And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 17 September 2012

sayang...

terima kasih untuk semuanya. terima kasih buat i gembira dan bahagia. walaupun i macam tak percaya semua benda ni berlaku, tapi i tetap rasa bersyukur. i rasa macam semua berada di tempat yang sepatutnya. i happy bila u boleh get along dengan besties i, dengan sara, dengan ren..dan juga i happy bila u tak rasa kekok bila i bawa u ke hulu ke hilir, jumpa orang2 dalam hidup i.

i juga bersyukur, sepanjang kita bersama, kita tak pernah argue dan gaduh ataupun terasa hati (kecuali insiden buka puasa tu). tapi i anggap masa tu kita dalam proses nak kenal lagi. yelah, itu first time kita jumpa orang lain. selalunya kita berdua. seperti mana u cakap, u glad we're okay balik selepas itu, i pun rasa syukur sangat i still fikir panjang ketika itu dan cuba untuk bagi peluang lagi pada kita.

and, see...how far we have come.

terima kasih juga sebab jaga i. i tau u cuba untuk melindungi i sedaya mungkin daripada dibuli sara. takpe sayang. i janji i akan jaga diri elok2 lepas u pergi nanti.

sepertinya i nak janji thousand things dengan u, tapi masa depan ni terlalu misteri. dan tambahan pula dengan situasi kita nanti. tapi, i cuma boleh cakap, i akan cuba sebaik mungkin to work things out.

u tanya i, bila i decide nak bersama u.

sebenarnya i pun tak pasti. mungkin ketika u tutup telinga i bila ada construction depan rumah tak nak i terjaga awal pagi. atau mungkin ketika u bacakan bedtime story dan nyanyikan lullaby sebelum i tidur dengan i baring di bahu u, atau mungkin ketika u nyalakan bunga api masa kita kat PD, mungkin ketika i terlena di bahu u kat tepi laut, dan u peluk erat i, mungkin juga ketika u peluk i atas katil dalam gelap ketika i rasa dunia i macam nak runtuh, mungkin bila u selalu kata ya pada semua yang i minta (i tau i selalu mintak benda2 yang rare), mungkin juga ketika u cium tangan i dan letak tangan i kat dada u bila i drive, mungkin juga bila i nampak u kat rumah setiap malam i balik kerja, mungkin juga ketika u tunggu kat pintu luar bilik sara ketika i dan dia bergaduh, mungkin bila u belikan i buku bedtime story 3 little kittens dan bacakan buku tu malamnya, mungkin juga bila kita sentiasa fikir benda yang sama, mungkin bila kita spent hours, days and nights looking each other's eyes tanpa bercakap sepatah pun, atau mungkin juga bila i decide i nak tukar kerja sebab i nak datang tempat u nanti..

ada banyak benda yang jadi, yang mungkin jadi starting point buat i rasa dan decide nak bersama u. it can be any one of it. atau mungkin juga kombinasi semuanya.

i sayang u. dan ya, lebih dari wardrobe 8 kaki bilik ni.. :) dan i nak sayang u lebih lagi, i nak buat banyak benda dengan u, i nak pergi langkawi dengan u beli pinggan mangkuk rumah, i nak balik kerja u ada kat rumah, i nak i tidur dalam pelukan u, i nak bangun tidur dengan ciuman u, i nak hari i disudahi dengan ciuman u kat dahi i, i nak buatkan u coffee tiap2 hari, masak untuk u, buat kerja2 rumah bersama dan sekali sekala curi2 make out ketika mengemas, i nak u pegang tangan i bila i drive and we kiss everytime kita stop kat traffic light..banyak lagi list i nak buat..tak terkira...

takpe sayang, i sokong u kejar cita2 u, dan sementara u kat sana, i akan stabilkan lagi hidup i kat sini. i have a really good feeling about this, about us. semoga semuanya berjalan lancar. semoga hubungan ni berjalan lancar.

and yes, i am happy to be yours....and i am so glad i said hi to you 3 months ago...the BEST hi ever... :)

No comments: