Bagi saya, marriage certificate tu just merely a piece of paper. Tapi, it’s legally enforceable. Legalisation tu cuma atas kertas. Takde apa pun berubah dari segi relationship itu sendiri. Personally, I don’t need approval from any court to love my partner endlessly. Tapi, that piece of paper, means a lot legally. And of course, kat country yang recognize sahaja.
Antaranya:
1. Visa
Dulu ada perancangan untuk saya ke sana bersama kekasih. Untuk pergi dengan working visa, agak leceh prosesnya. Tapi dengan cert itu, sy boleh ke sana sebagai spouse. Bagi sesiapa yang LDR berlainan negara mungkin faham hal berjauhan dan tak boleh datang melawat lebih daripada 3 bulan.
2. Tax relief
Tax relief untuk spouse FYA2014 dah RM3,000. Kalau ada anak (with the cert, boleh iktiraf kan anak tu), RM1,000 – RM6,000 seorang. Dapat tax refund, boleh la buat tolong2 sikit.
3. Anak
Dengan cert tu, boleh letak nama both partner as parents. Don’t you want that for your child? I do. Semuanya lebih mudah kan kalau both recognized as parents. Kalau yang kerja government, kalau tak salah, kalau itu bukan anak yang legally atas paper, pencen tak dapat kat dia kan?
4. Inheritance
Kalau dah tiada legal recognition, I don’t think the other partner akan jadi automatic next of kin, kan? Kalau la takde wasiat or whatsoever, dan worst case scenario, you are the bread winner of the family, kalau jadi apa2, what will happen to your partner then? Anak?
5. Recognition
Tipu la kalau no one want that kind of recognition. Macam kenalkan partner dengan colleague, instead of telling them, “This is my friend. Yes, we live together and have child, but she’s just a friend.” Instead, you can tell people, “This is my wife/partner.”
Since we got married last year, ada rasa berbunga dalam hati bila jawab, “I’m happily married.” setiap kali ditanya, single ke? Tapi point yang ni, personal preference jela.
6. Company benefit
Perlindungan insurans daripada syarikat selalunya akan cover spouse dan anak2 sekali. Tak perlu risau dah pasal medical bills. Masuk hospital kea pa.
Compassionate leave - company sy ada peruntukan untuk unfortunate event termasuk apa2 yang berkaitan dengan family. Spouse sakit, anak sakit, daripada guna annual/unpaid leave, boleh guna cuti ni. Company sebelum ni, bila company trip, boleh angkut satu family, tak kisah la anak 5 orang pun. Fully paid, semuanya. Yang single, kena pula share bilik dengan yang single lain. Cis, tak adil sungguh. Tak ke rasa nak bawa partner sama?
Dan sesiapa yang sambung belajar dengan biasiswa, yang ada family semua ditanggung. Boleh angkut semuanya. Jadi yang macam kami ni, kumpul cuti, kumpul duit untuk dapat jumpa cuma setahun sekali. Sama juga la yang dapat posting kerja ke luar negara, boleh angkut satu family, dibayar semuanya, termasuk persekolahan anak2 kat sana.
7. Emergency
In case of emergency, sebagai sesorang yang hidup bersama, sudah tentu saya mahu jadi yang pertama untuk tahu kalau apa2 yang berlaku kepada partner saya. Jadi, kalau status itu cuma “kawan” atau “housemate”, tentu yang pertama orang cari, family, parents, siblings etc.
Hal legalization ni mungkin bawa maksud yang berbeza untuk setiap orang. Itu sangat personal dan bergantung kepada setiap individu. Semua yang saya tulis ni cuma pendapat sy personally. Semua orang ada pendapat masing2. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada juga yang tak setuju. Tapi tak salah untuk agree to disagree kan.
Hal kaler pelangi kat profile pic FB tu, orang assumed bila buat macam tu, sy ni menyeru semua orang untuk jadi gay. Haha..ini lucu. Saya menyokong kesamarataan (equality), jadi semua orang ada hak yang sama, terutamanya secara legal. Tapi sy tak bother la nak explain kepada orang yang terus buat assumption sendiri.
Sokong atau tidak, itu hak masing2. Dan saya juga bukanlah pejuang LGBT atau apa pun. Sy cuma hidup dalam kepompong saya yang cuma ada kekasih dan kawan2 rapat yang boleh dikira dengan jari. Dan saya tahu, sampai bila2 pun legalization tu takkan jadi kat Malaysia, tapi mana lah tahu, ada rezeki boleh rasa bina hidup/keluarga kat negara orang :)

3 comments:
I love u so much.. jatuh cinta I. Hahaha
a lot of people are still struggling with internal homophobia.
I was happy to hear abt it. but its not something I can share with my friends for I am still (un)happily in the closet...
Post a Comment