And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 10 September 2012


sedang mendengar lagu ini...sambil menyiapkan proposal. dan sy lihat penglipurlara tidur nyenyak di sebelah. dan sy usap lembut rambutnya, dan cium dahinya. dan ya, i want to be yours, i want to stay with you, and i want to wait for you. tapi sy tahu, itu adalah selfish. takpe, apa yang kita ada sekarang ini, sudah memadai. :)

"hold my head inside your hands,
I need someone who understands.
I need someone, someone who hears,
For you, I've waited all these years"

Friday, 7 September 2012

em em em...

seminggu yang sangat busy. tiba2 terasa seperti dah lama tak bercinta dengan penglipurlara. walaupun setiap malam tidur sekatil, still rasa macam seminggu ni tak sempat nak spend masa lama2 bersama. setiap hari pun sy balik kerja dah malam, sempat dinner bersama, then sy sambung kerja sebelum tidur. tapi pagi tadi, sy selesai present one of my proposal. ok la...nak kata smooth selembut sutera, tidak la. still kena amend here and there and everything kene in place before selasa minggu depan. then minggu depan kena present to the board of directors pula. maka, petang ni, kena la pergi ke PJ untuk jumpa customer dan discuss and explain about the changes and additional covenant that we are going to impose. sy tau, customer akan melompat juga la dari kerusi dia, tapi sy harap ia tidak akan seteruk itu. sy akan cuba senyum lebih manis dari biasa.. :) mcm ni?

sekarang ni, tempat kerja lama sy tengah proses application sy. sepatutnya takde apa2 masalah. dan isunya tentulah gaji kan. carmen ada juga tanya sy, kalau sy tak dapat position yang sy nak dan dapat position lama sy, adakah sy akan accept juga. i told her i will. tempat kerja lama dah revise balik semua gaji2, then position lama tu pun dah increased agak banyak juga. well, i'm okay la to absorb about 3-5% lower dari gaji sekarang. harap2 semuanya berjalan lancar.

ok, sekarang ni sy tengah addicted dengan lagu ni. tachhhhiiingggg... :)




Tuesday, 4 September 2012

semalam adalah hari paling busy. sebab kene push dengan bosses untuk siapkan semua proposal. ada satu tu, dah masuk kali ketiga revised structure. pasrah aje. semalam juga pukul 10pm juga baru bergerak dari ofis.

rentetan borak2 dengan carmen weekend lepas, pagi semalam juga sy email ex-big boss sy. dia juga merangkap partner for HR department. then tak lama tu, dia reply saying "this is a great news". few hours lepas tu, carmen tunjuk email dari boss itu pada HR to pull out all my files and to discuss salary etc. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. sekarang ni sy tengah menunggu call dari diorang to advise the next step. tapi, notis sy kat sini 3 bulan pula. tak pasti la diorang nak buy or not. biarkan dulu itu. tapi sy rasa lega semuanya ok.

dan kerana berita itu juga, sy kurang sikit stress nak siapkan proposals ni semua. hari ni juga busy masih menyiapkan. rasa macam tak tertanggung. dateline adalah semakin ridiculous.

dan petang semalam, penglipurlara called, then cakap "malam ni i ada sth nak bincang dengan u". i asked for clue, dan dia kata "tentang masa depan". sy cuma gelak.

weekend lepas, ada drama dari sara juga. walaupun penglipurlara ada juga di rumah, sara tanpa segan silu nak tinggi2 suara dan mengamuk. isu kecil. tapi tiba2 jadi besar. dan tiba2 dia kata dia nak keluar dari rumah tu dan pindah tempat lain. katanya dia tak boleh duduk serumah dengan sy, dan semuanya macam awkward. walaupun semuanya telah dijelaskan dan kami sama2 setuju semuanya sebelum ambil kunci rumah, tiba2 skang dia berubah. then dia bagi la seribu satu alasan kenapa dia tak boleh serumah dengan dia. dan alasan dia yang terakhir, yang buat sy percaya ini sebenarnya sebab utama, adalah tasha. well, tasha memang tak boleh nampak muka sy. entah apa la....

then, oleh kerana itu, sara minta sy bayar balik apa yang dia dah spent untuk rumah tu. which is RM40k yang dia spent untuk deposit 10% rumah tu. geram, sy kata ok. sy akan bayar. tiba2 pula dia kata, kene ikut 10% from market value rumah tu. walaupun it doesnt make any sense, sy dah malas nak argue and said ok aje.

banyak consideration sy perlu fikir.

ye, sy sangat kecewa. sebab sara kata dia nak tinggal kat rumah tu, maka sy berhabis duit untuk buat rumah tu cantik with additional unnecessary costs. sy kata, takpela...balas budi sara. tapi, bila dia end up nak keluar, sy fikir untuk apa semua yang sy buat?

pertimbangan lain yang tiba2 terjah dalam fikiran sy, of course la pasal duit. untuk bayar 40k tu, maybe sy kene buat loan dengan instalment few hundreds sebulan, on top of that, sy akan kene bayar housing loan sy sorang2, which i can't afford. benda ni hanging macam tu aje, buat sy sakit kepala dan sakit hati for few days.

dan...

sampai la malam tadi....

penglipurlara made a proposition. yang sangat tempting dan sangat bagus. terutamannya untuk sy. dan memang akan melepaskan diri sy dari sara for real, and forever. tapi setelah berfikir beberapa jam, sy fikir sy tak boleh nak selfish dan libatkan penglipurlara dalam hal2 sy. sy dah rasa tiba2 sangat kejam sebab dia terlibat sama. maafkan sy....

dan pagi ni, sy berbual dengan fan dan sherin tentang hal ni, dan both of them said the same thing. this might be my only opportunity nak lepaskan diri dari sara. kata mereka, selagi mana sy stuck dengan sara, memang sy tak boleh move on.

ermmm.....

Saturday, 1 September 2012

tengah hari tadi, sy dan penglipurlara pun berpisah..sebab esok dia kene hantar adik dia masuk uni. walaupun berhari2 dan countless hours spent together, still rasa mcm tak cukup2. padahal kebanyakan masa tu cuma cuddle, tengok each other tanpa bercakap pun. still tak puas2 lagi. apakah maksudnya semua ini? haha... bukan itu nak cerita...

lepas kami keluar tu, penglipurlara terus balik ke rumah dia, dan sy terus ke solaris date dengan carmen pula. dah lama tak spend masa dengan dia. start dengan ritual biasa, balinese massage kat our fav spa..start pukul 4pm, then 5.40pm tu siap. walaupun dah makan nasi lemak dengan penglipurlara tengahari tu, tetiba rasa lapar pula lepas massage tu. then kami pergi ke meat works. carmen makan sirloin steak, sy pula makan ribs..memang meriah kaaauuuu....

well, seperti biasa kami sembang2 banyak hal. personal, kerja, family, semua la...

then, minggu lepas sy ada cakap dengan carmen yang sy kinda hate what i am doing. tak kena dengan hati dan jiwa sy. kerja la..then she said, what about coming back to our team? then suddenly it sounds like the best thing ever. immediately i text my ex-boss (my crush dulu la kan). asking her opinion. she said, as long as i know what i'm getting into, she's more than fine. katanya, with arms wide open.

then suddenly carmen and i jadi excited pula with the idea. tapi carmen cakap, this year final audit (2012) would be the toughest one sebab dateline yang makin pendek. dan carmen juga bagitahu, yang my crush kena pergi india untuk a special project kat sana, for 2 months. dan sebab dah takde option dia terpaksa bawa one of my junior. yang memang terlampau hebat tahap annoying dia. dan carmen cakap, she would very happy to bring u instead of that person kan.

ini cuma preliminary discussion sahaja, tapi memang agak kukuh rasa di hati nak kembali semula. kata carmen, be sure about your decision. as you will be in hell, well, u know it better than anyone else. then sy cakap, lepas ni sy perlukan something yang meaningful untuk buat sy rasa fully occupied. dan sy bagitahu carmen juga yang penglipurlara akan pergi dan sy takde siapa pun yang perlu sy berikan masa dan komitmen selepas ni. dan sebenarnya sy rindu nak cuti lama2. dulu memang consistent sy akan cuti sebulan or dua bulan straight, bergaji penuh, dua kali setahun. dan wild thought tetiba datang. well, maybe i can spend that in NZ? owh owh owh...terlalu awal semuanya...

sekarang ni prioritynya, kenapa sy nak kerja lain...sebab sy perlukan something yang buat sy rasa alive dan meaningful. rasa occupied. kerja sekarang, ada banyak masa untuk diri sendiri membuka peluang untuk orang lain buat drama dalam hidup saya. enough is enough. i need to do something for myself. isnin nanti carmen akan uruskan dengan HR, dan kata carmen lagi, october would be a good month for me to join back. sebab audit 2012, dalam stage planning dan interim. so sy akan ada masa untuk catch up apa2 yang sy tertinggal almost setahun i left audit.

semoga semuanya berjalan lancar, dan sy ada perasaan yang bagus tentang hal ini. :)

Tuesday, 28 August 2012

sara suka cakap sy takde hati perasaan. dia suka cakap sy keras hati, keras kepala, takde hati perut. benda tu memang akan keluar dari mulut dia macam makan nasik aje. sentap juga la bila selalu dia cakap mcm tu. memang sentap hati ni. what do u know about hati saya? what do u know about being strong for other people? what do u know sucking up everything sendiri utk orang lain? what do u know about me?

dia juga suka kata sy kuat, jadi apa2 hal pun dia boleh belakangkan hati dan perasaan sy dan jaga hati orang lain instead. sebab katanya, sy kuat, jadi walaupun sy sedih, sakit hati, terasa hati, crashed ke hape, sy boleh heal dgn sendiri. sy boleh pulih dgn cepat. jadi tak perlu dia hirau sgt pasal hati sy. die prefer utk hiraukan hati dan perasaan tasha yang terlalu rapuh dan akan naik gila kalau terlalu sedih. atau hati dia sendiri. ok, fine...

dia kata takpe dia buat semua benda kat sy.. takpe dia sakitkan hati saya..sebab katanye, walau apapun, sy dah mcm darah daging dia, dan dia takkan buang dan sentiasa kembali pada saya. oleh itu, dia bebas utk buat apa sahaja. nak kata apa saja, nak datang pada sy bila dia mahu, pergi bila mahu, cakap baik2 bila mahu, marah sy bila mahu..semua ikut cuaca dia la..

kelmarin, masa kemas rumah, ren balik. dan kami borak2, dan ren tanya pasal penglipurlara. dan sy cakap la penglipurlara akan pergi tak lama lagi. dan ren tanya, sy tak sedih ke? dan sy cakap sy ok. bila sara dengar, terus dia cakap. alaaa...is tu memang mcm tu, mana ada hati perasaan, mana pernah nak rasa sedih, hati kayu.

ok fine. what do u know about what i feel inside....

masa mengemas rumah juga, sy jumpa kad2 dan surat2 yang sy bagi sara dah dikoyak2kan. sentap hati sy. even kad2 dari ren dan pya juga dikoyakkan. sentap hati sy. bila sy tanya sara kenapa, sy cuba telan rasa sedih, tapi sy tau ada getar kat suara sy. sara terus menangis dan terus cakap yang bukan2. setiap kali pun macam ni. bila sy yang sepatutnya sedih, bila sy sepatutnya yang menangis, dia pula yang ambil peranan tu. utk elak sy blame dia. utk elak dia daripada rasa bersalah. maka sy senyum, cakap takpelah. benda dah jadi.  dan pujuk dia semula. hey, katalah sy hati kayu lagi...

sy dah muak dgn orang yang cakap sy takde hati perasaan. noy pun selalu cakap mcm tu. hey, kalau sy ni macam korang berdua, dah lama sy mati.
seriously??

banyak benda dah saya sabar dan bertolak ansur. semua yang b nak semua sy tunaikan, nak wallpaper baru, nak kitchen yang best, nak sofa baru, nak karpet baru, nak letak divider tiang baru..semuanyaaaaa!!nak aircond yang best kat hall, semua sy bagi..tapi ada je isu, ada je yang tak kene. salah ke sy minta b uruskan jumpa contractor utk fix kan design yang kita dah agreed. seharian b kat rumah, office contractor tu depan rumah aje. tu pun jadi isu bila sy suruh b pergi situ kejap. b tak bayar sesen pun bebenda ni. tp suruh mintak tolong camni tak boleh. tak sudah2 nak kemas rumah, rumah tak siap lagi, kitchen tak siap lagi, wardrobe tak siap lagi, asyik nak mengemas aje. sy pun reti penat dan letih la..takkan nak sy cakap yang rumah tu sbnrnya penuh dgn barang b and tasha?? bilik stor tu, memang penuh dgn barang b. mana sy  nak simpan barang2 sy? paling tak pun sy kene tunggu wardrobe sy siap. which is like seminggu lebih aje lagi. tak boleh ke biar dulu barang2 sy?..sy penat la, sy penat...dah la ofis b tu pun kat situ juga, tak perlu pun nak berada kat ofis. tak kesian ke sy ni. sy kene drive sejam lebih sehala utk ke ofis. kenapa nak pertikaikan sy tak boleh sampai rumah before 8pm. ofis sy jauh la bengong!!!!

bukan sy tak tau kenapa b jadi macam ni. sy dah hidup dgn b lama sgt dah. terlalu lama. terlalu lama sampai setiap hela nafas b, sy tau apa b fikir dan rasa.

kalau marah kan tasha, jgn tala marah tu kat sy. sy bukan siapa2 nak kene entertain b bila b gaduh dgn tasha. kenapa perlu sy nak spend masa dgn b? cukup la sy spent cuti raya sy melayan karenah b, cukup la penat lelah sy utk b. jgn nak kaitkan dgn isu lain. semuanya nak pusing balik and point sy..semuanya salah sy, semuanya yg sy buat tak betul...b jela yang betul semuanya. benci dah..penat dah berbuat baik dgn b ni..ni yang b balas kat saya.

Monday, 27 August 2012

sepatutnya penglipurlara akan datang jumpa saya hari ni..selepas habis cuti raya semuanya..tapi semalam dia dah muncul depan rumah. katanya tak sampai hati biar saya sorang2 lama2 especially bila saya penat. ye, memang sy sangat penat. non-stop long distance driving, then weekend lepas sangat sibuk uruskan hal2 rumah dengan S. semalam pun dari pagi sibuk mengemas rumah lagi, dan petang tu bila penglipurlara datang, dia pun tolong sekali mengubah2 perabot2 rumah. thank you sayang. die cuma senyum aje tengok sy dan sara argue mcm mana nak susun sofa, kabinet tv etc etc...thanks again sayang, you sangat sporting!!!

banyak benda nak cerita, tapi selalunya end up save dalam draft sahaja. harap2 post kali ni berjaya di publish kan..hehe...semalam lepas penglipurlara sampai, lepak2 dalam bilik dulu. then dia kata ada barang tertinggal dalam kereta, dia pun pergi ambil. then sy tak perasan pun apa barang tu. tengah baring2, dia kata, pergi la ambil barang tu atas meja. another gift from her...thank you, thank you, thank you.....i sangaaaaaaaaaaattt sukaaaaa...suka mcm nak melompat2..tapi sebab masa tu baring atas katil kan, so sy cuma boleh bergoyang2 sahaja.. :)

sepatutnya petang semalam ada kontraktor datang untuk buat kerja2 drilling kecil2, pasang frame la, medicine cabinet la, cermin la, railing la...patutnya janji kul 5, pastu bila saya call semula, die tak dapat datang pula. then die minta datang hari ni petang. sy macam cuba nego sebab sy selalu sampai rumah malam. masa bercakap tu, penglipurlara ada sebelah sy, then die terus buat signal yang dia boleh tunggu rumah untuk kontraktor tu hari ni. sy pun said ok. malam tu sy tanya S sama ada dia ada di rumah juga petang ni untuk kontraktor tu, sy kata, kalau dia takde penglipurlara ada. then S cakap, dia ada, tapi kalau penglipurlara ada juga, ok juga.. *somehow ada rasa gembira kat hati sy*

petang tu selesai mengemas rumah dgn penglipurlara dan S, kami bertiga lepak kat porch rumah sambil S pam tayar basikal..dan sy duduk atas riba penglipurlara yang tengah duduk atas kerusi dan berbual2 bertiga.  again, somehow sy rasa gembira dengan situasi dan keadaan itu.

seperti yang dijanjikan, kami berdua ke Mc D, makan my fav GCB..ohsssooommmeeee...thank you sayang, belanje i...and malam tadi dapat another gelas Mc D yang olimpik version tu...hehehe..so far we all dah collected 4..2 aje lagi tak dapat lagi.. mari kita berusaha lagi, sayang!!!!

ermm..thanks again, sayang...untuk gift itu, dan yang paling penting untuk berada dekat dgn i. juga utk bahu u. love you.... *kiss kiss*