hari merengek dengan kekasih...
semalam seharian buat kerja, lepas kekasih dah tido, pun sambung kerja lagi sampai la tak sedar dah pukul 4.30 am. terus siap2 dan tido. cadangnya nak bangun lewat sikit, tapi pukul 8.30 am dah tersedar sebab lapar. yelah, malam semalam cuma dinner megi aje. seperti biasa bila tersedar mesti mencari kekasih. kekasih pelik sy dah bangun terus dia tanya, "siapa buat baby i terjaga ni? biar i marah dia." dengan mata terbuka sebelah, sy bgtau kekasih yang sy lapar. kekasih terus cuba nak orderkan Mc D dari sana je. tapi tak boleh pula, terus sy gagahkan diri bangun, sarung t-shirt dan keluar drive through aje. balik, makan bertemankan kekasih. lepas makan terus sambung kerja sampai tenghari.
bila dah pukul 1 lebih tu, sy dah mengantuk sangat2. sy toleh pada kekasih, sy kata sy nak tido lagi setengah jam dan nak order bedtime stories so dia ada masa untuk cari. kekasih terus jawab, "I dah ada dah ceritanya. ada dua. I tau u mesti akan minta, so i dah prepare." berguling2 gembira sy. tapi lepas kekasih bercerita, tak mau tido pula. tergolek sana, tergolek sini. terpusing2 dah pun tak mau tido juga. mungkin kepala runsing kerja banyak tak siap lagi. merengek macam2 la sy sepanjang petang sebab kepala dah berat, mata macam kena gam tapi tak mau lena. sepanjang itu juga kekasih melayan dengan senyum yang tak putus2.
macam2 idea dah kekasih buat untuk pujuk sy, tapi tak mau juga. last2 dia suruh sy mandi dulu. rasanya ambil masa sejam setengah dari start dia suruh sy mandi, sampai lah sy pergi mandi for real. dan macam2 lah idea kekasih pujuk sy sepanjang tu. dalam masa tu, sy suruh kekasih nyanyikan sy lagu, cuma nak dengar suara dia, sebab dah habis benda borak. then entah macam mana, tanpa sedar, sy dimanipulate kekasih dan end up sy yang menyanyi. terus la dia kena denda dengan sy kan. sy minta dia nyanyi 5 lagu, tak kisah lagu apa2, sambil sy lipat origami. kata sy, kalau sampai sy siap origami tu, 5 lagu tak habis, sy akan tambah lagi 5. gelabah kekasih cari lagu. keluar la lagu "ba ba black sheep", "twinkle star", "old mc donald"..pastu dia dah habis idea. origami sy dah nak siap, dia terus nyanyi lagu "Negaraku" macam nak terguling2 sy gelak, sy cakap, lagu tu kena berdiri. automatik kekasih terus berdiri dan menyanyi. habis lagu tu, sy tinggal satu lipatan terakhir, dia terus nyanyi lagu "Negeri Selangor". masih lagi dalam posisi berdiri.
tarik nafas lega dia bila dia sempat habiskan 5 lagu tu. sy memang gelak sakan la. tula sayang, sape suruh manipulate i. kan dah kena. lepas ni kalau u buat lagi, i nak denda u lagi dahsyat.
sy sayang kekasih. sangat! sy tahu dia akan sentiasa cuba tunaikan apa2 sahaja yang sy minta. selagi boleh, selagi mampu. walaupun kadang2 dia tak pandai buat apa yang sy minta, tapi dia cuba juga yang terbaik. dan sy tahu dia akan menjaga sy sehabis baik, sedaya dia. antara kami, memang kekasih paling banyak cakap yang dia rindu, sayang dan cinta sy. selalunya bila dia cakap, memang penuh perasaan dan memang terus sampai ke hati sy. sy tak pasti sama ada sy dah cakap sebanyak itu atau secukup itu, tapi sayang, i nak u tau... apa i rasa, dalam hati ni, memang takde kata2 yang boleh gambarkan. bila i pandang u, i nampak seluruh masa depan i bersama u. macam i pernah cakap, perasaan ni, lebih dari rasa cinta sahaja. way beyond that. rasa selamat, rasa terjamin, rasa komited, rasa kasih, rasa tanggungjawab dan banyak lagi.
i nak pandang wajah u sampai i bosan. i nak u ada dengan i, pegang tangan i sampai i rimas. nak u dekat dengan i sampai takde space lagi between us. I nak u, nak u selalu ada dengan i. kita dah kenal 6 bulan. setengah tahun dah...semoga kita bersama untuk bertahun2 lagi, sampai bila2. rindu u, sangat!!!

1 comment:
I suka tengok u gelak guling2. Aish.. :) stay dengan I ok. I jaga u semampu I.
Post a Comment