And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 4 September 2012

semalam adalah hari paling busy. sebab kene push dengan bosses untuk siapkan semua proposal. ada satu tu, dah masuk kali ketiga revised structure. pasrah aje. semalam juga pukul 10pm juga baru bergerak dari ofis.

rentetan borak2 dengan carmen weekend lepas, pagi semalam juga sy email ex-big boss sy. dia juga merangkap partner for HR department. then tak lama tu, dia reply saying "this is a great news". few hours lepas tu, carmen tunjuk email dari boss itu pada HR to pull out all my files and to discuss salary etc. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. sekarang ni sy tengah menunggu call dari diorang to advise the next step. tapi, notis sy kat sini 3 bulan pula. tak pasti la diorang nak buy or not. biarkan dulu itu. tapi sy rasa lega semuanya ok.

dan kerana berita itu juga, sy kurang sikit stress nak siapkan proposals ni semua. hari ni juga busy masih menyiapkan. rasa macam tak tertanggung. dateline adalah semakin ridiculous.

dan petang semalam, penglipurlara called, then cakap "malam ni i ada sth nak bincang dengan u". i asked for clue, dan dia kata "tentang masa depan". sy cuma gelak.

weekend lepas, ada drama dari sara juga. walaupun penglipurlara ada juga di rumah, sara tanpa segan silu nak tinggi2 suara dan mengamuk. isu kecil. tapi tiba2 jadi besar. dan tiba2 dia kata dia nak keluar dari rumah tu dan pindah tempat lain. katanya dia tak boleh duduk serumah dengan sy, dan semuanya macam awkward. walaupun semuanya telah dijelaskan dan kami sama2 setuju semuanya sebelum ambil kunci rumah, tiba2 skang dia berubah. then dia bagi la seribu satu alasan kenapa dia tak boleh serumah dengan dia. dan alasan dia yang terakhir, yang buat sy percaya ini sebenarnya sebab utama, adalah tasha. well, tasha memang tak boleh nampak muka sy. entah apa la....

then, oleh kerana itu, sara minta sy bayar balik apa yang dia dah spent untuk rumah tu. which is RM40k yang dia spent untuk deposit 10% rumah tu. geram, sy kata ok. sy akan bayar. tiba2 pula dia kata, kene ikut 10% from market value rumah tu. walaupun it doesnt make any sense, sy dah malas nak argue and said ok aje.

banyak consideration sy perlu fikir.

ye, sy sangat kecewa. sebab sara kata dia nak tinggal kat rumah tu, maka sy berhabis duit untuk buat rumah tu cantik with additional unnecessary costs. sy kata, takpela...balas budi sara. tapi, bila dia end up nak keluar, sy fikir untuk apa semua yang sy buat?

pertimbangan lain yang tiba2 terjah dalam fikiran sy, of course la pasal duit. untuk bayar 40k tu, maybe sy kene buat loan dengan instalment few hundreds sebulan, on top of that, sy akan kene bayar housing loan sy sorang2, which i can't afford. benda ni hanging macam tu aje, buat sy sakit kepala dan sakit hati for few days.

dan...

sampai la malam tadi....

penglipurlara made a proposition. yang sangat tempting dan sangat bagus. terutamannya untuk sy. dan memang akan melepaskan diri sy dari sara for real, and forever. tapi setelah berfikir beberapa jam, sy fikir sy tak boleh nak selfish dan libatkan penglipurlara dalam hal2 sy. sy dah rasa tiba2 sangat kejam sebab dia terlibat sama. maafkan sy....

dan pagi ni, sy berbual dengan fan dan sherin tentang hal ni, dan both of them said the same thing. this might be my only opportunity nak lepaskan diri dari sara. kata mereka, selagi mana sy stuck dengan sara, memang sy tak boleh move on.

ermmm.....

No comments: