukan daripada kekasih. Tak perlu buat apa2, tak perlu kata apa2. Sy cuma rasa mahu bersembunyi dalam pelukan dia. Ajaib betul. Bila rasa resah, rasa lelah, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih, selalunya pelukan kekasih je ubat untuk semuanya. Tapi apakan daya....
Pagi tadi, sampai ofis agak awal untuk meeting tu. Baru siap buat morning coffee, tetiba ada orang call cakap ada delivery. Turun bawah ambil, well...seperti biasa...kekasih deliver bunga. Rasa nak melompat2 juga la. Tapi sebab pakai dress kerja yang pendek, batalkan sahaja niat tu. Bawak naik atas, letak kat meja, boss lalu. Terus boss cakap, kenapa sy selalu dapat bunga sedang kan husband dia cuma pernah bagi dia sekali je sepanjang diorang bersama. Sy sengeh jela. Kekasih cakap itu untuk promotion sy, untuk genap setahun kami kenal, dan juga untuk menggembirakan sy sebelum sy busy minggu depan. Kekasih sangat sweet.....
Sayang.....I rindu u lah. Sorry tadi I merengek banyak sangat. Tapi I sayang baby tau. Banyak!!!!

No comments:
Post a Comment