And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 29 June 2013

How can a person be so perfect like her.

Bila terpaksa berjauhan tanpa ada pilihan seperti sekarang ni, memang sometime tu rasa it's killing deep inside. Ada banyak benda yang terlepas untuk dirasa bersama, untuk dilihat bersama, untuk diperkatakan bersama. Memang la boleh bercerita dan lihat reaksinya through webcam. Tapi mana kan sama bila sesuatu itu dialami bersama. Seperti sy cakap dengan kekasih, akan ada banyak lagi hal yang kami sama2 akan terlepas untuk alami bersama. Berdua, physically.

Semalam, sy saje amik MC. Terasa sangat malas untuk pergi kerja. Back to back trip dan vacation, bermula dengan ke tempat kekasih, balik sampai rumah after 11 plus hours flight, terus unpack luggage dan re-pack semula, terus ke airport lagi untuk ke korea dengan besties seminggu. Balik dari Korea, sampai rumah tengah malam, terus tidur, dan pagi2 tu dah bangun awal, again pack baju untuk team trip ke cameron highlands. Spent 3 hari kat sana, balik dan terus masuk kerja. Non-stop, dan semalam sy decided untuk berehat. Dan malam ni dah pack baju lagi untuk department trip ke lumut pula for another 2 nights.

Semalam, tengah sembang dengan kekasih kat webcam, tetiba colleague text kat group chat dan congrats a bunch of people in my team. Checked email, nama sy ada. Alhamdulillah.....walaupun ketika itu masih menghadap muka kekasih, tapi mana kan sama jika dia ada depan mata. Mana kan sama jika dapat peluk dia sambil melompat2 gembira. Tentu petang itu juga sy ajak dia keluar dan makan2 untuk celebrate. Pastinya dia satu2nya orang yang sy nak share all the joy and rasa syukur itu. Tentulah dia, my other half of everything, orang yang sy nak tunjuk, ini hasil penat lelah kerja sy selama ini. Untuk sy tunjuk bahawa semua late nights, working weekends and holidays, all the hardwork, paid off. Dan tentulah sy nak dia tahu, ini semua untuk kita. Untuk dia juga.

Hhhhhmmmmm.....

Rindu sangat.

Hari ni kekasih busy buat kerja. Webcam terpasang je, cuma sekali sekala je sembang. Tapi cukup lah, asalkan boleh nampak dia. Sekarang ni pun dia tengah tidur, dengan webcam terpasang. Lena betul tu. Rasa macam nak menyelinap dalam duvet tu dan tidur sekali dengan dia. Walaupun hari ni dia busy, petang tadi sempat juga dia bacakan bedtime story untuk sy nap sekejap. Sweet betul sayang ni...anytime je dia ready dengan bedtime stories. I suka lah!

Lagi dua hari, genap setahun kami kenal. Genap setahun dari pertama kali sy tegur dia kat ym. Kelakar betul masa tu. Sedar tak sedar dah setahun sy kenal dia. Rasa macam, owh, baru setahun je... At the same time, rasa macam, wah..dah setahun... cepatnya masa. Tapi walau apa pun, dalam hati sy rasa sy macam dah bersama dia selama2nya. Seolah2 sejak dari mula semuanya.

Agak melampau kot. Tapi ini yang sebenarnya. Dia yang paling hebat, dia yang paling sabar, dia yang paling memahami, dia yang paling mencintai, dia yang paling obses, dia yang paling menyayangi, dia yang paling merindu... Dia yang paling jadi segala2nya.

Rindu u sayang. Semoga u tidur lena. Sayang u sangat. Bukan setakat sayang, cinta juga.

No comments: