And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 8 September 2015

Ahhh…lagi sebulan nak exam. Kali ni paper paling susah sekali (personally la). Ada 7 modul, baru nak habis study modul keempat. Ada lagi 3 modul. Modul 4 ni kisah pasal tax. Entah kenapa dari dulu memang sangat tak suka tax. Tak faham2 secara menyeluruh walaupun entah dah berapa banyak kali prepare dan audit tax. Tapi secara teori dan foundationnya memang ke laut la.

Dah masuk minggu ketiga hadap modul tax ni, still tak habis2 dan tak berapa faham pun. Entah sapa la yang cipta benda deferred2 tax ni la, cgt la…aduuuiii….stress mak lah!

Semalam discuss dengan boss pasal KPI dan development plan untuk the next one year. Boss sekali lagi ingatkan (lebih kepada arahan la) untuk habiskan semua paper next year. Kalau pass paper yang ni, ada tiga lagi paper kena hadap tahun depan. Susah betul la study ni. Entah camne la kekasih buat benda ni bertahun2.

Dah makin ramai bising sy tak habis2 study lagi. Student tertinggal ketapi dah ni. Tapi ni stress study ni cemana?  Firm bagi 2 kali attempt aje setiap paper, kali kedua re-sit (kalau fail), kena bayar sendiri. Tu memang boleh garu kepala la nak cari duit bayar yuran. Haha…setiap kali pun bila nak ambil exam, sy akan cakap dengan kekasih, u sayang je I tau kalau I failed paper ni.
Well, my boss ada point la bila dia push untuk habiskan semua paper secepat mungkin. Sebab katanya, bila makin meningkat umur, memang akan makin malas nak study. Macam sekarang. I am 3 years behind time. 3 years tahu! Eeuuurrggghhhh!!

Stress lah! Takde ke study group? Free tuisyen ke untuk ajar pasal tax ni? Yang boleh explain guna bahasa senang paham? Contohnya, soalan 4.7 tu, kenapa kena recognized DTA dan DTL on the same amount. Sy paham la kena recognize DTL tu, tapi kenapa DTA sekali?
Buduh la tax ni. Isk!

Dah la orang stress dgn tax ni, ada budak duduk depan ni sembang kat phone kuat2 pula. Sampai tembus kat through earphone. Lempang kang!

Monday, 7 September 2015

Beberapa bulan lepas, masa kat tempat kekasih, sempat juga la pergi sekolah dia dan tolong dia timbang benda eksperimen dia. Tapi penimbang yang dia guna tu selalu sangat keluar error dan kena buat 2,3 kali untuk dapat berat yang betul. Saya pun komplen la, “yang, satu uni u yang besar ni, timbang ni je yang u ada? Tak efisien langsung.” Kekasih macam biasa gelak jela, dan bagitau tu la penimbang yang paling accurate dan tahan lasak.

Cakap pasal efisien ni, sy memang kurang sikit nak tolerate dengan benda yang could be better tapi tak boleh sebab bebenda ntah pape. Sy kurang sabar, banyak la kurangnya. Nasib baik kekasih sabar banyak. Nak buat macam mana, sy dilatih untuk macam tu.

Dulu masa kat audit, semua benda kena efisien, kena well planned. Sebab “time is money” gitu. Yela, kami charge client based on hour dan ada bajet yang sangat ciput berbanding workload. Jadi semua benda kena efisien untuk pastikan bajet tak overrun. Contohnya, kenapa tidak lunch sambil baca accounting standard ataupun review kerja team? Ataupun cut down minum air supaya tak perlu spend masa pergi toilet banyak kali. Dalam 90% kerja2 audit semua didokumen dalam excel worksheet, jadi untuk lebih efisien, kena mahir guna short cut. Pernah sorang associate kena marah dengan big boss sebab taip (=,shift, +) untuk totalkan satu column of numbers instead of guna (Alt,+). Tak efisien katanya. Kat sini juga kalau masih guna mouse untuk right click, copy, right click lagi untuk paste, mesti kena judge dengan siapa2 yang nampak. Mesti kena guna (Ctrl,c,Ctrl,v) ataupaun (Ctrl,c,ctrl,e,s) untuk paste special. Itu yang paling basic la kena tahu.

Minggu lepas, sy dan Chen Mun pergi dinner. Masa nak keluar parking tu, orang yang jaga parking spent a bit too long untuk detached stapler kat parking tiket tu untuk dia susun tiket tu kat box depan dia barulah dia tekan button untuk buka palang parking. Dua proses tu tak berkaitan pun antara satu sama lain. Chen Mun dah naik angin dan bebel2 lepas keluar dari parking tu. Katanya, so slow, jangan jaga parking kalau tak boleh buat benda tu dengan cepat.

Haha..auditor could be an asshole kadang2. Sebab tu kami tak ramai kawan selain colleague masing2.

Takde apa motif pun post kali ni. Rindu kekasih, dan teringat masa pergi glasshouse dia kat sana.

Baby, I miss u tau. Ni I dah update. Hehehe…love u!

Wednesday, 19 August 2015

Bila penat mengadap buku, sekali sekala sy buka blog kekasih dan baca post2 lama dia. Dia ni memang lucu betul. Dan sy faham la kenapa ada yang suka kat dia semata2 dengan baca blog dia saja. Dulu kekasih kata, sy yang pertama setuju untuk kenal dan jumpa dia tanpa baca blog dia. Yelah, sy memang malas membaca orangnya. Dan rasanya sampai sekarang, ada lagi post2 lama dia yang sy belum baca.

Semalam waktu sembang dengan kekasih, dia mengadu experiment dia ada hal pula. Then dia cakap, betul la cakap u yang, walaupun dah plan teliti macam mana sekalipun mesti ada yang tertinggal. (Ini merujuk hal kawan baik sy yang baru dapat anak tapi terlupa beli breast pump).

Kekasih cakap juga, biasanya kalau dia buat kerja smooth sangat awal2 tu, mesti ada benda yang tertinggal atau terlupa. Terus dia kaitkan dengan sy pula. Katanya, I risau, relationship kita ni smooth sangat, hopefully takde apa la nanti. Kekasih ni kan lucu. Tengah buat kerja pun boleh kaitkan hal ni pula.

Takpe yang, nanti apa2 pun kita bincang ye. Ok, I nak g smoke kejap dan lepas tu nak sambung study. Dinner kenyang2 manje, minum air panas, makan ubat kalau rasa tak selesa, keep warm (ni macam yang u suka bebel I kan). Nanti I dah kat kete, I call okay. Love u yang..sooooo much!

Tuesday, 18 August 2015

Semalam, celik je mata tiba2 terbayang waffle dengan topping satu scoop ice cream dan juga drizzled with chocolate syrup. Sampai office, macam biasa terus cakap dengan kekasih yang sy teringin benda tu, kekasih iyakan sahaja. Seharian mencari dekat area office, tapi paling dekat pun kat bangsar, dip n dip tu. Tapi tengok menu dia online, takde pun exactly yang saya bayangkan, seperti gambar ni.


Dah ke petang, rasa craving tu lagi la melampau2. Merengek sepanjang hari dengan kekasih. Punya la nak benda tu, nak nak sekarang tu juga. Sampai terus rasa sayu yang amat dalam hati. Pukul 4 lebih tu, kekasih baru sampai rumah dari sekolah. Rupa2nya dia terus mencari waffle yang sy nak. Sampai dia dapat dip n dip tu untuk deliver terus ke rumah saya sebab saya dah nak balik office. Tapi katanya, delivery charge RM22, dan waffle tu bukannya exactly yang sy nak pun. Tak kuasa nak bayar RM22 tu. Sy reject cadangan kekasih.

Akhirnya sy pasrah tak dapat waffle tu semalam. Kasihan kekasih, dia balik sekolah dah la dah malam, dia selalunya lapar dan terus dinner, tapi terpaksa dia mencari dan cadangkan mana2 tempat yang jual waffle. Tapi sy nak yang exactly macam gambar tu juga.

Hari ni bangun tidur, langsung dah tak teringat pasal waffle tu. Tapi masa tunggu lif office, scroll2 instagram dan nampak ni pula.


Ni Har Gow (prawn dumpling). Sy masih ingat betapa sedapnya benda ni masa makan kat Hong Kong masa kenduri Carmen tahun lepas.Maka, teruslah macam nak itu pula hari ni. Tapi craving tu tak la teruk macam nak waffle semalam. Petang tadi masa sembang dengan kekasih dia kata, “I nampak u liked gambar tu. U nak tu pula ye hari ni?” Sy cuma gelakkan kekasih je. Dia memang stalker nombor satu saya! Tahu sahaja apa yang sy like kat instagram.

Takpe sayang, craving ni tak teruk macam waffle tu. Ni I dah okay dah. ehehhehe...love u tau yang... ni untuk baby pula





Wednesday, 1 July 2015

Baru-baru ni agak kecoh la pasal legalization same sex marriage kat US. Isunya pasal orang kat FB sibuk complaint pasal profile picture yang kaler pelangi tu. Ye, saya buat juga. Dan tiba2 ada sorang kawan kat FB condemn pasal benda ni. Katanya salah untuk menyokong. Ironinya, dia juga dalam relationship yang sama, dan ada seorang anak.

Bagi saya, marriage certificate tu just merely a piece of paper. Tapi, it’s legally enforceable. Legalisation tu cuma atas kertas. Takde apa pun berubah dari segi relationship itu sendiri. Personally, I don’t need approval from any court to love my partner endlessly. Tapi, that piece of paper, means a lot legally. And of course, kat country yang recognize sahaja.

Antaranya:

1. Visa
Dulu ada perancangan untuk saya ke sana bersama kekasih. Untuk pergi dengan working visa, agak leceh prosesnya. Tapi dengan cert itu, sy boleh ke sana sebagai spouse. Bagi sesiapa yang LDR berlainan negara mungkin faham hal berjauhan dan tak boleh datang melawat lebih daripada 3 bulan.

2. Tax relief
Tax relief untuk spouse FYA2014 dah RM3,000. Kalau ada anak (with the cert, boleh iktiraf kan anak tu), RM1,000 – RM6,000 seorang. Dapat tax refund, boleh la buat tolong2 sikit.

3. Anak
Dengan cert tu, boleh letak nama both partner as parents. Don’t you want that for your child? I do. Semuanya lebih mudah kan kalau both recognized as parents. Kalau yang kerja government, kalau tak salah, kalau itu bukan anak yang legally atas paper, pencen tak dapat kat dia kan?

4. Inheritance
Kalau dah tiada legal recognition, I don’t think the other partner akan jadi automatic next of kin, kan? Kalau la takde wasiat or whatsoever, dan worst case scenario, you are the bread winner of the family, kalau jadi apa2, what will happen to your partner then? Anak?

5. Recognition
Tipu la kalau no one want that kind of recognition. Macam kenalkan partner dengan colleague, instead of telling them, “This is my friend. Yes, we live together and have child, but she’s just a friend.” Instead, you can tell people, “This is my wife/partner.”
Since we got married last year, ada rasa berbunga dalam hati bila jawab, “I’m happily married.” setiap kali ditanya, single ke?  Tapi point yang ni, personal preference jela.

6. Company benefit
Perlindungan insurans daripada syarikat selalunya akan cover spouse dan anak2 sekali. Tak perlu risau dah pasal medical bills. Masuk hospital kea pa.
Compassionate leave -  company sy ada peruntukan untuk unfortunate event termasuk apa2 yang berkaitan dengan family. Spouse sakit, anak sakit, daripada guna annual/unpaid leave, boleh guna cuti ni. Company sebelum ni, bila company trip, boleh angkut satu family, tak kisah la anak 5 orang pun. Fully paid, semuanya. Yang single, kena pula share bilik dengan yang single lain. Cis, tak adil sungguh. Tak ke rasa nak bawa partner sama?
Dan sesiapa yang sambung belajar dengan biasiswa, yang ada family semua ditanggung. Boleh angkut semuanya. Jadi yang macam kami ni, kumpul cuti, kumpul duit untuk dapat jumpa cuma setahun sekali. Sama juga la yang dapat posting kerja ke luar negara, boleh angkut satu family, dibayar semuanya, termasuk persekolahan anak2 kat sana.

7. Emergency
In case of emergency, sebagai sesorang yang hidup bersama, sudah tentu saya mahu jadi yang pertama untuk tahu kalau apa2 yang berlaku kepada partner saya. Jadi, kalau status itu cuma “kawan” atau “housemate”, tentu yang pertama orang cari, family, parents, siblings etc.


Hal legalization ni mungkin bawa maksud yang berbeza untuk setiap orang. Itu sangat personal dan bergantung kepada setiap individu. Semua yang saya tulis ni cuma pendapat sy personally. Semua orang ada pendapat masing2. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada juga yang tak setuju. Tapi tak salah untuk agree to disagree kan.

Hal kaler pelangi kat profile pic FB tu, orang assumed bila buat macam tu, sy ni menyeru semua orang untuk jadi gay. Haha..ini lucu. Saya menyokong kesamarataan (equality), jadi semua orang ada hak yang sama, terutamanya secara legal. Tapi sy tak bother la nak explain kepada orang yang terus buat assumption sendiri.

Sokong atau tidak, itu hak masing2. Dan saya juga bukanlah pejuang LGBT atau apa pun. Sy cuma hidup dalam kepompong saya yang cuma ada kekasih dan kawan2 rapat yang boleh dikira dengan jari. Dan saya tahu, sampai bila2 pun legalization tu takkan jadi kat Malaysia, tapi mana lah tahu, ada rezeki boleh rasa bina hidup/keluarga kat negara orang :)

Tuesday, 23 June 2015

"Love me tender,
Love me sweet,
Never let me go.
You have made my life complete,
And I love you so.

Love me tender,
Love me true,
All my dreams fulfilled.
For my darlin' I love you,
And I always will.

Love me tender,
Love me long,
Take me to your heart.
For it's there that I belong,
And we'll never part.

Love me tender,
Love me true
All my dreams fulfilled.
For my darlin I love you,
And I always will.

Love me tender,
Love me dear,
Tell me you are mine.
I'll be yours through all the years,
Till the end of time.

Love me tender,
Love me true,
All my dreams fulfilled.
For my darlin I love you,
And I always will."



I miss you so much sayang...

Thursday, 11 June 2015

Baby, tadi I sampai rumah pukul 9 lebih. Pastu dalam perjalanan tu I rasa mabuk lagi. Macam nak muntah. Sampai rumah I tapau bihun goreng kat kedai bawah tu je. Masuk je rumah, I still macam mabuk2 lagi. So I terus mandi, then muntah pula. Tapi sebab I tak makan apa2 lagi, so I muntah air je. I dah letih dah dengan rasa ni. Isk...dah la nanti sabtu ni nak drive lama.

Jadi mungkin esok lunch hour I nak pergi massage yang kat Bangsar tu kejap. Maybe amik yang head and shoulder tu je. I pergi naik teksi je kang. I hope ade la tukang urut yang Elaine cakap tu. Kalau dia takde booking lain la lunch hour tu.

Btw, tadi I usung mop tu berat betul. Jadi, I rasa esok mesti badan I sakit2 juga. Ni dah letih banyak. So nak tido awal. Ok, tu je laporan hari ini. Love u yang!